Assalamua'laikum
Manisnya, kau yang rasa
Cinta bukan mainan. Hati bukan untuk diseksa. Janji? Janji memang bukan untuk didustai. Tapi sayang, kita tiada magis untuk melihat masa depan. Kau ada? Aku tak ada. Sebab itu berlaku Cinta Terlebih Gula.
Zahra: Bila gelojak rasa terlebih, timbang tara pun jadi rosak. Dia suka aku, aku tak mahu dia. Bila aku dah mula suka gila kat dia, berani dia tak suka aku! Mana boleh suka-suka macam tu!
'Hati ini bukan organ semudahnya kau pianokan. Kau rosakkan ritma, kau hancurkn nada.'
Wafi Ady: Aku, original manusia. Sebab itu aku ada khilaf, defect sana sini Gagal kelulusan Sirim. Tapi aku ikhlas bila aku kata... maafkan aku, marilah mula kembali pada mukasurat satu.
'Aku ini Adam, yang terleka. Berdosa namun janji mahu kembali setia pada Hawanya.'
'Aku, Zahra. Bukan Hawa... Kau tiada kuasa pengaruhi aku.'
'Aku Ady... punya cita-cita menjadi lelaki pertama dan terakhir kamu. Sila register itu!'
Jadinya, harus bagaimana cerita ini ditamatkan? Kau tahu? Aku tak tahu. Sebab itu kena khatam dahulu.
🌹🌹🌹
Memang kalau novel Lynn Dayana, lain dari novel yang lain. Cinta Terlebih Gula (CTG) ni, bukan kisah cinta dua darjat. Yang sorang anak Tan Sri, yang sorang anak kampung yang serba kekurangan. Oh nonono!
Zahra dan Ady, dijodohkan oleh keluarga. Zahra memang sedaya upaya tak mau dengan si Ady ni, banyak alasan dibagi terutama faktor umur. Si Ady ok ja, berlagak cool dan macho. Zahra memang jenis jujur kalau bercakap, dia tak nak kawen dengan si Ady. Ady pula, pujuk dan mengayat si Zahra ni. First time bertentang mata, si Ady terus tunjuk rasa suka ❤
Demi untuk happykan family, Zahra terima Ady. Demi untuk gembirakan mama, Ady terima Zahra. Majlis tunang jadi majlis nikah 💑. Kalau novel lain, salah sorang mesti akan dibenci kan kan kan. Tapi bukan di CTG ni 😉
Ady jadi pilihan menantu sebab lulus bab agama, boleh jadi imam, pastu bermoral siket r. Zahra pula disayangi sebab dia ibarat pompuan melayu terakhir.
Bila sudah sah jadi laki bini, Zahra jadi isteri sebaik-baik isteri solehah. Ady, tetap dengan gaya romantik tapi macam dingin sikettt. Panas tak sampai ke petang, kengkadang pagi tu pun dah hujan. Cenggitu la rumahtangga Zahra.
Mula goyah bila Ady terjumpa dan tercinta balik dengan gadis pujaan dulu kala, si Mia. Macam kes yang famous sekarang, rumahtangga goyah sebab isteri/suami terjumpa kekasih lama time reunion. Nauzubillah minzalik...
Zahra pendam sengsorang, tunggu untuk Ady berterus terang. Dia mau luah dengan family, family macam lebih sayangkan Ady. Family masing-masing ingat dorang bahagia. Raya tahun tu, Zahra sudah sediakan baju colour Emerald Green. Tapi Ady pakai baju pilihan Mia.
Zahra sambut raya di hospital sebab keguguran. Bila family Zahra tak dapat contact dia, dorang contact family si Ady sebab dorang ingat Zahra raya dengan keluarga mertua. Time tu baru terbongkar yang Zahra dengan Ady ni ada masalah.
Lepas keguguran tu, Ady jumpa Zahra untuk bincang. Disebabkan Mia taknak bermadu, Ady kena ceraikan Zahra.
Akhirnya, Ady Zahra cerai 😭😭😭
Baca Cinta Terlebih Gula ni, takda maknanya suweeet mueeet overdose sampai boleh kena diabetes 😒 Semuanya sebab si Ady. Kalau si Ady ni wujud, patut dihempuk kepalanya dengan periuk kuali 😂
Zahra ni macam watak si Mastura (Nelydia) dalam drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'. Bila laki dikacau pompuan lain, dorang bukan pasrah macam tu ja tapi lawan untuk lindungi rumahtangga dorang.
Mia ni tak jugalah digambarkan sorang yang sexy dan penggoda macam dalam drama tu, yang watak pompuan ketiga mesti overdose 😂 Kah!
Baca novel ni, kena baca dengan mata hati. Fikir apa pengajaran dari novel yang dihasilkan. Macam dalam CTG ni:
- Cinta tanpa batasan, membinasakan
- Kalau terjumpa ex buayapreng-gilapreng tu, janganlah gatai mau sambung ikatan yang sudah terputus melainkan kedua-duanya single. Yang dah kawen, ingat sikit pasangan yang dinikahi
- Apa hal, boleh dibawa bincang
- Walau sedalam mana usaha kengkawan kau nak korek kisah rumahtangga tu, jangan lerrr dikongsikan. Tapis, mana yang boleh kongsi, kongsilah. Yang tak digalakkan untuk kongsi, elakkan
- Berbakti pada orang tua, saling menyayangi antara adik-beradik
- Hargai si dia yang anda nikahi terutama si isteri. Bahagiakan isteri, rezeki mencurah-curah uiii. Isteri jangan pula curang dengan suami!
Penat dah taip. Novel CTG ni, aku bagi 11/10 👍👍👍. Overdose 😂
Penulis: Lynn Dayana
Harga: RM32 sm, RM35 ss
Cetakan: Poreng Kertas Publication
558 muka surat
menarik novel nie bile bace sinopsis tu.. pengajaran banyak..
ReplyDeletebest novel ni, suwer 😄✌
DeleteWow. Tinggi rating adieb bg ni. Mcm kena baca juga je nampaknya :)
ReplyDeleteterlebih best kak ana 😄👍👍❤ x rugi kalau baca
DeleteMama suka juga novel Lynn dayana to dah lama dah x baca novel. X sempat
ReplyDeletebestkan novel Lynn Dayana 😍😍😍
DeleteBila la saya ni nak ada novel sendiri...hahaha
ReplyDeleteinsyaAllah, akan dtg 😉
DeleteWah, sipnosis yang menarik..
ReplyDeleteterima kasih 😄
DeleteBanyak pengajaran kita boleh dapat expecially statement NA : "Kalau terjumpa ex buayapreng-gilapreng tu, janganlah gatai mau sambung ikatan yang sudah terputus melainkan kedua-duanya single. Yang dah kawen, ingat sikit pasangan yang dinikahi." dan "Walau sedalam mana usaha kengkawan kau nak korek kisah rumahtangga tu, jangan lerrr dikongsikan. Tapis, mana yang boleh kongsi, kongsilah. Yang tak digalakkan untuk kongsi, elakkan" sebab kalau tidak dibendung / tak tahu batas akan jadi SKANDAL..
ReplyDeletesebab realiti skrg ni, ex sambung kasih lepas jumpa time reunion. kesian dgn org yg dinikahi. nauzubillah minzalik
DeleteSketsa kehidupan .. hiii macam ni lah .. lama jugakxdah x baca novel camni 😂
ReplyDeleteNovel Lynn Dayana, memang best 😄👍
DeletePart yang terjumpa exgf ke exbf ke memang sha sokong.. Kalau sebagai kenalan biasa takpelah.. Tapi bila dah melibatkan perasaan memang nak kena hempuk.. Ingat kahwin tu main2 ke.. Bagus novelnya..
ReplyDeleteKan, bab kawen dibuat main 😠 Memang nak kena hempuk kalau dah gatai nak main perasaan dengan ex lepas kawen
DeleteSaya dah lama tak baca novel. Novel kesah cinta lagi lah lama tak baca.
ReplyDeleteBila tengok Nour beri point 11 per 10 tentang buku ni, teringin pulak nak baca.
Siyes Tuan, memang best novel ni 👍👍👍 Baca sampai nak hempuk si Ady tu. Dah ada bini, sibuk gatai dengan ex lama 😂
Deletesalam alaik, adieb siblings dengan anum abdullah ke
ReplyDeleteWaa'laikumussalam, ya kak 😊 Dia adik sy 😄
Deletesalam..
ReplyDeleteyaya singgh n follow sini ye..
wahh novel CTG ye...
drama sgt ni..huhu
Waa'laikumussalam, terima kasih follow sy 😘 Baca CTG ni, feeling sampai ke hati 😂
DeleteGeram plak perangai si Ady ni. Huhu
ReplyDeleteKan, padahal sebelum kawen tu beriya dia pujuk si Zahra supaya terima 😠
Deletewaa suka baca novel ya.. dulu masa rajin org selalu suruh tulis novel, entry lama2 la.. sekarang.. haihh malasnya menulis. hihi
ReplyDeletecerita kalau lain dari cinta 2 darjat ok la.. hehee
Minat giler baca novel terutama novel Lynn Dayana ni. Memang dia tak tulis novel cinta 2 darjat 😂👍
Deletenovel yang menarik... bagus sinopsisnya...
ReplyDeleteLahaiii...bila la novel saya nak siap kan...hahaha
ReplyDeleteNini nak karang novel erk? 😏
DeleteGula cinta, kah!
ReplyDeletebest la tajuk tu.. hehee.. manis betulll
ReplyDeleteTajuk best, story pun best 😉👍
Deletedah lama tak banyak novel, huhu, macam best je baca spoiler ni, hehe =))
ReplyDeleteNEEZA l Malaysia Lifestyle Blogger
Best 👍👍👍 recommended
Deletebagus jalan ceritanya
ReplyDeleteBagus kak, tak mengecewakan 😄👍
Delete