Thursday, June 11, 2020

Lirik Lagu Basyirah [Dato' Sri Siti Nurhaliza]

Assalamua'laikum

Laki aku ni minat karoksss. Tiap malam sebelum tido, memang akan karoks kejap. Time pilih lagu di youtube tu, encik laki tertekan lagu Tok Ti. Memula aku x cam wehhh sora Tok Ti tapi memang best lagu tu. Terus terpaut hati dengar lagu ni, cecepat google 😂

Lagu yang bertajuk 'Basyirah' ni didedikasikan buat semua petugas barisan hadapan yang bersusah-payah menggadai jiwa dan raga demi menghapuskan wabak COVID-19

Lagu ni berpandukan alunan taranum. Instrumental pula daripada Turki. Perghhh... yang penting lagu ni sampai ke jiwaku

Ni lirik lagu:


Tajuk Lagu : Basyirah
Penyanyi : Dato Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Hafiz Hamidun
Penulis Lirik : Fedtri Yahya


Ku membaca warkah dunia

Kisah hidup penuh rintangan
Moga Dia ampun segala
Musibah yang membangkitkan harapan

Tidak dapat aku bayangkan
Tidak dapat aku hitungkan
Airmata tanpa jeritan
Rintih hiba di malam kegelapan

Bila Dia menghadirkan
Sakit yang membelenggu
Mengajar hati ini.. menzikirkan
Luahan jiwa

Apakah mayapada
Berakhir dengan lara
Ibarat angin duka
Dari lembah yang hampa

Dalam tangis aku ratibkan
Dalam syahdu ku munajatkan
Kalam rindu dalam tasbihku
Moga detik berkah bawa mubaraknya

Hadir insan berterusan hulur firasat sejati
Perisaikan diri menjaga nyawa tak terganti
Budi yang terpuji
Kesabaran yang mulia...

Bila Dia menghadirkan
Sakit yang membelenggu
Mengajar hati ini
Menzikirkan luahan jiwa

Apakah mayapada
Berakhir dengan lara
Ibarat angin duka
Dari lembah yang hampa

Semoga kepedihan... membawa basyirah...


Siapa sudah dengar lagu baru Tok Ti ni???





5 comments:

  1. dya dah dengar kat youtube. Ada beberapa youtuber dya tengok kat youtube menangis bila buat reaction lagu ini.

    ReplyDelete
  2. Lagu baru eh.. nak kena gi usha youtube nie.. tq share..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... Tok ti ni nyanyi lah lagu apa pun, tak pernah mengecewakan. DAh dengar dah.

    ReplyDelete
  4. Selalu dengar kat Suria fm. Best, dah kalau Dato Siti punya lagu, lenggok suara dia memang jadi addict dengar.

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb