Monday, April 2, 2012

Jaga Minda , Jaga Kata-kata & Jaga Tindakan



Bila jumpa pelacur tepi jalan , orang akan kata “eee perempuan kotor ni” . Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun .
 Bila jumpa bekas banduan , orang akan kata “ish penjahat ni . Jangan dekat dengan dia” . Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri . 
Bila jumpa pesakit mental , orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku”  . Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan . 
Bila jumpa lelaki muka hodoh , orang akan kata “euww hodohnya . Siapalah nak kahwin dengan kau tu” . Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran .






P/s : Kesimpulannya .jangan terlalu mudah membuat andaian . Jaga minda , jaga kata-kata dan jaga tindakan :)




^_^





2 comments:

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb