Friday, April 14, 2017

Legendary Assassin

Assalamua'laikum

Setiap hari Khamis malam Jumaat, jam 10 malam akan ada cerita Cina di TV2 dan TV3 🕙📺. Selalunya aku layan yang TV3 punya. Minggu ni, cerita 'Flash Point' di TV3. Aku layanlah dengan parents sebab watak utama si pelakon IP Man tu, eh eh ada juga pelakon Rob-B-Hood yang dengan Jackie Chan tu 😉


Macam nda berapa menarik minat aku, aku info TV2. Tengok tajuk 'Legendary Assassin'. Aku terbayang sudah cerita cina tentang sejarah dulu-dulu 😜 Terus aku tukar siaran tengok TV2 😁 Tinggal aku dengan bapa ja yang layan. Mama pula surrender nda tahan mengantuk 💤💤💤

Sekali tengok, aikkk ini cina moden pula punya cerita 😂 Pakai kot segala. Tapi sebab Wu Jing yang berlakon, aku rasa cerita tu best 😍


First time tengok cerita yang Wu Jing berlakon, dia bawa watak jahat. Kenapalah orang cute jadi jahat 😂 Nda sudah aku ingat tajuk cerita tu. Sebab dia cute la aku layan cerita 'Legendary Assassin' ni 😏 Lagi satu, yang unik di celah-celah Cantonese terselit Mandarin 😁

Dalam dunia sebenar pun, nda semestinya muka bengis ja yang jahatkan 😉.

Alkisahnya tentang 'Legendary Assassin' ni:

Bo (Wu Jing) pergi ke satu pulau untuk mencari Tuan Ma. Bila sudah jumpa, mestilah ada adegan bertumbuk bergusti 👊 Last-last, Tuan Ma tumpas dan Bo terus penggal kepala Tuan Ma sumbat dalam beg yang dia bawa.

Cepat-cepatlah si Bo ni pegi jeti mau naik feri untuk chow dari pulau tu. Tapi teda sudah feri time tu. Jadi, si Bo ni kena naik feri yang hari esok punya 🚢. Dia jalan-jalan di pulau tu sambil bawa beg yang ada isi kepala Tuan Ma 😂

Pastu, dia ternampaklah si Hiu Wor (Celina Jade) ni atas pokok mau pujuk kucingnya supaya turun. Eh eh, tergelincir pulak dari pokok tu 😂 Jatuh atas belakang Bo pula tu 😠

Hiu Wor bawa Bo pi satu kedai makan 🍜 Di radio time tu, berita tentang rompakan. 3 perompak tu duduk makan sekali di kedai makan tempat dorang. Si Hiu Wor ni keja polis, jadi dia semangat mau tangkap 3 perompak tu. Semua perompak tu tumpas di tangan si Bo.

Hiu Wor ni suh si Bo pegi balai polis untuk bagi keterangan. Ada sorang polis ni nama Tarzan, punya main jealous dengan si Bo. Nda dia suka langsung dengan si Bo. Lagipun Tarzan ni suka tarik perhatian Hiu Wor, padahal Hiu Wor sudah jatuh hati dengan si Bo 😝

Si Bo teda tempat menginap untuk malam tu. Jadi, dia duk di balai polis tu sebelum dapat tempat untuk bermalam. Ngam-ngam birthday si Hiu Wor. Si Tarzan belikan kek dan dorang celebrate ramai-ramai di balai tu 🎂 Si Bo tenung ja si Hiu Wor yang happy time tu. I is jealous k!

Pengikut Tuan Ma sibuk cari kepala Tuan Ma. Sana-sini dorang cari si Bo. Esok pagi, ramai polis pegi pulau tu sebab ada kejadian di balai polis tempat si Hiu Wor bertugas. Terbongkar habis tentang kes Tuan Ma. Si Tarzan ni memang syak si Bo ada kaitan dengan kematian Tuan Ma.

Bo sudah sampai di jeti dan lepas dari pemeriksaan polis. Tapi tiba-tiba dia ditahan sebab Tarzan gitau ketua polis yang dia syak si Bo. Adalah adegan polis berlari ke jeti untuk dapatkan si Bo tapi si Bo rileks ja 👮. 

Aku yang kacut parut (kecut perut) tengok si Hiu Wor check beg si Bo. Sekali buka, isinya hanya bola bowling tu 😂 Jadi, dapatlah si Bo naik feri tu. Pengikut Tuan Ma sudah siap menunggu Bo di jeti seberang untuk ambil balik kepala Tuan Ma tapi nda berjaya. Bo dapat lepaskan diri. 
Cute kan si Bo 😍 Time ni dia cerita dengan 'kawan' yang dia happy dengan percutian di pulau dan dia dapat dengar lagu 'Happy Birthday'


Hiu Wor dijadikan tebusan untuk dapatkan Bo. Bini Tuan Ma mau balas dendam untuk lakinya 💑
Bo kena lawan beratus orang untuk selamatkan Hiu Wor. Bertumbuk bergusti sampailah akhirnya Bo macam nyawa-nyawa ikan sudah 👊. Lutut dia sudah cedera teruk, jadi nda dapat berdiri dengan betul. 

Time ni hujan, tu darah dari lutut si Bo


1) Kenapa Bo bunuh da  penggal kepala Tuan Ma?
2) Di mana Bo tapuk (sorok) kepala Tuan Ma?
3) Kenapa dia happy dengar lagu 'Birthday'?
4) Apa pengakhiran cerita ni?






28 comments:

  1. Lama tak layan action movie macam ni..

    ReplyDelete
  2. Gigih kak ana baca sampai habis nak tau ending dia. Huargghhh.

    ReplyDelete
  3. Alah dah lama sangat tak tengok tv 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh layan kat utube 😄 Tapi x tau la kalau ada translate

      Delete
  4. dah lama tak layan movie cina ... sejak terjebak dengan movie korea ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab duk rumah, tu yang ada jiwa layan cerita Cina sekarang ni 😏

      Delete
  5. Adui si nour ni ...
    Berabis kita membaca, rupa rupanya ending tiada, siap kena jawab soalan pula..
    Haish....:((
    Mcm best ni cerita, nnt mau tingu online la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok sendiri, nanti macam nda surprise pula Mrs Pip 😂 Tapi memang best la bagi sy 😉

      Delete
  6. Dulu rajin jugak tengok drama cina niii...sekarang macam hero n heroin dah timbul :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hero & heroin lama best, lagipun ni cerita tahun 2008 😉

      Delete
  7. Dh lama x tgk cite cina... klo mlm2 suka tgk tamil ch202😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda Channel 202, lagipun sekarang ni minat layan action movie yang Cina punya 😉

      Delete
  8. Dah lama anis tak tengok tv, so I guess I need to find this movie online.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kena tengok ye Anis 😉 Secara on9 pun boleh 😁

      Delete
  9. tengok jugak hari tu, tapi tak habis sebab ngantuk. Wu Jing ye nama dia..tapi memang comel. Makan gelojoh pun comel. Haishh

    ReplyDelete
  10. Macam pernah tengok.. tapi tak sure.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer ingat, yg pasal ketua gangster dipotong kepala 😁

      Delete
  11. Arghhh tak minat tak minatttt.. jgn pengaruhi dakuuuu.. hahaha

    ReplyDelete
  12. tgk sekejap je aritu pastu trs zzzzzzzzzzzz ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab sampai jam 12 kan 😂 sy ngantuk juga tapi sebab best, layanzzz 😉

      Delete
  13. cerita cina dengan tamil ni syok layan kalau action gaduh2 ni hihih

    ReplyDelete
  14. Lama tak layan action movie macam ni..lagi2 tv2 ke, tv3..di rumah mmg asyik pasang channel Astro je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hari khamis malam jumaat, memang sellu tengok tv2 atau tv3 😄

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb