Assalamua'laikum
Simple tips to lose weight from NourAdieb 😉
Baru dua tahun aku duk Kedah, berat aku dah naik sebanyak 13-14 kg menjadikan berat aku 55 kg 😱. Tahniah buat diriku kerana berjaya menternak lemak 🎉.
Simple tips to lose weight from NourAdieb 😉
Baru dua tahun aku duk Kedah, berat aku dah naik sebanyak 13-14 kg menjadikan berat aku 55 kg 😱. Tahniah buat diriku kerana berjaya menternak lemak 🎉.
Kalau ikut jadual BMI ni, dengan ketinggian 147.5 cm, berat aku tak boleh lebih dari 52.2 kg. 50.0 kg pun aku dah rasa cam overweight 😨. Pastu timbul plak dah bintik-bintik putih kat bawah mata menandakan kandungan kolestrol dalam badan aku tinggi 😢.
Bukan jerawat tau! Tapi inilah bintik minyak & kolestrol (gambar contoh)
Bila dapat bintik putih tu, baru insaf nak jalani kehidupan yang sihat. Nak ikut diet Atkins, memang tak dapat lah. Sehari tak sentuh nasi pun dah menggelupur 😷. Jadi, aku buat tips aku sendiri 😄.
1) Belajar makan sayur dan banyak makan buah-buahan 🍎🍊🍉🍓🍆🍅
Aku sangat tak suka makan sayur 😒! Demi nak hidup sihat, aku slow-slow belajar makan sayur. Cuma sampai sekarang tekak aku tak boleh terima sayur sawi. Yang lain oklah. Aku ni jenis yang suka mengunyah dan kena ada sesuatu dalam mulut. Jadi, kopok-kopok yang selalu aku kunyah-kunyah tu aku ganti dengan buah-buahan. Yang penting, elakkan makan buah selepas makan nasi!
Pisang setiap hari aku makan. Pegi ja kampung sebelah, dapat pisang RM2 seikat 😁
Kalau turun time 'tamu' (pasar), kengkadang beli 'sikui ' (tembikai)
2) Jangan sesekali skip sarapan!
My mom sangat pentingkan pengambilan sarapan. Kata my mom, " Jangan tinggalkan sarapan. Sebab tiada sarapanlah perut masuk angin. Dah tersumbat. Pastu makan banyak time tengah hari. Terkejut perut. Salah cara mau turunkan berat badan tu!"
3) Minum susu tepung dan kurangkan minum susu tin.
Aku suka minum susu. Tapi, kengkadang malas nak buat. Jadi selalu order neslo ais ikat penuh, takpun milo ais ikat tepi. Yang tak pernah order, jus cinta ikat mati ke hati awak 😘. Ciaciacia
Minuman bergas, minuman bergula aku dah berjaya elak 😁 Lagi satu, minum banyak air kosong. Kalau nak pi mana-mana, bawalah air kosong dari rumah. Dah boleh jimat duit, tak payah beli kat luar.
Petua nak awet muda; minum air kosong sebaik bangun pagi, sebelum gosok gigi 👄😉
Susu tepung Everyday menjadi pilihan sebab susu ni sedap 🍶. Tak payah guna gula. Pandai-pandailah adjust sukatan susu + air tu. Aku minum susu 3× sehari; sarapan + tengah hari + malam.
4) Kurangkan pengambilan nasi.
Kalau dulu, penuh nasi dalam pinggan. Dah lah penuh, pastu tambah lagi nasi. Kalau kat kedai, kengkadang minta nasi tambah. Dalam sehari tu, 4-5× makan nasi 😂
Sekarang ni, satu jam sebelum makan nasi, aku akan minum air susu sebab minum susu ni pun dah buat aku kenyang. Pastu makan buah, jadi aku hanya larat makan nasi setengah senduk ja. Tapi kalau lauk masak lomak 😍, susah juga nak menahan sebab favorite 😂
5) Kurangkan pengambilan makanan berminyak & minuman bergula.
Parents aku jenis yang tak suka makan kat luar. Lagi baik masak sendiri kat rumah sebab kita tau sukatan penggunaan minyak dalam masakan 😉. Lagi-lagi sekarang ni harga minyak naik. Kalau lauk, kebanyakannya sekarang ni masak rebus ja. Dah kurang masak yang bergoreng. Sayur plak, ikut jenis sayur tu. Mana yang sesuai direbus, rebus ja. Yang lain, tumis dengan minyak yang sedikit.
Hanya telur ja yang guna minyak 😉
8) Jangan tahan nak buang air kecil atau air besar
Kalau ada rasa nak terkucil ke, nak ter'bery' ke 💩, jangan sesekali nak menahan. Pegilah tandas k.
7) Banyakkan berpeluh
Bil elektrik kami jimat sebab dah tak berapa on kipas kecuali time tidur atau ada tetamu datang rumah. Pastu, terima kasih juga dengan kucing-kucing 🐱 sebab buat kotor dalam rumah 🏠. Rajin jugalah nak nyapu + mop lantai. Keluar juga peluh. Dulu-dulu, rajin juga berzumba dengan Nuget. Tapi, dah abis study ni kena tukar cara lain plak nak keluarkan peluh 😳.
8) Jangan layan stress
Buatlah apa benda yang kau rasa berfaedah, yang penting dapat elakkan diri kau dari rasa stress☺. Bila kau dah stress, mesti kau akan rasa lapar. Bahayaaa 😡!
Lepas amalkan tips ni, aku rasa kehidupan aku otw nak kembali sihat macam dulu-dulu 😄. Bintik kolestrol dah hilang. Tinggal bintik minyak lagi sikit.
Sekarang, berat aku dalam 45-47 kg camtu sebab kengkadang tgerlanggar tips sendiri 😂. Lagi-lagi sekarang ni cuti sekolah, ramai yang buat kenduri kawen kat kampung ni 💑. Faham-fahamlah kalau dah mai kenduri, makanan ada pelbagai jenis 🍛🍱🍜🍲. Yang pelbagai jenis tu lah yang nak disumbat dalam perut 😍. Susah sebenarnya nak berjihad lawan nafsu makan ni 😞
Ecah pun dah berjinak-jinak minum susu tepung Everyday 😁
Korang ada tips lain nak turunkan berat badan & hidup dengan sihat? Cer kongsi sini 😉
Ala baru 55 kg je. Compare ngan kak ana ni haaa 😅😅
ReplyDeletesy nak elak kolestrol kak ana 😂 berat tu takpa lagi, kolestrol tak leh
Deleteelsa kurang sekilo dari sis hakhak. best kalau ikut tips nie confirm boleh kurang berat badan. tapi malangnya elsa tak makan sayurrrr
ReplyDeletehttp://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/berhutang-bahagian-akhir.html
sy kalau x sebab kolestrol tu, takdanya nak makan sayur 😂 tapi, Elsa boleh lebihkan makan buah-buahan 😉
Deletebercerita bab isu berat badan ni, tinggi sis 158cm. sis punya berat sebelum kahwin 48kg. That time pakai seluar size 26 ok, wah syok giler! Pastu lepas kahwin dan 5 anak, berat badan sis naik sampai 67kg. Sedih yang amat sangat. Then sis mula tukar corak pemakanan. Sis amalkan ambil sarapan dan kurangkan amount nasi masa makan tengahari. Untuk dinner sis ambil awal, macam sekarang ni jam 7.48pm sis dh pun selesai makan malam. Then nanti kalau lapar pulak sis akan ambil susu dan 2 keping biskut as a supper. Dan yang paling penting sis tak lagi makan makanan yang berat sebelum tidur. Alhamdulillah sekarang berat dah turun kepada 55kg. Tengah cuba turunkan lagi ni
ReplyDeletekan sis, kena disiplin sikit bab makan ni 😄 tapi sy jenis yg suka makan 😂 sama sis, kalau lapar lagi lepas malam mlm, sy akan minum susu atau makan buah. terus kenyang, alhamdulillah 😁
DeleteKongsikan jugak tips naikkan berat badan.berkali2 doktor mintak i tambah berat badan...
Deletekawan sy pun susah nak naik berat badan. jd, dia pi makan banyak2 dgn harapan berat dia naik. last2, berat x naik, kolestrol plak yg naik tinggi 😂
Deletesaya pun dalam proses nak turunkan berat badan. jalan sikit dah rasa penat. rasa badan berat sangat. huhu. skang nekad nak kurangkan makan malam dulu. huhu.
ReplyDeletesy suka berjalan. cuma, bila dah naik berat ni mmg cepat mengantuk. pastu rasa malas nak buat apa2
DeleteByk jugak 13-14kg tu. Huhu.
ReplyDeleteBykkan minum air masak jugak kan.
kan, sebab dulu sy x suka minum air masak 😂 tawar. tp skrg, macam x boleh tinggal air masak tu
DeleteMak aihh ringannya 45-47kg tu. jeles betul. btw nice tips tu
ReplyDeletethank u. utk ketinggian mcm sy, tu berat yg sesuai 😂
DeleteSha pun overweight.. nak turun payah betul.. hehehe
ReplyDeletesenang ja kan berat naik, tapi kalau nak turunkan... aduhhh, bnyk nak dibuat
Deletepart nasi tu selalu orang takleh kontrol. all the best tau
ReplyDeletekan, jiwa kena kental kalau bab nasi ni
Deletenk try eat clean gak la.. hu3..
ReplyDeletesilakan 😄 demi nak hidup sihat
Deletecara sy, makan apa saja. tapi senaman buat tiap2 hari. x perlu jogging penat2 cukup senaman ringkas 1/2 jam dan 2 jam berjalan. saya amalkan 2 bulan. lps dua bulan baru jogging. tujuannya adalah utk fit kan badan. bila badan fit otomatik boleh kurus.
ReplyDeletesy kalau kat luar memang x control makan. semua masuk dlm perut. balik rumah, baru amalkan tips sy tu
Deletewalaupun saya kurus, tapi risau jugak bab kolestrol ngan paras gula..kena amalkan jugak makan cara sihat ni
ReplyDeletekan, sy kurus atau gemuk x kisah. yg pntg terhindar dr kolestrol
Deleteterima kasih share. insha Allah akan di usahakan :)
ReplyDeletesama-sama kasih 😉
Deletegood luck! hihi.. berat e'in 49kg je..
ReplyDeleteterima kasih E'in 😄
DeleteMek in order pantang ni so mkn ns 5sudu je la (kadang trbabas jugak sampai 10sudu) lauk ayam je hahaha. Dgn sayur air. Air manis pg shj. Selebihnya air kosong. Sifir mek, breakfast is breakfast , lunch is breakfast and dinner is breakfast. Why breakfast? Because during breakfast ue dont take a lot of meal. Ckup skadar ntuk alas perut shj ❤️
Deletesy kalau breakfast tu la yg makan banyak 😂 bagus mek ada sifir bab makanan ni 👍👏
Deletebetul tu cik Epal. pdhl dulu sy x suka pun minum air masak ni 😂
ReplyDeleteHOisss banyak naik tu... hehehe tak pe leh diet balik.. Cuma kene disiplin.. hiks..
ReplyDeletebanyakkan 😱 nasib baik tahap kolestrol dah ok 😄
DeleteSaya antara yg jarang breakfast sebab memang dwh biasa macam tu. Kalau buah pulak mmg favorite la lagi lagi bila makan buah tembikai merah tu! Hehe.
ReplyDeletebuah tembikai sy x berapa, tapi kalau jus... perghhh 😍 segelas x cukup
Deletebanyak makan sayur dan buah itu baguskan. akak ni nak kena minum susu jugalah bila dah tua2 ni rasa macam kurang kalsium pula.
ReplyDeletesy ckp dgn kwn sy 'tulang aku cam otw nak reput sebab jarang minum susu' terus kawan sy balas 'ohhh, kalau sy ni mesti tulang dah reput kak dib oiii sebab x minum susu' 😂
Deletealhamdulillah BMI sentiasa normal. heee
ReplyDeletebetoi nour, nak tau kolesterol dlm bdan tgk bwh mata dh tau. btw susu doc sarankan minum anlene saja. rata2 kata anlene, sejak amal berat ok. in shaa allah bdn maintain :)
kan, paling senang tngk bahagian mata 😂 ehhh, nak try la anlene
DeleteSamalah mai pun suka susu. Sekarang mai dah dapat berat ideal tapi masalahnya lemak lebih dari muscle.
ReplyDeleteMeans, walaupun bila timbang ringan, tapi tetap nampak chubby dan tak fit.
So kena senaman jelah, tak ada jalan pintas. Nasib baik banyak apps berguna kat playstore. (Sekarang pakai 30 Days Fitness)
ohhh, samalah kita Mai 😂 BMI ok, tapi tetap nampak chubby
DeleteOo..bintik putih tu tanda terlebih kolestrol ya. Gud sharing
ReplyDeletelepas godek2 di google, itulah jawapannya
DeleteKitapun penggemar susu, tapi Dutch Lady. Tapi, baru2 ni keluar shopping beli susu Fernleaf pulak sebab nampak harga lagi murah. Harap sedaplaa, sebab belum rasa lagi ni. Haha
ReplyDeletetu la, sy pon macam nak try susu tepung yg lain 😉
DeleteAkak pun kaki mengunyah gak. Tapi akak akan pilih buah/sayur yang kurang kandungan fructose sebab akak malas exercise. Susu pekat memang akak elak, sekali-sekala jelah minum kalau teringin sangat.
ReplyDeletesy pon sebab malas exercise, tu yg lebihkan makan buah 😂
DeletePergh! Byk tu turun..sis Jm pun plan nk turunkan berat badan ni sbb berat ideal patutnya 55 skrg dah cecah 62kg huhhu
ReplyDeleteyeahhh, jom seru semangat nak turunkan berat bdn 😄
DeleteJelesnya dengan berat badan nour sekarang T_T Tabah betul hati nour ye. Siqah pun nak kena diet gak ni, exercise jugak. Hmm Senang cakap susah buat T_T
ReplyDeleteSiqah suka neslo ais jugak!! Hihi. Nour minum susu 3x sehari. hebatnyaaaa!
sebab nak turun berat tu la terpaksa elak neslo ais 😂 nasib baik suka minum susu, tu yg dpt kurangkan ketagih neslo ais 😉
Delete