Wednesday, March 29, 2017

Tempat Penginapan Best di Langkawi

Assalamua'laikum

Masa bercuti di Langkawi, kami tinggal di Cenang Rest House 🏠. Masa tu, Traveloka & Trivago lom lagi famous di kalangan kami-kami ni. Jadi, nak cari tempat berteduh untuk tiga empat hari di Langkawi tu... jenuh juga buka facebook/ ig/ google nak cari hotel bajet atau homestay yang menepati citarasa.

Akhirnya jatuh hati dengan Cenang Rest House. Shahir (agent) send gambar keadaan dalam bilik then dia janji akan bagi bilik no 1, yang special nya bilik tu berhadapan dengan pantai. Keluar dari pintu ja, pijak pasir. Pastu, pakej bilik termasuk dengan island hopping & diskaun RM10 untuk cable car 😄 Kereta pula dapat avanza auto 😁

Kami pergi Langkawi dari Jeti Kuala Perlis jadi tak amik masa yang lama duk atas laut tu 🌅🚤. Bertolak petangnya sebelum keesokan pagi nak pi Langkawi. Whatsapp Shahir tanya kot-kot dia tau hotel bajet yang dekat-dekat dengan jeti. Pastu dia cakap pergi Kuala Perlis Transit Hotel sebelah KFC dan sebut ja nama dia, confirm dapat diskaun. Haaa, memang dapat diskaun Shahir 😁

Pagi esoknya, terkedek-kedek berlari pi jeti. Nasib baik sempat join feri yang pertama dan terawal 😁 Kereta tinggal depan motel tu 🚗, hanya bayar sewa RM10 untuk 1 malam.

Sampai di Langkawi, tunggu punya tunggu akhirnya datang Shahir pi antar kereta. Bukan dapat Avanza, tapi dapat Toyota Wish. Nasib baik Wish tu besar macam Avanza. Muat juga barang kami berenam sumbat dalam Wish. Terus ke Pantai Cenang untuk letak barang.

Jumpa akhirnya rest house ni. Kawasan depan ni luas, boleh park kereta. tapi kalau penuh, park kat luar la. Tempat makan pun banyak, dekat dan jalan kaki ja. Underwater World pon dekat,  orang Brunei cakap 'jalan batis nganya

dah Shahir cakap bilik menghadap pantai, kena lalu di sini 😉

bilik yang besar+luas+selesa 😄. ada juga amik gambar dalam bilik, tapi dah cakap kan laptop dah format. pekerja kedai tu tak back up isi dalam tu 😠 dalam bilik ni, ada tv dan ada tiga biji katil jenis queen. muatlah kami berenam, lagipun masa banyak untuk aktiviti luar 😏 cuma cermin ja la ada sejibik, tu pun dalam bilik mandi 😂 yang tak best, iron tak boleh bawa masuk bilik. mesti iron di pejabat dorang 😂 Mira bijak sikit 😏, dia pi pinjam iron dengan guest lain, students tak tau U mana 

Sebelum ke Oriental Village untuk naik cable car, sempat lagi bergambar di Pantai Cenang. Time ni tak ramai pun lepaking di pantai, jadi terasa bebas nak buat gaya jakun bin sakai 😂

Balik dari Padang Matsirat dan island hopping, sambung jadi mermaid di Pantai Cenang. Pagi-pagi lepas Subuh pon sebelum pi mana-mana, mandi pantai duluuu 😘

Percutian ke Langkawi ni bulan ogos tahun 2015. Mungkin rest house ni ada perubahan sedikit ☺

Korang boleh search Cenang Rest House di website Trivago atau Agoda, takpun pi website dorang terus 👉 http://cenangresthouse.com Nombor Shahir aku tak tahu campak mana 😂

Untuk Cenang Rest House ni, aku bagi 4/5 😉




56 comments:

  1. salam bw... bestkan g langkawi... bila la liez nak smp sana lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa'laikumussalam, sangat best gi langkawi 😍

      Delete
  2. bestnya dapat jalan2 tepi pantai cenang. amik angin petang. bila lah nak dpt pergi langkawi lagi ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat jalan2, boleh jadi mermaid lg di pantai cenang tu 😍🌅

      Delete
  3. lama tak p sana. leh jd rujukan entry ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti nak pi langkawi, boleh nginap d cenang rest house ni. minta bilik no 1 tau 2 😉

      Delete
  4. bestnye jln jln lgkwi...dh lamer xkesana....

    ReplyDelete
  5. bestnya gi langkawi...
    dah lama tak ke sana.

    ReplyDelete
  6. bestnye dapat holiday kat pantai.. e'in nie memang tak le dapat sebab asben tak suka laut-laut nie.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa. ada juga holiday yg best selain d pantai 😉

      Delete
  7. Mek jugok lerrr yg mengidam nk smpai sini tp tk smpai smpai lg. Tp mek suka booked hotel by call dia org terus. Sbb mek hampir nk trkena hr tu. Hatten hotel dekat melaka dlm trivago 400 lebih kot. Bila mek call hatten sndiri, dia ckp dpt 250 sbb ade diskaun. Haaaa, bnyk beza kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowww mek, dapat jimat RM150 tu 😄 kami x call, whatsapp ja. tu pon tawar-menawar, dapat juga kurang harga 😉

      Delete
  8. hari tu pergi langkawi tak stay chenang, mybe next time stay kat chenang pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh stay kat cenang, best bila bilik depan pantai

      Delete
  9. ammvoiii sonoknyer gi langkawi., hehe2

    ReplyDelete
  10. wow..sangat beruntung dapat melancong...

    saya belum pergi ke Langkawi..

    ReplyDelete
  11. Ada plan kd langkawi tapi dh book hotel hihuhu then baru tahu pasal penginapan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww, nanti singah2 ja la pantai cenang. best 😁

      Delete
  12. Lamanya siqah tak pergi Langkawi. Rindu nak tengok sunset kat sana. Pantai Cenang paling happening :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat happening 😄 suasana sentiasa hidup

      Delete
  13. Bestnya..dah lama tak gi Pantai Cenang..

    ReplyDelete
  14. pantai cenang memang lokasi penginapan terbaik...sebab belah malam memang hidup...

    rugi tak tahu mengenai guesthouse ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi petang siang malam memang hidup pantai cenang, meriah 😄

      Delete
  15. Bila nak sampai bumi langkawi lagi elsa nie hakhak. Dah makin banyak tempat menginap. Kalau dulu nak cari hotel bukan main susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti nak pi langkawi, stay kat cenang rest house ni. amik bilik no 1 atau 2 😉

      Delete
  16. bestnya, dah lama gak tak ke langkawi. hotel pun cantik dan selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau p langkawi, boleh stay d pantai cenang 😄

      Delete
  17. alaaa, bestnya dapat travel ngan kawan2 macam nie. bestnya pergi pantai. tetiba teringin nak jejak pantai jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah abis study, susah dah nak kumpul dgn kawan 😭

      Delete
  18. bestnya pi langkawai, dulu Murni pernah study d uum tp syg tak pernah jejakkan kaki pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau uum dekat dgn jeti kuala perlis kan 😉

      Delete
  19. Tengok entry-entry ke Langkawi ni buat rasa rindu sangat nak jalan dengan kawan2 lagi huaaaa. tak acinya haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti plan la dgn kawan2 bercuti ke langkawi syed

      Delete
  20. bestnya gi langkawi. naik cable car mmg berdegup jantung. tp area bandar chenang tu rasa macam kat oversea sangat dulu. dengan tempat ekslusif dan foreigner datang situ. happy vacation sangat kak. huhu.

    ReplyDelete
  21. tgk pantai tu... mcm sm je tempat yg sy posing dulu hehehehe alaaa nama pun langkawi pantai cenang kan... heheheh

    p/s coklat dr HIG mana? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklat HIG dah hadam dalam peyuttt anies 😜

      Delete
  22. TADI ADIEB ADA MENTIONED AGODA KAN.. SO, HERE IS WHY YOU SHOULD CHOOSE AGODA http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/5-reasons-why-you-should-choose-agodacom.html

    // dekat chenang takde mermaid ke?? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat cenang confirm la ada mermaid, international mermaid lagi ramai :'p

      Delete
  23. Best bercuti di Langkawi kann NA..
    LZ pun suka.. Next plan mungkin akan cari tempat penginapan sederhana supaya budget yang ada lebih kepada shopping..
    Iskhh tak sabar tunggu peluang ke Langkawi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bolehlah menginap di cenang rest house ni LZ. minta bilik no 1 atau 2. tapi harga x tau dah brp skrg sebab kami pegi ogos 2015 XD

      Delete
  24. langkawi ni bnyk changes. so, pergi bnyk kali pon b'baloi. xbosan sbb buleh try new things.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, nak pegi banyak kali tetap x rasa boring :D

      Delete
  25. Seronok ye NA dapat pergi jalan jalan sesama kengkawan mcm ni.

    Oklah tu dapat bilik murah, menghadap pantai lagi. Lompat bintanglah korang ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat lompat bintang, bergolek2 lagi di pasir :'p

      Delete
  26. Hai sis, macam mana nak dapatkan no agent tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, x save no agent tu. try search d facebook

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb