skip to main |
skip to sidebar
Sesungguhnya sesuatu amalan yang dikerjakan hendaklah disertakan dengan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, sia-sialah apa yang dilakukan. Namun, dalam dunia hari ini sifat keikhlasan kepada Allah dan sesama makhluk sudah terhakis dalam diri umat Islam.
Sebagai iktibar, Allah menguji seorang hamba yang sangat zuhud tentang keikhlasan beramal kepada Allah.
Si Abid dari Bani Israel adalah seorang yang sibuk dengan ibadah sehingga tidak ada kesempatan untuk urusan dunia.
"Wahai Abid, di sana ada satu kaum menyembah sebatang pokok," kata sekumpulan penduduk kampung.
Setelah mendengar berita itu, si Abid menjadi marah lalu beliau mengambil sebilah kapak bertujuan untuk menebang pokok itu. Dalam perjalanan, tiba-tiba muncul syaitan berupa seorang lelaki tua.
Syaitan: Wahai Abid, engkau hendak ke mana?
Abid: Aku hendak menebang pokok yang disembah orang itu.
Syaitan: Kenapa engkau bertindak kejam? Kamu sanggup tinggalkan ibadah kerana sesuatu yang sia-sia. Teruskanlah saja ibadahmu.
Abid: Ini juga merupakan ibadah.
Syaitan: Tidak, aku tidak membenarkan kamu menebang pokok itu.
Akhirnya terjadilah pergaduhan di antara Abid dan syaitan. Si Abid berjaya menjatuhkan syaitan. Menyedari kekalahannya, syaitan mula memujuk si Abid.
Syaitan: Dengarlah kataku, Allah tidak mewajibkan kamu menebang pokok itu. Ia juga tidak mengganggu ibadahmu. Engkau juga tidak menyembahnya. Bukankah Allah telah mengutus nabi-nabiNya? Jika dikehendakiNya, sudah pasti Dia perintah nabi-nabi menebangnya.
Abid: Walau apa yang terjadi, aku tetap akan tebang pokok itu.
Jawapan Abid mencetuskan pergaduhan kedua. Pergaduhan kali ini juga dimenangi oleh Abid. Syaitan merasakan ia tidak dapat menewaskan si Abid. Lantas ia memujuk buat kali kedua.
Syaitan: Dengarlah, aku nak berkata buat kali terakhir. Aku rasa ia menguntungkanmu.
Abid: Silakan.
Syaitan: Wahai Abid, engkau seorang miskin. Kemiskinanmu menjadi beban kepada masyarakat. Aku berikan kepadamu tiga dinar ( wang emas ) pada setiap hari. Engkau boleh dapatkannya di bawah bantalmu setiap pagi. Kamu dapat tunaikan hak keluarga, boleh menolong fakir miskin. Orang-orang yang menyembah pokok itu pula sudah tentu mencari ikhtiar cara lain.
Pujukan syaitan kali ini berjaya menawan hati Abid. Beliau menerima tawaran syaitan itu. Malangnya janji syaitan hanya bertahan selama dua pagi sahaja. Pada hari ketiga, Abid naik berang apabila mendapati wang yang dijanjikan tidak ada. Beliau terus mencapai kapak untuk meneruskan semula hasratnya menebang pokok itu. Dalam perjalanan, si Abid menemui syaitan itu semula.
Syaitan: Kau hendak ke mana?
Abid: Aku hendak pergi menebang pohon itu.
Syaitan: Sekarang engkau tidak berdaya lagi.
Akhirnya mereka bergelut. Kali ini syaitan berjaya menewaskan Abid. Abid hairan mengapa kali ini dia tewas dalam perkelahian itu.
Abid: Bagaimanakah engkau berjaya mengalahkan aku sedangkan dulu aku kalahkan engkau?
Syaitan: Dulu engkau berjuang semata-mata kerana Allah. Sekarang aku berjaya pula kerana kau berjuang semata-mata kerana wang.
sekadar gambar hiasan
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak hanya semata-mata melihat kepada tubuh kamu dan juga tidak kepada rupa bentuk kamu. Tetapi, Allah melihat ( menilai ) kepada hati-hati kamu ( keikhlasan )."
Renung-renungkan dan selamat beramal. Tepuk dada tanya iman :D
^_^
Suka tengok entry ni :) Ada conversation ^,^
ReplyDeletehuhu. ni lah jwpn bg kes integriti, rasuah dll. ;)
ReplyDeletemanusia mudah tpedaya..
ReplyDeletenampak duit, mende lain dh tak nampak dh.
halal ke haram..main rembat ja..
nice.. eh mana kotak jerit? :)
ReplyDeleteem... btl tu, cik adieb, y ptg hati kan... tp sshnya manusia khilaf cam kita ni nak sucikan hati... smg kita sentiasa istigfar dan mengingati...
ReplyDeleteapa tajuk lagu nie... best jer layan... hehe
ReplyDeleteAmbil iktibar daripada kisah ini :)
ReplyDelete