skip to main |
skip to sidebar
Diminta menghadap pihak atasan memang mendebarkan. Dag dig dug di dalam dada. Jika berkaitan dengan kenaikan pangkat, confirm korang tarik nafas lega tapi kalau sebaliknya? Paling membimbangkan jika berkaitan dengan tujuan pemecatan. Jantung tak lagi dag dig dug, tapi hilang terus irama.
Kita sebagai pekerja yang bergantung hidup dengan pendapatan yang diberi, ayat skema ' Anda Ditamatkan Perkhidmatan ' ataupun yang lebih sadis ' You -are-fired! ' lebih baik dihindari. Tapi, korang tak payah nak seram sejuk badan, menggigil seperti tinggal dengan penguin sebab syarikat atau mana-mana tempat kerja tidak akan memecat korang tanpa alasan yang entah apa-apa. Tapi, kalau saja-saja pecat korang tanpa alasan yang munasabah, mohon hadiahkan flying kick. So, kalau korang tak nak dipecat boleh ikut tips ni :D
1 ) Menggunakan internet
Suka join laman borak a.k.a chat, kirim emel yang xda kaitan dengan kerja atau download lagu dan video untuk koleksi peribadi? Jika ya, aku pesan hati-hati. Sebab kebanyakan tempat kerja sudah mempraktikkan pengawasan penggunaan internet bagi golongan kaki + tangan = kakitangan.
Berbekalkan iman korang, sebaik-baiknya korang kontrol nafsu korang daripada menggunakan internet office untuk hal berkaitan peribadi. Untuk urusan lain macam online atau bayar bil secara online tu, guna je la laptop di rumah.
2 ) Menulis blog
Kalau bab tentang blog ni memang mengasyikkan. Tapi, harus beringat jangan update tentang ketidakpuasan korang tentang tempat kerja. Update pasal pihak atasan, pengurusan syarikat atau pelanggan. Lagi teruk kalau korang dengan bangganya selitkan nama bos korang. Siap dengan pakej kutuk seranah lagi.
Bayangkan kalau blog korang dibuka dan dibaca oleh pihak atasan tanpa sengaja. Biarpun bersifat peribadi, tapi dianggap hal yang sensitif juga. Boleh tercalar imej syarikat. Kalau tak puas hati pun, janganlah luah dekat blog. Automatik semua orang akan tahu bila dorang buka blog korang.
3 ) Tepat pada masanya
Waktu bekerja bagi setiap syarikat tidak semestinya sama. Ada yang konon mula jam 9 habis jam 5. Ada jugak yang wajib masuk kerja jam 8 dan tamat jam 5.So, korang sebagai pekerja wajib patuhi peraturan yang ditetapkan. Biarpun xda kerja yang nak dibuat, tidak semestinya korang boleh datang ke office ikut suka hati. Kalau ada urusan yang perlu dilakukan, minta izin dulu dengan bos korang.
Haa, yang si bos ni pun jangan pulak ponteng kerja! Suka-suka hati je datang lambat pergi kerja. Camna nak jadi contoh yang baik?
4 ) Patuhi Ketetapan
Haaa, pasti ramai yang suka lengah-lengahkan kerja kan kan kan... Bagi korang, korang bukan robot. So, perlukan masa untuk rilex, santai. Bukan tidak boleh, tapi agak-agak lah. Jangan sampai rasa malas tu buat korang langgar waktu yang ditetapkan. Kalau pihak atasan minta korang serahkan tugas hari rabu, bagi je yang terbaik. Kalau ada pembetulan, biarkan dulu. Yang penting korang sudah berusaha untuk siapkan. Chayoo chayoo!
Sebenarnya, tidak juga susah nak elak dari dipecat. Asal korang tidak bagi ruang kepada pihak atasan untuk cari alasan beribu-ribu pecat korang, jawatan dan kerja korang tetap terjamin :)
Fuhhh, panjang entry aku kali ni. Boring pulak baca entry panjang-panjang ni , hehehe
p/s : Aku pun datang lewat 1 jam 10 minit first time masuk kerja, nasib x kena halau. Jangan tiru tau! Peace :D
^_^
setakat ni belom lagi :) hehe
ReplyDeletecik adieb! lisa dah letak awak dalam bloglist. hehe anda bila lagi?
ReplyDeletecik adieb, sy pernah kena call dgn bos sbb x sampai2 office zaman kerja dulu. smpai nak bukak pintu pun menggigil brrr hihik
ReplyDeletehehe ...pandai2 la ambik hati bos
ReplyDelete