Thursday, April 12, 2012

Tips : Ubah Cara Belanja Untuk Lebih Jimat



1 ) Beli dalam kuantiti yang banyak
Korang sangat sangat sangat digalakkan membeli barang yang dipakai setiap hari dan tahan lama dalam kuantiti yang banyak tapi ikut kadar penggunaan korang sekeluarga lah.

Contoh macam korang masak setiap hari, so digalakkan beli bawang, sayur, minyak dan semua barang keperluan dalam kuantiti yang banyak. Bukan dalam kuantiti yang amat banyak. Beza tau! Barang yang kita guna setiap hari akan cepat habis, so bila beli sikit-sikit nanti terpaksa balik-balik pergi kedai. Kan masa korang, tenaga dan duit untuk beli minyak petrol banyak terbuang ( lainlah kalau korang masak setahun sekali )

2 ) Abaikan makanan ringan
Haaa, jangan sesekali masukkan segala makanan ringan + kurang berkhasiat + tidak berzat + minuman ringan dan yang berkaitan dalam troli korang. Korban lah sikit. ( tapi kengkadang ada jugak benda tu menyibuk dalam troli )

3 ) Belajar bercucuk tanam 
Kalau di rumah korang ada sedikit kawasan yang sesuai untuk bercucuk tanam, bolehlah tanam sayur-sayuran, serai, buah-buahan dan tanam apa saja yang korang mahu tanam tapi jangan pulak sesekali tanam manusia. Jangan risau, cungkil je biji mata depa yang cakap korang kekampungan sebab korang bercucuk tanam. Jealous sebenarnya tu!

4 ) Membeli di kedai terdekat
Haaa, apa kata kalau korang shopping di kedai runcit dekat tempat tinggal korang. Tapi, kalau barang-barang yang korang mahu tu xda jual di sana, baru pergi supermarket. Tu lah sebab nya korang kena bijak buat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu.

5 ) Berhenti merokok
Kepada mereka yang merokok, berhentilah! Sebab rokok ni boleh menjejaskan kesihatan dan membazirkan duit korang.

6 ) Bekalkan anak makanan
Para ibu bapa didiklah anak dengan bagi bekal makanan dan minuman ke sekolah. Korang yang bekerjaya pun boleh buat gitu. 

7 )  Lihat tarikh luput
Korang tajamkan mata dan periksa betul-betul keadaan sesuatu barangan. Pastikan ia dalam keadaan baik dan lagi ok kalau tarikh luput tu masih lama. ( Haa, siapa ada baca novel Tarikh Luput Cinta? )

8 ) Jadi pengguna bijak 
Korang rajin-rajinlah buat perbandingan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain. 

9 ) Ikut senarai
Beli yang perlu saja macam yang korang tulis dalam senarai, pastu tanda barang yang sudah dibeli. Jangan mudah terpedaya dengan promosi. Tu semua taktik je supaya korang beli. Nanti jadi Tipah Tertipu!


Pesanan penaja: Jadilah pengguna yang bijak!





^_^




6 comments:

  1. SALAM ADIB AKMA TAG AWAK DI SEGMEN NI http://akmaluv90.blogspot.com/2012/04/segmen-blogwalkingfollow-by-hajar.html

    ReplyDelete
  2. Nama saya mohamad zulhilmi zulkefli. Berusia 22 tahun. Lahir di lenggong perak tetapi dibesarkan di pulau pinang kedah dan perak. Sekarang menetap di bangi untuk terus mencari dan menggali ilmu.

    Mengikuti program kewangan dan perbankan. Berat badan saya terpaksa dirahsiakan. Tinggi saya pon begitu. Hobi saya ialah membaca buku dan mengumpul setem. Saya suka Menunggang motosikal kriss100. Berwarna biru.

    Saya pernah memenangi acara lompat dan lari dalam guni semasa darjah 2. Pernah makan burger dengan kawan-kawan sambil sengih sebab terlupa tutop zip.

    Cuba terangkan pasal diri anda pulak. Saya Nampak anda mempunyi ciri-ciri yang best. Anda agak kiut. Tampan. Cun. Cantik. Menarik.


    Ehhhhh…. Silap komen ke ni.. ;p

    ReplyDelete
  3. Ahaa.. satu lagi, bila teringin beli barang yang agak mahal, cari diskaun. cth, living social punya web..

    ReplyDelete
  4. eyja pun selalu buat senarai je . senang . kalau nombor 1 , tu abah dengan mak . nombor 2 langsung takde ^^ nombor 3 , eyja , abah , mak :)D no 4 eyja dengan abah (mak jarang keluar) . no 5 , abah tak merokok ^^,v .. no 6 , sellau mak buat :')
    no 7 , tugas eyja . hikhok >,< no 8 , tu emak je yang mampu . haha ~~<' 10 kitorang bertiga :) hahaha <3

    ReplyDelete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb