Assalamua'laikum
Hari terakhir di Langkawi, mandi puas-puas di Pantai Cenang. Dalam jam 9 camtu, baru naik ke darat. Dah siap pack barang-barang, baru bergerak ke destinasi terakhir iaitu Muzium 3D di Oriental Village. Padahal boleh ja pegi muzium ni lepas turun dari cable car masa hari pertama tu. Disebabkan tak mau gambar baju yang sama 😂, gigih pergi hari lain.
Harga masuk untuk dewasa adalah RM30 sorang. Sebelum masuk tu, kena buka kasut taw 👟 Dah masuk dalam tu, blur kejap nak fikir gaya posing bergambar 😂
bye, nak pi jumpa Alice in Wonderland 😏
Hari terakhir di Langkawi, mandi puas-puas di Pantai Cenang. Dalam jam 9 camtu, baru naik ke darat. Dah siap pack barang-barang, baru bergerak ke destinasi terakhir iaitu Muzium 3D di Oriental Village. Padahal boleh ja pegi muzium ni lepas turun dari cable car masa hari pertama tu. Disebabkan tak mau gambar baju yang sama 😂, gigih pergi hari lain.
nampak x kepala Nuget tu? tinggi ohhh sebenarnya nak jengket kaki tu 😂
buat gaya ala brutal kengkonon
masa ni ada yang offer nak amik gambar kami berenam, mungkin kesian tengok kami asyik berganti amik gambar 😂 dah tu, paling kecoh plak mulut asyik pot pet pot pet
tolonggg 😨😨😨
boleh pula kasut awek ni terbang 😂 jenuh nak pungut
aku bukan boneka 🎤
Pelukis-pelukis 3D ni berasal dari Korea. Bukan oppa tau, tapi ongkol-ongkol yang berumur dianggarkan dalam 60-an. Memang besar dan luas, puas hati masuk dalam ni. Tapi penat jugalah, naik tangga turun tangga. Aku paling suka area yang last sekali, zone yang ala-ala padang pasir tu. Tapi tak dapat tempek la gambar di sini.
Check point gambar pon ada disediakan supaya korang dapat amik gambar dengan angle yang santek 😍👌 Tapi ada sesetengah gambar yang takda, so pandai-pandailah adjust 📷
Dalam tak sedar rupanya 3-4 jam juga dalam ni, akibatnya kami lambat check out bilik. Terpaksa bayar lebih 😂 Sebelum pi jeti, singgah kejap di Idaman Suri cuci mata dan cuci duit 😂👀💰
So, perbelanjaan aku secara keseluruhan kat Langkawi dulu x lebih dari RM600 😏
TAMAT dah kisah di Langkawi ni, bye 😉
Cable Car ➡ Beras Terbakar, Padang Matsirat ➡ Dataran Lang ➡ Island Hopping (Tasik Dayang Bunting - Pulau Beras Basah - Eagle Feeding) ➡ Makam Mahsuri ➡ HIG ➡ Muzium 3D ➡ Idaman Suri ➡ TAMAT
Yg ni kak ana tak pernah masuk lagi. Menarik semua gambar tu. Paling kak ana suka yg boneka tu. So cantek.
ReplyDeleteada 1 lagi 3D art boneka tu kak ana tapi sy x upload. tapi memang cantik kan
DeleteAkak pun belum pernah masuk Muzium 3D ni NA..
ReplyDeleteWaaaa rindu Langkawi, banyak tempat belum explore..
nanti akak datang Langkawi, boleh singgah di muzium 3D ni
DeletePegi Langkawi haritu muzium ni tak termasuk dalam list pun. Hihi
ReplyDeleteJust pegi jalan2 menikmati alam je orang kata. :)
memula memang x plan nak pi muzium tu, nak pi telaga 7 kengkonon nya. tapi dah x larat, tu yg pi muzium 3D ni
Deletebest kan, kat dlm luas sagt, sama la mula2 masuk mcm blur jugak, sbb tak tahu nak pose mcm mn..mmg bnyk sgt 3D art smpi tak larat nak take semua picture..
ReplyDeletekan, paling blur bab epal besar tu. x tau posing camna, nasib baik nampak contoh
Deletewah menarik gak ni, boleh bawa anak2
ReplyDeletemesti anak2 happy masuk dalam ni :D
DeleteSeronoknya nour...tempat ni mau masuk wishlist ni..
ReplyDeleteAiseh, bila lah mau pigi langkawi ni...
Paling last tahun 2009 ....
nanti mrs pip pegi la sini :D
DeleteBestnya ! Muzium ni slh satu tmpt wajib pegi kan klau pegi langkawi. Tiket dia boleh tahan jugak !
ReplyDeleteharga tiket memang, perghhh... tapi, berbaloi bila masuk dalam ni :)
Deletebelum pernah pegi muzium ni lagi, org selalu suggest kalau pegi langkawi wajib singgah sini. tahun ni nk pegi langkawi bolehla masukkan muzium ni dlm list :D
ReplyDeletex rugi masuk luangkan masa 2-3 jam 😄 besar & banyak lukisan 3D 😉
Deleteharuslah x lepaskan peluang untuk beraksi 😁
ReplyDeleteEh, cantiknya. Akk tak tau pun ada tempat secantik ni kt Msia, huhu...ketinggalan zaman betulll.
ReplyDeleteAkk bls follow ya nour.
terima kasih kak :) masuk dlm muzium 3D ni kak, memang puas hati dengan bayaran. tapi memenatkan la XD
Deleterugi plak tak masuk muzium ni. aritu pergi naik cable car tapi sebab dah lewat sgt malas nk masuk.
ReplyDeletenanti boleh pegi lagi :D
DeletePergi haritu tak masuk pun. Hahaha rugi kalau jenis tak reti posing, nanti semua hambar je :P
ReplyDeletetiru gaya org lain bergambar 😂
Deletememang cantik dan terbaik....
ReplyDeleteada kesempatan memang saya nak pergi jua..
masa berbulan madu..
mesti best
best, sngt best 👍👍👍 x tipu
Deleteaida x masuk lagi.
ReplyDeletekena pandai bergambo ekk sini.
kalu bwk anak2 aida, hmmmm diorang tu bukan nyer ada perasaan :) ha ha....
ha ah, sebab bnyk sngt 3D, jadi kena fikir posing yg berbeza 😂
DeleteNampak hidup betul gambar dia ye NA...korang pun pandai menggayakan. Nak nak yg puppet tu. Mcm puppet betul dah...
ReplyDeleteDekat rumah terbalik ada gak muzium 3D ni tp hakak tak masuk pun. Sebab boleh tahan jugaklah tiket dia
muzium 3D di sabah sy lom jejak lagi 😂 yg jauh pulak dah dijejak. betul, semua gmbr mcm real punya 😁
Deletemahal tiket.. huhuhuhu
ReplyDeletetapi berbaloi masuk unni 😉
DeleteCantik-cantik gambarnya..
ReplyDeletedah lama berangan nak pergi, tapi belum sempat lagi
banyk lg kak yg cantik dalam tu 😄
Deletebanyaknya tempat g. aritu CR pergi semalaman tak sempat sangat nak jelajah semua tempat tu..
ReplyDeletebolehlah, tapi banyak juga tempat yg x sempat pegi
DeleteOhhhhh dekat langkawi rupanya muzium ni! selalu tengok orang post gambar dekat sini tapi tak tahu pula dekat langkawi heheh thanks share entry ni at least nak pi langkawi nanti boleh mai sini
ReplyDeletenanti nak pi langkawi lagi, singah2lah muzium 3d ni :D
DeleteTahun lalu pergi Langkawi tak tau pun ada tempat macam nie.
ReplyDeletesekali dengan cable car tempatnya :)
DeleteLama betul plan nak pergi Langkawi tapi tak dapat-dapat. Lagilah sekarang ni anak-anak bersekolah. Asal nak pergi time cuti sekolah aje, mulalah terbayang betapa mahal dan ramainya orang kat Langkawi. Nak pergi time tak cuti, memang kena pontengkan anak-anak pulak! Simpanlah dulu impian tu. Ada masa nanti sampai gak ^_^
ReplyDeletepegi hujung minggu la yg bukan cuti skola :D manatau time tu x ramai org. kalau cuti, confirm2 ramai org, harga pun up
DeleteDulu masa saya ke Langkawi, tempat ni masih dalam pembinaan..hmm..kena pergi lagi nampaknya :-)
ReplyDeletenanti pergi ya :D best sangat dalam tu <3
DeleteBestnyaaa Nour cover banyak tempat kat Langkawi! Tak pernah lagi pergi Muzium 3D ni. Nanti kalau ada rezeki ke Langkawi, Siqah refer blog Nour ye 😍
ReplyDeleteok Siqah :D nanti pegi semua tempat yg sy pegi :) memang best <3
Delete