Monday, April 10, 2017

Alhamdulillah, Jodoh Kita Bersama

Assalamua'laikum

Lepas seminggu temankan adik aku, barulah dapat balik rumah di kampung 🏠 Genap seminggu jugalah Apai tak balik rumah 🐱😢

Kisah Apai hilang di sini 👉 Apai, pulanglah

Pagi tadi dalam jam 9 lebih 🕘, kakak aku teruskan misi mencari Apai. Sampai ke jalan besar dicarinya si Apai. Risik-risik di gerai bakso 🍜, ada sorang makcik tu gtau macam ada nampak kucing oren putih serupa Apai di belakang gerai 👩.

"Apai, Apai". Kucing tu faham namanya diseru, menandakan dirinya adalah si Apai yang hilang 😂 Tapi, Apai tak mau datang dekat. Macam takut-takut 😢

Sampai di rumah, terpaksa kurung dalam sangkar supaya Apai dapat biasakan balik keadaan sekeliling rumah. Lagipun macam dah jadi liar sikit 😱. Asyik nak mengamuk ja dalam sangkar tu. Seminggu hilang, banyak kutu yang bermaharajalela di sekitar telinga Apai 😢

Bila bagi makan, gelojoh sangat macam dah berhari tak makan. Sodih kejap dengan keadaan si Apai yang kelaparan 😢


Memula, kurung di belakang rumah. Pastu, bawa masuk sangkar ke dalam rumah. Senang nak perhati Apai 😏 Ni first time dalam hidup Apai, kami kurung dia dalam sangkar. Malam kang baru bebaskan dia dalam rumah.

Alhamdulillah, syukur Ya Rabb masih panjangkan jodoh kami sekeluarga dengan Apai 😄 




Ohhh ya, buat masa ni aku tak dapat nak tinggalkan komen untuk blog yang guna 'komen Google+' tu. Ada sesetengah GA juga yang aku tak dapat nak join sebab denda ni 😒






40 comments:

  1. Alhamdulillah dah jumpa kembali...semoga Apai tak kan pergi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameeen, Apai sekarang ni dalam pantauan. Takut dia sesat tak balik lagi 😂

      Delete
  2. Kucing kita dulu pun pernah lari rumah, pastu bila balik jadi macam agak liar sikit. Nak dukung pun kena marah. Sobsob

    Ehh, kenapa kena denda tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia balik sendiri? Tapi Apai kejap ja, sekarang ni ok dah 😄

      Tak tau la kenapa. Maybe sebab banyak post kot 😂

      Delete
    2. Ha ah balik sendiri. Kiki
      Okeylaa kalau dah jinak balik. Bolehlaa nak bermanja2. Haha

      Delete
    3. Alhamdulillah, sekarang dah manja balik. Baguslah boleh balik sendiri, Apai ni tak tau jalan balik 😂

      Delete
  3. assalamualaikum, wah wah, blog dah berwajah baru. hihi, kucing akk merajuk satu minggu dah tak balik umah. makin tua umur makin kerap merajuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumussalam 😄 Sy tempah edit blog dengan sis Awa kak 😉 Yang ni maybe sebab kejar kucing betina, terus sesat tak tau jalan pulang. Jauh jugalah Apai ni sesat 😢

      Delete
  4. alhamdulillah jumpa juga dengan Apai. suka kak ana baca entri ni :)

    awat kena banned tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya si Apai 😄 Tak tau la kak Ana kenapa kena banned 😂 Tabah ja la

      Delete
  5. Replies
    1. Ha ah, sesat tak balik rumah seminggu 😢

      Delete
  6. Hmmm... Kucing jantan kalau tak mandulkan, mmg susah sikit nak lekat kat rumah.. ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing kat rumah ni tak malu sikit. Sukati keluar masuk rumah jiran 😂 Tapi pandai balik juga dalam sehari tu

      Delete
  7. Alhamdulillah dah jumpa apai! jangan lari lagi ya apai. kenapa Google+ tu jadi macamtu? dah violate apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2lah dia x lari lagi lepas ni 😢 Tak tau la kenapa, mungkin sebab terlebih had post 😂

      Delete
  8. Alololo budak bertuah tu...nak lari gi mana tuuuu... Apai oh Apai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau lah si Apai ni 😂 Buat susah hati

      Delete
  9. Nakal budak ni ye? Kan dah kena kurung. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memula ngamuk juga dia dalam tu. Pastu top up tidur 😂 Macam x lena tidur dia seminggu tu 😢

      Delete
  10. Yeah, apai dah balik...
    Ala, kesian apai jadi liar sedikit...
    Terkejut kena kurung ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dia kena belasah dengan kucing lain time hilang tu 😢

      Delete
  11. Aaik, apa nour buat dgn g+ sampai kena sekat?...hurmmm

    ReplyDelete
  12. Mujur apai d jumpa, besar btl kucingmu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg lagi besar dari Apai 😂 Sebab dorang makan nasi, tu yang sado

      Delete
    2. Mcm mana Apai boleh jadi mcm tu, lupa jalan pulang. Kena bomoh kot haha...
      Ke cari bini kot NA. Nak mengawan...

      Delete
    3. Nak cari bini lettew sebab di rumah semua kucing jantan 😂 Yang betina semua dah mati/ hilang 😢 Apai tak pernah pergi jauh dari rumah, maybe tu sebab tak tau jalan pulang

      Delete
  13. Alhamdulillah..jmpa blik.fhm sgt rsa sdih bila kucing hilang. Slagi x nmpk klibat x sng duduk. Sma la dgn y kt rmh ni,,merata cari,,last2 balik trs printah bkurung.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau sehari tak nampak kelibat dorang, x senang duduk jadinya. Apai pun lepas jumpa dia terus dapat perintah berkurung 😏

      Delete
  14. Alhamdulliallah..
    Lor.. nape lak kena suspended tu?

    ReplyDelete
  15. Alahai apaii.. nape tak balik rumahh.. kan dah kene kurung.. hehehe.. sian pulak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehari dua ja kurung kak 😂 Pastu bebas

      Delete
  16. Replies
    1. agaknya, sebab kat rumah takda kucing betina 😂

      Delete
  17. Suka kucing tapi takut...acane tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan sy ada juga macam tu 😂 suka kucing, tapi bila kucing dekat dia takut

      Delete
  18. Welcome home apai.. jangan nakal2 lagi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nakal + garang dah Apai sekarang 🐱😂

      Delete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb