Sunday, March 12, 2017

Maaf, Saya Orang Malaysia. Asal Dari Sabah

Assalamua'laikum

Bila baca tajuk tu, apa yang korang fikirkan tentang isi entry aku kali ni ?

...........................................................................................

Lepas STPM, aku tak terfikir pun nak sambung degree kat Kedah 🌾. Lepas Nuget ajak aku sambung study kat sana, laju ja aku terima. Tapi kami tak sama course la. Aku amik Usul, dia amik Lughah.

Minggu MSR...

Ada satu malam tu, time taklimat entah taklimat apa aku tak ingat dah. Aku macam biasa, melekat dengan Nuget time MSR sebab tak kenal sesiapa. Kami duk bersebelahan dengan students Thai. Dorang tak berapa faham dengan taklimat yang diberi sebab lecturer tu cakap laju, jadi Nuget tolong translate satu-persatu dalam BM. Start situ, kami dah berkawan dengan dorang sampai sekarang 😉

Syok si Nuget ni terangkan dorang, aku perasan ada sorang girl ni suka perhati 👀 aku dengan Nuget. Ketara sangat dia duk perhati aku dengan Nuget. Nampak sangat tak boleh jadi spy 😏

Pastu time minum pagi, girl tu dengan kawan dia datang dekat kami. Aku tak berapa faham apa dia tanya, yang aku tau dia sebut 'ayaq, ayaq'. Kami time tu bukan tau apapun bahasa utagha. Dia cakaplah dengan kawan dia, 'Eh, depa tak faham la. Depa international students' Eh ehhh 😒

Lepas MSR, girl tu datang bilik aku & Nuget (weyh, aku sebilik dengan Nuget tau sem 1 😁) Time tu kami ber'sms' tak silap aku. Tak tau la dia pungut dari mana nombor aku 😂 Pastu, dia gtau la dia selalu duk perhati kami sebab dia ingat kami ni international students tapi reti BM. aduhhh, kisahnyerrr...

Makcik jual laksa

Dah abis MSR, hati manyak happy lerrr. Petang tu aku & Nuget nak makan laksa yang jual kat luar asrama. Ngam-ngam ja baju kami sama, cuma dia pakai skirt labuh aku pakai seluar hitam. Tu pun ada yang jeling-jeling mata juling. Rupanya, peratutan asrama pompuan tak boleh pakai seluar kecuali riadah. Ada aku kesahhh?

Time nak beli laksa tu, aku just tunjuk-tunjuk apa aku nak. Dah macam orang bisu 😭 Nuget la yang cakap itu ini dengan makcik jual laksa tu. Pastu, makcik tu tanya;

M: kembar ka?
N: ehhh, tak la makcik. kami kawan
M: ohhh, macam kembar. muka nak dekat sama.
N: ohhh, tak la makcik
M: asal mana?
N: Sabah makcik. Dua2 kami dari Sabah
M: ohhh, ingat dari China! muka macam orang China tapi cakap melayu 😂

Aku, senyum ja ☺

Senior tegur aku!

Time ni aku stay luar dewan, nak tunggu kelas seterusnya. Pastu, ada sorang budak Thai stay sama-sama aku. Kami dah berkenalan dulu, tu pun kat tandas dan aku syak dia dah lupa aku! Asyik berbalas senyum, last2 dia tegur aku. Dalam Arab pula tu! Aku pun layan ja la. Tetiba, ada kawan aku lalu dan sapa aku. Terkejut budak Thai tu sebab aku boleh cakap BM 😂 Berabis dia 'takallam a'rabi' dengan aku sebab dia ingat aku student dari China 😂😂😂

Auntie jual kat Cina Street 

Cerita kat sini lagi haru biru. Time ni aku dengan Nuget singgah kat satu tempat yang semua penjualnya cina. Jadi aku panggil tempat tu 'Cina Street' 😏 Bila lalu tempat auntie tu, tetiba dia tengok aku dengan pandangan tajam. Pastu dia congcengcongceng dalam bahasa cina kat aku. Manalah aku faham! Aku cucuk-cucuk pinggang Nuget, dahlah dia tu penggeli. Blur giler muka aku. Last2 Nuget tanya auntie tu;

N: kenapa auntie?
A: saya cakap dengan kawan kamu (akulah yang auntie tu maksudkan), tapi dia diam-diam
N: oh, dia tak faham apa yang auntie cakap
A: dia tak faham cakap cina?
N: dia tak faham la auntie, lagipun dia buka cina 😂
Ada macam cina eh? Tapi, saya orang Malaysia. Asal dari Sabah dan berbangsa bisaya. Nuget pula berbangsa brunei



ok bye!




37 comments:

  1. Hihi... muka Sabah kan mata sepet2... tu mungkin diaorang ingat asal China tu... untung Nour, dua negara... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yang ingat sy & Nuget orang siam 😂

      Delete
  2. Ooo org sabah. Ingat org kedah sebab tau selok belok kedah lagi dari sabah. Hehe. Gurau2 je ye. Seronok kak ana baca entri awak. Teringat masa induction week dulu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak ana. sy lagi tau selok belok kedah dari sabah 😂 skrg ni, baru nak bljr selok belok kat sabah ni

      Delete
  3. Unik jadinya kan...alhamdulillah..akan sentiasa terdedah dengan pengalaman baru.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat banyak pengetahuan, pengajaran, pengalaman 😄

      Delete
  4. Part yg last tu lawak, btw muka mmg ada look chinese sikit hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. menakutkan auntie tu sebenarnya 😂 tajam mata dia sambil congcengcongceng, tu yg sy terdiam terus blur

      Delete
  5. Haha..kita serupa nour, berbeza cerita...

    ReplyDelete
  6. Teringat masa menyewa zaman bujang dulu.. ade nenek housemate orang Johor dtg rumah. Soalan paling best dia,

    AWAK BILA SAMPAI MALAYSIA..?

    adoiii...makcik, saya org Msia la..org Sarawak.. pastu dia ckp yer la...awak duduk sini, duduk malaysia la tu..malaysia Sarawak lainnnnnnnn..

    adehhhhhhhhhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun pernah kena juga dengan soalan tu 😂 ada lagi pernah ditanya soalan yang buat sy geli hati

      Delete
  7. Dekat KUIN memang ramai international students kan? kot2 nanti berjodoh dengan orang international hahaha okay gurau. Jauh juga dari Sabah datang menimba ilmu ke Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat ramai, tapi lebih kepada course muamalat. students China & Thai yang ramai amik pengajian Islam. bhahahahahaha, jodoh dengan orang international? no comment 😏 macam jawapan artis eh? wkwkwkwkwkwk 😁 demi ilmu, tak kisah nak menuntut kat mana pun yang penting bukan ilmu sesat

      Delete
  8. aah. cam cina. no wonder la ramai yg salah sangka. he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yang ingat sy ni orang siam atau jepun 😂

      Delete
  9. kalau sy, sy iyakan saja hahahaa... fefeeling org luar kekdah nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah juga terfikir nak ngaku ja, tapi kang kantoi, maluuu 😂😂😂

      Delete
  10. hye dear..salam perkenalan.. jemput join segmen blog saya ya
    http://fashapurple.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-april-2017-by-farah.html
    ada giveaway untuk 3 blogger bertuah =)

    ReplyDelete
  11. muka chinese look..tu yang orang ingat bukan asal malaysia..heheh


    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  12. hahah besa tu..aku dulu pun study di KL dn kerja di KL time tu wakkak siap pemandu teksi tu cakap cina dengan aku..wakak nasib aku ani mmg ada darah cina cuma teda ku pandai cakap cina..cuma fhm ja dan ku jawab selamba dalam Bahasa Sabah..wakaka terpinga - pinga tu pemandu teksi oleh aku..wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. ada juga darah cina tapi kalau mau cakap cina tu, memang fail 😂

      Delete
  13. gali hati fae baca yg part last atu hehehe

    eh Nuget urg Brunei? lama tinggal di sabahkah kwn Nour?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ea bangsa Brunei, Fae. andang tinggal di Sabah. pakat banar Brunei nya 😂 nasib tah jua paham dikit-dikit ea bekurapak

      Delete
  14. Owh sabar jelah ya bila org ingat mcm2. pengalaman berharga tu^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kengkadang best juga. dapat juga lah sy fefeeling orang luar

      Delete
    2. Hehe.. Chinesse look ni.. Tp mmg kbykan blh sabah chinesse look kan..comey jerr.

      Delete
    3. terima kasih. yup, ramai juga yang mata sepet

      Delete
  15. kebanyak orang sabah pandai nyanyi, pantang pegang mike mesti nak karok, suara pun sedap..mesti adieb pun pandai nyanyi..

    ReplyDelete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb