Friday, March 3, 2017

لا يموت مثل زوجتى

Assalamua'laikum


Kat kolej, aku ambik course Usuluddin. Kesemua pensyarah lelaki 👨 bukan dari Malaysia (Indon/ Mesir/ Iraq/ Sudan). Ada tiga orang pensyarah pompuan, yang sorang dari مصر, yang dua orang lagi dari Malaysia. Kami panggil pensyarah kami ' Dr/ دكتور  '. 

👆 Kat atas tu hanya pengenalan. Entry ni tentang kisah sedih salah sorang pensyarah aku yang dari مصر. Dr H dapat panggilan dari مصر tentang isteri beliau yang sedang tenat untuk melahirkan bayi. Keadaan jadi kelam kabut. Pensyarah yang lain hantar Dr H ke airport. 

Apa perasaan korang kalau korang kat Malaysia, tapi orang yang korang sayang berada jauh beribu batu dalam keadaan tenat?

Esoknya,

Masa tu tak silap aku ada kelas Al-Fikh Al-Islami dengan Dr A. Datang sorang pensyarah dan panggil Dr A ke luar kelas. Kami yang dalam kelas time tu macam dah dapat agak apa yang sebenarnya terjadi. Dr A masuk ke kelas dan berdiri di depan sambil berfikir. Mungkin nak tenangkan diri kot. Adalah dalam seminit dua camtu, baru Dr A bagitau yang isteri Dr H telah meninggal dunia 😢 
Pelajar lelaki dan pensyarah ke surau untuk solat jenazah ghaib... Bayi Dr H alhamdulillah selamat. Time Dr H di مصر, pensyarah lain ganti mengajar kelas beliau. 


Beberapa minggu kemudian...

Tengah hari tu aku ada kelas Tafsir Tahlili, مادة (subjek) yang Dr H ajar. Kelas Tafsir Tahlili ni semua pompuan. Time kelas ni, Dr H dah balik Malaysia. Keadaan kelas memang sunyi, berbeza dari sebelumnya sebab Dr H sorang yang kelakar. Tak pernah kami tak ketawa dalam kelas dia.

Dalam duk sunyi tu, tetiba budak kelas aku yang dah kahwin tu terbatuk tak berhenti-henti. Dr H tau yang dia dah kahwin dan ada anak 2 orang 👶👦

Dr H: أنت مريض؟ ( Awak sakit )
Budak kelas: لا دكتور ( Tidak Dr )

Lepas tu dia terbatuk lagi.

Dr H: بعد ذلك، تذهب الى الطبيب ( Lepas ni, pegi jumpa doktor )
Budak kelas: نعم، دكتور ( Baik, Dr )
Dr H: لا يموت مثل زوجتي ( Jangan maut seperti isteri saya )

Tambahlah suasana dalam kelas tu krikrikrik... Seminggu dua lepas tu Dr H dah kembali ceria. Dr H ni jenis yang ingat nama dan kenal student. Jadi dalam kelas tu ada yang hampir sama nama dengan arwah isteri dan anak-anak beliau. Kengkadang, dia tersebut dan tercerita juga tentang arwah isteri, tentang anak-anak... Siapa tak rindu keluarga bila berjauhan 😢

Dr H dah plan nak bawa anak isteri beliau tinggal di Malaysia lepas baby dalam kandungan tu lahir. Siapa juga yang tahan hidup berjauhan dengan anak isteri, lebih-lebih lagi isteri dalam keadaan sarat mengandung, anak-anak masih belasan tahun...

Manusia merancang, Allah yang tentukan. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku dalam kehidupan kita 😉




38 comments:

  1. Sedihnya kak ana baca. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  2. إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎
    Al- Fatihah

    ReplyDelete
  3. Salam Takziah...moga sabar menghadapi ujian dari Yang Maha Esa...

    ReplyDelete
  4. Kakak saya dulu pun ambil usuluddin dekat situ. Memang lecturer kebanyakannya dari mesir kan. Takziah buat dr. H. Kesiannya dia 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy kenal kot kak syed kalau dia sempat d kola ketil 😏

      Delete
  5. Semoga roh wife beliau dicucuri rahmat.. :')

    ReplyDelete
  6. Allah.. merentap jiwa.. huhu...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Singgah dan follow

    http://belogsjm.blogspot.my

    ReplyDelete
  8. Sedihnya baca entry ni.

    Adieb, kenapa entry blog awak ada duplicate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada mslh sikit, code berselirat 😂 skrg dah ok, yeayyy 😁

      Delete
    2. Yeay, nasib baik settle kan, kalau tidak mmg risau lah bila blog problem.

      Delete
    3. jiwa kacau, gundah gelana jadinya 😂 tobat dah nak edit-mengedit ni. habis semua berselirat

      Delete
  9. smoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman.. amin.. btw cntik blog baru ni. warna purple busyra sukaaaaa! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. امين يا رب العالمين

      cantik eh? 😍 lembut kan warna purple

      Delete
  10. Sedihnyaaa, berair-air mata baca post ni.
    Besar sungguh ujian buat Dr H. Moga beliau terus tabah dan kuat.

    ReplyDelete
  11. INNALILAHH.
    semoga beliau tabah.
    siapa jaga baby dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. امين يا رب العالمين

      skrg ni tak tau plak siapa yg jaga, tapi godek kat fb Dr H, ada gmbr anak dia d Malaysia

      Delete
  12. al fatihah..sy yg tidak mengenalinya ..tp membaca ceritanya pun tumpang sedih..sy follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. امين يا رب العالمين

      terima kasih Irda 😄

      Delete
  13. Jiran sebelah rumah sis juga meninggal semasa melahirkan bayinya (baby gurl). Sekarang baby dah berusia 3 tahun kalau tak silap. Sampai skrg sis masih teringatkan arwah sbab dia seorang yg cukup baik. Walau sedih tapi sis tetap redha kerana dia telah pergi dgn cara syahid. Allah Maha Kuasa dan yang hidup tetap perlu teruskan hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihnya sis 😢 alhamdulillah, mereka dlm golongan yang pergi secara syahid. moga kepergian kita dlm keadaan yg beriman dan syahid, امين يا رب العالمين . kita yg masih hidup teruskan hidup & buat amal sebagai bekalan kita di akhirat

      Delete
  14. امين يا رب العالمين

    ReplyDelete
  15. terima kasih 😁 finally, dah ada kotak komen dah 😉

    ReplyDelete
  16. Sedihnyaaaa 😢 Al Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan hamba yang dirahmati Allah. Dan semoga Dr H tabah hadapi semua ujian ini. Semoga dapat Dr H membesarkan anak dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. امين يا رب العالمين... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

      Delete
  17. Sedihnya baca .. Mmg sedihhh kehilangan org tersayang skaligus.. Moga roh arwah tenang disana..aamin

    ReplyDelete
  18. al fatihah utk arwah isteri dr. h. semoga rohnya ditempatkn di kalangan org2 yg b'iman. aminn..

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb