Saturday, December 8, 2018

Shida Kawen, Yeahhh!

Assalamua'laikum

Tanggal 16/11/2018, syukur alhamdulillah sorang lagi gang karasss #sahabatsejatisentiasadikaki sah menjadi isteri kepada lelaki yang mencintai dia. Gigih la aku pi minta CRK hari Jumaat. Syukur dapat CRK 😂 thank you sir 💋 bukan apa, tempat kijo aku jauh sikit dari gang lain. Ngam la tu aku pi minta CRK

Kami x gtau Shida pun sebenarnya yang kami nak datang majlis dia sebab 16hb tu hari bekerja. Surprise la kononya. Haha 😄 Naik feri Galaxy dari terminal Menumbok ke Labuan ambik masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sempat juga la aku layan 'Aliff dalam 7 Dimensi' sampai habis dalam feri tu 😂😂😂 speedboat pun ada tapi sebab bawa keta seberang, tu yang naik feri 🚢

Turun ja dari feri, singgah kejap di Petronas. Singgah tandas, touch up sikit-sikit cover minyak di muka. Haha 😆😆😆 pastu, baru la cari rumah Shida. Ada juga la scene sesat 😂 Nasib baik sempat sampai sebelum dia menikah. Yeahhh!
Antara kami bertiga, sepa yang duluan ar? 😂

Time nikah, Shida pakai inai putih. Cantik 😍 tapi aku kawen nanti tetap nak pakai inai merah. Haha! Berangan itu x salah weyh! Baju nikah pun cantik.

Petang-petang sikittt bila tetamu dah tinggal sikit, pegi la kami cari pantai yang cantik untuk outdoor 😂
Palm Beach Resort ~ bayar tawww!

Malam berinai pula, kitorang x sempat pegi sebab busy shopping coklat di bandar Labuan 😂 Labuan pun macam Langkawi juga, xda cukai 😂 cuma Langkawi lebih banyak pilihan coklat 🍫🍫🍫

Majlis bersanding pula, sekali lagi kami surprisekan Shida dengan memakai baju yang sama 😂 Dalam diam, kami buat 1 group sebenarnya untuk discuss majlis Shida ni. Kain pula jenis batik pario, nasib baik cepat tangkap cara-cara pakai pario ni 😂 cuma kalau berjalan kena ayu sikit

X mau bebel banyak, layan ja la gambar 😉
Dah macam sesi bride terima anugerah pulak dah 😂

Suka sangat tengok gambar ni 😍😍😍

Shawl/ tudung: sdn.bhd
Blouse Nylea: @nunu.co
Batik Pario: @beautysuri.co
(Search ja di ig k)

Ni baju kawen bangsa Bugis 😉 Tahniah shidaXnapi

Kalau Bugis kawen, banyak persalinan sebenarnya. Tapi kami sempat 1 persalinan ja sebab kena kejar feri jam 0130. So, jam 1200 tu dah chow dari rumah pengantin

Kitorang nak balik dah ~

13 years & still counting 👧👧👧
#samasekolah
#samaipt
#samapendidik
#samapendek 😂

Terasa puas hati hasil gambar dari kamera photographer, ipong Farha & huawei Eyfa. Terlajakkk pelolesss uolls 😲😲😲😍😍😍 

Korang boleh layan video yang diedit oleh Farha ☺ Love u Farha 💋💋💋 muahhh
Klik link ni ➡ Video Surprise shidaXnapi

Kbye! 💋





Thursday, December 6, 2018

Ni Sebab Haku Menghilang

Assalamua'laikum

Tobat aku tengok last entry 11 october uollsss 😱 sumpah aku bukan sengaja x update!

Memang kengkadang timbul juga keinsafan di hati nak update blog, kesian berat dengan habuk sebab lama x singgah 😢😢😢 tapi apakan dayaaa, busy dengan duniawi 👉👈

Mana sibuk dengan kijo, nak siapkan assignment lagi, masuk kelas time cuti... cuti skola tu, aku x cuti weyhhh 😢😢😢 dah la kelas start jam 7. Kengkadang abis jam 10 T_____T

Bersyukur betul aku cuti skola bulan 11-12 ni betul-betul cuti. Kelas ditangguhkan 😊 So, dapatlah luangkan masa suti-suti mesia dengan family, dengan gang karasss. Sepa yang follow ig aku tu, tau la korang kan apa aktiviti aku 😂

Dun woly, nanti aku sedaya upaya luang masa hupdate setiap aktiviti time suti di belog ni k 💋💋💋

Jangan tanya aku ini gaya bergambar apa 😂




Kbye!

Friday, August 31, 2018

Grand Lexis PD, Pilihan Percutianku


Assalamua’laikum and hi hi hi

Lama dah aku tak pi bercuti sejak menjak busy dengan kerja + study ni. Asyik ngadap keja + buku + laptop ni, memang stress jugalah palo otak. Stress! Aku terfikir, ‘alangkah indahnya hidup dapat luangkan masa pegi satu tempat yang boleh tenangkan otak, jiwa dan raga’. Maka, gatailah jari-jemari aku ni pi search tempat-tempat yang best. Bukan demand tapi alang-alang nak bercuti, so aku nak carilah satu tempat yang ada banyak kemudahan, fasiliti serta perkhidmatan yang berkualiti! Ala-ala taraf hotel 5 bintang gittew

Wainaaa, korang tau pakcik google suggest pi mana? Grand Lexis Port Dickson weyhhh!!! Tempat eksklusif tu. Macam aku tak percaya weyh cantik gila tempat tu macam di Bali! 




Yang penting, setiap unit bilik ada private pool. Aku pantang jumpa air, memang lama aku berendam dalam pool lagi2 yang private. Yiiihaaa!!! Kalau bercuti dengan kawan-kawan di Grand Lexis ni, memang jadi duyung la di private pool tu. Tak pandai naik ke darat. Ahahahahahaha… Hotel ni dapat anugerah weyh sebab mempunyai banyak swimming pool. Yalahhh, kalau dah setiap unit bilik ada private pool, gilo engko x banyak! Ngamlah aku pegi sini, dapat juga menikmati suasana aman dan tenang.



Taman pun private, sesuai untuk orang yang nak honeymoon. Boleh throwback kisah percintaan. Ecececececehhh Ahahahahahahahaha… Selain daripada swimming yang berlandskap, pool untuk kanak-kanak pun ada disediakan. Kalau mau aktiviti luar, sewa basikal atau memancing ikan dan ketam, pihal hotel boleh susunkan jadual untuk para tetamu.




Ada aku terbaca, Grand Lexis ini juga mempunyai kemudahan untuk persidangan dan mesyuarat di ballroom dan function room yang sedia ada dan boleh memuatkan lebih kurang 450 tetamu. Tempat ini luas dan sesuai untuk majlis, seminar, majlis perkahwinan dan mesyuarat perniagaan. Tapi, aku takda lah nak buat majlis kahwin kat sini, jauh weyhhh. Cukup sekadar bercuti tenangkan fikiran. Tapi kalau buat seminar di tempat ni, perghhh… semangat terus pi seminar. Ambik aura dari pemandangan yang cantik. Kankankannn

Aku dalam dilema nak pilih bilik atas laut, di taman atau di aras langit. Weyhhh, kenapa bilik2 kat Grand Lexis ni unik2??? Macam aku nak try semua unit bilik.



Ada khidmat WiFi, jimat internet aku. Alhamdulillah! Kihkihkihkihkih. Tapi yang paling best, aku baca review bab makanan di Duyung Restaurant dan Genn Japanese. Review menunjukkan makanan sedap & enak! Tergoda terus selera aku nak try.

Ngamlah juga kalau aku pilih Grand Lexis ni sebab ada spa weyh. Spa!!! Bolehlah aku menikmati urutan, rawatan badan, kaki & tangan, spa muka. Spa muka ni bagi aku mesti dibuat untuk segarkan balik wajah aku supaya nampak berseri time masuk kijo nanti. Pastu ni haaa fasiliti



Grand Lexis ni tak jauh pun dari Kuala Lumpur. Anggaran masa dalam 1 jam 15 minit ja. Boleh guna Lebuhraya Utara Selatan melalui Sungai Besi tol ke Port Dickson tol ( exit 219 ). So, kalau aku lambat sampai KL pun takpa sebab kaunter hotel ni 24 jam akan menolong korang untuk daftar masuk dan daftar keluar atau apa saja pertolongan yang korang perlukan. Bukan tu ja, tapi kat Port Dickson ni, aiiina bukan ja boleh pegi ke pantai Port Dickson, ada juga tempat lain di sekitar hotel tu macam pantai Teluk Kemang, Tanjung Tuan Forest Reserve dan Blue Lagoon.

Dah puas aku tengok gambar Grand Lexis tu, aku try pula servay harga. Hehehehehehehe… Kan sekarang ni pelbagai website ada. So, aku nak banding beza harga. Last2, aku dapat satu website yang buat tawaran & promosi istimewa kalau buat tempahan di Grand Lexis Port Dickson ni. Bajet aku dah sedia dah sebab memang aku dah pasang hajat nak pi bercuti ke satu tempat yang eksklusif. Tak sangka pula Traveloka buat tawaran & promosi istimewa. Terima kasih Traveloka, anda merealisasikan impian saya.

Psssttt, korang rasa Grand Lexis ni tempat yang menarik? Korang tertarik tengok pemandangan di hotel ni? Jom la kita book online di Traveloka Malaysia






Wednesday, August 8, 2018

Bus Online Ticket

Assalamua'laikum

Hi hi and hi!!! 😃😃😃 X lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya AidilAdha kan kan kan 🐮🐮🐮🐴🐴🐴🎉🎉🎉 Mesti ramai kan yang plan nak balik kampung beraya dengan orang yang tersayang. Ngam2 pula time tu cuti sekolah 1 minggu weyh 😍😍😍 Samada korang plan balik beraya or cuti-cuti Malaysia.

Asal cuti sekolah ja, raya. Asal raya ja, cuti sekolah 😜😜😜 So, jalan raya mesti sesak kan. Untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya 🚌🚐🚑🚒🚓🚔🚕🚖🚗🚙🚚🚛🚜, mesti korang balik naik flight kan ✈. X pun dengan bas 🚌. Haaa, buat korang korang korang yang nak balik kampung or cuti-cuti Malaysia menaiki bas, jangan risau jangan khuatir jika tiket bas habesss 😉😉😉! Dunia masa kini, segalanya di hujung jari ja beb! 👍👍👍 Korang dah boleh beli tiket bas secara online!!! Dah lah cepat, mudah pulak tu! Tekan tekan, dah settle. Haaa, gituuu 😍😍😍 Nak book tiket bas tu, korang boleh klik link ni 👇👇👇:

Bus Online Ticket

Korang kena book tiket ni start 7/8/2018 sehingga 19/8/2018... tapi tarikh perjalanan korang boleh pilih antara 7/8/2018 sehingga 31/12/2018!!!

Antara destinasi yang ditawarkan seperti Kuala Lumpur, Singapore, Johor, Melaka dll
Haaa, korang boleh rujuk dengan tekan link yang i dah bagi kat atas tu. Nak book tiket bas ni serupa book tiket flight. Nak naik dari mana, nak turun dekat mana, nak return ke atau oneway...

Dah pilih lokasi dengan tarikh tu, klik 'Search Buses' yang warna oren tu



Amacam??? Mudah kan??? So, apa tunggu lagi! Jangan rumitkan hidup korang jika tiket bas habesss. Kini, ada penyelesaiannya 👏👏👏

Tadaaa

BUS ONLINE TICKET

Jangan lepaskan peluang ni weyhhh!

#busonlineticket
#permudahkantravelanda
#tiketonlinecepatdanmudah





Sunday, August 5, 2018

Rumah

Assalamua'laikum

Topik 'bawangan' pada entry kali ni ada kaitan dengan rumah. Masuk bulan ni, genap setahun aku duk menyewa rumah ni.

Rumah ni, schoolmate aku yang habaq ada kosong. Rumah ni x besaq, x kecik. Yang sedang-sedang saja. Ngam untuk bujangan maciam aku 😆 Rumah ni ada 3 bilik. Master room kosong, so automatik jadi bilik aku.

Duk rumah tu, aku dapat 2 orang hosmet. Sorang asal Buput (Beaufort), sorang asal Perak. Dua-dua dah kawennn 😱 halamakkk. Time aku masuk tu, hosmet Buput ja yang ada. Tu pun sedang pregnant. Yang asal Perak tu cuti bersalin.

Dipendekkan cerita, yang si Perak ni dapat pindah ke Keyel. So, bukak skola 2018, dia mai seminggu duk kemas nak angkut barang bawa balik. Dia whatsapp la aku boleh ka kalau laki dia tumpang duk kat rumah seminggu and dia nak pinjam bilik aku sebab besaq. Aku pun pikiq la pasai anak dia. Cian pula kalau duk bilik kecik. Aku pun eya kan lah. Nasib baik seminggu...

Bila si Perak pindah, tinggallah aku dengan si Buput berdua. Ada 1 lagi bilik kosong. Masa ni, si Buput cuti bersalin sampai bulan 3. Tinggallah aku sorang. 1 hari, jiran sebelah habaq kat aku ada cikgu cari rumah sewa. Kalau dapat, dia nak menyewa sekali. Aku cakaplah, aku kena bincang dulu dengan si Buput sebab bukan aku sorang ja yang duk sewa rumah tu.

Buput pula x mau dah tambah ahli. Alasannya, her mummy x mau ramai-ramai dalam rumah tu. Aku on ja la sebab kesian dengan si Buput ni. Sebelum ni, dia ada share la tentang familynya. Bikin kesian o kalau dengar. Seminggu sebelum cuti bulan 3, si Buput mai la sebab dah abis cuti bersalin. Sebelum datang, Buput minta izin supaya family nya dapat menumpang semalam di rumah tu and dia nak tukar bilik ngan aku. Dia nak master room alasan senang mandikan baby. Yalahhh, master room ada tandas dalam bilik. Aku bagi ja la. So, semua family nya balik kecuali herr mummy. Lepas cuti seminggu bulan 3 tu, eh ehhh, ada pula si Mummy 😧😧😧

Bulan 5, genap 2 bulan mummy dia di rumah tu. Genap 2 bulan juga dia x gtau aku mummy dia akan tinggal sama-sama. Genap 2 bulan juga dia kasi mandi baby d tandas dekat dapur bukan tandas dalam bilik. So, aku whatsapp dia minta sewa dengan bil tu dibahagi 3. Yalah, kalau bahagi 2 ibarat aku tanggung mummy dia dalam rumah tu. Aku gtau dia aku x mau bayar astro. Ya lahhh, bayar pun bukan aku tengok. Si mummy yg control tu remote. Engkorang bayangkan, aku baru balik rumah dekat jam 4 petang. Then cerita yang si mummy tengok dah abis. Dia blah la pi dapur. Aku tukar la channel p 801. Time tu ada sukan ntah sukan pa. Ngam-ngam acara renang. Aku sukan memang minat layan kecuali bola. Tetiba, si mummy datang then terus cakap "ehhh, cerita turki main sekarang". Dia ambik remote terus tukar channel. Hello derrr, aku layan tv dia x minta izin aku pun nak tukar. Dia x bayar sewa ngan bil apapun. Cerita turki tu ada ulangan malam, pagi dan petang. Tiap malam & petang layan benda yang sama. Pagi aku x tau sebab aku di skola.

Tu pasai aku nekad nak bahagi 3 semua bayaran. Pastu, aku dah jarang makan d rumah sebab sebelum balik, aku dah makan luar. Si Buput setuju sewa bahagi 3 tapi bil dia minta untuk bahagi 2. Yalahhh, kalau dengar cerita familynya memang akan kesian. So aku setuju bil-bil bahagi 2. Tapi aku dah x beli barang dapur. Kalau aku rasa aku mau makan, aku join dorang makan.

Sebulan dorang di rumah tu, pakai barang dapur aku k. Minyak masak habis, whatsapp aku minta beli. Pastu, masuk bulan 7 si Buput acuh x acuh dah ngan aku. Dia layan x layan dah aku ni. Aku tiap 2 minggu memang akan balik kampung. Tenom ➡ Kuala Penyu perjalanan dekat 3 jam. Aku sampai ja di rumah sewa tu, rupanya ada daddy dia. Time tu panas juga aku, dia ni dah xda jari ka nak sms aku gtau ada daddy dia. Xda mulut ka mau cakap ngan aku daddy dia tido di rumah tu. Aku dah lah penat drive, masuk rumah kena bertutup lagi. Memang stay dalam bilik x kuar-kuar dah kecuali ambik wudhu. Tu pun kena bertutup. Adehhh, rimas...

Memang si Buput buat rumah tu maciam rumah family. Kadang kakak ngan abang ipar dia datang tido di rumah, kadang aunty dia datang. Kadang lakinya datang. Yang bestnya, dia x gtau aku. Cisss!!!

20/07, minggu untuk aku pulang kampung. Aku sampai ja rumah ada daddy dia. Aduiii, aku plan nak mandi kasi segar badan. Kang aku tetido time drive, x sia-sia eksiden. Dah lah jalan tu berbukit, teda line internet dengan fon. Cancel mandi, terus aku packing barang and blahhh. Sekali aku keluar bilik, ada pula lakinya di ruang tamu bercalling. Adedehhh, si mummy ngan si Buput langsung x gtau ada lelaki dalam rumah tu. Arghhh, adakah itu 1 taktik halus supaya aku blah dari rumah tu???

22/07 aku balik dari kampung. Sampai di rumah sewa, aku nampak dah selipar pelik di luar bermakna ada orang lain di rumah tu. Mungkin aunty nya sebab aku tengok daddy ngan lakinya teda. Time tu memang aku dah x tegur dorang. Aku pack barang-barang aku sebab x sanggup sudah duk serumah. Siap pack, aku blah pi rumah sebelah tapi lom bawa barang-barang la. Jiran sebelah ni kawan-kawan aku juga. Dalam jam 9 lebih baru aku balik.

23/07 Punya la syiok aku selamba x bertutup dalam rumah tu sebab aku x tau ada lakinya. Bangun Subuh tu pun rileks ja keluar bilik. Bila aku dah sampai skola, kawan aku whatsapp rupanya ada lakinya d rumah tu. Astagaaa!!! Patutla si Buput x keluar bilik sanpai aku blah dari rumah tu. Panas dah hati aku d skola. Nasib duk bawah aircond.

Pastu tengah hari pula, kawan aku dapat info. Si Buput bercerita dengan guru-guru skolanya. Tapi dia cerita seolah-olah dia yang teraniaya. Konon aku berkira dengan family dia bab bayar sewa dengan bil. Konon aku x selesa ada family dia datang. Konon si Buput lagi layak untuk stay di rumah tu sebab dia lagi awal menyewa dari aku

Hello pulisss, tolong tangkap si Buput 1 family!!! Aku ni guru interim, bukan guru tetap macam si Buput! Aku xda gaji cuma dapat elaun! Memang la aku berkira bab sewa ngan bil sebab bukan kami 2 ja yang tinggal di rumah tu! Aku dah lah bilik kecik, xda tingkap pulak tu. Kenapa aku pilih bilik tu??? Sebab sejukkk. Lagipun kan aku dah gtau di atas, aku x tau mummy dia tinggal dengan kami! Letrik, dia yang banyak guna. Air, mummy dia cuci kain pagi petang beb pakai mesin basuh! Yang petang tu, dia cuci napkin baby 2 helai ja 😑😑😑 arghhh stresss! Ko sewa awal sebulan dari aku, x semestinya ko boleh bawa family mu sukati tido di rumah tu! X gtau aku pula tu! Memang la aku x selesa ada family nya, sebab dia bawa yang berjantina lelaki!!! Dia sendiri pernah cerita dengan aku, dia malas balik di rumah Beaufort sebab ada abng iparnya. Dia malas mau bertutup pakai tudung. Haaa, rimas ko ja ko fikir! Rimas aku terpaksa bertutup di rumah tu time ada family ko x pula ko fikir!

23/07 aku balik dari sekolah tengok-tengok rumah dah 90% clear. Takda dah barang depa! Lari maciam pencuri. Pastu time maghrib dia datang lagi dengan mummy nya. Tu pun langsung x cakap apa-apa dengan aku. 3 hari berturut angkut barang. Yang bukan milik dia pun dia angkut!

Ni ja yang ko whatsapp aku hosmet???

Dua hari lepas pindah, post di ig seolah-olah diri teraniaya. Bukan aku yang halau ko keluar dari rumah k!!! Aku bukan mengungkit tapi sebab ko putar belit cerita. Aku hargai pertolongan ko selama ni. Tapi sekarang ni, aku x boleh tengok muka ko selagi ko x minta maaf dengan aku!

Laki ko ostat, patutnya laki ko tau bah juga x manis stay di rumah sewa pompuan biarpun ada bininya menyewa!!! Sis cannot brain braderrr 😒😒😒

Sekian drama jam 7 petang 😑😑😑


Saturday, July 14, 2018

Senamrobik Perdana i-Think SMKE 2018

Assalamua'laikum

Hai hai haiii 😃😃😃
Sebenarnya, aku nak post tentang raya tapi nanti-nantilah 😂
Minggu-minggu lepas sekolah busy dengan latihan i-Think 💃💃💃

Haritu, ada pertandingan tarian i-Think antara kelas. Siapa yg follow aku di ig, korang nampak la yang aku selalu post d story. Jadi, kelas yang menang tu jadi idol tarian i-Think

I-Think ni sebenarnya adalah peta yang digunakan dalam sesi PdPA-21. Ada 8 peta i-Think


So, kiranya macam 'Hari Ini Dalam Sejarah' la SMKE buat Senamrobik Perdana i-Think. Bukan pelajar yang normal ja terlibat, tapi pelajar Pendidikan Khas, guru-guru & AKP pun terlibat tau! 😉 Lagi 1, tuan pengetua pun joined. Haaa

Struggle gila kitorang berlatih 2 minggu supaya x salah step 😂 Pelajar pula berlatih selama 3-4 minggu

Ok, layan gambar ni dulu

So, cer teka kitorang guna peta i-Think apa? 😏😏😏

Time hari kejadian, guru-guru & AKP pakai baju warna kuning. Pelajar pula pakai baju warna oren, biru gelap & kelabu 👕👕👕


Sekarang, layan video pulak. Tapi, aku x upload yang full 😏
Wkwkwkwkwkwk

Ni first time guru-guru & AKP joined latihan




Aku upload video time latihan ja 😆😆😆😜
Kbye 😉





Wednesday, June 13, 2018

Dah Balik Kampung?

Assalamua'laikum

Hi, hello, hola, haluuu
Uollls dah balik kampung ke?
Siapa yang x beraya di kampung tahun ni?
Aku tiap tahun alhamdulillah, beraya dengan keluarga di kampung.
Tapi, ni first time lambat balik kampung time raya
Dan haku masi di sini
Haku masi di sini mendobi 😂😂😂

Sepatutnya, aku dah balik kampung 11/06 haritu tapi my mom suh sama-sama balik dengan si Anum.

Anak yang baik, anak yang mendengar cakap
Tu pasai aku x balik kampung g
Kbye!

Thursday, May 31, 2018

PROMOSI Baju Raya di Instagram @jubahplain

Assalamua'laikum

Sejak menjak busy kijo + study, terabai pulak bisnes pakaian @jubahplain. Mana yang whatsapp 📱, kengkadang aku terlupa nak reply. Sorry sangat-sangat. La ni, dekat nak exam aku gigihkan juga urus @jubahplain. Saiyang kalau stop di tengah jalan kan kan kan

Ok, abis mukaddimah 😆
Bagi korang yang belum ada baju raya, boleh usha di ig: @jubahplain. Antara pilihan yang menarik adalah:

KURUNG SONGKET AAFIAH EDISI AIDILFITRI

BAJU
📌MATERIAL HIGH QUALITY BABY SKIN/ BABY SILK
▪MATERIAL YG LEMBUT, SEJUK DAN SELESA
▪TIDAK NIPIS ATAU JARANG DAN SENANG IRON
📌CUTTING KURUNG BIASA
📌TANGAN LONGGAR (WUDUK FRIENDLY)

KAIN
📌MATERIAL SB LINE SONGKET
▪MATERIAL TEBAL DAN TIDAK JARANG
📌CUTTING KAIN SUSUN TEPI
📌PINGGANG GETAH KELILING DAN ZIP DI SEBELAH KIRI

HARGA:
RM85 SM/ RM90 SS
Free postage







KEBAYA SONGKET AYU EDISI AIDILFITRI

BAJU
📌MATERIAL HIGH QUALITY BABY SKIN/ BABY SILK
▪MATERIAL YG LEMBUT, SEJUK DAN SELESA
▪❌ NIPIS ATAU JARANG DAN SENANG IRON
📌CUTTING LONGGAR
📌ADA ZIP DI DADA (BF FRIENDLY)
📌TANGAN LONGGAR (WUDUK FRIENDLY)

KAIN
📌MATERIAL SB LINE SONGKET
▪MATERIAL TEBAL DAN TIDAK JARANG
📌CUTTING KAIN DUYUNG
📌PINGGANG GETAH KELILING DAN ZIP DI SEBELAH KIRI

HARGA:
RM85 SM/ RM90 SS
Free postage untuk SM







T A P I

😲😲😲

@jubahplain ADA TAWARAN HEBAT JIMAT BERGANDA SEHINGGA 9.6.2018
😉😉😉

Beli combo #KebayaAyu + #KurungAafiah percuma item untuk kanak-kanak
✔ keysha @
✔ ummi kid @
✔ ummu kid

💵 #KebayaAyu + #Kurung Aafiah:
RM170 sm, RM180 ss


Berminat??? 😀😀😀
📱 Whatsapp: 019-8934755

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb