Tuesday, February 7, 2017

Silenced- Kisah Benar Dari Mujin

Assalamua'laikum


Kalau tengok kat iklan di TV9, nampak macam cerita hantu yang menyeramkan tapi sebenarnya bukan. Tapi masa tengok citer ni rasa bulu roma naik, cerita lebih seram dari citer hantu 👻.

Kang In Ho ( hero Train To Busan & Goblin ) dapat tawaran ngajar di sekolah asrama 🏫 daerah Mujin. Sekolah tu adalah sekolah pelajar kelainan upaya. Ada yang pekak 👂, bisu 👄, kecacatan otak. Dia ngajar pendidikan seni tak silap aku dan teror bahasa isyarat. 

Pengetua sekolah tu pula ada saudara kembar 👽👽, muka copy paste 100% sama. Dah muka sama, perangai syetonirrajim dorang pon sama 😡 In Ho ambik keputusan nak dapatkan keadilan untuk students yang jadi mangsa kerakusan geng syetonirrajim. Ada sorang pompuan yang tolong dia tapi aku tak ingat apa nama dia 😝

Student yang jadi mangsa tu semangat nak bagi keterangan di court lepas In Ho beriya nak tolong mereka. Sikit lagi aku nak termenangis 😭 tengok budak tu, menggigil sampai terkucil.

Orang ramai tak percaya yang geng tu buat benda tak senonoh kat pelajar sebab dorang suka menderma, baik. Pihak sekolah pun tak nak bagi kerjasama dengan kes ni. Masa ni aku rasa macam nak sula ja cikgu pompuan tu. Muka dia macam nak makan penampar! 

' Benda tu jadi lepas dari waktu sekolah. Jadi, pihak sekolah tak akan bertanggungjawab ' (ayat lebih kurang cenggini) punyalah aku panas jawapan cikgu pompuan tu 😠 

Pandai geng syetonirrajim ni. Dorang cari mangsa yang miskin dan bawah umur. Kes ni mangsa susah nak menang sebab geng tu orang kaya, banyak duit. Habis semua orang nak dirasuah. So, kalau buat perjanjian damai antara geng tu dengan waris mangsa, 3 Jahanam tu hanya dihukum dengan hukuman yang ringan. Hukuman yang tak setimpal!


Bukti terakhir/ bukti paling kuat: rakaman video!



So, korang yang belum tengok Silenced aku syorkan supaya korang layan cerita ni. Tak rugi bazirkan masa dalam 3 jam untuk cerita ni. Dan, rupanya cerita ni adalah kisah benar dari Mujin!

Punyalah aku emosi tengok cerita ni. Twit twit aku pon ikut emosi 😂 

Aku bagi 10.5/10

Ehhh 







12 comments:

  1. ooo baru tau ;-)


    tp si gong yoo ni betul2 pandai pilih skrip laa... lately drama / filem dia meletup2

    ReplyDelete
  2. wahhhh cam menarik jer cita nihh..blh la layannn..hehehe

    ReplyDelete
  3. Hurm... tak tengok lagi citer ni. Baca reviews ni macam best la pulok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sngt, i swearrr *tngn d dada 😄

      Delete
  4. Suka citer camni. takda nak fokus2 cinta sgt. lebih pada menegak keadilan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mmg suka tngk citer mcm ni. cerita ghost pon best 😄

      Delete
  5. Tahu ni kisah benar, tapi belum tengok lagi. Baca entry ni pun dah sedih :( . Nanti saya cari mana bleh tengok.

    ReplyDelete
  6. macam ade t'tgk teaser dia kat tv. tp, xingt tv ape. alah haii.. lupa!

    ReplyDelete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb