Monday, April 13, 2020

Jangan Menangis Cinta

Usahlah diri ini dibezakan
Usahlah diri ini disisihkan
Kita semua di pentas dunia yang sama
Ku sedar diri serba kekurangan
Meratap dan mencari perlindungan
Darimu insan ku gantung setinggi harapan

Assalamua'laikum uolls
Musim PKP ni dapat la aku baca novel
Punya banyak novel dibeli, tapi bacanya??? Non hado masa k

So, aku baru selesai baca novel Siti Rosmizah, 'Jangan Menangis Cinta'. Aku bagi ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐ untuk novel ni! Dah penulisnya Siti Rosmizah, bukan kaleng-kaleng k. Bikin meleleh air mata membaca 😭😭😭 Menci r, terpaksa baca sambil nangis tsskkk T___T

Walaupun kebanyakan novel SR ni antara 2 darjat, tapi lain dari yang lain. Macam real weyhhh. Yang real tu, bukan pasal darjat tapi pasal masalah rumah tangga tu la. Mentua x suka la, ada serangga perosak rumah tangga la... haaa, sediakan spray nyamuk bebanyak! Lagi 1, tentang hati. Luka boleh sembuh, parut tetap kekal! Cinta, kasih, dendam, cemburu... semua ada

Kerana cinta, ada yang terluka
Kerana kasih, ada yang makan hati
Kerana dendam, rosak hubungan
Kerana cemburu, huru-hara hidup
Kerana nafsu, wujud perpisahan

Paling sakit hati, time birthday si Cinta, time tu la si Zafran kasi cerai si Riyana. Hadehhh, sakit hati jo! Rasa macam mau kelar ja muka si nek tuk sama si Sabrina tu. Si Dina lagi dengan perangai gedik terhegeh-hegeh dengan laki orang! 

Mula-mula baca tu, aku ingat si Hariz ni gay sebab walau si Riyana ni tunang dia, dia tetap beku. Rupanya betul-betul suka sama si Riyana tapi tu la, teda jodoh. Si Hariz ni terpaksa putuskan pertunangan. Jadi, si Zafran ajak si Riyana kawen walaupun dorang berdua ni musuh. Zafran ni adik si Hariz. Biasalah, kalau tetiba kawen sama musuh mesti ada muslihat. Jeng jeng jeng...

Lama-lama, si Zafran jatuh cinta la sama bini sendiri. Tapi, kadang si Zafran ni termakan juga dengan fitnah mummy sama nek tuk dia tu. Nasib baik ada si papa. Bila Riyana lahirkan anak cacat, si Zafran x dapat terima kenyataan. Dia memang sayang betul dengan si Riyana, cuma x dapat terima si Cinta. Sanggup letak si Cinta, anak sendiri di bilik orang gaji. Haihhh panas panas panas. Memang kejam la si Zafran sampai bestfriend nya sendiri malas sudah mau layan dia. Tapi kejam lagi la nek tuk sama si Sabrina. 
Betul, kalau kamu baca novel ni, memang kegeraman kamu dengan 2 watak ni. Tambah lagi 1 watak, si Dina gedik πŸ™„πŸ™„πŸ™„

Hariz x dapat tahan rasa marah, jadi dia gtau Zafran kenapa dia putus tunang dengan si Riyana. Nahhh, lepas tu lepas tu lepas tu macam sasau la si Zafran mencari si Riyana. Ok, malas sambung... baca sendiri la novel ni k wkwkwkwkwkwkwk

Ni sinopsis novel:

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

"Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?" sindirnya.

"Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang", marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

"Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!"

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik! 

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

"Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!"

Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.



Dahhh, sekian entry kali ni πŸ˜‰
Tatatititutu





26 comments:

  1. Kalau baca novel Siti Rosmizah, tak sah kalau tak emo sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, macam real punya. watak yg kejam tu betul hidup

      Delete
  2. Biasa cinta bersegi-segi. Ada musuh yang nak rosakkan rumahtangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni ibu kandung sdiri mjahanamkan rumahtangga anak

      Delete
  3. Wah! Cam menarik novel ini. Boleh masuk list novel untuk dibaca 😘😘

    ReplyDelete
  4. Lupa nak bagitau, saya dah follow balik #1041.

    ReplyDelete
  5. ray pulak habiskan masa dengan motivational books. not really a fan of romance genre heee

    ReplyDelete
  6. Memang novel2 SR byk bermain dgn emosi pbaca...airmata mengalir tanpa disedari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... hati sado pun blh jadi hati tisu kalau baca novel2 SR

      Delete
  7. adeh..bikin panas baca sinopsis dia..ni kalau baca mmg darah tinggi naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hrmmm, memang! kena bawa bertendang dl sebelum baca novel2 SR

      Delete
  8. Suatunketika dulu ikut. Jugak novel beliau... Sanggup beli ikut urutan😁😁... Laaa nie nak bukak buku pon malas πŸ˜‡πŸ˜‡

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sjk pkp ni rajin pula membaca πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  9. lama x membaca buku cerita gini huhu

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam. Dah hilang dah minat baca novel dalam diri ini. Adeh. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat membaca sy sdh kembali pulang πŸ™Š

      Delete
  11. not my kind of reading material haha but cover dye cantik.

    ReplyDelete
  12. Wow..saya pun minat dengan SR nih..Nobel dia mostly best Dan bikin mengalir air Mata wanitakuuu...Hahaha..tapi dah lama gak Tak baca novel ...Huhu

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb