Sabahan Blogger

Monday, March 6, 2017

Jenis-jenis Tahayul Di Asia

Assalamua'laikum

Ni antara jenis TAHAYUL yang famous kat Asia. Kat ASIA k, bukan MALAYSIA ja 😒 





THAILAND:
👻: Kemalangan akan menimpa jika kepala terkena najis burung 🐦

👻: Jangan buka pintu jika terdengar suara yang pelik pada waktu malam 🌃 kerana hantu akan masuk ke dalam rumah 🏠*jadi selama ni, hantu hanya masuk ke rumah melalui pintu? tak boleh tembus dinding? 😏

👻: Kelopak mata 👀 kanan berkedip melambangkan perkara baik manakala kelopak mata kiri berkedip melambangkan kecelakaan *yang ni kocik-kocik dulu kengkawan aku selalu cakap macam ni 😒 sikit aku nak percaya 😥

👻: Sikat rambut yang patah perlu dibuang segera kerana nasib malang akan menimpa.

👻: Jangan ketuk pinggan kerana hantu akan datang. *yang ni bukan hantu ja yang datang, manusia pun datang. dah engko ketuk pinggan tu, depa ingat engko jemput depa makan lettew 🍛🍝





VIETNAM:
👻: Jangan hadap ke arah barat semasa tidur kerana akan bermimpi ngeri. 

👻: Jangan puji bayi 👶 yang baru lahir kerana hantu akan berasa cemburu lalu menganggu bayi itu. *bukan hantu ja ganggu. baru-baru ni kecoh pasai makcik janda anak dua nak pindah saka kat bayi tu 

👻: Jangan tulis nama dengan pen merah 📝 kerana hal ini melambangkan kematian. *dulu, aku suka tulis apa-apa ja guna pen merah sebab terang kat mata 👀. ada pula cakap kat aku 'kalau tulis nama guna pen merah, pendek umur'. kang aku bagi penampo kang, engko yang jalan dulu dari aku 😒

👻: Jangan makan telur dan pisang semasa hari peperiksaan kerana akan gagal dalam peperiksaan.

👻: Jangan pilih tarikh yang mempunyai nombor 3 dan 5 semasa berkahwin atau berpindah kerana kedua-dua nombor itu membawa nasib malang.





LAOS:
👻: Jangan ambil gambar 📷 sesuka hati di kampung kaun minoriti kerana orang tempatan menganggap roh mereka akan dirampas oleh hantu.





MYANMAR:
👻: Jangan gunting rambut 💇 pada hari Isnin kerana tuah akan hilang.

👻: Binatang buas akan muncul jika pinggan atau kaca pecah. *kalau kat drama, bala yang muncul

👻: Jangan masak sambil nyanyi kerana perkara yang tidak baik akan berlaku. *ha ah, engko syok nyanyi sampai tak sedar dah letak duaploh sudu garam, sebotol cuka... engko rasa masakan engko terus muka masam mencuka 

👻: Sesiapa yang membuang makanan ke dalam sungai akan jatuh sakit.





JEPUN:
👻: Suara burung murai 🐤 membawa malang manakala suara 🎶 burung gagak membawa tuah.

👻: Kemalangan akan berlaku jika tali kasut 👟 tertanggal.

👻: Jangan bersiul pada waktu malam kerana hantu akan muncul. *tak kira pagi petang siang ☀ malam 🌙 engko bersiul, syetonnirrajim 👿 tetap datang nak ber'geng' dengan engko 

👻: Seseorang akan mati jika tersedu sebanyak 100× berturut-turut. *ingat baik-baik, berhenti makan sebelum kenyang!

👻: Membunuh labah-labah pada waktu pagi akan membawa malang. *lagi baik bunuh cicak

👻: Bersin sebanyak 2× bermaksud ada orang sedang mengutuk anda.





CHINA:
👻: Nombor '4' melambangkan kematian. *aku selalu menginap tingkat 1 kat sebuah hotel ni. tapi kali ni sebab ramai, jadi amik yang suite room tingkat 5. tapi pekerja tu gtau, sebenarnya hotel ni 4 tingkat ja, tapi sebab orang Cina tak suka nombor 4, tu yang hotel ni tak wujud tingkat 4. faham dak?

👻: Nelayan tidak boleh membalikkan ikan semasa makan kerana kapalnya akan turut terbalik.

👻: Hantu akan mengambil benda yang telah dibakar. *pasai tu ka cerita cina kalau ada orang mati, depa bakar duit? aku suka layan weyh citer cina 😍

👻: Mengambil gambar di hadapan patung ukiran akan mengejutkan roh yang bersembunyi di situ.

*semua gambar kat atas 👆 tu aku cilok dari google 😉



Semua jenis tahayul kat atas 👆 tu aku copy paste 100% dari komik ni 👇
Isi kat dalam mestilah pasai hantu 👻. Tapi bukan hantu kat Mesia ja, tapi seluruh Asia 😁 Korang boleh dapatkan komik hantu ni secara online di:

BOOK STATION (Kedai buku online): www.bookstation.com.my

Harga:
RM12.90 untuk semenanjung
RM13.90 untuk Sabah & Sarawak




Ok, sekian entry tahayul 😏
Jangan amalkan tahayul, nanti jadi toyol 😜✌




53 comments:

  1. Macam2 tahyul rupanya. Yg pen merah dulu waktu kecik2 selalu dgr lepas tu terpikir cikgu tanda kertas bukan pakai pen merah ke lepas tu siap ada nama cikgu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tfikir plak yg cikgu2 lepas tanda krts siap letak nama lagi 😂 x boleh blah sebab lmbg kematian. mentang2 darah warna merah

      Delete
  2. Hahaha.. kelakarlah..
    Memang betol2 tahyul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂😂😂 tapi, ada juga yg betulnya. cuma alasan tu diputar belit

      Delete
  3. Ada alasan memang boleh pakai walaupun sebab dinyatakan mengarut... dalam Islam memang ada kena mengena ngan kehidupan... hantu memang tak dapat masuk rumah kalau pintu dan tingkap tertutup... itu saya tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh, terima kasih atas info tu 😄👌. yg sy tau kena tutup tingkap & pintu sebelum maghrib 😉

      Delete
  4. ada lagi tahayul kalo perempuan nyanyi dalam dapur akan dpt suami tua.

    another tahayul is jangan point your finger arah rainbow or else your finger kan putus haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan 😄 ada jg sy dgr psl nyanyi d dapur kawen dgn org tua. yg pasal rainbow ni pun prnh juga dgr, tapi lagilah sy pi tunjuk2 tu rainbow 😂 lg satu, dr mana mncl rainbow tu, di situlah letaknya harta karun 😂

      Delete
    2. Boleh tahan jgk tahyul dia yer. Hahaha done follow.

      Delete
    3. pernah dengar dua perkara ni.. hahahaha... lawak la

      Delete
    4. kan, kalau ada yg percaya mesti akan cari dr mana mnclnya rainbow tu 😂

      Delete
  5. Haha...dulu kecil2 kan percaya la juga benda2 ni, tertipu aku...
    Pasal rainbow tu lagi konon2 kalau ada rainbow, puteri kayangan nak mandi laut
    so jangan tunjuk2 rainbow tu nnt puteri kayangan nampak, dgn kita sekali puteri tu ambil bawa naik kayangan...adui!
    Yang pen meran tu pernah dgr juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib time kocik ja percaya kan 😂 mesti ada yg sampai skrg takut dgn rainbow. takut kena angkut oleh puteri kayangan

      Delete
  6. ececeh macam macam jenis ada kan hahaha. ada jenis tahayul yang elsa pernah dengar ada yang baru first time baca haahaha

    singgah klik iklan :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/pops-eatery-wangsa-maju.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, rupanya ada bermacam jenis tahayul

      Delete
  7. Semua memang tahayul lah kan, memang nonsense. Tapi dalam banyak-banyak, senarai kat Vietnam tu paaliinngggg nonsense! Kelakar. Bhahahahahaha... Dah sah sah baby tu kalau comel kita akan puji, pehal pulak hantu nak jealous. Aduuhhaiiii hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab hantu tak comei, tu pasai dia jealous 😂

      Delete
  8. Benda-benda tahayul ni boleh memundurkan hidup right? huhue. tak paham betul sape la yang mewujudkan benda2 ni. =="

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda2 tahayul ni dah diputar belit.

      Delete
  9. Macam-macam tahyul ada ek. Kelakar pun ada bila baca. Hihi. Bab tulis nama pakai pen merah tu memanglah selalu orang kata gitu. Siqah tulis je pakai pen apa pun. Ada ke warna merah dikaitkan dengan ajal ek? 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab pen merah tu, nonsense giler 😂

      Delete
  10. Hahahaha... Okay ini lawak. XD Betul jugakan. Takkan hantu tak boleh tembus dinding. Lagi yg ketuk pinggan tu.. Adeh xD macam2. Ingatkan kat Malaysia je ada kepercayaan mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua negara rasanya ada kepercayaan macam ni 😂

      Delete
  11. hahaha macam-macam jenis tahyul ada rupanya 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cik Epal, x sangka bnyk juga jenis tahayul d negara Asia ni 😂

      Delete
  12. "kemalangan akan berlaku jika tali kasut tertanggal.." --> sila musnahkan semua kasut yang bertali.. hahahaha~ tapi kita kat Malaysia sendiri pun banyak tahyul nye kan.. yang pelik tu, ramai yang percaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahaha, ada la ni lps ni takda jual da kasut bertali 😂 nasib baik sy x senaraikan sekali tahayul Malaysia.

      Delete
  13. Replies
    1. bnyk info tntg hantu & tahayul 👻

      Delete
  14. hahaha.. memang penah dengar sume tahayul nie.. budak-budak sekolah laa senang nak percaya.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, mangsa yg percaya budak2 skola rendah

      Delete
  15. Hehe..mcm2 crita tahyul dr setiap negara.. Kdg baca mde2 camni seronok jugak..kelamar pom ada kan.. Tp klo budak2 baca cnfirm seram sejuk n percaya ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg sampai takut tido malam 😂

      Delete
  16. masa2 kecik2 dulu,terpercaya juga...hihi
    cantiknya gmr kat jepun tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengaja pilih gambar yg cantik 😉

      Delete
  17. masa2 kecik2 dulu,terpercaya juga...hihi
    cantiknya gmr kat jepun tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengaja pilih gambar yg cantik 😉

      Delete
  18. Hehehehe awat syok baca sampai habis tak tau, tapi tu la baca boleh percaya jangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca boleh, percaya jgn sesekali 😉
      Jangan amalkan tahayul, nanti jadi toyol 😜✌

      Delete
  19. dah baca buku tu..memang seram.sebab saya sejenis penakut,komik pun boleh buat tido tak lena.haha

    ReplyDelete
  20. Kemalangan akan berlaku kalau kena tahi burung! hahahah itu memang sakit hati. kena berak dengan burung pun dah macam satu kemalangan! tapi memang lawak la tahyul2 ni macam mana kalau ada yang percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ada yg percaya ni. kalau x percaya, mana wujud tahayul ni

      Delete
  21. kesian kat nombor 2tu. xpasal2! hu3..

    ReplyDelete
  22. nak belilah buku ini. mmg menarik !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dipersilakan beli 😄 pegi ja di website yg tertera 😉

      Delete
  23. Tak sangka rupanya semua negara ada mitos dia sendiri pasal hantu ni ye Dib.... Ingat orang Melayu je hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan 😄 pdhl sebenarnya semua tempat ada mitos tahayul yg tersendiri

      Delete
  24. mmg masing2 ajaran. ada kepercayaan masing2. huhu. mcm2

    ReplyDelete
  25. rs nyer bkn kat asia je yg ada, seluruh dunia kot... manusia dan tahyul... mmg x boleh di pisah kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana2 pun sebenarnya ada tahayul tersendiri 😉

      Delete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb