Thursday, April 26, 2012

Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Kita Maut





* Tanda 100 hari

Sebelum datangnya hari di mana kita akan meninggalkan dunia yang fana, ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambaNya. Semua orang Islam akan mendapat tanda-tanda ini  sama ada mereka sedar atau tidak.
Tanda ini akan muncul lazimnya selepas waktu Asar. Time tu, seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan bergegar.

* Tanda 40 hari

Tanda ini pun akan muncul sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. InsyaAllah time tu malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan bingung seketika.

* Tanda 7 hari

Tanda ni hanya diberikan khas buat mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan tetiba berselera untuk makan.

* Tanda 3 hari

Time ni terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu antara dahi kanan dan kiri. Haaa, kalau tanda ni dapat dikesan maka berpuasalah kita. Kenapa? Supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini juga akan memudahkan mereka yang akan memandikan jenazah kita nanti.
Time tu juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi. Pastu, bagi dorang yang sakit time tu hidung akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihat di bahagian sisinya. Telinga pula akan layu. Maksudnya, bahagian hujung telinga tu beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kaki yang terlunjur perlahan-lahan akan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.

* Tanda 1 hari

Tanda ni juga akan berlaku lepas Asar. Time tu kita dapat rasa satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun. Tu tandanya kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar untuk keesokan harinya.

* Tanda akhir

Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang pastu naik ke bahagian halkum. Time tu, kita hendaklah mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri sambil-sambil menunggu kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah.

Pesana penaja: Marilah kita berdoa dan bertaqwa kepada Allah swt semoga kita adalah di antara orang-orang bertuah yang dipilih Allah swt yang akan diberi kesedaran untuk peka akan tanda-tanda ajal menjemput kita. Semoga kita dapat membuat persiapan akhir. Ameen. 





^_^






4 comments:

  1. byk tanda akan diberi kepada kita..cuma kita je yg xperasan kan?...

    ReplyDelete
  2. same entri ni. ;)

    farizafairuz.blogspot.com/2012/03/tanda-tanda-sebelum-ajal.html

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan kematian kita, dan kita sempat mengucap.

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb