Thursday, June 11, 2020

Lirik Lagu Basyirah [Dato' Sri Siti Nurhaliza]

Assalamua'laikum

Laki aku ni minat karoksss. Tiap malam sebelum tido, memang akan karoks kejap. Time pilih lagu di youtube tu, encik laki tertekan lagu Tok Ti. Memula aku x cam wehhh sora Tok Ti tapi memang best lagu tu. Terus terpaut hati dengar lagu ni, cecepat google 😂

Lagu yang bertajuk 'Basyirah' ni didedikasikan buat semua petugas barisan hadapan yang bersusah-payah menggadai jiwa dan raga demi menghapuskan wabak COVID-19

Lagu ni berpandukan alunan taranum. Instrumental pula daripada Turki. Perghhh... yang penting lagu ni sampai ke jiwaku

Ni lirik lagu:


Tajuk Lagu : Basyirah
Penyanyi : Dato Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Hafiz Hamidun
Penulis Lirik : Fedtri Yahya


Ku membaca warkah dunia

Kisah hidup penuh rintangan
Moga Dia ampun segala
Musibah yang membangkitkan harapan

Tidak dapat aku bayangkan
Tidak dapat aku hitungkan
Airmata tanpa jeritan
Rintih hiba di malam kegelapan

Bila Dia menghadirkan
Sakit yang membelenggu
Mengajar hati ini.. menzikirkan
Luahan jiwa

Apakah mayapada
Berakhir dengan lara
Ibarat angin duka
Dari lembah yang hampa

Dalam tangis aku ratibkan
Dalam syahdu ku munajatkan
Kalam rindu dalam tasbihku
Moga detik berkah bawa mubaraknya

Hadir insan berterusan hulur firasat sejati
Perisaikan diri menjaga nyawa tak terganti
Budi yang terpuji
Kesabaran yang mulia...

Bila Dia menghadirkan
Sakit yang membelenggu
Mengajar hati ini
Menzikirkan luahan jiwa

Apakah mayapada
Berakhir dengan lara
Ibarat angin duka
Dari lembah yang hampa

Semoga kepedihan... membawa basyirah...


Siapa sudah dengar lagu baru Tok Ti ni???





Tuesday, June 9, 2020

Jom Belajar Bahasa Sabah (Bisaya) [1]

Assalamua'laikum

Memandangkan ramai kawan semenanjung dapat panggilan interim di Sabah, maka aku tetiba rajin buat entry pasal bahasa Sabah.

So, aku akan ajar kamurang bahasa kaum ku sendiri iaitu bahasa Bisaya. Kalau di Sabah, suku kaum Bisaya ni majoriti kamurang boleh jumpa di daerah Kuala Penyu dan Beaufort. Daerah lain ada juga tapi x ramai macam di dua tempat ni k

So, mari belajar 100 perkataan dulu r

BISAYA - MELAYU

1) Abai : orang Brunei
2) Adai : jangan
3) Aki : atuk
4) Along : ipar perempuan
5) Ama inang : bapa saudara
6) Ampai : letak
7) Ampuni : telur
8) Antad : dari
9) Apat : empat
10) Apun : pancing
11) Aru : ada
12) Asuh : anjing
13) Bawang : sungai
14) Bawang gayuh : sungai besar
15) Bayang : baju
16) Borigod : berdiri
17) Bio : di mana
18) Bito' : bawa
19) Bobong : bocor
20) Bolou : buta
21) Bukut : tumbuk
22) Buwayu : buaya
23) Duo : dua
24) Gakud : kaki
25) Gia' : suara
26) Giad : nangis
27) Iba' : bawah
28) Ikau : awak
29) Ina : nenek
30) Indu inang : makcik
31) Indu : mama
32) Intaid : nasi
33) Iro : mereka
34) Isa : tidak
35) Iyo : dia
36) Jelama : manusia
37) Kabang : mulut
38) Kainsan : sepupu
39) Kalabangan : kuburan
40) Kandu : kata mereka
41) Kangku : saya kata
42) Kaniab : kemarin
43) Kanyu : dia kata
44) Kapal (makapal) : tebal
45) Karabau : kerbau
46) Karau : kemarau
47) Kariam : tangan
48) Kotung : punggung
49) Kiaun : ikan
50) Keintuong : semalam
51) Kodou : keras
52) Konoon : pakaian
53) Korojo : kerja
54) Laid : lama
55) Takau : curi
56) Lobong : kuburan
57) Longoon : selsema
58) Liau : leher
59) Limoh : lima
60) Limpang : baring
61) Losok : lumpur/ becak
62) Luor/ maluor : sakit
63) Mabalut : baik
64) Malik : balik
65) Madaru : panjang
66) Madiu : mandi
67) Magayuh/ makaluh : besar
68) Magiad/ nagiad : nangis
69) Magilo : banyak
70) Magium : mencari
71) Magusai : batuk
72) Makala' : kering
73) Makatul : gatal
74) Makarati : mengerti
75) Mamadi : parang
76) Manau : tawar
77) Manginud : menunggu
78) Manu : begitu
79) Mantaie : cirit birit
80) Manti : begini
81) Manuk : ayam
82) Maparas : cantik / lawa
83) Mapatalang : menunjuk
84) Maragang : merah
85) Mararaat : semak
86) Matai : mati
87) Matarum : tajam
88) Matiodop : ngantuk
89) Matiru : kena
90) Matu : mata
91) Maya' : ikut
92) Memanau : jalan
93) Manini : kecil
94) Mianai : lelaki
95) Miki ampun : minta ampun
96) Mi impun : berkumpul
97) Minang : pakcik
98) Miso : satu
99) Modoot : gelojoh makan
100) Modop : tidur

Tapi jangan risau, sebab orang Sabah cakap Melayu / English juga. Bahasa kaum ni digunapakai bila bercakap sesama kaum. Kalau kaum Bisaya cakap Bisaya dengan kaum Bajau, nahhh pening juga tu kaum Bajau kecuali kalau dia belajar bahasa Bisaya. So, kamurang jangan risau. Datang ja Sabah, bercakap ja macam biasa. Nda payah la mau ber'bah-bah'. Bukan apa, sebab nanti kamu juga yang tersalah letak penggunaan 'bah' tu di ayat kamu. Kang kena jeling atau kena kasi ketawa ja kamu.

Ni salah satu penggunaan 'bah':

"Jom jumpa jam 4 ni"
"Bah" maksudnya ok

'Bah' ni bukan ja bermaksud ok, tapi macam-macam. Malas aku mau terangkan sekarang.

Kbye

Sis sambung tidur dulu





Friday, May 29, 2020

Syawal Potraiture 2020

Assalamua'laikum

Sudah 6 Syawal, baru mau update pasal raya 😗 Tapi, baru 6 Syawal... kiranya lom basi lagi kan kalau share pasal raya 2020 🙊

26 tahun raya dengan family. Tahun 2012, first time sambut raya di perantauan. Jadi anak perantau, hrmmm berdendang perantau lah i d negeri orang. Pastu tobat raya jauh dari family 😭😭😭 Tahun ni pulak, ehhh beraya dengan suami 🙈🙈🙈
Ada laki sudah 🙊 Nda pernah plan pun akan sambut raya 2020 dengan laki. Semua aturan Allah

Dan, sebab corona virus ni... nda panjang langkah kaki pi beraya rumah orang 😌 hashtag #kitajagakita haaa gituuu

Bahhh, layan gambar raya r (padahal sudah up di ig 😆😆😆)

1st raya 2020
time turn kami, cucu sulung tanya "ni mana keluarga?" kuangsam 😂 babu lom ada baby lagi

pandai kan kami bersusun? yang x pakai spek di hujung

Loving our matching raya outfit 😍

yang lelaki semua mata 4 kecuali bebudak

maka, bersusun la cucu untuk pemberian duit raya

satu-satunya adik ipar yang belum kawen, maka ada peruntukan duit raya untuk dia 😆

family in law
tema: biru campur-campur gitu

Sebelum Zohor, kami laki bini gerak balik ke kampung aku pula. Sebab PKP, maka perjalanan yang sepatutnya ambik masa dalam 3 jam gitu menjadi 2 jam lebih ja 😏😏😏

Raya day 2 in dusty pink

Belah family aku, lom ada cucu cicit lagi

4 beradik

ni pun 4 beradik juga, ehhh 😌😌😌

Happy families!
Ameeen Ya Rabbal A'lamin
Ameeen Ya Allah Ya Mujib

So, raya 2020 kamurang camna?






Friday, May 1, 2020

Yeh Saali Aashiqui


Assalamua'laikum

Start tahun lepas aku mula layan citer tamil. Ni gara2 tengok cut scene di muka buku la ni buat aku terjebak. Tapi siyesss, bagi aku la kan, layan filem tamil/ hindi ni boleh buat jiwa kau happy.

Scene hero belasah musuh kalau citer tamil kita tau sudah kan, memang x logik punya. Tapi kadang2 scene tu la yang bikin terhibur

Tapi lepas kawen, jarang2 sudah aku layan citer tamil. Drama Melayu lagilahhh, memang x layan langsung sudah. So, PKP ni dapat juga la aku layan beberapa citer tamil/ hindi. Kali ni aku mau review dulu pasal citer Yeh Saali Aashiqui


Citer ni pasal si Sahil Mehra yang kena curang oleh gilapreng dia si Mitthe. Si Mitthe si siyes santek, tapi jahatnya ya Rabbi... bergeliga betul otaknya kasi kena si Sahil Mehra sampai si Sahil ni kena sumbat dalam penjara. Pastu, kena kasi masuk lagi ke dalam hospital gila. Lepas 3 tahun di hospital gila, si Sahil muncul untuk balas dendam dengan si Mitthe ni.

Untuk citer ni, aku bagi ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐. Aku syor kan kamurang layan citer ni. Best weyhhh!!! Yang penting endingnya, aku puas hati. Siap jerit dalam hati, "nahhh, padan muka ko. harap muka ja santek" 😎😎😎

Monday, April 20, 2020

Canggung

Assalamua'laikum

Aku x suka + minat pun dengan Wany Hasrita tu. Tapi, sejak menjak ni makin sodap pula lagu-lagu dia. Haishhh... Dulu lagu 'Belenggu Rindu'. Lagu ni incik somi pun suka sampai tiap malam karoks lagu ni 💆💆💆 sekarang ni terjatuh hati la pulak dengan lagu 'Canggung'. Bukan sebab suaranya, bukan sebab tariannya... tapi sebab liriknya. Mengena betul di hati aku weyh 😍😍😍

Jom layan lagu Wany Hasrita ni d youtube 😘

Jari-jari jemari
Yang menghitung hari
Bila kau kembali

Janji-janji tepati
Jangan kau ingkari
Kata-kata hati

Mana bumi (bumi yang dipijak)
Situ langit (langit yang dijunjung)
Sama juga hati

Hati ketipak ketipung berlagu canggung
Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung
Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung

Kasihku padamu tiada penghujung
(tiada penghujung)

Hari silih berganti
Hati disusuli
Rindu yang menanti

Hati-hati mencari
Cinta yang sejati
Hanya ku di sini

Mana bumi (bumi yang dipijak)
Situ langit (langit yang dijunjung)
Sama juga hati

Hati ketipak ketipung berlagu canggung
Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung
Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung

Di mana
Mana bumi yang ku pijak
Situ langit yang ku junjung
Sama juga hati

Sebab aku ni bukan jenis yang romantik jiwa jiwang gitu, so aku rasa cara yang ngam untuk aku bagitau perasaan aku adalah melalui lirik lagu 😂😂😂 ada juga manusia sejenis macam aku bab hati & perasaan ni? atau aku ja gitu? 🤔🤔🤔

hai incik somi 💋💋💋
Kasihku padamu tiada penghujung





Monday, April 13, 2020

Jangan Menangis Cinta

Usahlah diri ini dibezakan
Usahlah diri ini disisihkan
Kita semua di pentas dunia yang sama
Ku sedar diri serba kekurangan
Meratap dan mencari perlindungan
Darimu insan ku gantung setinggi harapan

Assalamua'laikum uolls
Musim PKP ni dapat la aku baca novel
Punya banyak novel dibeli, tapi bacanya??? Non hado masa k

So, aku baru selesai baca novel Siti Rosmizah, 'Jangan Menangis Cinta'. Aku bagi ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐ untuk novel ni! Dah penulisnya Siti Rosmizah, bukan kaleng-kaleng k. Bikin meleleh air mata membaca 😭😭😭 Menci r, terpaksa baca sambil nangis tsskkk T___T

Walaupun kebanyakan novel SR ni antara 2 darjat, tapi lain dari yang lain. Macam real weyhhh. Yang real tu, bukan pasal darjat tapi pasal masalah rumah tangga tu la. Mentua x suka la, ada serangga perosak rumah tangga la... haaa, sediakan spray nyamuk bebanyak! Lagi 1, tentang hati. Luka boleh sembuh, parut tetap kekal! Cinta, kasih, dendam, cemburu... semua ada

Kerana cinta, ada yang terluka
Kerana kasih, ada yang makan hati
Kerana dendam, rosak hubungan
Kerana cemburu, huru-hara hidup
Kerana nafsu, wujud perpisahan

Paling sakit hati, time birthday si Cinta, time tu la si Zafran kasi cerai si Riyana. Hadehhh, sakit hati jo! Rasa macam mau kelar ja muka si nek tuk sama si Sabrina tu. Si Dina lagi dengan perangai gedik terhegeh-hegeh dengan laki orang! 

Mula-mula baca tu, aku ingat si Hariz ni gay sebab walau si Riyana ni tunang dia, dia tetap beku. Rupanya betul-betul suka sama si Riyana tapi tu la, teda jodoh. Si Hariz ni terpaksa putuskan pertunangan. Jadi, si Zafran ajak si Riyana kawen walaupun dorang berdua ni musuh. Zafran ni adik si Hariz. Biasalah, kalau tetiba kawen sama musuh mesti ada muslihat. Jeng jeng jeng...

Lama-lama, si Zafran jatuh cinta la sama bini sendiri. Tapi, kadang si Zafran ni termakan juga dengan fitnah mummy sama nek tuk dia tu. Nasib baik ada si papa. Bila Riyana lahirkan anak cacat, si Zafran x dapat terima kenyataan. Dia memang sayang betul dengan si Riyana, cuma x dapat terima si Cinta. Sanggup letak si Cinta, anak sendiri di bilik orang gaji. Haihhh panas panas panas. Memang kejam la si Zafran sampai bestfriend nya sendiri malas sudah mau layan dia. Tapi kejam lagi la nek tuk sama si Sabrina. 
Betul, kalau kamu baca novel ni, memang kegeraman kamu dengan 2 watak ni. Tambah lagi 1 watak, si Dina gedik 🙄🙄🙄

Hariz x dapat tahan rasa marah, jadi dia gtau Zafran kenapa dia putus tunang dengan si Riyana. Nahhh, lepas tu lepas tu lepas tu macam sasau la si Zafran mencari si Riyana. Ok, malas sambung... baca sendiri la novel ni k wkwkwkwkwkwkwk

Ni sinopsis novel:

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

"Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?" sindirnya.

"Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang", marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

"Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!"

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik! 

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

"Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!"

Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.



Dahhh, sekian entry kali ni 😉
Tatatititutu





Thursday, April 9, 2020

Barang Baik, Kita Kongsi

Assalamua'laikum
Salam PKP
Uollsss masi bernafas macam biasa?
Atau ada yang sudah start bercakap dengan dinding? Dengan tumbuh-tumbuhan?

Musim PKP ni macam2 ragam keluar, macam2 ragam baru 😂😂😂

Bagi sesetengah orang, PKP ni musim RM0. Bagi aku, no no no 😂😂😂 rajin bebenor aku shopping on9. Kejap2 buka shopee, kejap2 buka lazada, kejap2 buka ig tengok baju cecantik, kejap2 buka fesbuk tengok barang baik...

Sampailah aku jatuh berkenan dengan 1 benda ni. Actually, aku mau belikan benda ni untuk parents aku. Time pi uma kak sepupu, aku nampak benda ni di rumah dia. Betul2 barang baik 👍👍👍 Terus aku klik nombor wasap yang dibagi

Aku mula wasap 19 Mac

31 Mac baru aku kasi konfem mau beli
😅😅😅


Jadi, antara 6 jenis jam digital ni, aku kena pilih 1. Semua aku berkenan. Terus aku teringat jaman dulu kala, orang letak gambar Kaabah di dinding rumah. So, aku pilih yang backgroud Kaabah iaitu KS 😉😉😉


Tadaaa
Jam Azan Digital brand PROMAS
🕐🕑🕒🕓🕔🕕🕖🕗🕘🕙🕚🕛🕜🕝🕞🕟🕠🕡🕢🕣🕤🕥🕦🕧

Dan
Jam ni sampai kelmarin, 8 April 😘😘😘
Yeeehaaa!!!
Sebab orang tu cakap kena ikut turn post. So, aku xla terfikir jam ni akan sampai minggu ni 😂
Dapat benda ni, terus aku pasang d rumah


Ok, aku beli jam ni dengan harga promo iaitu RM320 + RM10 utk postage ke Sabah. 31 Mac tu last promo dan 31 Mac juga aku cecepat transfer duit 😂

Jam Azan Digital brand P.ҜҜROMAS ni,

- 10 minit sebelum azan, ada bacaan surah2 lazim seperti Al-Waqiah, Al-Mulk dan selainnya.

- setiap 1 jam, akan ada alunan zikir dan selawat

- sebelum azan, akan ada bunyi 'beep' beberapa kali

- warranty 2 tahun

- 15inch x 12inch

Brand PROMAS berbeza dengan brand IMAN ok
Kalau brand IMAN,

- Iman ada 30 juzu' sekali dgn terjemahan, 10 minit selepas azan akan ada bacaan surah serta terjemahan mengikut turutan bermula dari juzu' 1. Setiap kali selepas azan akan baca 1 muka surat. Jadi, sehari akan baca dalam 5 muka surat.

- 10 minit sebelum azan akan ada bacaan selawat/ zikir.

- Setiap 1 jam ada bacaan zikir dan selawat

- warranty 1 tahun

- 16inch x 13inch

Aku ada rakam bacaan surah & zikir tu, tapi video x dapat upload sini 😓😓😓

So, sesiapa yang berminat boleh contact nombor ni:
016-2206251
Atau cari ja di fesbuk 😉





Friday, March 20, 2020

30 Saat: Nyawa Melayang

Assalamua'laikum

Lama menyepi, tetiba muncul dengan tajuk ntah pape 😂😂😂
Tapi, siyesss... dalam masa 30 saat ja nyawa boleh melayang terbang meninggalkan jasad
Macam mana?

M I C R O S L E E P!!!

Aku pernah alami, bukan sekali tetapi berkali-kali

Jarak antara kampung dengan tempat kerja dalam 3 jam gitu la, dengan keadaan jalan yang berlubang sana-sini... Pan Borneo lahhh katakan! Meredah bukit lagi... Aku selalu lalu jalan Tenom-Sipitang
So, jalan tu memang sunyi sebab kurang kenderaan. Ada sesetengah tempat yang teda line. Kalau berlaku sesuatu, ko kena tunggu la manusia lalu di sana baru dapat bantuan. Haaa, gituuu

So, kalau teda aktiviti atau program skola, aku akan balik kampung. Abis ja waktu skola ari Jumaat tu, terusss balik kampung
Kasi ready ja air mineral, gula-gula atau apa-apa kudapan
Tapi, tetap aku microsleep

Bila sudah sampai pekan Sipitang, aku akan tido dalam sejam gitu dalam keta. Off enjin, buka tingkap skettt, tidooo zzzzzz... Peduli la kepanasan x on aircond

Ada 1 kali ni, aku balik dengan housemate aku. Time tu dia pregnant tapi x ingat berapa bulan. Ntah kenapa aku x singgah pekan Sipitang untuk rehat. Direct ja memandu pegi Beaufort. Otw tu, tanpa sedar aku tertidur. Housemate aku memula x perasan. Last2 dia perasan bila kereta sudah di tengah-tengah jalan, masuk sudah pi lorong sebelah. Nasib keta dari arah bertentangan tu masih jauhhh. Dengan perut yang besar, dia ganti aku bawa keta dan aku pun tido sampai Beaufort 💤💤💤

Ada lagi 1 kali, time tu masih di area bukit. Memang ngantuk betul, sampai habis gula-gula aku telan tetap ngantuk. Aku gagahkan juga bawa keta sampai bukit yang terakhir. Abis ja bukit, aku berhenti tepi jalan then tido. Bahaya sebenarnya sebab sunyi, tapi tawakal ja la. Memang x bagi kerjasama betul mata aku. X sempat sampai pekan Sipitang untuk rehat.

Bila tiap minggu balik, turun naik bukit lagi... nahhh, keta pula sakit. So, aku balik naik train 🚂🚂🚂 Memang kelam kabut sikit la sebab bunyi ja loceng terus thumbprint and cecepat pegi stesen ketapi. Naik ketapi, boleh la rehat. Tido-tido lagi even dalam ketapi tu panasss masyaAllah... Bukan macam ketapi Beaufort-KK ada aircond. Special ketapi Tenom-Beaufort ni, pakai train lama. Almaklumlah angkut pelancong.

Aku suka juga naik train ni, sebab akan lalu sungai Padas. Cuci mata tengok tempat rafting. Tapi kena berebut seat yang ngadap sungai la. Bila dapat, panas pula area seat tu 😂😂😂 Untuk rafting ni, pelancong akan turun di Pangi untuk tukar pakaian. Kalau naik train pagi dari Beaufort ke Tenom, lama sikit berhenti di Pangi sebab kena tunggu pelancong-pelancong ni. Pastu, dari Pangi ketapi akan ke Rayoh sebab di sanalah starting point untuk aktiviti rafting.

Akan ada pertukatan ketapi Beaufort-Tenom di stesen Halogilat. Sampai di stesen Halogilat, penumpang ketapi Tenom yang mau pegi ke sebelah Beaufort akan turun untuk naik ketapi ke Beaufort. Manakala penumpang ketapi Beaufort yang ke sebelah Tenom akan naik ketapi Tenom. Bagi yang first time naik ketapi ti, kena alert la. Time pertukaran ketapi ni, memang akan berlaku perebutan seat 😂😂😂 Aku la salah sorang peserta rebut seat tu

Kalau ada murid aku dalam ketapi ti, dorang akan bagi seat terutama murid lelaki la. Kalau murid pompuan, kena tengok dorang dengan pandangan yang tajam baru bagi seat 😂😂😂 Laluan ketapi ni memang laluan hutan, sebelah kiri kalau dari Tenom adalah sungai. So, line fon memang teda. Ready ja la download game banyak-banyak di fon tu kalau x mau tengok keindahan alam semula jadi 😂😂😂 Kalau aku, sebab balik-balik nek ketapi jadi aku tido ja la dalam ketapi walaupun bunyi bising dan keadaan yang panas 😂😂😂

Tambang ketapi Tenom-Beaufort atau Beaufort-Tenom adalah RM2.75. Murahhh kannn? jImat minyak keta i k. Dalam 3 jam gitu, sampailah ke stesen Beaufort. Ya lahhh, banyak henti-henti kasi turun penumpang. Tukar ketapi lagi. Railway lagi banyak selekoh, mana boleh laju. Laju kang masuk sungai pula 💆💆💆

cukup la gambar tu 😂😂😂

So, sepa-sepa yang microsleep time memandu tu... bawa-bawa la berehat. Jangan paksa diri bawa keta tu. Kita ni manusia, boleh penat. Sedangkan robot pun boleh abis charge, apalagi kita ni manusia biasa. x pun naik bas atau ketapi. Cari alternatif lain.

"Ingatlah orang yang menyayangi anda!!!"

Haaa, gituuu





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb