Tuesday, February 14, 2017

Dulha Mil Gaya

Assalamua'laikum

Check dalam laptop, tak sangka banyak juga cerita hindustan yang aku save πŸ˜‚ Setelah ditapis, cerita yang tak best aku tak ragu-ragu nak delete 😏




Dulha Mil Gaya.

Memula tak menarik perhatian aku, sebab seksinya membuatkan mata aku terseksa. Tak sampai 5 minit tukar cerita lain. Kali kedua, aku azam nak habiskan juga tengok. Eh ehhh, best pula 😳

Tej Dhanraj ni waris kepada 'Dhanraj Empire'. Dia lebih dikenali sebagai 'Donsai' yang bermaksud 'money' πŸ’°πŸ’°πŸ’°. Bapa dia buat syarat, kalau nak '5 billion empire company', dia kena kahwin dengan Samarpreet πŸ’‘, anak kawan bapanya di Punjab. Lepas dorang kahwin, Donsai kena balik semula ke Trinidad dan berjanji akan balik ke Punjab selepas 3 bulan. So, Samarpreet yang naif ni pun tunggulah suaminya yang tak balik-balik selepas 3 bulan.


Samarpreet pegi Trinidad ✈ untuk cari Donsai yang ghaib. Ngam-ngam pula masa dia sampai, Donsai buat party. Hati isteri mana yang tak hancur berderai tengok suami berpeluk bercumbu dengan pompuan lain πŸ’. Tengah syok nangis kat jalan, tetiba ada kereta πŸš— langgar dia dari belakang. Kiranya langgar lari la. Jatuh terlambung atas kereta Shimmer.


Shimmer ni pula 'bestfriend' Donsai. So, dialah yang tolong Samarpreet Kapoor berubah menjadi Samara Capore. Aku suka lagu time Shimmer & askarnya makeover si Samarpreet ni. Donsai jatuh hati kat Samara. Dia rela buat apa saja untuk dapatkan Samara sampai sanggup buat Jigar dibuang kerja. Jigar ni disuruh menyamar jadi boyfriend camtulah. 

Ok, tamat kisah Donsai & Samara. Sekarang fokus kat kisah cinta Shimmer πŸ’— PRG.

Shimmer ni modal yang famous amos la cenggitu. Dia sangat pentingkan style, kerjaya. PRG ni pula, penunggu cinta si Shimmer. Kalau Shimmer cakap yes, memang dia akan terus pinang si Shimmer. Satu yang aku suka tentang PRG ni, dia setia dan sanggup tunggu si Shimmer. Rela buat apa saja demi cinta hati. Ececehhh... tapi yang tak masuk akal dia pi terjun dalam laut πŸŒ… selamatkan patung Bozo πŸΆπŸ˜‚ 

Sekaya-kaya Donsai, kaya lagi PRG. Kiranya, PRG ni sorang yang perfect la camtu.  Jadi, cerita ni aku bagi 8.5/10.

Korang yang pernah tengok Dulha Mil Gaya ni, korang rasa best atau tak? Yang belum tengok, kalau ada masa lapang bolehlah layan πŸ˜„








24 comments:

  1. wahhh peminat hindustan ya.... siapa pelakon2 dia ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat hindustan tp x fanatik sngt πŸ˜„ pelakonnya surprise πŸ˜‰

      Delete
  2. ok, fine! nk tgk gak sbb macam best je esp tang make over samarpreet to samara capore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, yg ni seriously best πŸ˜„ lagipun Shimmer ada pembantu yg kelakar

      Delete
  3. tak pernah tengok lagi cerita ni. saya pun tak berapa minat Hindustan. banyaknya konflik. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seksi pelakon Dulha Mil Gaya ni πŸ˜‚ tapi story best πŸ˜„

      Delete
  4. dulha mil gaya nak tengok nanti..saya minat Fardeen Khan. tapi tulah bab seksi tu aduhai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy x minat Fardeen Khan tu, sy minat yg bawa watak Shimmer πŸ˜„

      Delete
  5. wahhhh.. peminat hindustan keeeeeeee..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah dikatakan minat hindustan πŸ˜„ yg penting layannn

      Delete
  6. Cerita hindustan ni part lagu memang best.... Lebih2 lagi kalau cerita top2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kengkadang ada juga lagu yg x best πŸ˜‚ Macam cerita Main Hoon Na, Om Shanti Om. Lagu2 dlm cerita tu mmg best πŸ˜„

      Delete
  7. Xprnh pun tgk crte ni... Ketinggalan lak rasanya...;-)

    ReplyDelete
  8. wahh banyaknya koleksi cerita hindustan. last saye layan dilwale je . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun x sangka bnyk pula koleksi hindustan sy πŸ˜„

      Delete
  9. Replies
    1. jom layan hindustan πŸ˜„ rabu ni ada Hum Saath-saath Hain, hindustan dulu2. tapi jam 10

      Delete
  10. Nak tengok apa apa filem pun, kekadang kena tengok pelakonnya. Kalau bukan yg kita minat kadang tu malas nak tengok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tp jln cerita dulha mil gaya ni best sebab bnyk part kelakar πŸ˜„

      Delete
  11. Replies
    1. sy x tngk hero, kengkdg hero macho tp citer x best

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb