Tuesday, March 21, 2017

Lose Weight, Live Healthy

Assalamua'laikum

Simple tips to lose weight from NourAdieb 😉

Baru dua tahun aku duk Kedah, berat aku dah naik sebanyak 13-14 kg menjadikan berat aku 55 kg 😱. Tahniah buat diriku kerana berjaya menternak lemak 🎉.


Kalau ikut jadual BMI ni, dengan ketinggian 147.5 cm, berat aku tak boleh lebih dari 52.2 kg. 50.0 kg pun aku dah rasa cam overweight 😨. Pastu timbul plak dah bintik-bintik putih kat bawah mata menandakan kandungan kolestrol dalam badan aku tinggi 😢.
Bukan jerawat tau! Tapi inilah bintik minyak & kolestrol (gambar contoh)

Bila dapat bintik putih tu, baru insaf nak jalani kehidupan yang sihat. Nak ikut diet Atkins, memang tak dapat lah. Sehari tak sentuh nasi pun dah menggelupur 😷. Jadi, aku buat tips aku sendiri 😄.

1) Belajar makan sayur dan banyak makan buah-buahan 🍎🍊🍉🍓🍆🍅

Aku sangat tak suka makan sayur 😒! Demi nak hidup sihat, aku slow-slow belajar makan sayur. Cuma sampai sekarang tekak aku tak boleh terima sayur sawi. Yang lain oklah. Aku ni jenis yang suka mengunyah dan kena ada sesuatu dalam mulut. Jadi, kopok-kopok yang selalu aku kunyah-kunyah tu aku ganti dengan buah-buahan. Yang penting, elakkan makan buah selepas makan nasi!
Pisang setiap hari aku makan. Pegi ja kampung sebelah, dapat pisang RM2 seikat 😁

Kalau turun time 'tamu' (pasar), kengkadang beli 'sikui ' (tembikai)



2) Jangan sesekali skip sarapan!

My mom sangat pentingkan pengambilan sarapan. Kata my mom, " Jangan tinggalkan sarapan. Sebab tiada sarapanlah perut masuk angin. Dah tersumbat. Pastu makan banyak time tengah hari. Terkejut perut. Salah cara mau turunkan berat badan tu!"

3) Minum susu tepung dan kurangkan minum susu tin.

Aku suka minum susu. Tapi, kengkadang malas nak buat. Jadi selalu order neslo ais ikat penuh, takpun milo ais ikat tepi. Yang tak pernah order, jus cinta ikat mati ke hati awak 😘. Ciaciacia

Minuman bergas, minuman bergula aku dah berjaya elak 😁 Lagi satu, minum banyak air kosong. Kalau nak pi mana-mana, bawalah air kosong dari rumah. Dah boleh jimat duit, tak payah beli kat luar. 

Petua nak awet muda; minum air kosong sebaik bangun pagi, sebelum gosok gigi 👄😉
Susu tepung Everyday menjadi pilihan sebab susu ni sedap 🍶. Tak payah guna gula. Pandai-pandailah adjust sukatan susu + air tu. Aku minum susu 3× sehari; sarapan + tengah hari + malam. 

4) Kurangkan pengambilan nasi.

Kalau dulu, penuh nasi dalam pinggan. Dah lah penuh, pastu tambah lagi nasi. Kalau kat kedai, kengkadang minta nasi tambah. Dalam sehari tu, 4-5× makan nasi 😂

Sekarang ni, satu jam sebelum makan nasi, aku akan minum air susu sebab minum susu ni pun dah buat aku kenyang. Pastu makan buah, jadi aku hanya larat makan nasi setengah senduk ja. Tapi kalau lauk masak lomak 😍, susah juga nak menahan sebab favorite 😂

5) Kurangkan pengambilan makanan berminyak & minuman bergula.

Parents aku jenis yang tak suka makan kat luar. Lagi baik masak sendiri kat rumah sebab kita tau sukatan penggunaan minyak dalam masakan 😉. Lagi-lagi sekarang ni harga minyak naik. Kalau lauk, kebanyakannya sekarang ni masak rebus ja. Dah kurang masak yang bergoreng. Sayur plak, ikut jenis sayur tu. Mana yang sesuai direbus, rebus ja. Yang lain, tumis dengan minyak yang sedikit.
Hanya telur ja yang guna minyak 😉



8) Jangan tahan nak buang air kecil atau air besar

Kalau ada rasa nak terkucil ke, nak ter'bery' ke 💩, jangan sesekali nak menahan. Pegilah tandas k. 

7) Banyakkan berpeluh

Bil elektrik kami jimat sebab dah tak berapa on kipas kecuali time tidur atau ada tetamu datang rumah. Pastu, terima kasih juga dengan kucing-kucing 🐱 sebab buat kotor dalam rumah 🏠. Rajin jugalah nak nyapu + mop lantai. Keluar juga peluh. Dulu-dulu, rajin juga berzumba dengan Nuget. Tapi, dah abis study ni kena tukar cara lain plak nak keluarkan peluh 😳.

8) Jangan layan stress



Buatlah apa benda yang kau rasa berfaedah, yang penting dapat elakkan diri kau dari rasa stress☺. Bila kau dah stress, mesti kau akan rasa lapar. Bahayaaa 😡!


Lepas amalkan tips ni, aku rasa kehidupan aku otw nak kembali sihat macam dulu-dulu 😄. Bintik kolestrol dah hilang. Tinggal bintik minyak lagi sikit. 

Sekarang, berat aku dalam 45-47 kg camtu sebab kengkadang tgerlanggar tips sendiri 😂. Lagi-lagi sekarang ni cuti sekolah, ramai yang buat kenduri kawen kat kampung ni 💑. Faham-fahamlah kalau dah mai kenduri, makanan ada pelbagai jenis 🍛🍱🍜🍲. Yang pelbagai jenis tu lah yang nak disumbat dalam perut 😍. Susah sebenarnya nak berjihad lawan nafsu makan ni 😞
Ecah pun dah berjinak-jinak minum susu tepung Everyday 😁




Korang ada tips lain nak turunkan berat badan & hidup dengan sihat? Cer kongsi sini 😉






52 comments:

  1. Ala baru 55 kg je. Compare ngan kak ana ni haaa 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy nak elak kolestrol kak ana 😂 berat tu takpa lagi, kolestrol tak leh

      Delete
  2. elsa kurang sekilo dari sis hakhak. best kalau ikut tips nie confirm boleh kurang berat badan. tapi malangnya elsa tak makan sayurrrr

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/berhutang-bahagian-akhir.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy kalau x sebab kolestrol tu, takdanya nak makan sayur 😂 tapi, Elsa boleh lebihkan makan buah-buahan 😉

      Delete
  3. bercerita bab isu berat badan ni, tinggi sis 158cm. sis punya berat sebelum kahwin 48kg. That time pakai seluar size 26 ok, wah syok giler! Pastu lepas kahwin dan 5 anak, berat badan sis naik sampai 67kg. Sedih yang amat sangat. Then sis mula tukar corak pemakanan. Sis amalkan ambil sarapan dan kurangkan amount nasi masa makan tengahari. Untuk dinner sis ambil awal, macam sekarang ni jam 7.48pm sis dh pun selesai makan malam. Then nanti kalau lapar pulak sis akan ambil susu dan 2 keping biskut as a supper. Dan yang paling penting sis tak lagi makan makanan yang berat sebelum tidur. Alhamdulillah sekarang berat dah turun kepada 55kg. Tengah cuba turunkan lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis, kena disiplin sikit bab makan ni 😄 tapi sy jenis yg suka makan 😂 sama sis, kalau lapar lagi lepas malam mlm, sy akan minum susu atau makan buah. terus kenyang, alhamdulillah 😁

      Delete
    2. Kongsikan jugak tips naikkan berat badan.berkali2 doktor mintak i tambah berat badan...

      Delete
    3. kawan sy pun susah nak naik berat badan. jd, dia pi makan banyak2 dgn harapan berat dia naik. last2, berat x naik, kolestrol plak yg naik tinggi 😂

      Delete
  4. saya pun dalam proses nak turunkan berat badan. jalan sikit dah rasa penat. rasa badan berat sangat. huhu. skang nekad nak kurangkan makan malam dulu. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy suka berjalan. cuma, bila dah naik berat ni mmg cepat mengantuk. pastu rasa malas nak buat apa2

      Delete
  5. Byk jugak 13-14kg tu. Huhu.

    Bykkan minum air masak jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sebab dulu sy x suka minum air masak 😂 tawar. tp skrg, macam x boleh tinggal air masak tu

      Delete
  6. Mak aihh ringannya 45-47kg tu. jeles betul. btw nice tips tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u. utk ketinggian mcm sy, tu berat yg sesuai 😂

      Delete
  7. Sha pun overweight.. nak turun payah betul.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang ja kan berat naik, tapi kalau nak turunkan... aduhhh, bnyk nak dibuat

      Delete
  8. part nasi tu selalu orang takleh kontrol. all the best tau

    ReplyDelete
  9. cara sy, makan apa saja. tapi senaman buat tiap2 hari. x perlu jogging penat2 cukup senaman ringkas 1/2 jam dan 2 jam berjalan. saya amalkan 2 bulan. lps dua bulan baru jogging. tujuannya adalah utk fit kan badan. bila badan fit otomatik boleh kurus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy kalau kat luar memang x control makan. semua masuk dlm perut. balik rumah, baru amalkan tips sy tu

      Delete
  10. walaupun saya kurus, tapi risau jugak bab kolestrol ngan paras gula..kena amalkan jugak makan cara sihat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sy kurus atau gemuk x kisah. yg pntg terhindar dr kolestrol

      Delete
  11. terima kasih share. insha Allah akan di usahakan :)

    ReplyDelete
  12. kena banyak minum air masak yang paling penting nya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik Epal. pdhl dulu sy x suka pun minum air masak ni 😂

      Delete
  13. good luck! hihi.. berat e'in 49kg je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mek in order pantang ni so mkn ns 5sudu je la (kadang trbabas jugak sampai 10sudu) lauk ayam je hahaha. Dgn sayur air. Air manis pg shj. Selebihnya air kosong. Sifir mek, breakfast is breakfast , lunch is breakfast and dinner is breakfast. Why breakfast? Because during breakfast ue dont take a lot of meal. Ckup skadar ntuk alas perut shj ❤️

      Delete
    2. sy kalau breakfast tu la yg makan banyak 😂 bagus mek ada sifir bab makanan ni 👍👏

      Delete
  14. HOisss banyak naik tu... hehehe tak pe leh diet balik.. Cuma kene disiplin.. hiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyakkan 😱 nasib baik tahap kolestrol dah ok 😄

      Delete
  15. Saya antara yg jarang breakfast sebab memang dwh biasa macam tu. Kalau buah pulak mmg favorite la lagi lagi bila makan buah tembikai merah tu! Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah tembikai sy x berapa, tapi kalau jus... perghhh 😍 segelas x cukup

      Delete
  16. banyak makan sayur dan buah itu baguskan. akak ni nak kena minum susu jugalah bila dah tua2 ni rasa macam kurang kalsium pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ckp dgn kwn sy 'tulang aku cam otw nak reput sebab jarang minum susu' terus kawan sy balas 'ohhh, kalau sy ni mesti tulang dah reput kak dib oiii sebab x minum susu' 😂

      Delete
  17. alhamdulillah BMI sentiasa normal. heee
    betoi nour, nak tau kolesterol dlm bdan tgk bwh mata dh tau. btw susu doc sarankan minum anlene saja. rata2 kata anlene, sejak amal berat ok. in shaa allah bdn maintain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, paling senang tngk bahagian mata 😂 ehhh, nak try la anlene

      Delete
  18. Samalah mai pun suka susu. Sekarang mai dah dapat berat ideal tapi masalahnya lemak lebih dari muscle.

    Means, walaupun bila timbang ringan, tapi tetap nampak chubby dan tak fit.

    So kena senaman jelah, tak ada jalan pintas. Nasib baik banyak apps berguna kat playstore. (Sekarang pakai 30 Days Fitness)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh, samalah kita Mai 😂 BMI ok, tapi tetap nampak chubby

      Delete
  19. Oo..bintik putih tu tanda terlebih kolestrol ya. Gud sharing

    ReplyDelete
  20. Kitapun penggemar susu, tapi Dutch Lady. Tapi, baru2 ni keluar shopping beli susu Fernleaf pulak sebab nampak harga lagi murah. Harap sedaplaa, sebab belum rasa lagi ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, sy pon macam nak try susu tepung yg lain 😉

      Delete
  21. Akak pun kaki mengunyah gak. Tapi akak akan pilih buah/sayur yang kurang kandungan fructose sebab akak malas exercise. Susu pekat memang akak elak, sekali-sekala jelah minum kalau teringin sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon sebab malas exercise, tu yg lebihkan makan buah 😂

      Delete
  22. Pergh! Byk tu turun..sis Jm pun plan nk turunkan berat badan ni sbb berat ideal patutnya 55 skrg dah cecah 62kg huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh, jom seru semangat nak turunkan berat bdn 😄

      Delete
  23. Jelesnya dengan berat badan nour sekarang T_T Tabah betul hati nour ye. Siqah pun nak kena diet gak ni, exercise jugak. Hmm Senang cakap susah buat T_T

    Siqah suka neslo ais jugak!! Hihi. Nour minum susu 3x sehari. hebatnyaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nak turun berat tu la terpaksa elak neslo ais 😂 nasib baik suka minum susu, tu yg dpt kurangkan ketagih neslo ais 😉

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb