Assalamua'laikum
Check dalam laptop, tak sangka banyak juga cerita hindustan yang aku save π Setelah ditapis, cerita yang tak best aku tak ragu-ragu nak delete π
Dulha Mil Gaya.
Memula tak menarik perhatian aku, sebab seksinya membuatkan mata aku terseksa. Tak sampai 5 minit tukar cerita lain. Kali kedua, aku azam nak habiskan juga tengok. Eh ehhh, best pula π³
Tej Dhanraj ni waris kepada 'Dhanraj Empire'. Dia lebih dikenali sebagai 'Donsai' yang bermaksud 'money' π°π°π°. Bapa dia buat syarat, kalau nak '5 billion empire company', dia kena kahwin dengan Samarpreet π, anak kawan bapanya di Punjab. Lepas dorang kahwin, Donsai kena balik semula ke Trinidad dan berjanji akan balik ke Punjab selepas 3 bulan. So, Samarpreet yang naif ni pun tunggulah suaminya yang tak balik-balik selepas 3 bulan.
Samarpreet pegi Trinidad ✈ untuk cari Donsai yang ghaib. Ngam-ngam pula masa dia sampai, Donsai buat party. Hati isteri mana yang tak hancur berderai tengok suami berpeluk bercumbu dengan pompuan lain π. Tengah syok nangis kat jalan, tetiba ada kereta π langgar dia dari belakang. Kiranya langgar lari la. Jatuh terlambung atas kereta Shimmer.
Shimmer ni pula 'bestfriend' Donsai. So, dialah yang tolong Samarpreet Kapoor berubah menjadi Samara Capore. Aku suka lagu time Shimmer & askarnya makeover si Samarpreet ni. Donsai jatuh hati kat Samara. Dia rela buat apa saja untuk dapatkan Samara sampai sanggup buat Jigar dibuang kerja. Jigar ni disuruh menyamar jadi boyfriend camtulah.
Ok, tamat kisah Donsai & Samara. Sekarang fokus kat kisah cinta Shimmer π PRG.
Shimmer ni modal yang famous amos la cenggitu. Dia sangat pentingkan style, kerjaya. PRG ni pula, penunggu cinta si Shimmer. Kalau Shimmer cakap yes, memang dia akan terus pinang si Shimmer. Satu yang aku suka tentang PRG ni, dia setia dan sanggup tunggu si Shimmer. Rela buat apa saja demi cinta hati. Ececehhh... tapi yang tak masuk akal dia pi terjun dalam laut π
selamatkan patung Bozo πΆπ
Sekaya-kaya Donsai, kaya lagi PRG. Kiranya, PRG ni sorang yang perfect la camtu. Jadi, cerita ni aku bagi 8.5/10.
Korang yang pernah tengok Dulha Mil Gaya ni, korang rasa best atau tak? Yang belum tengok, kalau ada masa lapang bolehlah layan π
wahhh peminat hindustan ya.... siapa pelakon2 dia ni?
ReplyDeleteminat hindustan tp x fanatik sngt π pelakonnya surprise π
Deletebelum tengok lagi :D
ReplyDeletetakpa, nanti2 blh tengok π
Deleteok, fine! nk tgk gak sbb macam best je esp tang make over samarpreet to samara capore.
ReplyDeleteok, yg ni seriously best π lagipun Shimmer ada pembantu yg kelakar
Deletetak pernah tengok lagi cerita ni. saya pun tak berapa minat Hindustan. banyaknya konflik. haha
ReplyDeletemmg seksi pelakon Dulha Mil Gaya ni π tapi story best π
Deletedulha mil gaya nak tengok nanti..saya minat Fardeen Khan. tapi tulah bab seksi tu aduhai.
ReplyDeletesy x minat Fardeen Khan tu, sy minat yg bawa watak Shimmer π
Deletewahhhh.. peminat hindustan keeeeeeee..;)
ReplyDeletebolehlah dikatakan minat hindustan π yg penting layannn
DeleteXprnh pun tgk crte ni... Ketinggalan lak rasanya...;-)
ReplyDeleteRasanya mcm x berasa famous cerita ni π
DeleteTapi kengkadang ada juga lagu yg x best π Macam cerita Main Hoon Na, Om Shanti Om. Lagu2 dlm cerita tu mmg best π
ReplyDeletewahh banyaknya koleksi cerita hindustan. last saye layan dilwale je . hehe
ReplyDeletesy pun x sangka bnyk pula koleksi hindustan sy π
Deletedah lama tak tgk hindustan ni
ReplyDeletejom layan hindustan π rabu ni ada Hum Saath-saath Hain, hindustan dulu2. tapi jam 10
DeleteNak tengok apa apa filem pun, kekadang kena tengok pelakonnya. Kalau bukan yg kita minat kadang tu malas nak tengok....
ReplyDeletebetul tu, tp jln cerita dulha mil gaya ni best sebab bnyk part kelakar π
DeleteTgk bila hero hensem ��
ReplyDeletesy x tngk hero, kengkdg hero macho tp citer x best
Delete