Wednesday, March 8, 2017

Ini Cerita Tentang Hadiah (1)

Assalamua'laikum

Aku jenis yang tak suka beratkan palo otak 😷 nak fikir hadiah 🎁 apa aku nak bagi kat seseorang. Yang penting hadiah tu jenis sesuatu yang boleh digunapakai dalam tempoh masa yang lama dan dapat menggembirakan hati. 😏

Seminggu sebelum birthday si Mira aritu, ngam-ngam je ig Craft Comel ni follow aku 😄 kat ig lama yang kena hacked tu 😒 Memula, aku godek-godek dulu ig tu. Cantik-cantik comel-comel bantal hiasan rekaan Craft Comel ni 😍 Cantik menarik tertarik kau memang debommm 💣 Automatik dah ada idea nak bagi hadiah apa untuk si Mira 😄

Laju-laju aku contact dengan owner ig Craft Comel nak pre-order bantal 😉. Aku screenshot design dan size pilihan aku. Aku pilih warna pink+ocean blue sebab Mira memang fanatik giler dengan warna tu. Hampir 88% barang dia warna pink 😂
Tadaaa, ni lah hasilnya 😚 Aku ni jenis yang simple, hadiah yang aku nak bagi pon ikut simple 😂 Gambar ni aku cilok kat ig Craft Comel


Aku risau kalau hadiah ni sampai awal sebelum kami celebrate birthday Mira. Sebab kami celebrate seminggu selepas tarikh dia birthday. Saja buat dia sedih sebab kami pura-pura buat lupa birthday dia 😜

Time nak celebrate 🎉 birthday Mira, jenuh juga paksa dia keluar makan kat kedai MokSu (kedai makan + tempat lepak) sebab kami decided nak celebrate dengan MokSu. 

🎂 kek buah tu order dengan makcik yang jual bread kat pasar malam. usha-usha makcik tu rupanya ada kedai kek 😏 
ngam-ngam time tu ramai budak lelaki makan kat kedai MokSu. dorang pun join sekali nyanyi lagu birthday 🎶 untuk si Mira 😄 bila Mira bagi kek, eh eh tersipu malu plak dah 😂 

Hadiah untuk si Mira sampai minggu depannya. Masa tu kami duk kat rumah, takda kelas 😁 Abang posmen datang hantar hadiah 🎁 tu, aku pi paksa si Mira pi keluar amik 😂 Sebab aku nak hadiah tu dia yang amik sendiri dari abang posmen 😏 Masuk kat rumah, becok betul mulut dia 😂

"Dib, kau ka yang beli ni? Kenapa atas nama aku? Aku tiada beli barang online. Kau ni kan Dib. Jangan kau pura-pura sana. makasih Dib"

Aku? Senyum ja la, malas mau jawab apa yang dia tanya. Yang penting, dia happy dapat hadiah tu 😁

Selain bantal hiasan, Craft Comel juga amik tempahan seperti Emoji Pillow, totebag, keychain sulam dll. Tertarik? Berminat? Boleh godek-godek ig dorang 😁

Whatsapp: 0137395765









41 comments:

  1. comel jer hadiah tu. boleh lena lah tidur malam kawan tu.hehe

    ReplyDelete
  2. memang comel..kesian Mira sampai seminggu sedih ingat korang betul-betul lupa birthday dia.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejam yg pengakhirannya happy 🎉 menjadi juga helah kami

      Delete
  3. Wah pengorbanan seorang kawan dalam menggembirakan kawan lain.... semoga sikap terpuji Nour menjadi inspirasi orang lain.... membuat orang lain tersenyum adalah besar ganjarannya...

    ReplyDelete
  4. Wahhh... sy dapat rasa keikhlasan dan kegembiraan akak dan rakan2X akak time celebrate besday tu. tacing kak. akak mmg kawan yg sangat baik dan mmg untung rakan2x akak ada akak sebagai kawan mereka. bantal siyes comel. ni bagi idea juga kat saya kalu nak bagi besday kat sesapa nanti. hihi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameeen, semoga sy kekal menjadi seorg shbt yg berguna & dpt menggembirakan shbt yg lain. nanti bday sy boleh juga hadiahkan bntl hiasan wkwkwkwkwkwkwk

      Delete
  5. Replies
    1. mudah-mudahan slh 1 hadiah istimewa, ameeen

      Delete
  6. Saya ada buat pencalonan nama Nour dalam Sunshine Blogger Award. Selamat bersegmen.

    http://www.bilalelakiberbicara.com/2017/03/sunshine-blogger-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. ermmm, wajib eh join segmen tu?

      Delete
  7. OK jugak bagi hadiah surprise mcm tu kan Dib...
    Acah acah mcm org tak ingat tapi dapat hadiah..... huiii best weyh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, dpt mgembirakan hati kedua pihak. yg bg hadiah & yg dpt hadiah

      Delete
  8. serius comel bantal craft tu...

    ReplyDelete
  9. Alaa sweetnyaa kawan ni, hihihi. Selamat hari lahir kepada Mira :D

    ReplyDelete
  10. aaaa comelnya hadiah tuu.. cute miut. hehe

    ReplyDelete
  11. Sweet je siap buat2 lupa. mujur mira tak merajuk ☺

    ReplyDelete
  12. Bantal tu sgtlah comel awak. Sy suka =))

    ReplyDelete
  13. Wahhhh, comelnya bantal...
    Mesti termimpi2 si mira ni lena dgn bantalnya...
    Have a nice day...

    ReplyDelete
  14. comelnya hadiahhhh. :D
    happy birthday to sis mira, mesti happy dia ada orang sambut birthday :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih 😉 happy bebenor Mira time celebrate birthday dia 🎉

      Delete
  15. Pndapat awk sama dgn sy..suka bg hadiah y seseorg blh gunapakai utk tempoh lama.. Bkn sekdar perhiasan... Btw...cantekkk sgt bantal tu..msti birthday girl happy sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sekurang2 nya hadiah tu ada kegunaan & faedah. terima kasih 😄

      Delete
  16. mesti tersengih2 penerima hadiah comel cam tu...

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb