Wednesday, April 5, 2017

Apai, Pulanglah

Assalamua'laikum


Kakak aku whatsapp di group bagitau yang si Apai dah 2 malam tak balik rumah 😭 Mana pernah Apai takda di rumah walau sehari 😭 Apai, mana kau pergi?

Asal-usul Apai:
Apai ni tetiba ada di rumah. Masa tu memang kami dah pelihara kucing dalam 26 ekor macam tu 🐱. Family aku cerita; Masa tu dorang makan malam, tetiba dengar bunyi kucing macam bergaduh. Tengok di tingkap, ada kucing bulu oren. Dorang ingat kucing jiran yang datang sebab selalu juga kucing jiran datang rumah pi serang kucing kami 😠

Bila buka pintu, alahai anak kucing pula. Badan pun kurus kering + bulu comot berkutu. Memula, dia ni macam takut-takut. Bila dibagi makan, rakus gila makan dan disyak dah lama tak jumpa makanan. Start situ, family aku pelihara si Apai ni. Masa tu, aku masih di Kedah lom abis study lagi 📖

Kakak aku bagi nama Tupai sebab gaya dia macam tupai. Tapi aku lagi suka panggil dia Apai 😍 Memang sukati aku ja ubah nama dorang. Sekarang ni, memang Apai dah makin gemuk berlemak terutama area perut 😂


Dah dua malam Apai tak balik rumah, dah tiga malam juga aku duk dengan adik aku 🏠 Adik aku baru dapat keja Isnin tu, jadi aku teman dia selama seminggu sebab adik aku x biasa dengan tempat tu. Rasa macam nak balik rumah sekarang ni juga 😭😭😭 nasib baik jauh. I is cannot la bab kucing ni 😢 Berjauhan sehari pun, aku dah rindu dengan kucing-kucing 😢🐱

Apai, baliklah rumah 😭😭😭

Di manakah kau, Apai?
Puas kakakku mencari dirimu
Merajukkah kau dengan kami?
Maafkanlah kami 😢

Sorry2 Si Apai, we ❤ U
Sorry2 Si Apai, we miss U
Sorry 2 Si Apai, kembalilah
Dikau kepada kami 🐱




62 comments:

  1. alahai..mesti tuan dia sedang sedih ni kan..moga apai kembali lah hendaknya

    ReplyDelete
  2. insyaAllah nanti pulang si comel ni =)

    ReplyDelete
  3. Only cat lover je faham perasaan rindu tu :)

    ReplyDelete
  4. Alahai harap dia baik baik je kan hmm

    ReplyDelete
  5. cian nya rindu Apai ya...InsyAllah akan balik lah ia nanti.

    ReplyDelete
  6. Apai ni jantan ke betina?
    Kalau kucing jantan memang ada masa dia tak balik 3 ke 4 hari.
    Ada projek.

    Mudah2an Apai akan balik ke pangkuan tuannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jantan, harap2lah dia cuma pegi dekat2 & balik ke rumah :'( lagipun rumah takda kucing betina dah, semua dah innalillah

      Delete
  7. Comelnya Apai, saya doakan semoga dia dipertemukan semula.. BTW nak bagitau, tahniah kerana awak berjaya menduduki special bloglist saya..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/04/top-commentor-mac-april-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameeen :'( harapnya dia baliklah ke rumah. terima kasih selitkan sy dalam special bloglist :D

      Delete
  8. Comelnya si Apai ni..jgn ada org kidnap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. comelkan 😄 harap2 takda yg kidnap sebab sblm ni prnh jg kucing d rumah tu dikidnap 😢

      Delete
  9. insyaAllah nanti apai balik tu

    ReplyDelete
  10. comel nya apai ni.. unni pun penah khilangan kucing macam ni.. sedihh sgt.. xpe esok2 apai balik lettew bak

    ReplyDelete
  11. comelnye...mga dia blk umah nnti...

    ReplyDelete
  12. Akak doakan semoga Apai kembali.
    Comeinya dia

    ReplyDelete
  13. Comel si Apai. Harap2 dia balik ke rumah, ya?

    ReplyDelete
  14. Apai sesat ke?? harap2 dia dah balik ke rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tau la sesat ke apa sebab dia x prnh jalan jauh dr rumah :'(

      Delete
  15. Apai tu kalau bahasa Di Sarawak..ayah..

    rupa-rupanya kisah kucing la pulak

    ReplyDelete
  16. Moga Apai cepat pulang.

    #samalaa kita suka tukar nama kucing tanpa notis. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameeen :'( kan, yg penting kucing tu faham bila kita panggil nama dorang

      Delete
  17. Alahai Apai, manala ko merayau ye, moga2 jumpalah semula.

    ReplyDelete
  18. semoga Apai cepat pulang :) comel sgt miaww awaa

    ReplyDelete
  19. Comelnye apai..semoga apai pulang ke pangkuan tuannya..sedih je baca luahan hati awak ni.akk pon da terikut emosi.😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. comelkan :D ameeen, harap2 apai pulang ke rumah :'( syg sangat dengan kucing

      Delete
  20. Wah nama apai ye...sama nama tupai tanah yang julia bela masa kecik2...rindu apai...moga Apai segera pulang ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama dalam ic: tupai. nama panggilan: apai XD

      Delete
  21. comelnya apai. smgai apai cepat balik ye.

    ReplyDelete
  22. Alololoo... Apai, cepatlah balik rumah! Ada tu, dia pergi outstation jap. Nanti mesti dia balik bawak calon menantu awak. Hiks! 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. matilah kalau apai bawa balik menantu, di rumah tu ada 7 ekor lagi kucing jantan menunggu :'p

      Delete
  23. Salam singgah, Nour!

    Akak ni memang tak bela kucing sebab penggeli orangnya. Tapi bila tengok orang yang suka kucing ni, memang takjublah. Jaga kucing macam jaga anak. Banyak juga ya Nour sampai 20 ekor kucing dibela keluarga.

    Mana pi si Apai ni? Takda siapa yang nampak ke? Moga-moga Apai dapat cari jalan pulang. Apai tak tahu yang ramai merinduinya tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya dalam 30 ekor, tapi kebanyakannya mati sebab virus. sekarang ni tinggal 8 ekor termasuk apai :'( x tau la mana apai pegi. dah makan ke belum dia tu T___T

      Delete
  24. kesayangan menghilang di mana?

    ReplyDelete
  25. Apai pergi jalan-jalan kejap kot ambil angin nanti dia kembali la hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2lah jalan2 dia tu kejap ja. moga2 adalah dia di rumah tu nanti :'(

      Delete
  26. Comelnya Apai nie. Sebijik macam kucing saya yang dah mati. Nama dia Oren.. Rindu Oen pulak sekarang.. Hope2 Apai cepat balik..

    Salam dari follower ke #992

    ReplyDelete
    Replies
    1. oren ada juga di rumah dulu tapi dah mati juga :'(

      Delete
  27. Semoga Apai kembali semula ke pangkuan akak sekeluarga. Sabar kak.. :(

    ReplyDelete
  28. Macamana? Apai dah pulang ke belum? Sedihnya saya baca...apapun moga yang terbaik untuk apai...amin

    ReplyDelete
  29. Apai tak pulang lagi ke sekarang? Harap Apai pulang nanti. Sesat agaknya Apai kot. Huhu.

    Comel Apai dan banyaknyaaaaa kucing Nour!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apai x pulang lagi sampai sekarang :'( Sekarang dah tinggal 8 ekor, banyak mati sebab virus T___T

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb