Assalamua'laikum
"Selagi rindu mengusik kalbu, kutahu kau dambakan diriku" π
Semusim Rindu, 'baby pertama' yang dihasilkan oleh novelis Aleya Aneesa π. Aku baca novel ni tak silap aku time form 1. Gila best weyh jalan cerita novel ni π±. Cerita tentang kehidupan seorang anak yatim yang dibuang oleh saudara sendiri.
Macam-macam perisa ada bila baca novel ni. Ada yang manis, masam, pahit, tawar. Alahhh, biasalah ragam kehidupan kan π. Macam kehidupan kita juga. Janganlah kau nak temberang kononnya kehidupan kau satu perisa ja π. Asyik-asyik yang manis ja. Asyik-asyik yang pahit ja.
Ini kisah tentang Hajar Adira, seorang anak yatim piatu yang dibuang dan disisihkan oleh Mak Longnya yang kejam gila macam mama si Bawang Merah π . Yang lagi sadis, harta Hajar Adira ni pun Mak Long kebas π©. Heiheihei Mak Long, cer Mak Long tanya dengan Encik Google tak pun dengan ostat ostajah apa hukumnya mengambil dan menggunapakai harta anak yatim tanpa pengetahuan dan keizinan anak yatim tu. Aku yang baca ni pun rasa nak cekik-cekik ja Mak Long tu. Grrr
Ikhman pun satu, ego tak bertempat π¨. Kerana membiarkan diri dikuasai ego, haaa hambik kau! πMelalak melolong hidup tak tentu arah mencari bini yang membawa diri ke negara Maiko ( kalau baca blog En Adam, korang tahu la siapa Maiko & di mana negaranya ) π Sorry En Adam, saya sangkutkan nama Maiko kat sini.
Pertemuan pertama Ikhman dengan Hajar Adira ni tak seindah yang disangkakan. Time tu Hajar terpaksa ganti kawannya bekerja tak silap aku sebagai pelayan di sebuah restoran. Pakaian pula baju sendat dan skirt pendek. Ikhman ni dicabar oleh kawan-kawannya untuk pegang tangan Hajar. Disebabkan terkujat dan merasakan perlakuan Ikhman melampau & biadap, automatik Hajar bagi makan tamparan wanita dia ngam-ngam di pipi Ikhman π. Ikhman ni rasa terhina dan sentiasa cari peluang untuk balas dendam.
Tanpa disangka, sepupu Ikhman si Azim pun jatuh minat dengan si Hajar ni π¨❤. Bila dah selalu intai si Hajar ni, eh eh terjatuh cinta pulak si Ikhman π. Ikhman ni dah runsing camna cara supaya dapat bernikah dengan Hajar. Last2 berjodoh juga mereka π. Kebahagian perkahwinan Hajar & Ikhman dilanda ombak badai π. Biasalah, "kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari". Si Ikhman dengan his mom termakan juga akhirnya hasutan si Mak Long ni πΏ. Memacam difitnahnya si Hajar ni, sampaikan si Hajar dihukum gantung tak bertali! Bukan hanya Ikhman & his mom ja yang percaya fitnah tu, tapi ayah Hajar sendiri percaya bulat-bulat fitnah yang dilemparkan kepada Hajar π΄. Bila dah takda sorang pun yang percaya pada dirinya, takda yang nak dengar luahannya, untuk apa lagi Hajar berada dekat dengan mereka πΈπ? Lebih baik membawa diri merawat hati yang dah hancur berderai... Sebelum Hajar pergi, dia ada pesan "bila kebenaran dah terbongkar, jangan cari dia!" U see, macam tu lah pengakhirannya bila hati yang sado dah bertukar menjadi hati tisu πͺπͺπͺππππππ.
Kenapa Mak Long benci sangat dengan Hajar Adira?
Apakah kesudahan mahligai cinta Ikhman dan Hajar? π«
Ke manakah Hajar Adira membawa diri? π’
Kalau nak tahu, bacalah novel SEMUSIM RINDU ni ππ. Ohhh ya, novel ni juga bakal diadaptasi ke drama π±. Aku tak sabar nak tengok, sebab novel ni novel lama dan jalan cerita pun menarik. Bila baca dalam novel, banyak sangat pengajaran yang terselit. Lagi satu, kalau novel terbitan Alaf21, kat belakang tu mesti ada apa-apa info yang menarik yang berkait tentang isi dalam novel tu. Macam novel Semusim Rindu ni, tak silap aku ada info tentang harta anak yatim di muka surat belakang π.
Ni pula sinopsis di belakang novel:
Di sebalik senyumannya ☺, ada tangisan yang panjang π’. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah ππ. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada ❌. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...
Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta π! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...
Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut untuk dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?
Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri π. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga π·, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Adakah Ikhman tahu maksudnya?
Novel ni aku bagi 10/10, best sangat-sangat!
Hajar Adira yang didera oleh Mak Long time kocik π‘
Penulis: Aleya Aneesa
Harga: RM18
460 muka surat
Sejak menjak novel Semusim Rindu ni akan diadaptasi ke drama, rajinlah aku godek-godek FB novelist Aleya Aneesa ni. Ada satu video tu tunjuk camna Mak Long belasah si Hajar time kocik-kocik dulu πππ. Panas hati weyh kalau tengok, real giler!
Bila dah baby pertama ni best, aku yakin & percaya yang baby kedua juga pasti lebih best. Baby kedua juga dah berjaya kubaca & milikinya, tapi sayangnya kerana baby pertama hancus ditelan anai-anai dan baby kedua pula hilang dirampok si peminjam. Cis!!!
Haha negara Maiko pun boleh. Besar sungguh pengaruh cerita En Adam sampai terbawak2 dalam blog ni.
ReplyDeleteEishhh, kejam betul si MakLong tu. Dahlaa makan harta orang, pastu nak tambah2 dengan fitnah pulak. Ni lah manusia tak sedar diri! Eh, emosi pulak. Maaf2. :P
Syiok2 fikir tentang negara yg Hajar bawa diri, tetiba teringat pula pasal Maiko. Tu yang terselit, harap En Adam tak kisah π
DeleteYa Rabbi, memang kejam gila Mak Long tu. Grrr π Bila tengok video yang dia dera Hajar time kocik, aduhhh sodih
nice...sy baca blog en adam jmtu juga..hehe maiko..oh maiko..tp novel ni memamg buat saya rasa nak nangis n tak sabar nak tengok drama nya pula..hopefully pelakonnya nanti dpt menjiwai watak ini..
ReplyDeleteSy pun berharap sangat drama ni x mengecewakan π Pelakon yang terpilih pun yang hebat2 terutama yang bawa watak Mak Long π Pandai dorang pilih pelakon untuk Hajar Adira, ikut ciri2 seperti yg dinyatakan dalam novel π
DeleteLama dah tak baca novel..
ReplyDeleteMenarik jugak ni
Best novel ni π
DeleteKak ana kalau baca novel cmni nk cepat habis sebab nak tau ending dia mcm mana. Lagi2 part jahat mak long tu. Huhu #siscepatemo
ReplyDeleteNanti kak Ana layan drama eh π Lagi terserlah kejahatan Mak Long π
DeleteJalan cerita mmg menarik. Mesti drama ini meletup nanti. Skang banyak novel cite best best kan kak. hihi. :D
ReplyDeleteTak semua novel sekarang ni best π Tapi tetap hargai bakat penulisan setiap novelis π Harap2lah drama ni best macam novelnya
Deletemcm best je cerita ni. tak sabar la nk tgok drama dia.
ReplyDeleteNovel best, drama pun harap2 best π
Deletedah lama tak baca novel, sejak2 novel diadaptasikan ni. rasa dah takde mood nak baca
ReplyDeleteNovel ni dah lama dah, sebelum tahun 2007 lagi. Tapi jalan cerita memang best π
DeleteSy tak bleh baca novel bgini. terutama skali ttg maklong. nnt buku koyak. haha.
ReplyDeleteEmonya baca sampai buku koyak π Harap2 layan drama nanti, jangan pula musnahkan tv tu. Gurau ja π
DeleteNegara Maiko eh.. hahahaha.. Dah lama tak baca novel and I couldn't handle emotional novel.. (padahal diri sendiri pun dah cukup emo.. hahahaha)
ReplyDeleteHa ah, tetiba teringat kat Maiko π Nanti layan lah drama ni π
DeleteTunggu dramanya pula.
ReplyDeletePasti meletoop
Harap2 drama x membosankan sebab novel best π
DeleteDulu sukalah baca novel gini.sekarang je dah malas nak layan jiwang-jiwang. Kembalikan zaman novel alaf 21! Novel sekarang tajuk pun kebudak-budakan. Takde kelas langsung. Haha
ReplyDeleteKan, dah lepas dah zaman kegemilangan novel Alaf21 ni. Sekarang, novel under poreng kertas yang best. π
Deletesuka novel ni dulu. bila nour review pasal novel ni tetiba rasa nak godek2 balik novel lama2..hihi
ReplyDeleteBest kan novel ni π Haaa, nanti free bolehlah godek2 novel lama2 tu π
Deletehihi pengaruh maiko ada dalam ni nampaknya
ReplyDeleteKihkihkih, terselit Maiko π
DeleteNovel ni memang best!!! :)
ReplyDeleteKan, best sangat π
Deletelama dah baca novel ni..lupa dah citer dia camne..hehe
ReplyDeleteHa ah, novel lama ni. Tapi sebab minat sangat dengan novel ni, tu yang sampai sekarang masih ingat jalan cerita π
DeleteSuka baca novel... tp kekangan msa nk baca skrang..skali terjerebak..hbs laaa,,
ReplyDeleteA
Kalau dah terjebak, susah nak stop baca kan π
DeleteRasa macam dah baca.. hehehe..
ReplyDeletenanti boleh cari dan baca semula nie..
Best kan novel ni π
DeleteAyakkkk dah kenapa budak tu?? kene dera betul ke? real jerk.. menarik jugak ye novel ni.. tp skrg ngah kencang baca novel seram.. adehh
ReplyDeleteDera dalam lakonan kak π Tapi novel ni memang best π
DeleteTak pasti pernah baca ke tidak novel ni. Tapi bunyi sangat menarik sangat!Dah kluar kat TV ke cerita dia? sorry la..akak ni dah lama tak follow drama ke ape kat TV. Huhuhu..
ReplyDeleteNovel best kan π Drama tak tau plak, harap2 best π Lom keluar di tv lagi. Rasanya hujung bulan ni di Astro Prima
Deletelast mcm mana eh dlm novel. penat dah nak tunggu tv. hahahaha
ReplyDeleteHappy ending, kihkihkih π
Delete