Assalamua'laikum
Ini bukan kisah mermaid The Legend of The Blue Sea sesat kat Malaysia. Langsung takda kena mengena. Kisahnya bermula begini...
Alkisah... toyyib
Alkisah maka tersebutlah kisah... toyyib
Sang kancil datang beramai-ramai mengadap ke bawah duli yang mulia sultan Firaun...
MANA FIRAUN PAKAI SULTAN!
Eh eh, dah melalut sampai ke sultan Firaun dahhh 😂
Hari kedua pula adalah hari untuk island hopping. Aktiviti island hopping di bawah pakej tempat penginapan kami. Bot 🚤 pun amik private punya. Tak mau la share 😜
Naik bot tu, kena pakai jaket keselamatan. Seronok, seronok juga. Bab keselamatan jangan sesekali diabaikan. Ingatlah orang yang menyayangi anda!
Tempat pertama yang dituju adalah Tasik Dayang Bunting. Diberi nama Tasik Dayang Bunting sebab kat tasik tu ada gunung yang berbentuk pompuan mengandung
Sebelum turun dari bot, abang bot tu suh ingat nombor bot. Penting supaya tak sesat masuk ke bot lain. Pastu, kami diberi masa selama sejam di Tasik Dayang Bunting. Jauh juga otw nak pi tasik tu. Turun naik tangga. Monyet 🐒 pun banyak 😱
MANA FIRAUN PAKAI SULTAN!
Eh eh, dah melalut sampai ke sultan Firaun dahhh 😂
Hari kedua pula adalah hari untuk island hopping. Aktiviti island hopping di bawah pakej tempat penginapan kami. Bot 🚤 pun amik private punya. Tak mau la share 😜
Naik bot tu, kena pakai jaket keselamatan. Seronok, seronok juga. Bab keselamatan jangan sesekali diabaikan. Ingatlah orang yang menyayangi anda!
Tempat pertama yang dituju adalah Tasik Dayang Bunting. Diberi nama Tasik Dayang Bunting sebab kat tasik tu ada gunung yang berbentuk pompuan mengandung
tak buka life jacket sebab abang bot tu cakap; 'ada gunanya nanti'. Yalah tu bang 😒 Bayar RM5 sorang untuk bawa turun life jacket tu
dah lupa tentang batu bersejarah ni. korang search la sendiri 😏
Sampai ja kat tasik tu, wahhh!!! Hijaunya air 😱 Air tawar di sebalik air masin. Macam-macam aktiviti air boleh buat kat sini. Kayak boleh, jet ski boleh, jadi duyung pon boleh! Aku ni jenis yang takut nak masuk air. Aku terbayang kalau aku jadi duyung kang ada hantu air 👻 tarik kaki aku. Sadis kan! Sebab kami adik-beradik tak digalakkan aktiviti air ni. Nak join island hopping ni pon jenuh nak pujuk parents aku. Nasib baik dapat izin 😁
Nak masuk dalam tasik ni, memang dagdigdug juga irama jantung. I is can't la bab air ni 😂 Memula, si Mal yang masuk. Dalam lima enam minit gitu, baru aku join Mal. Hati kena sado beb 💪 Pastu Nuget pon join kami. Kyra masih berfikir lagi nak masuk ke idok. Last2 dia join. Kyna dengan Mira jadi tukang gambar dari atas 📷 Bermulalah episod kami jadi mermaid di Tasik Dayang Bunting. Mermaid yang tak pandai berenang 😂 harapkan lif jacket ja
Kami berempat memang tak boleh pisah, takut lari jauh 😂 sentiasa berpaut antara satu sama lain
Nak naik balik ke atas, budak kecik yang tolong kami berpaut kat tangga 😂 Malunyaaa
Tak sedar rupanya nak dekat 2 jam kat tasik ni 😄
Destinasi seterusnya adalah Pulau Beras Basah. Jeti nampak usang, tapi pantainya... subhanAllah cantikkk sangat. Macam kat tasik juga, kami diberi masa selama sejam tapi gerenti lebih sejam 😁
Sambung lagi mandi-manda jadi mermaid kat Pulau ni
Sambung lagi mandi-manda jadi mermaid kat Pulau ni
bye Pulau Beras Basah 😉
Destinasi terakhir untuk island hopping adalah eagle feeding. Masa kami sampai tu, helang-helang dah kenyang. Malas depa nak layan kami. Abang bot terangkan tentang Eagle Feeding dan info macam mana Langkawi diberi nama. Nak tahu lebih lanjut, boleh pi sini ➡ Eagle Feeding Langkawi
Nasib baik pakaian sempat kering sebelum naik ke darat. Takda lah basah dalam keta nanti. Ok, tamat sudah kisah mermaid Malaysia 😜
hahaha amboi sakan noh mermaid-mermaid ni pergi island hopping.
ReplyDeletebestnya jalan2 dengan kawan2. Air dia bersih tak? cuak juga nak masuk mula2 kan sebab kaki tak jejak hehe.
bersih 👍👍👍 cuak giler bila kaki x jejak apa pun. berpaut dgn kawan ja 😂
DeleteKak ana dulu dpt berendam dlm tasik tu pun sampai tak Ingat dunia. Huhu. Sampai kecut lah tangan kaki. Bila nak naik tak larat nak panjat tangga sebab penat berendam. Hehe
ReplyDeletedah naik atas darat tu, terasa berat ja sebab basah 😂 nak lari dari monyet pun, tak dapat
Deletewow best juaaa
ReplyDeletetapi kalo cuacanya panass hantap, memang pikir byk kali kan main air pantai eheh
panas nda panas, tatap jadi mermaid 😂 bukan selalu kan 😉
DeleteLast kami berjalan smpi ke Pualu Dayang Bunting ni masa anak sorang . Itupun usia dia baru setahun lebih kot. Memang jauh berjalan...naik tangga and lepas tuh banyak monyet. Gaduh berebut makanan. HAHAH! ape pun, langkawi antara tempat dalam Malaysia ni yang akak nak pergi lagi dan lagi. Seronok sebab area dia tak besar sangat and ada pantai juga.
ReplyDeletekan, rasa nak pegi lagiii 😁 dah siap2 sorok barang dalam beg, kang monyet rebut plak 🐒
DeleteTudiaaaa.. mermaid ke dugong-maid heheheheh .. joking2 :3..
ReplyDeletemermaid ori tawww 😏 takda mix dugong 😂
DeleteHakak beberapa kali jugak pergi Langkawi ni Nour tapi tak sampai sampai lagi kat Dayang Bunting hihi.... Seronok ke?
ReplyDeleteseronok sngt kak 😄 memula cuak juga, tapi bila dah jadi mermaid tu, rasa seronok ja
DeleteWaaahhhhh syoknyaa!!! Last pergi entah zaman bila, masa tu kecik lagi. Dalam kan tasik tu? Samalah kita, xreti berenang. Harapkan life jacket je lah nak kuak lentang ke kuak kupu-kupu ke. Hahahahaha... Rindu langkawi. 🙆💕
ReplyDeletedalam sngt, kaki x cecah apapun 😂 ramai juga yg x reti berenang time tu, tu yg berani masuk jadi mermaid tu
Deletebestnya jalan2x kat sini. hope dapat ke sana juga. baca tajuk tadi ingatkan ada mermaid betul. hihi.
ReplyDeletesemoga impian GV nak pi Langkawi tercapai, ameeen. betullah mermaid tu, tapi mermaid yg ada kaki 😂
DeleteWow bestnya.. cantik sangat laut dia..
ReplyDeletedua2 tempat tu memang cantik kak 😍
Deletetabah betul kalian berlife jacket..tak panas ke.huhuhu. Saya pun x pandai berenang, tapi suka gi holiday tempat banyak air macam ni. Haha
ReplyDeletex panas sebab basah 😂 lagipun ada angin sepoi2 bahasa
Deletebayak2 tmpt kt langkawi kt sini je yg belum sy jejak...memang teringin... tp lom ada rezeki lg kot... tampak seronok ya bla dpt berendam ;-)
ReplyDelete1 hari nanti anies ke sini plak 😄 syiok gilerrr berendam dlm tasik tu. tapi menakutkan jugalah 😂
Deletehaa.. tu la duyung nye.. hee~ comel2 belaka..
ReplyDeletehaaa, comelkan duyung2 tu 😂
Deletewah bestnya island hoping kat langkawi
ReplyDeletebest sangat-sangat 😄
Deletelama tak ke sini.. dh deliver ke dayang tu? ehhh hahaha melalut
ReplyDeletebest kalau mkn angin dgn kwn2. rasa xmau balik 😄😄😄
best kalau dgn kawan2 yg sekepala kan 😄
DeleteCantiknya pantai kat situ,.. :)
ReplyDeletecantik & jernih 😍
DeleteWowpegi langkawi...beras basah island? Byk x beras kat island tu 😬
ReplyDeletepasir ja yg banyak 😂 tapi kalau ikut cerita... kalau air di pantai beras basah tu kering, akan timbul batu yg bentuk macam beras 😉
Delete