Thursday, March 16, 2017

Guess by Marciano Gaya Eksklusif

Assalamua'laikum

Guess merupakan salah satu jenama kegemaran ramai sehingga ke hari ini. Kenali dengan lebih lanjut mengenai jenama ini kerana terdapat pelbagai produk keluaran Guess yang lebih menarik perhatian dan lebih berkualiti. Bagi korang yang pernah membeli produk Guess secara online, pastinya korang mempunyai produk kegemaran.

Bagi korang yang belum pernah memilikinya, pastinya korang pernah menginginkan salah satu daripada produk keluaran Guess.
Arianna Mini Top Zip Crossbody Bag

Dengan pelbagai reka bentuk dan jenis, korang pasti tampil bergaya dengan apa sahaja beg dari Guess. Daripada mini crossbody seperti dalam gambar di atas mahupun beg satchel yang lebih besar dan dapat memuatkan lebih banyak barang, korang boleh pilih mengikut keperluan dan cita rasa masing-masing. 
Bobbi Inside Out Tote

Mahukan beg tangan yang mempunyai ruang lebih luas? Korang boleh pilih beg jenis "tote". Beg tote atau beg shopper lazimnya mempunyai muatan yang lebih besar kerana menjadi pilihan untuk tujuan membeli-belah. Dengan adanya ruang penyimpanan yang luas sangat memudahkan korang untuk menyimpan barang yang telah dibeli. Sekiranya korang jenis yang kerap membawa banyak barang bersama ketika berada di luar, beg tote juga amat sesuai digunakan. 



Haaa,

Honoran Heels

Bagi peminat kasut pula, Guess juga mempunyai koleksi kasut yang besar. Daripada kasut tumit tinggi hingga ke sandal, korang boleh pilih mengikut keperluan korang. Sekiranya tak minat kasut tumit tinggi, jangan risau... ada juga kasut jenis flats.
Olanda Flats
Manika Sneakers

Kalau korang sentiasa mengikut trend semasa, pastinya korang tahu yang kasut jenama Guess sangat berkualiti dan sentiasa mengikut peredaran masa. Reka bentuk kasut dan warna yang banyak variasi akan memastikan korang kekal bergaya. Mari kita shopping barangan Guess hari ini!





27 comments:

  1. Taktau plak Guess ade jual sneakers..ketinggalan zaman sungguh saya nih.

    ReplyDelete
  2. Nak suruh guess apa yang ada dalam beg tu ke? hahahaha.

    ReplyDelete
  3. mampu tengok je kalau guess..nak beli xda duit, jenama mahal.haha..salam kenal, meh la ke blog saya http://cararesepi.blogspot.my/. Jangan lupa tinggalkan komen tau. Kalau sudi masukkan lah blog saya dalam bloglist awak.tq

    ReplyDelete
  4. manika sneakers tu comel. tp, ongkos nye pon pasti comel. hu3..

    ReplyDelete
  5. aiiiii santek2 belakaaaaa... poket jeee yg x berapa nak santekkk tgh2 bln ni hahahahahha

    ReplyDelete
  6. tingginya kasut tuhh hehehe.

    ********************************************************************************
    Jemput join Uyul Rosli 1st Giveaway!! 100pcs Name Card untuk dimenangi. >>
    Uyul Rosli 1st Giveaway | Blonolog Blogger Picisan
    ********************************************************************************

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajam lagi ๐Ÿ˜‰ khas buat penggemar heels ๐Ÿ‘ 

      Delete
  7. Berkenan betul tengok heels dengan sneaker tu. mmg my taste^^

    ReplyDelete
  8. teringin nak beg comel kat gambar paling first tu. ahahhaha :D
    sneakers tu pun cantik. harganya memang cantik jugak kan XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada promo utk sneakers ๐ŸŽ‰ cepat dapatkan ๐Ÿ˜‰

      Delete
  9. Cantiknya beg Guess hitam tu. Mata orang tua agaknya hihi....

    ReplyDelete
  10. Cantiknya beg Guess hitam tu. Mata orang tua agaknya hihi....

    ReplyDelete
  11. Manila sneakers tu nampak mengancam.. cam best je kalau dapat sepasang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak, sy pon ngidam nak sepasang pun jadilah ๐Ÿ˜

      Delete
  12. semua barang guess lawaaa!! menangis tgk harga

    ReplyDelete
  13. Hello! I'm at work surfing around your blog from my new iphone 3gs!
    Just wanted to say I love reading through your
    blo and look forward to all your posts! Keep up the fantasttic
    work!

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb