Tuesday, February 9, 2021

Rindu Awak Separuh Nyawa

 Assalamua'laikum


Aki ni memang hantu novel. Sanggup angkut novel dari Kedah bawa balik Sabah. Mula2 dulu memang aku jenis yang main tarik ja novel tu, pastu bayar. X kisah sinopsis, x kisah penulis, x kisah tajuk novel. Lama2 boring sendiri. Sekarang ni, aku tengok nama novelis dulu baru beli πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Aku start rasa boring bila banyak novel tentang kawen muda, kawen paksa, antara 2 darjat, rebut buayapreng gilapreng, lagi sadis rebut laki/ bini orang. Alalalalala...

Paling aku suka baca novel Lynn Dayana. Teda la mau jiwang2, tapi tetap rasa terhibur. Ayat pun elok tersusun.

Ok, stop...


Kali ni, aku mau review novel 'Rindu Awak Separuh Nyawa' karya Siti Rosmizah. Banyak dah koleksi novel SR ni di rumah. Tapi tu lahhh, bila dipinjam x pulangkan balik. Hurmmm... hurmmm!!! Ni gara2 kawan aku si Shida la ni asyik promote novel SR. 'Weyhhh, aku paling suka novel SR ni. Lain dari yang lain. Heroin pula yang jahat sini'. Haaa, ni la ayat dia selalu ulang dengan aku sampailahhh akhirnya aku terjebak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Masuk topik utama 😜😜😜


Novel ni tentang si Kasih Maisarah yang selalu berlagak cun lagi diva gittuuu. Si Nazril Nazim ni pula gaya pak ustaz malu2 meowww dengan pompuan. Gara2 cabar mencabar sampai ego tercabarrr, haaa kawen la dorang berdua. Tapi si Nazril ni memang suka sudah sama si Sara. Bini cun, sepa x suka πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tapi disebabkan berita yang disampaikan, si Nazril kasi tinggal si Sara padahal time tu Sara ni otw jadi isteri solehah penyejuk mata penawar hati Nazril.


Haaa, start sini la citer ni lagi tambah best 😍😍😍 Aku paling suka time si Sara kasi jeles si Nurul Huda yang asyik goda Nazril dalam diam. Laki orang woiii!!! Umi Nazril pula jenis sayang menantu πŸ˜‚ Memang teda harapan la Nurul Huda mau kawen sama si Nazril 😜😜😜


Sinopsis:

"Kasih Maisarah!!!"


Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh & sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.


Pertemuan tanpa diduga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisarah bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!


"Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!"


Bagai nak meletup jantung Maisarah mendengarnya!


"Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!"


Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisarah, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun dikala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.


Maisarah akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisarah memujuk! Maisarah merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!


"Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!"


Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.


"Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisarah saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!" Jelas kelukaannya.


Kini, Kasih Maisarah telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!


"Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa & bidadari syurga abang."


Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.


"Kasih Maisarah, rindu awak separuh nyawa," bisiknya dengan deraian air mata.


Haaa, amacam sinopsis? Ok dok??? Novel ni akan diadaptasi ke drama, so jangan lupa tonton k 😘😘😘






12 comments:

  1. Suka novel yang bersandarkan keagamaan. Tambah pengetahuan.

    ReplyDelete
  2. drama nanti, shukri yahaya x uqasha senrose kan?

    ReplyDelete
  3. Novel memang selalu main rebut-rebut pasangan ni. Kalau jahat tu jahat betul. Imaginasi kan. Dulu-dulu Ai suka baca novel zaman novelis lelaki tu. Lupa apa nama dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg mn 1? Ahadiat Akashah? Ramlee Awang Mursyid?

      Delete
  4. sy x sempat nak baca novel. cuma baca suratkhabar je mampu skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni jaman dulu bnyk free, skrg mampu tatap cover novel ja πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb