Tuesday, February 9, 2021

Rindu Awak Separuh Nyawa

 Assalamua'laikum


Aki ni memang hantu novel. Sanggup angkut novel dari Kedah bawa balik Sabah. Mula2 dulu memang aku jenis yang main tarik ja novel tu, pastu bayar. X kisah sinopsis, x kisah penulis, x kisah tajuk novel. Lama2 boring sendiri. Sekarang ni, aku tengok nama novelis dulu baru beli 😂😂😂 Aku start rasa boring bila banyak novel tentang kawen muda, kawen paksa, antara 2 darjat, rebut buayapreng gilapreng, lagi sadis rebut laki/ bini orang. Alalalalala...

Paling aku suka baca novel Lynn Dayana. Teda la mau jiwang2, tapi tetap rasa terhibur. Ayat pun elok tersusun.

Ok, stop...


Kali ni, aku mau review novel 'Rindu Awak Separuh Nyawa' karya Siti Rosmizah. Banyak dah koleksi novel SR ni di rumah. Tapi tu lahhh, bila dipinjam x pulangkan balik. Hurmmm... hurmmm!!! Ni gara2 kawan aku si Shida la ni asyik promote novel SR. 'Weyhhh, aku paling suka novel SR ni. Lain dari yang lain. Heroin pula yang jahat sini'. Haaa, ni la ayat dia selalu ulang dengan aku sampailahhh akhirnya aku terjebak 😂😂😂


Masuk topik utama 😜😜😜


Novel ni tentang si Kasih Maisarah yang selalu berlagak cun lagi diva gittuuu. Si Nazril Nazim ni pula gaya pak ustaz malu2 meowww dengan pompuan. Gara2 cabar mencabar sampai ego tercabarrr, haaa kawen la dorang berdua. Tapi si Nazril ni memang suka sudah sama si Sara. Bini cun, sepa x suka 😂😂😂 Tapi disebabkan berita yang disampaikan, si Nazril kasi tinggal si Sara padahal time tu Sara ni otw jadi isteri solehah penyejuk mata penawar hati Nazril.


Haaa, start sini la citer ni lagi tambah best 😍😍😍 Aku paling suka time si Sara kasi jeles si Nurul Huda yang asyik goda Nazril dalam diam. Laki orang woiii!!! Umi Nazril pula jenis sayang menantu 😂 Memang teda harapan la Nurul Huda mau kawen sama si Nazril 😜😜😜


Sinopsis:

"Kasih Maisarah!!!"


Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh & sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.


Pertemuan tanpa diduga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisarah bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!


"Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!"


Bagai nak meletup jantung Maisarah mendengarnya!


"Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!"


Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisarah, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun dikala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.


Maisarah akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisarah memujuk! Maisarah merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!


"Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!"


Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.


"Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisarah saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!" Jelas kelukaannya.


Kini, Kasih Maisarah telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!


"Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa & bidadari syurga abang."


Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.


"Kasih Maisarah, rindu awak separuh nyawa," bisiknya dengan deraian air mata.


Haaa, amacam sinopsis? Ok dok??? Novel ni akan diadaptasi ke drama, so jangan lupa tonton k 😘😘😘






Monday, February 1, 2021

Bunyi Kuat & Gegaran di Sabah 31/01/2021

 Assalamua'laikum


Kemarin, adik lelaki iaitu si Qayum whatsapp di group family tanya pasal bunyi kuat. Aku x tau apa2 diam ja dulu x reply sebab aku terfikir mungkin ada penjana elektrik yang meletup.


Pastu, nampak status whatsapp kawan update tentang bunyi kuat 2x. Kuat yang tersangat kuat. Lain dah aku fikir time ni, xkan la penjana tu meletup sampai boleh dengar di Membakut? Jauh tuuu...


Bila search di facebook, rupanya bunyi kuat tu dengar di beberapa daerah seperti Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang & Membakut, Lawas & x terkecuali WP Labuan. 


Ada la yang post tentang pipeline Petronas di Lawas pecah lalu meletup, gempa bumi di Brunei, tjumpa bom lama lalu diletupkan di Labuan tapi tu semua khabar angin.


Pastu aku kol mama di kampung. Rupanya time bunyi kuat yang first tu mama di toilet, bapa di kebun. Ada 3x bunyi kuat disusuli gegaran. Tapi bunyi ke3 paling kuat. 


Rupa2 nya, Blazing Meteor, sonic boom berlaku macam tahun 2018 dulu. Ada saksi nampak bola api pecah dengan letupan kuat.



Nasib x boleh rentas daerah, kalau x duluan aku balik kampung 











Wednesday, January 27, 2021

Saturday, January 23, 2021

Ikan Masuk Syurga

 Assalamua'laikum


MIL aku sakit, so duk rumah cuti 3 bulan. Nasib baik rumah ipar aku selang serumah ja. Jadi, cucu2 MIL setiap pagi datang la belajar di rumah. Setiap hari dorang akan belajar subjek yang berlainan.

Bila tiba turn subjek Sains...

Jeng

Jeng

Jeng

Situasi 'pencemaran sungai'

gambar cedok dari gugel


MIL: Apakah kesan pencemaran sungai? (lebih kurang macam ni soalan MIL)

Cucu: Ikan mati

MIl: Jadi, kalau ikan mati?

Cucu: Ikan masuk syurga! (jawab dengan penuh yakin weyh!)

Sikit lagi aku ketawa guling2 weyhhh 😂😂😂 Siyes, x aku dapat tahan ketawa





Sekian cerita ringkas pasal ikan 😜






Friday, January 15, 2021

Sanam Teri Kasam

 Assalamua'laikum


Tumpah air mata i malam ni gara-gara layan citer hindustan ni 😭😭😭 Kenapa la orang duk post di fesbuk pasal citer ni? Kan dah terjebak 😭😭😭


SANAM TERI KASAM

(AKU BERSUMPAH ATAS NAMAMU KEKASIH)



Saraswati Parthsaarthy aka Saru, sorang pustakawan & sorang gadis yg x pandai bergaya. Siyes kolot weyhhh terutama tang rambut 😂 Tapi, tetap nampak santek bagi aku la. So, dengan penampilan yg kolot tu, si Saru ni susah mau ada boypren.


Stress la si Saru sebab adiknya ada boypren siap plan mau kawen sudah. Tapi tradisi family dorang ni x boleh langkah bendul! 10 jantan sudah reject si Saru ni sebab dorang x boleh terima penampilan kolot dia.


Adik si Saru ni nangis-nangis sudah, jadi dalam jam 4 am gitu si Saru diam-diam pi rumah jiran dia si Inderlal Parihaar aka Inder. Tujuan si Saru ni untuk minta tolong gelpren si Inder ubah penampilan dia. Si Inder ni pula bekas banduan. 


Tapi, bapa si Saru pula x ngaku si Saru ni anaknya gara-gara insiden di uma si Inder. 


Pastu...

Tengok la sendiri. Malas sudah aku menaip sini 😂😂😂


Uolls rasa apa ending citer ni???

Yang penting aku suka suara si Saru. Serak-serak basah gittu 😍😉 Hero even x hensem tapi bagi aku dia macho. Macho sebab dia berusaha mau bahagiakan di Saru.






Wednesday, January 13, 2021

Resipi Kuih Cempiang Gerenti Sodap!

 Hai assalamua'laikum uolls!


Salam hari pertama PKP 2.0 😂😂😂

Siapa pernah makan kuih cempiang? Alaaa, yang macam lingkaran ubat nyamuk tu. Sodap weyhhh! Makan panas-panas lagi sodap, rangup time gigit perghhh 😋😋

Ni la kuih cempiang!

Mentua aku hujung minggu selalu beli kuih ni. Menjilat jari aku makan k! So, jaman duk uma x boleh ke sana ke sini ni, boleh la uolls try buat kuih cempiang ni. Aku? Kalau ada jual, aku beli. Kalau xda jual time PKP ni, aku tunggu la sampai ada orang jual 😂😂😂

Resipi kuih cempiang:


Resipi ni aku jumpa di fesbuk. Selamat mencuba uolls! 😘😘😘







Monday, January 11, 2021

Jangan Buka Tali Tu!

 Assalamua'laikum


Dulu time jaman skola, ada 1 trend kami budak asrama SMALNIS. Lepas abis bagi salam kedua, terus buka ikatan tali telekung. Ntah la kenapa 😂😂😂


Jadi, ada sorang kawan tegur (versi Sabah)

"Ehhh, napa ko buka tali tu? Nanti ada setan begayut (bergayut/ bergantung) di telekung ko!"

Terus aku buat muka blur 😮😮😮 Sejak tu, lepas aminkan doa baru aku buka tali telekung tu 😂😂😂


Sekian, kisah throwback yang pendek 😜😜😜










Wednesday, January 6, 2021

Cuti yang Tidak Cuti

 Assalamua'laikum


Hai hello hoola!!!

Lately ni memang sangattt busy dengan urusan duniawi 😒😒😒 Tapi syukurrr dapat kembali ke pangkal jalan. Lepas solat subuh, terus on laptop. Ngadap laaa laptop tu sampai ke malam. Stop untuk makan + mandi + solat ja. Rabak mata weyhhh 😭😭😭 Kelam kabut mau siapkan sebab pihak pentadbir asyik minta ja keja tu. Dah maciammm kena kejar ah long! Sepa yang cakap keja cikgu ni rileks? Ni cuti pun i keja k ngadap laptop siapkan matriks tugas setiap guru d skola tu. X boleh cincai, kang terlepas pandang ada guru yang terlebih tugas, ada guru yang kurang tugas. 


Pastu x mau ganggu holiday. Biar time holiday tu rileks xda kena whatsapp atau PM tepi. Dah nama holiday, memang keja kena tinggal. Aku kalau buat keja memang ada target & disiplin. Kalau x, haaa... nanti keja asyik terabai. Dalam kelam kabut tu, x juga la aku cincai buat keja. Fokus & teliti k! Demi keberkatan rezeki. Haaa, gituuu 😌😌😌


Nanti i BW pi blog uolls k! Komen pun lom ter'reply' 😅😅😅 Sorry!

Lokasi: Pantai Sabandar, Tuaran







 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb