Sabahan Blogger

Sunday, April 30, 2017

Triple Tap

Assalamua'laikum

Sejak akhir-akhir ni, memang aku asyik layan cerita Cina. Macam time kocik-kocik dulu. Zaman sebelum layan drama dan filem Korea 😜

T R I P L E  T A P 🔫

Entah berapa kali aku tengok cerita ni. Jalan cerita tak jugalah best sangat, tapi tetap nak layan 😂

Cerita ni bermula dengan investment banking hotshot, Ken join shooting competition 🔫. Jerry, seorang polis pun join juga dan dapat tempat kedua. Kalah kepada Ken. On the way pulang dari competition tu, Ken nampak satu van yang bawa bon telah dirompak 🚃. Masa tu, polis belum sampai di tempat rompakan sebab ada satu tempat berlaku runtuhan 👮. 

Kesemua manusia dalam van tu ditembak mati. Seorang anggota polis, Billy dari tempat runtuhan ke tempat rompakan juga telah ditembak oleh perompak. Dengan kepakarannya, Ken berjaya membunuh perompak dalam 3-4 orang macam tu. Hanya ada seorang yang terlepas dan berjaya melarikan diri. Lepas Ken selesai buat panggilan kecemasan, barulah muncul polis dalam 2-3 orang. Ken ditahan sebab memiliki senjata api.
Tapi, lepas tu Ken dilepaskan sebab dia dari shooting competition dan Jerry jadi saksi. Ken bagi bayangan wajah perompak yang berjaya melarikan diri. Ken terpaksa dilindungi polis sebab perompak tu pernah datang ke rumah menyerangnya. 
Pompuan ni cintakan Ken

Tapi, Ken ada girlfriend cantik 💗
Rupanyaaa...

Perompak tu adalah kawan Ken. Bila rompakan tu dah tak terkawal, Ken terpaksa bunuh perompak yang lain. Mereka rancang nak bunuh Billy yang koma di hospital kerana...

Ken terpaksa bunuh kawannya sebab asyik berperangai menyakitkan palo otak XD Jerry berjumpa bertentang mata dengan Ken untuk berbincang mengenai rompakan tu, Ken pula dengan hati terbuka menceritakan tentang bagaimana rompakan tu berlaku. Lepas tu, Jerry cari jalan bagaimana nak tangkap Ken atas jenayah yang dilakukan. Ken balik ke rumah dan berbincang dengan girlfriendnya untuk pindah ke Thailand (tak silap aku).
Jerry, dalam Polis Story dia bawa watak jahat 

Girlfriend Ken cakap, dia kena ke hospital untuk menjaga Billy yang telah sedar dari koma. Malam tu, Ken secara senyap ke hospital untuk bunuh Billy sebab Billy satu-satunya saksi rompakan tersebut dan dia tahu Ken dan perompak tu bekerjasama. Padahal sebenarnya, Billy telah mati sebab time rompakan tu Ken tembak otak Billy. Perlahan-lahan, otaknya mati akibat kesan tembakan.

Jerry cakap dengan girlfriend Ken; untuk pastikan Ken terlibat dalam rompakan tu, hanya perlu bagitau Ken yang Billy telah sedarkan diri. Kesian juga tengok girlfriend dia, dalam tak sedar rupanya orang yang disayangi adalah penjenayah.

T R I P L E  T A P ni aku bagi 7/10 XD




[VIDEO] Bachelor Pad: Perlukah Anda Jujur Dalam Relationship Cinta Anda?

13 Best Tailors In KL And PJ For Suits With A Perfect Fit

Nak Dapatkan Onion Rings Yang Rangup Dan Penuh 'Flavour' Ada Caranya. Cuba Resipi Ini!

Swap Your 3G SIM For A Maxis 4G SIM To Win RM1,000,000 Before 21 May 2017

4 Malaysian Women With Stunning Youthful Skin. 1 Beauty Secret. Want To Find Out?

10 comments:

  1. Kak ana pun suka tgk cerita mcm ni. Seronok sbb byk aksi.


    Jemput join GA kak ana. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan 😄 Lagi2 cerita Jackie Chan 😉 Sy baru join GA kak Ana 😁

      Delete
  2. Lama x tgk cerita cina..mmg tgk citer omputih je kalau kat rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan juga citer omputeh, cuma tak berkesempatan nak update di blog 😂

      Delete
  3. Sama saja muka pelakon tu NA dari dulu sampai sekarang.
    Sis suka 2 orang actors ni..
    Suka jugak sis layan action movie camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sekarang nampak tua sikit 😂

      Delete
  4. Wau.. ada Louis Khoo la... Suka tengok dia sebab dia hensem..
    Lagipun cerita cina action dia lagi best dari hollywood kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sy, dia tak hensem tapi macho 😏 Ada aura tersendiri 😉 Lagi macho time dia berlakon dengan Jackie Chan yang pasal babu tu 😁

      Delete
    2. Lma dh x layan cite cina nie

      Delete
    3. Sy sekarang ketagih layan citer Cina 😂

      Delete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb