Friday, December 30, 2016

PROMOSI Jubah Plain Koshibo

Assalamua'laikum

بسم الله الرحمن الرحيم

PROMOSI 📢📢📢
PROMOSI SEHINGGA 31/12/2016



💖ABAYA LAILA💖

🎀 A CUTTING
🎀 Material: HEAVY PEACH KOSHIBO
🎀 14 EXCLUSIVE COLOURS
🎀WUDHU & NURSING friendly
🎀 Size: XS - M - L - XL - XXL!!!
🎀 POKET di sebelah kiri

Harga Biasa:
RM80 sm, RM85 ss

Harga Promosi:
RM75 sm, RM80 ss

JIMAT RM5 WEYHHH!

FREE POSTAGE!


📱 Whatsapp/ Telegram: 0198934755


ig: jubahplain


#jubahplainmurah
#abayalaila
#basicplainabayalaila
#jubahplainwudhuandnursingfriendly
#sayajualmurah
#abayamurahbawahrm100
#bridesmaidsdresses




Thursday, December 29, 2016

Disebalik Tragedi Ribut Tropika Greg

Assalamua'laikum

26/12/2016

Aku duk busy scroll fb dari atas ke bawah, dari bawah ke atas ⬆⬇
Then tetiba nampak kawan aku post pasal ribut Greg ni sebab dia salah sorang mangsa ribut tu.
Terus aku throwback balik pasal ribut Greg ni.
Memang famous la pasal ribut ni sebab ada kisah disebalik kisah. ececehhh



26/12/1996

Kisah 20 tahun yang lalu.
Masa tu umur aku dalam 4 tahun.

Seminggu sebelum tragedi berlaku...







jengjengjeng






Ada seorang tua berpakaian putih bertongkat merayau-rayau di satu kampung yang aku pun lupa nama kampung tu. korang google ja la k!

Dia singgah ketuk pintu dari rumah ke rumah hanya untuk meminta segelas air minum 🍵. Ketuk punya ketuk punya ketuk tapi, hampa... xda yang sudi derma segelas air minum. Si tua berpakaian putih gagahkan diri ke rumah yang terletak di sebelah sungai. Alhamdulillah, hanya rumah dekat sungai tu ja yang bagi air minum untuk si tua. (Sesetengah cerita yang aku pun x tau betul atau x, setiap rumah yang si tua pergi tapi x bagi dia air, si tua pesan; 'kamu kedekut air dengan aku, lepas ni akan datang air yang sangat banyak'. sejauh mana kesahihannya, aku pun x tau.) 

Malam sebelum kejadian, ada pesta yang melibatkan minuman keras 🍺. Malam krismas kannn. Dorang bagi kucing 🐱 dan anjing 🐶 minum minuman keras tu. Lepas tu lepas tu lepas tu, tragedi ribut Greg...  😱😢

Dan ceritanya lagi yang aku diceritakan, rumah tepi sungai yang bagi si tua minum air tu ja yang selamat. Wallahua'lam...


Aku x ingat pun pasal tragedi ni, tapi aritu tertengok satu program rancangan di TV3 pasal throwback tragedi di Malaysia. Ngam-ngam plak time aku tengok tu pasal Ribut Tropika Greg di Keningau Sabah. Dorang siap lakonkan balik tentang seorang tua berpakaian putih and tentang anjing & kucing yang dibagi minum minuman keras.

Apapun, korang boleh search di google tentang tragedi ni. Setakat ni ja info dari aku





Sunday, December 4, 2016

#nanapajilbigday

Assalamua'laikum

Congratulations to my beautiful bff Noor Hasna Susanna and husband Mohd Fadzil on your wedding day! 💑 Moh ler layan gambaq

Mula kenal masa form 1 di bumi Limauan depan gate besar aspuri. Bila throwback cara kita kenal tu, buat aku senyum sorang-sorang ☺. Then, lepas minggu orentasi tu kita sekelas. Yeay!!! 😁

Kau masih ingat kenangan kita diikat di tiang bawah flat guru tu gara-gara masuk asrama awal 5 minit❔ Masa tu kita form 4. Malu memang malu time tu tapi bila ingat balik, rasa lucu sebab tu antara kenangan kita berdua 😳 jadi 'Mahsuri Limauan'. Sampai skarang, xda student yang kena denda cenggitu.

Pastu kau ingat lagi kita lari-lari di koridor sebab Ustaz Jazmi kejar kita yang keluar awal dari prep malam? Yang ni masa kita form 3 x silap aku. Dari form 1 sampai form 4 kita duk sekelas. Nyanyi lagu lama-lama sambil kau buat meja tu jadi gendang.

Sekarang, kau dah jadi Puan Nana. Macam tak caya aku yang kita dah masuk peringkat kerja-kahwin 😂. Perghhh. Rasa mau ulang balik kenangan kita time skola 😢 Apapun, wishing u a wonderful journey in your new life together 😉
nikah! tahniah Puan Nana 😍


My bff cantik sangat, i tak boleh move on. ewahhh 😍😘
💑💏

aku pegi majlis belah lelaki ja  😢 nak pegi dua-dua majlis, tapi... 


Semoga bahagia hingga hujung nyawa dan sentiasa dilimpahi rahmatNya, ameeen 😍😄

#nanapajiltilljannah




Thursday, December 1, 2016

Yang namanya CINTA itu kok pakejnya samain dengan sengsara dan airmata... Gimana sih...

Assalamua'laikum

Haaa, kemain panjang tajuk entry aku. Nie semua gara-gara CINTA! C-I-N-T-A!

Dalam aku menganggur skang ni, rupanya ada part time job. Jadi doktor cinta kawan aku. 😥 hrmmm. Aku yang xda pengalaman cinta ni plak dia nak pakai. Cinta monyet adalah 🐒, xkan nak pakai nasihat cinta monyet aku tu? kang x sudah jadi monyet.



Yang namanya CINTA itu kok pakejnya samain dengan sengsara dan airmata... Gimana sih...

So, engko dah terjebak dengan cinta tu maknanya dah terjebak sekali dengan sengsara dan airmata 😭! Tapi jangan lupa, di sebalik sengsara dan airmata, terselit juga kasih sayang ❤!

Cinta ni macam makanan. Ada manis, masam, masin, pahit, tawar, pedas. Rasa cinta tu korang yang tentukan. Kalau cinta tu manis ja kau rasa, alamatnya hidup kau menderita sebab penyakit kencing manis. sebab tu perasa cinta kena balance.

Dalam cinta, kita akan rasa disayangi, disukai, dipercayai, dan DIKHIANATI... 😠 owhhh, sakitnya rasa pabila dikhianati. bagai ditusuk sembilu, sakitnya hanya kau yang rasa. ehhh?

Sebab tu, kita kena utamakan cinta kepada Allah, kepada Rasul. Jangan 100% cinta kepada makhluk, kelak diri akan merana. Dah bertahun putus pun x boleh move on! Hanya kerna cintamu kepada makhluk tidak mempunyai limit, pedihnya engkau yang hadam. 

So, kau gaul semua perasa tu dan akhirnya kau akan dapat 'Manisnya Cinta'

faham dak maksud aku?

k bye, sekian entry mengarut
IKLAN, nak Abaya smart cenggini boleh skodeng ig: jubahplain  XD



Thursday, November 24, 2016

Rasa Sayang Hey

Assalamua'laikum

Rasa sayang hey
Rasa sayang-sayang hey
Hey lihat nyonya jauh
Rasa sayang-sayang hey!

Lagu yang memang famous dan aku juga selalu nyanyi lagu ni time kocik-kocik
Tapi, ada kisah misteri disebalik lagu yang riang ni

Aku dari form 1 dah duk asrama
So, faham-faham ja la kalau jadi budak asrama
Kongsi segala citer hantu
Terselit plak kisah tentang lagu 'Rasa Sayang Hey' ni

Cerita begini...
Once upon a time...
Jeng jeng jeng
Alkisahhh
Tersebutlah kisah...
Dikeheningan malam...

Cenggini, aku pun dah ingat-ingat lupa citer tu
Kisah ni terjadi di satu skola yang aku x tau nama skola tu dan aku x tau samada wujud atau x skola tu
Yang penting bukan kat skola aku
Biasalah, cerita kannn... x semestinya sahihhh

Ada 3 budak pompuan stay kat dewan memandangkan hanya depa bertiga yang x boleh solat. (rasanya dorang escape solat)
Sementara tunggu kawan-kawan yang lain abis solat, dorang pun nyanyi lagu 'Rasa Sayang Hey' tu dengan riang ceria, hati banyak suka. Antara banyak-bnyak lagu, lagu tu juga depa pi nyanyi

Tetiba, masing-masing terasa macammm...
Ada 'seseorang' sedang join dorang nyanyi lagu tu.
Suaranya terasa dekat, dekat sangat di telinga.
"rasa sayang hey, rasa sayang-sayang hey" mungkin ada kawan yang sedang menyakat

Dorang ilek je sebab dorang fikir tu geng lain yang sengaja nak takutkan.
Ilek-ilek pun bulu roma tetap naik sebab makin lama lagu tu jadi lain macam.

Dari nyanyian rancak tetiba semakin slow dan...
"rasa... rasa..."
Semakin lama, semakin jauh suara tu "rasa... rasa..."
Orang cakap, kalau kita dengar suara tu dekat maknanya 'seseorang' tu jauh... Dan kalau suara tu jauh, maknanya dia dekat!

Budak bertiga ni dah rasa lain, sebab tahu selain dorang bertiga ada yang keempat. Dan yang keempat semestinya... sebab budak skola selain dorang bertiga xda yang suka langgar peraturan. Serentak dorang bertiga dongak kepala tengok siling thennn...



Tak silap aku dorang demam seminggu ke histeria. Almaklumlah, citer lama. Dah lupa-lupa ingat. Dan aku sendiri tak tau sejauh mana ke'sahih'an citer tu.

Sekiannn...

pssst: lepas ni ada hati lagi ke nak nyanyi 'Rasa Sayang Hey!'? lalala~




Tuesday, November 22, 2016

Adik Kite Plak Yang Convo!

Assalamua'laikum

Selasa lepas, turn adik pompuan aku plak yang convo. Satu-satunya adik pompuan aku. Yeay! 👏😁 Tahniah sistur! Lepas ni kita berjuang apply keja plak. Chaiiiyoo! 💪

happy si adik dah graduated!

adik lelaki aku xda time ni, xdan dia nak mai tengok hakak-hakak dia convo 😢

yeayyy!
#diplomateknologibinaanbangunan

Hijau itu aman! So, aku pakai Abaya Maria Green. ala-ala pilot gitu  😝  sape nak abaya cenggini, boleh contact 0198934755. boleh juga singgah di ig @jubahplain untuk lihat pelbagai koleksi abaya yang menarik!


sempat lagi aku promote jubah 😊😉




Thursday, November 17, 2016

I Love You, Stupid!

Assalamua'laikum

Kisah kemanusiaan yang penuh dengan kasih sayang. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous! 

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
"Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris..." -Aidan

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
"Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?" -Iris
"Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!" -Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, Ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
"Untuk bodyguard saya... yang sangat macho, stylo... dan..."
"Dan apa?" -Firman
"Ermmm... satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu." -Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We're hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi lelaki dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

"Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan... Tolonglah, saya merayu."

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan... tentang Islam, agamaku... tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta...

"Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristigfar..."


________________________________________________________

Novel I Love You, Stupid! karya Melur Jelita. Aku bagi 10/10! Aku syorkan korang baca novel ni, sangat-sangat best.

Tentang kehidupan, agama, cinta...

"Pedihnya menahan rasa hati, menahan lidah dan perasaan... Kadang-kadang terlucut juga, dan kepala bekerja keras nak cover semula... Sakitnya mencintai dan menanggung rindu kepada hak orang. Sentiasa dihambat rasa bersalah dan berdosa...

Iris the diva yang perasan diva
Ebrahim si abang pedas
Firman si mulut laser, dan aku jatuh cinta dengan watak Firman!

Baca novel ni, banyak yang aku belajar. Apa, ingat baca novel ni jiwang je ke? ILUS ni beza;

Kehidupan, agama dan cinta. Ketiga-tiganya berkait... perbezaan kehidupan setiap watak, camna kehidupan dorang berlandaskan agama, dan cinta... cinta kepada Allah, agama dan saling berkasih sayang sesama makhluk... Juga penceritaan kehidupan masyarakat Melayu Cham di Kemboja.

Gigih habiskan pembacaan novel setebal 1389 ms ni, dengan harga RM39 sangat berbaloi dan aku tak rasa rugi. Pengetahuan tentang air tuak, and finally masa aku pegi Kelantan aritu sempat merasa air tuak. nyumnyumnyum, air tuak yang halal toyyiban! alhamdulillah, memang happy tak terkata, dan dengan muka tak malu minum air tuak 4-5 cawan!

Bacalah ILUS dengan mata hati dan mata akal. Semoga anda akan nampak sesuatu disebalik penceritaannya.

ILUS ditulis dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Semoga anda merasai cinta dan kasih sayang itu sebaik saja anda menyentuh ILUS.


"Cukuplah Allah ada dan dia sentiasa ada untukku"


Penulis: MELUR JELITA
Harga: RM39 sm, RM42 ss



Monday, November 14, 2016

Amaran Buat Penggemar Makan Daging Kambing!

Assalamua'laikum

Nasihat Daripada Klinik Kesihatan;
untuk penggemar makan daging kambing

sekiranya makan nasi berlauk daging kambing 🍚, minta jangan terus makan sayur 🍲. Jarakkan sekurang-kurangnya 1 - 2 jam, baru makan sayur

Sekiranya terus makan sayur, dikhuatiri kambing tadi akan meragut sayur di dalam perut anda 😱😝!

Pesanan ikhlas dari,
Dr Tee Pue Qhuat 😜





Friday, November 11, 2016

Makanan Kegemaran

Assalamua'laikum

Dulu time skola rendah selalu main tukar-tukar biodata. Biasalah, budak-budak 👧. Pastu kat biodata tu, mesti ada yang tulis pasal makanan kegemaran 🍜. Majoriti yang bajet soleh solehah buat 'masakan mak'. 😒


Aku tak, aku pi tulis nasi ayam, rojak, soto. Pastu ada la yang tak sayang mulut pi cakap aku ni anak derhaka. Tak pilih masakan mak sebagai makanan kegemaran.


Ehhh, helo!!! Kuajaq betoi la orang tu! Yang cakap tu plak hari-hari berlari pegi kantin beli soto!

Tu memori kecik-kecik dulu. Dah besar ni, jarang dah mama masak kat uma. Tugas memasak ni adik aku yang amik alih. Aku? Malas nak masuk dapur. Kah! Tugas aku kemas rumah lerrr

Aku paling suka makan ikan goreng adik aku. campur dengan sambal belacan, memang perghhh! Dahlah rangup, kriuk kriuk macam kopok. Dah jadi favorite dah sekarang ni! Tapi, kenapakah harga minyak masak naik???

K bye!




Friday, November 4, 2016

Denda Skola Aku Lagi Power Dik Oiii

Assalamua'laikum

Ni aku nak citer pengalaman denda aku duk asrama selama 6 tahun setengah.

Form 1:

Gara-gara 'TERescape' solat Subuh berjemaah kat masjid ( kitorang wajib solat berjemaah kat masjid ), first time aku didenda pakai baju batik skola pegi prep malam. Dahlah baju batik tu cepat renyuk, nak iron berjam-jam pun susah nak halus!



Form 2:

Yang ni lagi mencabar, sebab darah remaja nakal menguasai minda. Dah jadi senior kan, perangai pun dah macam syetonirrajim. Bab escape ni dah jadi perkara yang wajib dibuat. Macam hilang pedoman hidup kalau tak escape.

Aku tak ingat berapa banyak kena denda, tapi antara denda yang aku kena:
- pakai tudung & baju skola pegi prep malam, kain bebas. yang lagi mencabar iman, kena pakai secara terbalik weyh. luar ke dalam, dalam ke luar! siaplah siapa yang tudung dia hangus bahagian dalam. kahkah!

- rotan

- pegi prep malam pakai baju uniform ikut unit masing-masing dannn... hujung seluar masuk dalam stokin! (hjg sluar masuk dlm stokin aku tak kena la, time tu aku tak escape  XP)

- prep malam di dataran (tempat perhimpunan). syahdu weyh, di bawah sinaran lampu yang malap. kalau takda bulan, lagi malaplah prep malam tu

- time prep malam di dataran, time tu juga warden datang pi tanya doa sukati dia la nak tanya doa masuk tandas ke, doa iftitah ke, maksud surah Al-Fatihah ke... engko tak dapat jawab, masuk lah dalam parit beso depan masjid tu!


Form 3:

Lagi nak dekat PMR, lagilah perangai buat warden mengucap panjang. Denda time aku form 2 tu aku ulang balik ke form 3. Cuma kena tambah lagi:

- kantoi tak turun Subuh, otw nak masuk kelas pagi tu engko kena exercise lari round masjid. bapak giler besaq kawasan masjid tu. tak pun, kalau awal spotcheck lepas subuh tu dah kena lari dalam gelap. peduli lah kau termasuk dalam longkang! lari tetap lari. aku dah pernah termasuk longkang dengan telekung sekali!

- hadap muka warden kena isi borang disiplin asrama. boring asyik isi borang ja! tak pakai anak tudung isi borang. tak pakai stokin isi borang. 

- bersihkan tandas aras 1 yang kotornya sangat dasyat k! kuajaq betul dorang yang hanya tau membuang, tak pandai bersihkan. bersihkan guna tangan beb! time ni memang aku anti sangat dengan ketua wazirah (pengawas asrama), tak boleh tengok muka dia. benci, nyampah! sebab dia pun benci dengan aku. wkwkwkwkwkwk


Form 4:

Upgrade sikit. Bukan escape Subuh ja, tambah lagi dengan escape prep malam! Apalah nak jadi dengan engko ni NourAdieb!

- ulang balik denda di atas.

- pakai baju batik selama sebulan pegi prep malam. sebulan beb!!! 

- kawad selepas Subuh selama sebulan! sebulan beb bukan seminggu!!! maknanya tak dapat nak escape subuh di masjid lerrr

- gara-gara masuk asrama awal 5 minit, aku ngan kawan aku sorang ni jadi Mahsuri. Kena ikat di tiang! Syahdu nya time tu. Student laki plak sebok je intai kat tingkap. Ingat aku tak nampak ke! Memang hebohlah satu skola. Asal je terserempak, mulalah bisik-bisik mahsuri. Aku rodok juga mulut kamu tu nanti. Siapa bilang kaum adam x gosip? Lagi power weyh!

- ada pengawas pi announcement nama kitorang 13 orang suh pegi bilik mesyuarat hadap guru disiplin. satu skola la dengar nama yang wanted sangat tu. tajam betul mata guru disiplin tu. aku ingat lagi dia cakap ayat lebih kurang macam ni:

"tiada lencana, tudung buruk macam taik!!!" tapi aku tak terasa la, sebab semua tudung aku ada lencana! kahkahkah XP nakal-nakal aku pun tudung wajib ada lencana 

- form 4, kitorang ada empat kelas. so, kami yang kelas keempat ni satu kelas failed addmath! kawad kaki la di dataran.

- gara-gara tak pakai sarung lengan, hujung tangan baju aku kena gam selotip. sakitnya hati aku dengan geng warden tettt tu! memang saja nak cari salah aku!


Form 5:

Takda denda! wkwkwkwkwkwk, time ni ada timbul rasa keinsafan sikit dalam jiwa. aman sikit palo otak warden sebab tak urus kes aku dah. takda la asyik sakit mata tengok muka aku ja asyik kena denda.

Form 6:

Lower 6, ter'escape' Subuh. So, kena lari round gelanggang basketball. Sel-sel otak belum berhubung, rembat ja baju kurung kawan bawa p denda berlari! Tak terfikir nak pakai sluar panjang. kahkahkah

Upper 6, takda dendaaa! Merdeka XP sebenarnya ada denda, tapi lepas. ahahahaha. makin lah geng warden tettt tu tak puas hati!

Aku tak ingat dah denda yang lain aku kena. Maybe denda tu takda bagi impak sweet memory untuk aku. kah! 


Ni senarai denda yang aku tak pernah kena tapi pernah kena kat student lain:

*Kalau yang couple plak kantoi, dendanya kena sanding depan student lerrr! pastu isi borang disiplin, and kena lapor dengan parents (x silap aku) 

*Engko merokok di kawasan skola, siap sedia la tali pinggang makan belakang badan kau tu!

*Kes buli? Buang/ gantung asrama! kalau rumah kau dekat, huntong lerrr. rumah kau jauh? siap sedia cari bilik sewa yang dekat dengan skola

*Jalan itik dengan kerusi kayu atas kepala pusing masjid. Dah aku cakap kawasan masjid tu luas, kena denda jalan itik lagi. Memang sakit lerrr pinggang tu!

*Baca surah Yassin sebelum masuk kelas, denda yang tak turun Subuh. Time ni aku form 5, memang takda denda la aku dapat  


Denda aku yang paling menginsafkan, solat kat dataran takda lapis apapun. Tu lah suka sangat escape solat kat masjid! Memang sakitlah dahi dengan batu kecil-kecil melekat di dahi. Laki pompuan takda excuse denda tau!

Denda yang paling best, lari pusing kawasan masjid sambil nyanyi lagu 'SEMBOYAN' gara-gara lambat pegi skola! 

Duk kat skola tu, memang kau tak dapat escape kelas pagi. Dicari sampai ke lubang cacing! Dah asrama penuh, kalau engko escape kelas memang kantoi la

Kenapa aku kena denda? Sebab aku buat salah, aku yang pegi cari masalah. Tapi, aku tak citer la dengan parents, kang kena sebijik dari parents aku! 

Aku jadi seorang insan bertaulih sekarang ni pun atas jasa dorang. Kehidupan aku kat skola penuh dengan denda. Bagi aku, denda kat skola aku ni memang power tapi tak kejam. Power sebab mampu ubah perangai pelajar yang nakal. Tak kejam sebab takda lagi student yang masuk ICU sebab denda dorang. Satu ja aku tak puas hati, dengan perangai geng warden tettt yang sengaja cari salah. 

Kalau aku tak merasa denda cenggitu, maybe aku akan terus besar kepala. kurang ajar. tak hormat orang lain. Syukur sangat-sangat aku ada kenangan dengan denda yang power cenggitu. Bohot-bohot syukriah bilang dalam filem hindustan. 

Korang boleh ja jadi nakal, tapi jangan jadi jahat. Janganlah sampai melawan, derhaka dengan guru. Tak berkat ilmu korang tu! Nakal tu pun biar berpada... tapi kalau guru tu dah ceroboh hak kehormatan engkorang, kasi backhand ja!

Ingat, 'nakal biar berpada, buat jahat jangan sekali' . Syurga seorang anak terletak pada kedua ibu bapanya, syurga seorang pelajar terletak pada gurunya.

Ni la skola aku, bumi Limauan. cantik kan?



*share la denda korang time zaman skola  :D




 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb