Friday, March 31, 2017

Pakej Percutian Yang Anda Nantikan

Assalamua'laikum

Berita gembira buat si kaki travel dan anda yang ingin bercuti ke luar negara 📢📢📢

Sakura Klasik Leisure travel agency menawarkan pakej percutian dengan harga yang boleh buat anda menangis terlompat-lompat terguling-guling kegembiraan 😂👏

Nak HONEYMOON? COMPANY TRIP? FAMILY TRIP? SCHOOL TRIP? BFF TRIP? Semuanya bolehhh 😱😘

Jangan risau 😉 Sakura Klasik Leisure merupakan travel agency yang boleh dipercayai 😄


💗 OSAKA 5D4N ➡ autumn (oct-nov), winter (dec-feb)

💗 KOREA 5D4N ➡ winter (jan-mac), spring (mac-may)

💗 TURKEY 9D7M ➡ winter (feb), spring (april-may), autumn (oct-nov)

💗 KASHMIR 6D5M ➡ spring (mac-april)

💗 MALDIVE 5D4N ➡ august-sept

Dan... combo package OSAKA + SOUTH KOREA mampu buat anda fengsannn tak percaya 😏 Bukan untuk 5 hari 4 malam, tetapi 9 HARI 8 MALAM 😱

💗 OSAKA + SOUTH KOREA 9D8N ➡ winter (jan-mac), spring (april)





Sangat berbaloi kan? Apa tunggu lagi, tempahlah sekarang 😉 Travel date on 2018. Untuk full details, boleh berhubung dengan:

Whatsapp/ Telegram: 01119741465 (AKMAL HAMID)

Rebut peluang keemasan ini sekarang 😁 Jangan menyesal kerana terlepas promosi ini 😏





Wednesday, March 29, 2017

Tempat Penginapan Best di Langkawi

Assalamua'laikum

Masa bercuti di Langkawi, kami tinggal di Cenang Rest House 🏠. Masa tu, Traveloka & Trivago lom lagi famous di kalangan kami-kami ni. Jadi, nak cari tempat berteduh untuk tiga empat hari di Langkawi tu... jenuh juga buka facebook/ ig/ google nak cari hotel bajet atau homestay yang menepati citarasa.

Akhirnya jatuh hati dengan Cenang Rest House. Shahir (agent) send gambar keadaan dalam bilik then dia janji akan bagi bilik no 1, yang special nya bilik tu berhadapan dengan pantai. Keluar dari pintu ja, pijak pasir. Pastu, pakej bilik termasuk dengan island hopping & diskaun RM10 untuk cable car 😄 Kereta pula dapat avanza auto 😁

Kami pergi Langkawi dari Jeti Kuala Perlis jadi tak amik masa yang lama duk atas laut tu 🌅🚤. Bertolak petangnya sebelum keesokan pagi nak pi Langkawi. Whatsapp Shahir tanya kot-kot dia tau hotel bajet yang dekat-dekat dengan jeti. Pastu dia cakap pergi Kuala Perlis Transit Hotel sebelah KFC dan sebut ja nama dia, confirm dapat diskaun. Haaa, memang dapat diskaun Shahir 😁

Pagi esoknya, terkedek-kedek berlari pi jeti. Nasib baik sempat join feri yang pertama dan terawal 😁 Kereta tinggal depan motel tu 🚗, hanya bayar sewa RM10 untuk 1 malam.

Sampai di Langkawi, tunggu punya tunggu akhirnya datang Shahir pi antar kereta. Bukan dapat Avanza, tapi dapat Toyota Wish. Nasib baik Wish tu besar macam Avanza. Muat juga barang kami berenam sumbat dalam Wish. Terus ke Pantai Cenang untuk letak barang.

Jumpa akhirnya rest house ni. Kawasan depan ni luas, boleh park kereta. tapi kalau penuh, park kat luar la. Tempat makan pun banyak, dekat dan jalan kaki ja. Underwater World pon dekat,  orang Brunei cakap 'jalan batis nganya

dah Shahir cakap bilik menghadap pantai, kena lalu di sini 😉

bilik yang besar+luas+selesa 😄. ada juga amik gambar dalam bilik, tapi dah cakap kan laptop dah format. pekerja kedai tu tak back up isi dalam tu 😠 dalam bilik ni, ada tv dan ada tiga biji katil jenis queen. muatlah kami berenam, lagipun masa banyak untuk aktiviti luar 😏 cuma cermin ja la ada sejibik, tu pun dalam bilik mandi 😂 yang tak best, iron tak boleh bawa masuk bilik. mesti iron di pejabat dorang 😂 Mira bijak sikit 😏, dia pi pinjam iron dengan guest lain, students tak tau U mana 

Sebelum ke Oriental Village untuk naik cable car, sempat lagi bergambar di Pantai Cenang. Time ni tak ramai pun lepaking di pantai, jadi terasa bebas nak buat gaya jakun bin sakai 😂

Balik dari Padang Matsirat dan island hopping, sambung jadi mermaid di Pantai Cenang. Pagi-pagi lepas Subuh pon sebelum pi mana-mana, mandi pantai duluuu 😘

Percutian ke Langkawi ni bulan ogos tahun 2015. Mungkin rest house ni ada perubahan sedikit ☺

Korang boleh search Cenang Rest House di website Trivago atau Agoda, takpun pi website dorang terus 👉 http://cenangresthouse.com Nombor Shahir aku tak tahu campak mana 😂

Untuk Cenang Rest House ni, aku bagi 4/5 😉




Monday, March 27, 2017

The Curse of The White Blood

Assalamua'laikum

Kerana hasad dengki dan fitnah, dia dibunuh
Kerana hasad dengki dan fitnah juga, Pulau Langkawi menerima bahana menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan
Mahu menyesal, tiada gunanya...


Entry sebelumnya di sini

Lepas dah syiok mandi-manda jadi mermaid time island hopping tu, petangnya kami ke Makam Mahsuri. Yeahhh! 😁

Jangan sembang lebih lah konon x tau pasal sejarah Mahsuri ni 😒. Kisah Mahsuri antara sejarah yang famous, even omputeh pon tau pasai ni.

Otw nak masuk tu, memang banyaklah gambar keturunan Mahsuri ni. Ada juga terselit gambar Wan Aisyah, iaitu keturunan Mahsuri yang kelapan. Lahirnya Wan Aisyah sebagai keturunan kelapan, maka Pulau Langkawi bebas dari sumpahan.

Terkujat i, ingatkan manusia betoi 😒 Sekali pandang, macam hidup 😨

Makam Mahsuri, tak masuk dalam. Skodeng dari luar ja

Seram sejuk masuk rumah ni 🏠(x silap aku rumah Mahsuri). Setiap rumah dorang ada tampal nama tuan punya rumah, jadi kita tau la kita masuk rumah siapa. Berhadapan dengan rumah ni, ada kantin untuk isi perut
Mata aku asyik jeling buaian ni 👀. Risau pula tetiba ayun sendiri

Kat belakang tu telaga tempat Mahsuri mandi. Ikut cerita, siapa yang mencuci muka dan minum air dari telaga tu... muka akan cantik dan sentiasa berseri. Aku just cuci muka gitu-gitu ja di telaga ni. Di sebelahnya ada gerai kecik jual air telaga ni letak dalam botol. Harga aku x tau pula sebab aku x beli 😉

Masa aku adjust nak cari sudut yang ok, tetiba nampak bayang hitam budak lelaki dalam umo sekitar 11-15 tahun camtu di sebelah Nuget (tudung oren bunga-bunga 🌸) 👦. Otomatik aku pusing kepala sratuslapanploh darjah. Eh eh, takda pula budak tu 😱. Yang ada cuma tiga remaja lelaki yang syiok bergambar x hengat dunia 👨👨👨. Tu pun jauh sikit dari tempat kami. Kalau aku nak tuduh depa, macam x logik pula. Kyra pun nampak ada bayang hitam tu. Dorang yang lain x perasan. Ok, ni kali kedua ada yang nak join wefie selepas di Dataran Lang 😂 kisahnya di sini 👉 http://nourayuadieb.blogspot.com/2017/03/kisah-seram-di-dataran-lang.html

bye Kampung Kedah

Yang paling best, jalan masuk dan keluar banyak pameran galeri 😁


Harga masuk dalam RM10 camtu. Kalau bercuti dengan family ke Langkawi, memang aku bawa dorang pi Makam Mahsuri ni 👍

Lepas dari Makam Mahsuri, kami ke HIG (Haji Ismail Group) pula nak shopping coklat 😍 Memandangkan cuti sem lama lagi, jadi aku beli untuk diri sendiri ja. Lagipun tempat tinggal aku sebelah Labuan ja. Boleh beli coklat di sana. Sama ja macam di Langkawi.

Balik dari HIG, round kedai-kedai kat Pantai Cenang tu. Sana sini orang sedut shisha 😠

Nak baca kisah Mahsuri, boleh klik sini 👉 Sumpahan Mahsuri




Thursday, March 23, 2017

Luahan Hatinya Mengusik Jiwaku

Assalamua'laikum

Aku ni jenis yang bolehlah dikatakan sebagai 'pendengar yang setia' 😏. Dengar boleh, nak pujuk tu... memang ke laut 😒 i tak teror u bab pujuk-memujuk ni.

Ada sorang pensyarah dari Iraq dah lama menetap di Malaysia. Dalam 30 tahun camtulah. Cakap Melayu boleh, Speaking English teror, takallam Arabi bittholaqah 👏👍.

Satu hari dalam kelas, Dr ni luahkan tentang harga barang yang makin naik.


"Dolu-dolu, 50 henggit tu boleh beli maciam-maciam. Tapi sekarang, dengan 50 henggit tu... nak beli susu powder pon tak lepas. Lepasni, takda gigilah sebab kurang kalsium"


"Dolu-dolu, ayam 6 henggit sekilo. Sekarang dah RM8.20 sekilo"



"Dolu-dolu nasi lomak 7 kupang telor bahagi dua, sekarang nasi lomak singgit telor dibahagi empat" 😰

Pastu kecoh pasai MH370 hilang tak jumpa-jumpa. Muncul pula 'Laksamana DoReMi' 😂 Memang membebel la Dr. Aku tak berapa ingat apa yang Dr bebel kecuali yang ni 👇

"Ingat ini kisah DoReMi ke ada tikar terbang?" Haaa, kau tengokkk. Orang Iraq pon layan DoReMi taw 😏




Aku rasa, tajuk yang sesuai untuk entry ni sebenarnya 'Luahan Hatinya Menggeletek Jiwaku' sebab time tu Dr luahkan dengan nada lucu 😂




Ini kisah tahun 2013 😉





Wednesday, March 22, 2017

Anda Kreatif Membuat Dialog?

Assalamua'laikum


Siapa yang free, boleh luangkan masa anda dengan membuat dialog mengikut susunan gambar 😉





Tuesday, March 21, 2017

Lose Weight, Live Healthy

Assalamua'laikum

Simple tips to lose weight from NourAdieb 😉

Baru dua tahun aku duk Kedah, berat aku dah naik sebanyak 13-14 kg menjadikan berat aku 55 kg 😱. Tahniah buat diriku kerana berjaya menternak lemak 🎉.


Kalau ikut jadual BMI ni, dengan ketinggian 147.5 cm, berat aku tak boleh lebih dari 52.2 kg. 50.0 kg pun aku dah rasa cam overweight 😨. Pastu timbul plak dah bintik-bintik putih kat bawah mata menandakan kandungan kolestrol dalam badan aku tinggi 😢.
Bukan jerawat tau! Tapi inilah bintik minyak & kolestrol (gambar contoh)

Bila dapat bintik putih tu, baru insaf nak jalani kehidupan yang sihat. Nak ikut diet Atkins, memang tak dapat lah. Sehari tak sentuh nasi pun dah menggelupur 😷. Jadi, aku buat tips aku sendiri 😄.

1) Belajar makan sayur dan banyak makan buah-buahan 🍎🍊🍉🍓🍆🍅

Aku sangat tak suka makan sayur 😒! Demi nak hidup sihat, aku slow-slow belajar makan sayur. Cuma sampai sekarang tekak aku tak boleh terima sayur sawi. Yang lain oklah. Aku ni jenis yang suka mengunyah dan kena ada sesuatu dalam mulut. Jadi, kopok-kopok yang selalu aku kunyah-kunyah tu aku ganti dengan buah-buahan. Yang penting, elakkan makan buah selepas makan nasi!
Pisang setiap hari aku makan. Pegi ja kampung sebelah, dapat pisang RM2 seikat 😁

Kalau turun time 'tamu' (pasar), kengkadang beli 'sikui ' (tembikai)



2) Jangan sesekali skip sarapan!

My mom sangat pentingkan pengambilan sarapan. Kata my mom, " Jangan tinggalkan sarapan. Sebab tiada sarapanlah perut masuk angin. Dah tersumbat. Pastu makan banyak time tengah hari. Terkejut perut. Salah cara mau turunkan berat badan tu!"

3) Minum susu tepung dan kurangkan minum susu tin.

Aku suka minum susu. Tapi, kengkadang malas nak buat. Jadi selalu order neslo ais ikat penuh, takpun milo ais ikat tepi. Yang tak pernah order, jus cinta ikat mati ke hati awak 😘. Ciaciacia

Minuman bergas, minuman bergula aku dah berjaya elak 😁 Lagi satu, minum banyak air kosong. Kalau nak pi mana-mana, bawalah air kosong dari rumah. Dah boleh jimat duit, tak payah beli kat luar. 

Petua nak awet muda; minum air kosong sebaik bangun pagi, sebelum gosok gigi 👄😉
Susu tepung Everyday menjadi pilihan sebab susu ni sedap 🍶. Tak payah guna gula. Pandai-pandailah adjust sukatan susu + air tu. Aku minum susu 3× sehari; sarapan + tengah hari + malam. 

4) Kurangkan pengambilan nasi.

Kalau dulu, penuh nasi dalam pinggan. Dah lah penuh, pastu tambah lagi nasi. Kalau kat kedai, kengkadang minta nasi tambah. Dalam sehari tu, 4-5× makan nasi 😂

Sekarang ni, satu jam sebelum makan nasi, aku akan minum air susu sebab minum susu ni pun dah buat aku kenyang. Pastu makan buah, jadi aku hanya larat makan nasi setengah senduk ja. Tapi kalau lauk masak lomak 😍, susah juga nak menahan sebab favorite 😂

5) Kurangkan pengambilan makanan berminyak & minuman bergula.

Parents aku jenis yang tak suka makan kat luar. Lagi baik masak sendiri kat rumah sebab kita tau sukatan penggunaan minyak dalam masakan 😉. Lagi-lagi sekarang ni harga minyak naik. Kalau lauk, kebanyakannya sekarang ni masak rebus ja. Dah kurang masak yang bergoreng. Sayur plak, ikut jenis sayur tu. Mana yang sesuai direbus, rebus ja. Yang lain, tumis dengan minyak yang sedikit.
Hanya telur ja yang guna minyak 😉



8) Jangan tahan nak buang air kecil atau air besar

Kalau ada rasa nak terkucil ke, nak ter'bery' ke 💩, jangan sesekali nak menahan. Pegilah tandas k. 

7) Banyakkan berpeluh

Bil elektrik kami jimat sebab dah tak berapa on kipas kecuali time tidur atau ada tetamu datang rumah. Pastu, terima kasih juga dengan kucing-kucing 🐱 sebab buat kotor dalam rumah 🏠. Rajin jugalah nak nyapu + mop lantai. Keluar juga peluh. Dulu-dulu, rajin juga berzumba dengan Nuget. Tapi, dah abis study ni kena tukar cara lain plak nak keluarkan peluh 😳.

8) Jangan layan stress



Buatlah apa benda yang kau rasa berfaedah, yang penting dapat elakkan diri kau dari rasa stress☺. Bila kau dah stress, mesti kau akan rasa lapar. Bahayaaa 😡!


Lepas amalkan tips ni, aku rasa kehidupan aku otw nak kembali sihat macam dulu-dulu 😄. Bintik kolestrol dah hilang. Tinggal bintik minyak lagi sikit. 

Sekarang, berat aku dalam 45-47 kg camtu sebab kengkadang tgerlanggar tips sendiri 😂. Lagi-lagi sekarang ni cuti sekolah, ramai yang buat kenduri kawen kat kampung ni 💑. Faham-fahamlah kalau dah mai kenduri, makanan ada pelbagai jenis 🍛🍱🍜🍲. Yang pelbagai jenis tu lah yang nak disumbat dalam perut 😍. Susah sebenarnya nak berjihad lawan nafsu makan ni 😞
Ecah pun dah berjinak-jinak minum susu tepung Everyday 😁




Korang ada tips lain nak turunkan berat badan & hidup dengan sihat? Cer kongsi sini 😉






Monday, March 20, 2017

TRAVELOKA SALE-ABRATION Sehingga 31 Mac 2017!

Assalamua'laikum


Masih belum terlambat lagi untuk pergi bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah ni 😁. Nak travel dengan kengkawan pon boleh 😁. Risau harga tiket flight mahal ✈? Jangan risau, ada jalannya. Risau hotel semua dah penuh 🏨? Jangan risau, ada penyelesaiannya 😄. 



Apa kebendanya TRAVELOKA ni?

TRAVELOKA ni adalah satu platform online yang disediakan untuk memudahkan kita menempah flight dan hotel samada di dalam negara mahupun luar negara melalui website dan aplikasi yang boleh didownload di dalam handphone kita. Segalanya settle dengan hanya menggunakan satu platform sahaja iaitu TRAVELOKA!

Bab harga pula, jangan risau ye tuan-tuan dan puan-puan. Harga yang dipaparkan dalam Traveloka itulah FINAL PRICE. NO HIDDEN CHARGES! What you see is what you get 😍
contoh...


Traveloka melancarkan sale untuk flight dan hotel dengan harga yang boleh membuat kita bahagia senyum lebar sampai ke telinga 😁. 


Flight deals; terbang bercuti dengan harga serendah RM40 untuk penerbangan domestik dan bawah RM100 untuk penerbangan antarabangsa. Pilih destinasi dan airlines yang korang mahukan dan nikmatilah percutian tu dengan hati yang riang gumbira. 


Hotel deals; Untuk hotel pula, tak payah nak berhabis minyak pusing mencari hotel nak menginap. Traveloka kan ada, book ja secara online di Traveloka. Hotel pilihan kita ni semestinya murah tetapi selesa kan. Yang mahal tak semuanya selesa, yang murah tak semestinya cincai. Ada lebih 100 pilihan hotel di Traveloka, sukati koranglah nak pilih yang mana.

Kalau ada keraguan, boleh baca review pengunjung di TripAdvisor tapi kebanyakannya sangat berpuas hati kerana Traveloka memilih hotel yang terbaik di antara yang baik untuk memenuhi keperluan tema percutian korang- nak shopping ke, nak lawat tempat bersejarah ke, nak bersantai kat tepi pantai ke dll. Gittew! 

Buatlah pilihan yang terbaik, pilihan yang tak merugikan. Sentiasa alert ketika membuat sesi pemilihan hotel sebab different hotel ada different stay period. Kang bercanggah dengan tarikh flight kang, nayaaa!

Untuk info lebih lanjut tentang TRAVELOKA SALE-ABRATION ni, boleh klik sini 👉 https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration 




Selamat bercuti!





Sunday, March 19, 2017

Real Mermaid Found Alive in Malaysia

Assalamua'laikum


Ini bukan kisah mermaid The Legend of The Blue Sea sesat kat Malaysia. Langsung takda kena mengena. Kisahnya bermula begini...

Alkisah... toyyib 
Alkisah maka tersebutlah kisah... toyyib
Sang kancil datang beramai-ramai mengadap ke bawah duli yang mulia sultan Firaun...

MANA FIRAUN PAKAI SULTAN!

Eh eh, dah melalut sampai ke sultan Firaun dahhh 😂

Hari kedua pula adalah hari untuk island hopping. Aktiviti island hopping di bawah pakej tempat penginapan kami. Bot 🚤 pun amik private punya. Tak mau la share 😜

Naik bot tu, kena pakai jaket keselamatan. Seronok, seronok juga. Bab keselamatan jangan sesekali diabaikan. Ingatlah orang yang menyayangi anda!

Tempat pertama yang dituju adalah Tasik Dayang Bunting. Diberi nama Tasik Dayang Bunting sebab kat tasik tu ada gunung yang berbentuk pompuan mengandung

Sebelum turun dari bot, abang bot tu suh ingat nombor bot. Penting supaya tak sesat masuk ke bot lain. Pastu, kami diberi masa selama sejam di Tasik Dayang Bunting. Jauh juga otw nak pi tasik tu. Turun naik tangga. Monyet 🐒 pun banyak 😱

tak buka life jacket sebab abang bot tu cakap; 'ada gunanya nanti'. Yalah tu bang 😒 Bayar RM5 sorang untuk bawa turun life jacket tu

dah lupa tentang batu bersejarah ni. korang search la sendiri 😏

Sampai ja kat tasik tu, wahhh!!! Hijaunya air 😱 Air tawar di sebalik air masin. Macam-macam aktiviti air boleh buat kat sini. Kayak boleh, jet ski boleh, jadi duyung pon boleh! Aku ni jenis yang takut nak masuk air. Aku terbayang kalau aku jadi duyung kang ada hantu air 👻 tarik kaki aku. Sadis kan! Sebab kami adik-beradik tak digalakkan aktiviti air ni. Nak join island hopping ni pon jenuh nak pujuk parents aku. Nasib baik dapat izin 😁

Nak masuk dalam tasik ni, memang dagdigdug juga irama jantung. I is can't la bab air ni 😂 Memula, si Mal yang masuk. Dalam lima enam minit gitu, baru aku join Mal. Hati kena sado beb 💪 Pastu Nuget pon join kami. Kyra masih berfikir lagi nak masuk ke idok. Last2 dia join. Kyna dengan Mira jadi tukang gambar dari atas 📷 Bermulalah episod kami jadi mermaid di Tasik Dayang Bunting. Mermaid yang tak pandai berenang 😂 harapkan lif jacket ja 

Kami berempat memang tak boleh pisah, takut lari jauh 😂 sentiasa berpaut antara satu sama lain
Nak naik balik ke atas, budak kecik yang tolong kami berpaut kat tangga 😂 Malunyaaa
Tak sedar rupanya nak dekat 2 jam kat tasik ni 😄 

Destinasi seterusnya adalah Pulau Beras Basah. Jeti nampak usang, tapi pantainya... subhanAllah cantikkk sangat. Macam kat tasik juga, kami diberi masa selama sejam tapi gerenti lebih sejam 😁

Sambung lagi mandi-manda jadi mermaid kat Pulau ni
bye Pulau Beras Basah 😉

Destinasi terakhir untuk island hopping adalah eagle feeding. Masa kami sampai tu, helang-helang dah kenyang. Malas depa nak layan kami. Abang bot terangkan tentang Eagle Feeding dan info macam mana Langkawi diberi nama. Nak tahu lebih lanjut, boleh pi sini ➡ Eagle Feeding Langkawi

Nasib baik pakaian sempat kering sebelum naik ke darat. Takda lah basah dalam keta nanti. Ok, tamat sudah kisah mermaid Malaysia 😜






 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb