Sunday, April 2, 2017

Muzium 3D Terbesar Di Malaysia

Assalamua'laikum

Hari terakhir di Langkawi, mandi puas-puas di Pantai Cenang. Dalam jam 9 camtu, baru naik ke darat. Dah siap pack barang-barang, baru bergerak ke destinasi terakhir iaitu Muzium 3D di Oriental Village.  Padahal boleh ja pegi muzium ni lepas turun dari cable car masa hari pertama tu. Disebabkan tak mau gambar baju yang sama 😂, gigih pergi hari lain.


Harga masuk untuk dewasa adalah RM30 sorang. Sebelum masuk tu, kena buka kasut taw 👟 Dah masuk dalam tu, blur kejap nak fikir gaya posing bergambar 😂

nampak x kepala Nuget tu? tinggi ohhh sebenarnya nak jengket kaki tu 😂

buat gaya ala brutal kengkonon 

masa ni ada yang offer nak amik gambar kami berenam, mungkin kesian tengok kami asyik berganti amik gambar 😂 dah tu, paling kecoh plak mulut asyik pot pet pot pet 

tolonggg 😨😨😨
boleh pula kasut awek ni terbang 😂 jenuh nak pungut 

aku bukan boneka 🎤

bye, nak pi jumpa Alice in Wonderland 😏

Pelukis-pelukis 3D ni berasal dari Korea. Bukan oppa tau, tapi ongkol-ongkol yang berumur dianggarkan dalam 60-an. Memang besar dan luas, puas hati masuk dalam ni. Tapi penat jugalah, naik tangga turun tangga. Aku paling suka area yang last sekali, zone yang ala-ala padang pasir tu. Tapi tak dapat tempek la gambar di sini.

Check point gambar pon ada disediakan supaya korang dapat amik gambar dengan angle yang santek 😍👌 Tapi ada sesetengah gambar yang takda, so pandai-pandailah adjust 📷 

Dalam tak sedar rupanya 3-4 jam juga dalam ni, akibatnya kami lambat check out bilik. Terpaksa bayar lebih 😂 Sebelum pi jeti, singgah kejap di Idaman Suri cuci mata dan cuci duit 😂👀💰

So, perbelanjaan aku secara keseluruhan kat Langkawi dulu x lebih dari RM600 😏

TAMAT dah kisah di Langkawi ni, bye 😉

Cable Car ➡ Beras Terbakar, Padang Matsirat ➡ Dataran Lang ➡ Island Hopping (Tasik Dayang Bunting - Pulau Beras Basah - Eagle Feeding) ➡ Makam Mahsuri ➡ HIG ➡ Muzium 3D ➡ Idaman Suri ➡ TAMAT


46 comments:

  1. Yg ni kak ana tak pernah masuk lagi. Menarik semua gambar tu. Paling kak ana suka yg boneka tu. So cantek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 1 lagi 3D art boneka tu kak ana tapi sy x upload. tapi memang cantik kan

      Delete
  2. Akak pun belum pernah masuk Muzium 3D ni NA..
    Waaaa rindu Langkawi, banyak tempat belum explore..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti akak datang Langkawi, boleh singgah di muzium 3D ni

      Delete
  3. Pegi Langkawi haritu muzium ni tak termasuk dalam list pun. Hihi
    Just pegi jalan2 menikmati alam je orang kata. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula memang x plan nak pi muzium tu, nak pi telaga 7 kengkonon nya. tapi dah x larat, tu yg pi muzium 3D ni

      Delete
  4. best kan, kat dlm luas sagt, sama la mula2 masuk mcm blur jugak, sbb tak tahu nak pose mcm mn..mmg bnyk sgt 3D art smpi tak larat nak take semua picture..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, paling blur bab epal besar tu. x tau posing camna, nasib baik nampak contoh

      Delete
  5. wah menarik gak ni, boleh bawa anak2

    ReplyDelete
  6. Seronoknya nour...tempat ni mau masuk wishlist ni..
    Aiseh, bila lah mau pigi langkawi ni...
    Paling last tahun 2009 ....

    ReplyDelete
  7. Bestnya ! Muzium ni slh satu tmpt wajib pegi kan klau pegi langkawi. Tiket dia boleh tahan jugak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga tiket memang, perghhh... tapi, berbaloi bila masuk dalam ni :)

      Delete
  8. Amboi, beraksi benar Nour dengan kawan2 ye... hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah x lepaskan peluang untuk beraksi 😁

      Delete
  9. belum pernah pegi muzium ni lagi, org selalu suggest kalau pegi langkawi wajib singgah sini. tahun ni nk pegi langkawi bolehla masukkan muzium ni dlm list :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. x rugi masuk luangkan masa 2-3 jam 😄 besar & banyak lukisan 3D 😉

      Delete
  10. Eh, cantiknya. Akk tak tau pun ada tempat secantik ni kt Msia, huhu...ketinggalan zaman betulll.
    Akk bls follow ya nour.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak :) masuk dlm muzium 3D ni kak, memang puas hati dengan bayaran. tapi memenatkan la XD

      Delete
  11. rugi plak tak masuk muzium ni. aritu pergi naik cable car tapi sebab dah lewat sgt malas nk masuk.

    ReplyDelete
  12. Pergi haritu tak masuk pun. Hahaha rugi kalau jenis tak reti posing, nanti semua hambar je :P

    ReplyDelete
  13. memang cantik dan terbaik....

    ada kesempatan memang saya nak pergi jua..

    masa berbulan madu..

    mesti best

    ReplyDelete
  14. aida x masuk lagi.
    kena pandai bergambo ekk sini.
    kalu bwk anak2 aida, hmmmm diorang tu bukan nyer ada perasaan :) ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, sebab bnyk sngt 3D, jadi kena fikir posing yg berbeza 😂

      Delete
  15. Nampak hidup betul gambar dia ye NA...korang pun pandai menggayakan. Nak nak yg puppet tu. Mcm puppet betul dah...

    Dekat rumah terbalik ada gak muzium 3D ni tp hakak tak masuk pun. Sebab boleh tahan jugaklah tiket dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. muzium 3D di sabah sy lom jejak lagi 😂 yg jauh pulak dah dijejak. betul, semua gmbr mcm real punya 😁

      Delete
  16. Cantik-cantik gambarnya..
    dah lama berangan nak pergi, tapi belum sempat lagi

    ReplyDelete
  17. banyaknya tempat g. aritu CR pergi semalaman tak sempat sangat nak jelajah semua tempat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah, tapi banyak juga tempat yg x sempat pegi

      Delete
  18. Ohhhhh dekat langkawi rupanya muzium ni! selalu tengok orang post gambar dekat sini tapi tak tahu pula dekat langkawi heheh thanks share entry ni at least nak pi langkawi nanti boleh mai sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti nak pi langkawi lagi, singah2lah muzium 3d ni :D

      Delete
  19. Tahun lalu pergi Langkawi tak tau pun ada tempat macam nie.

    ReplyDelete
  20. Lama betul plan nak pergi Langkawi tapi tak dapat-dapat. Lagilah sekarang ni anak-anak bersekolah. Asal nak pergi time cuti sekolah aje, mulalah terbayang betapa mahal dan ramainya orang kat Langkawi. Nak pergi time tak cuti, memang kena pontengkan anak-anak pulak! Simpanlah dulu impian tu. Ada masa nanti sampai gak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi hujung minggu la yg bukan cuti skola :D manatau time tu x ramai org. kalau cuti, confirm2 ramai org, harga pun up

      Delete
  21. Dulu masa saya ke Langkawi, tempat ni masih dalam pembinaan..hmm..kena pergi lagi nampaknya :-)

    ReplyDelete
  22. Bestnyaaa Nour cover banyak tempat kat Langkawi! Tak pernah lagi pergi Muzium 3D ni. Nanti kalau ada rezeki ke Langkawi, Siqah refer blog Nour ye 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok Siqah :D nanti pegi semua tempat yg sy pegi :) memang best <3

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb