Friday, April 21, 2017

5 Waktu Tidur Yang Dilarang

Assalamua'laikum

Tidur merupakan salah satu dari hobi aku. Siapa tak suka tidur kan 😉 Walaupun tidur tu ibadah, tapi perlu elakkan dari tidur dalam waktu yang dilarang.


1) Tidur selepas makan.
= Nak jadi ular sawa? 🐍

2) Tidur sepanjang hari.
= Umpama hidup untuk tidur 😂

3) Tidur selepas solat Subuh dan awal pagi.
= Dah kusyuk tidur, manalah ada masa nak buka pintu untuk rezeki masuk 😒 Tu yang rezeki lari

4) Tidur pada waktu Asar.
= Masa form 1, aku pernah tertidur lepas Asar. Sekolah menengah aku merupakan sekolah berasrama penuh. Masa tu, aku duk katil atas. Bangun dari tidur, rasa pelik sebab bilik sunyi dan gelap. Hanya ada cahaya lampu koridor 💡

Tetiba, terdengar suara orang mengaji dari masjid sekolah. "Ohhh, Subuh dah" dalam fikiran aku. Tapi, kenapa tiada satu orang pun yang kejutkan aku? Cepat-cepat aku pakai telekung nak pergi masjid. Tak turun kang dianggap escape, pastu didenda 😒

Bilik aku di tingkat tiga, P-3-7. Otw nak pergi tangga, secara tiba-tiba sel-sel otak aku berhubung. Rupa-rupanya, bukan waktu Subuh tapi dah nak masuk Isyak. Kelam-kabut aku pergi balik ke bilik untuk menyarung pakaian prep malam (baju kurung atau jubah). Tudung aku tak jumpa sebab gelap, hanya mengharapkan sinaran lampu koridor. Nak pasang lampu, kang kantoi pula dengan warden. Rembat ja tudung yang ada disangkut di katil 😂

Masa tu, aku hanya fikir nak cepat chow dari asrama tu. Seram rasanya bila hanya kau sorang saja di sana 😨 Nasib baik gate asrama tak kunci. Sampai kat masjid, aku tengok diri aku rupanya pakai tudung sekolah. Siap ada lencana lagi 😂 Nakal-nakal aku pun lencana tetap lekat di tudung 😏

Malam tu, aku tanya dengan orang bilik kenapa tak kejut aku untuk turun ke masjid dan prep. Dorang cakap, dorang tak perasan kewujudan aku sedang tidur di katil 😭 Dorang ingat aku dah turun!

Sejak dari tu, aku akan elakkan dari tidur selepas Asar ❌

5) Tidur sebelum solat Isyak.

34 comments:

  1. Sebab tu tak blh mkn terlaku kenyang or else akan rasa mengantuk sgt haha

    ReplyDelete
  2. bila tidur time asar mesti otak macam blur giler..haha

    ReplyDelete
  3. haha. kak ana dulu masa sek ren selalu tidur lepas asar sebab penat blk dr sek dgn sukan lg. bgn2 nak senja selalu marah ke mak sebab tak kejut nak pergi sek. hehe.padahal senja bukan subuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah rendah dulu tidur awal lepas maghrib, jadi siang tu tak mengantuk. lagipun habis sekolah jam 5 😄

      Delete
  4. 5 waktu tu memang best nak tido. Tapi kena disiplinkan diri tido masa2 yerlarang tu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kena biasa disiplinkan diri agar tak terjebak tidur waktu yang dilarang ☺

      Delete
  5. thanks la for sharing ..
    kelakar pula baca cerita Nour tidur waktu Asar tu ..
    Mrs Pip ni kalau tidur time2 Asar gitu, bila bangun mesti blur2, ntah napa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, blur jadinya 😂 Terus disiplinkan diri tak tidur dah lepas Asar

      Delete
  6. rasanya mcm semua jenis tidur ni saya pernah buat je....xD

    ReplyDelete
  7. tido selepas solat subuh tu selalu sangat buat.. hmmmmm

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang menarik..tq awk..selama ni kite bantai je tdo xkire time 😴😂

    ReplyDelete
  9. seramnyaa cerita .. huu .. susah nak elak kekadang tertidoo jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ngantuk sangat, minum 5-6 cawan kopi pun tetap tak dapat lawan. Ubat mengantuk adalah tidur 💤

      Delete
  10. Tidakkk, saya ni suka tidur lepas makan. Haha memang macam ular sawa. Huhuhu
    Sekarang lepas asar, pun ada aura ngantuk lepas seharian berprogram, sebabtu mari merajinkan diri online. Berfaedah dan boleh hilangkan ngantuk. Yeayy! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas Asar memang sy akan sedaya upaya elak dari tertidur. Trauma! 😂

      Delete
  11. hahahaha kelakar pulak cerita yang tertinggal sorang tu, lepastu sedar-sedar pakai tudung sekolah siap ada lencana lagi. kalau saya pun gelabah juga tu bha tinggal sorang-sorang. Tapi memang tak best tidur lepas asar. Rasa macam lemah ja bila bangun dari tidur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lagi gelabah, dah pucat abis dah time tu 😂

      Delete
  12. Kalau tidur lepas asar tu..boleh pening kepala jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Tu yang buat macam nak sambung baring je 😂

      Delete
  13. uishh..akibat tidur waktu asar..mmg tak elok..yang lepas subuh tu pun sama juga..tapi kadang2 terbabas terutama kalau hari cuti..lepas solat, baring balik..sambil2 main hp..sedar2 dah Zzz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga main fon tetiba terasa muka sakit macam dibaling something. Rupanya fon jatuh atas muka, x sedar tertidur 😂

      Delete
  14. Akak selalu jugak tertido lepas solat maghrib, sementara nak tunggu solat Isyak, mungkin terlalu letih sangat, tue yang tertido tue...

    ReplyDelete
  15. Saya kuat tido.. Hahahaha.. 5 waktu ni semua pernah tido. Hahaha

    ReplyDelete
  16. sy kalau betul penat n mengantuk, lps maghrib je dah zzzz... tp pastu dlm kol 2-3 pg bgn utk isyak... kalau rajin qiam sekali ;-)

    ReplyDelete
  17. Tapi masa kat ukm/matriks dulu kadang penat sangat hentam juga tido lepas asar. tapi tido nyenyak pon bangun cam mamai mamai je. tak jadi segar ponn.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyenyak tido tp bila bangun, poning palo layan mamai 😂

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb