Thursday, December 29, 2016

Disebalik Tragedi Ribut Tropika Greg

Assalamua'laikum

26/12/2016

Aku duk busy scroll fb dari atas ke bawah, dari bawah ke atas ⬆⬇
Then tetiba nampak kawan aku post pasal ribut Greg ni sebab dia salah sorang mangsa ribut tu.
Terus aku throwback balik pasal ribut Greg ni.
Memang famous la pasal ribut ni sebab ada kisah disebalik kisah. ececehhh



26/12/1996

Kisah 20 tahun yang lalu.
Masa tu umur aku dalam 4 tahun.

Seminggu sebelum tragedi berlaku...







jengjengjeng






Ada seorang tua berpakaian putih bertongkat merayau-rayau di satu kampung yang aku pun lupa nama kampung tu. korang google ja la k!

Dia singgah ketuk pintu dari rumah ke rumah hanya untuk meminta segelas air minum 🍵. Ketuk punya ketuk punya ketuk tapi, hampa... xda yang sudi derma segelas air minum. Si tua berpakaian putih gagahkan diri ke rumah yang terletak di sebelah sungai. Alhamdulillah, hanya rumah dekat sungai tu ja yang bagi air minum untuk si tua. (Sesetengah cerita yang aku pun x tau betul atau x, setiap rumah yang si tua pergi tapi x bagi dia air, si tua pesan; 'kamu kedekut air dengan aku, lepas ni akan datang air yang sangat banyak'. sejauh mana kesahihannya, aku pun x tau.) 

Malam sebelum kejadian, ada pesta yang melibatkan minuman keras 🍺. Malam krismas kannn. Dorang bagi kucing 🐱 dan anjing 🐶 minum minuman keras tu. Lepas tu lepas tu lepas tu, tragedi ribut Greg...  😱😢

Dan ceritanya lagi yang aku diceritakan, rumah tepi sungai yang bagi si tua minum air tu ja yang selamat. Wallahua'lam...


Aku x ingat pun pasal tragedi ni, tapi aritu tertengok satu program rancangan di TV3 pasal throwback tragedi di Malaysia. Ngam-ngam plak time aku tengok tu pasal Ribut Tropika Greg di Keningau Sabah. Dorang siap lakonkan balik tentang seorang tua berpakaian putih and tentang anjing & kucing yang dibagi minum minuman keras.

Apapun, korang boleh search di google tentang tragedi ni. Setakat ni ja info dari aku





No comments:

Post a Comment

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb