Sunday, December 20, 2020

Tahniah Kamal Adli & Uqasha Senrose

 Assalamua'laikum


Alkisahnya, sebelum masuk toilet, turn Kamal Adli & Uqasha Senrose. Kuar toilet, ehhh masi dorang lagi. Lamanyaaa. Pastu terdetik 'lain maciam' di hati. Aku stay depan tv, padahal dah mengantuk. Rupanyaaa... Kamal Adli lamar Uqasha di pentas AME2020 weyhhh. Dah lah aku minat lakonan si Kamal ni. Sempoi!



Terus aku maciam 'wowww!' tapi x tau kenapa 'wowww' 😂😂😂


Tahniah Uqasha Senrose dilamar oleh Kamal Adli, and tahniah Kamal Adli sebab lamaran diterima. Senyum2 ja aku bila Uqasha jawab 'yes' 😁 Cuma baju Uqasha ketat sangat di bahagian bumper. Pastu, kena zoom muka si Yaya, bestfriend si Uqasha dalam drama Perempuan Tanpa Dosa. 


Penuhlah wall pisbuk dengan berita lamaran si Kamal Adli ni 😂😂😂





Tuesday, November 24, 2020

Second Miscarriage

 Assalamua'laikum


Macam biasa, mentua aku yang perasan aku berbadan 2. Tiap petang aku exercise tapi perut makin buncit, berat makin naik 😂😂😂 Mentua aku pun x bagi dah buat keja berat. So, aku pun check UPT tapi 1 line terang, 1 line kabur yang tersangat kabur. Sampai 4x aku test, kali ke4 baru double line yang terang 😍😍😍


Sebelum ni, aku keguguran 25/08/2020. Sedih yakmattt weyh 😭😭😭 Boleh baca DI SINI. Sekali lagi, 13/11/2020 aku keguguran. Padahal time check up 2 hari sebelumnya, doc cakap kemungkinan kembar. Time tu spotting. Jumaat tu, memang aku baring depan TV. X banyak gerak. Time tu la perut cramp. X lama, rasa sakit yakmattt dan aku tawakal ja 😭😭😭



Bila dah kuar dalam jam 1 lebih, aku bawa laki pi klinik yang berdekatan. Terus kena antar pi Hospital Likas sebab incomplete miscarriage. Doc di klinik risau tumpah darah. Sebelum masuk emergency, kena swab test. Astagaaa, sudah aku sedih tambah duka lagi sebab punya sakittt tu swab. Macam mau kuar air dari telinga & mulut. Mimpi buruk betul 😭😭😭


Dalam jam 9 malam baru aku dapat balik, x admitted sebab keadaan aku normal sudah. Cuma beberapa hari ni tetiba aku rasa down. Cemburu... Boleh baca DI SINI.



Sekarang, aku lebih suka diam dan sibuk dengan keja walaupun WFH. Xda keja, main game. Lebih suka menyendiri 😔😔😔












Friday, November 20, 2020

Cemburu Seorang Perempuan

Assalamua'laikum



Aku cemburu tengok orang lain dapat kumpul ramai2 dengan family dorang.

Kecemburuan tu buat aku stress, buat aku x tenteram.

Aku sibukkan otak dengan macam2 kerja. 

Biarlah aku stress dengan kerja, dari stress kerana cemburu. Tapi...

Huuu... 😭😭😭😭😭😭😭😭😭


Sunday, November 15, 2020

Kenapa Aku Perlukannya?

 Assalamua'laikum

Hai helo haluuu ebelibadi!!!

Apa rutin harian korang untuk memastikan

1) Badan sentiasa harum

2) Rambut tetap sihat

3) Kulit wajah sentiasa segar


Kalau aku pegi keja or kenduri or jalan-jalan, wajib sembur perfume. Tapi, kalau duk uma... memang x lah mau pakai perfume. Selain wangi sabun, aku juga akan pastikan keharuman badan aku bertahan lama dengan menggunakan body mist. Dulu, aku x tau pun kewujudan body mist ni sehinggalah adik ipar aku sedekah Scenabella Body Mist siap suh pilih bau mana yang aku suka 😍😍😍


Tengkiu Odahhh 😘😘😘

Sejak menjak ada body mist ni, lain maciam rasa kalau x sembur di kulit lepas mandi. Bila dah sembur, keharumannya perghhh 👍👍👍 terbuai!


Aku suka pegi spa & salun untuk hilangkan stress. Tapi sejak PKP aritu, aku stop dulu demi keselamatan. Mencegah itu kan lebih baik! So, aku beli produk rambut dan buat treatment rambut sendiri di rumah 😂😂😂 Aku try Faith Fleur Hair Mist. Not bad, wangi pun wangi. Rambut pun lembap dan nampak sihat.



Untuk pastikan wajah sentiasa segar, aku akan spray dengan IN2IT Face Mist. Barulah ada semangat bekerja. Kalau aku x semangat, kang anak murid pun x semangat mau belajar. Lagipun, face mist ni bantu kulit aku yang berminyak ni nampak lembap ja. Moist gittew 😌😌😌




Kalau mau tau benefits setiap mist ni, uollls boleh google sendiri. Banyak info dan produk terbaik uollls boleh tau 🙃


So, apa mist yang korang pakai??? Jom share di ruangan komen 😉😉😉








Wednesday, November 11, 2020

Wednesday, November 4, 2020

Wednesday, October 28, 2020

Friday, October 23, 2020

Wholesale Clothing

 

Assalamua’laikum

Hi everyone! How are you? What are you doing? I hope all of you who read this blog are always healthy and happy. Let's all pray and take care of ourselves to avoid the corona virus.

Since Conditional Movement Control Order (CMCO), I work 12 hours in front of laptop and phone because working from home (WFH). 80% of my work is online. After finishing online classes, I will spend time with my phone to release work tension. Right now, I prefer to buy online. With the current situation, it is safer to buy online. We can avoid being infected with the covid-19 virus.

So, I want to share with you about one online fashion store that selling a lot of women's clothing. Ok, want to know more about this brand? The brand is Feelingirldress which sells various designs of dresses, jackets, blouses, cardigans, skirts and others that we can match with our style. Not only that, even the price of clothes from this store is very reasonable and affordable.

On this store, I am interested in wholesale jumpsuits. There are many different styles and colors for each of these jumpsuits to choose from. Dont worry about the price because the price of jumpsuits and rompers in this store is very reasonable. We can also style this jumpsuits by customizing the longsleeve inside or inner or according to the style you want. For your information, it’s suitable for daily wear, holiday, night out or beach wear.

Here are some jumpsuit that I found on Feelingirldress.






I am excited because this store also has cheap wholesale plus size clothing. So, women who are plus size can also be stylish with clothes from this Feelingilrdress. You can refer to the size provided. There are many designs, shapes, styles for you to choose such as maxi dress, maxi skirt, sleepwear. This allows you to look stylish with confidence. 



So, make sure you view Feelingirldress black friday offers




Bye 

Saturday, September 19, 2020

Mega Sale ByReefa

 Hai, assalamua'laikum uolls 💋💋💋


Untuk pengetahuan uollsss, ByReefa tengah buat promotion. Siapa cepat, dia dapat. Siapa lambat? Dapat juga tapi NORMAL PRICE!


Pilihan di tangan anda! Nak SPECIAL PRICE atau NORMAL PRICE??? Ececehhh, dah macam ngundi pula wkwkwkwkwkwk


Ni antara koleksi ByReefa yang sedang hangattt hangittt di pasaran online 🤗🤗🤗


Tak kira warna apa, Kebaya Teja ni mmg mengancam aummm 🐯

Kurung versi uniform 😍 on x on???







Simple ndapa, yang penting aurat terjaga. Gittew




Uolls dah ada ke Kurung Qisya ByReefa ni?



Jangan tunggu lama2, nanti uolls rugi 👉👈 Nangis di bucu katil kang 😭😭😭

Harga promosi RM50 sehingga 30 September 2020, tidak termasuk harga postage 😉

Yang mau order, hati terpikat jiwa tergugat dengan mega sale boleh whatsapp 019-8934755 😍

Boleh juga cuci mata cuci duit di ig: 


#sayajualjubahmurah
#sayajualjubahplain
#jubahplainmalaysia
#jubahplainmurah
#jubahonlinemalaysia
#jubahplussize
#jubahkosong
#jubahkids
#jubahcouple
#jubahcombo
#jubahtrend
#jubahraya
#jubahumrah
#jubahhaji
#jubahlelaki
#kurtalelaki
#sayajualkurungmurah
#kurungonlinemalaysia
#kurungplussize
#kurungtrend



Monday, September 14, 2020

Sebab Filter, Aku Lawa

Assalamua'laikum

Hai hello hola

Namaste 💋


Tengkiuuu korang yang bagi kata2 semangat & doakan I dalam entry ni. I is terharu k 😭😭😭


Sejak menjak instagram ni banyak filter baru, aku dah x pandang camera fon weyhhh. Begambal pun pakai filter ig ja 😌😌😌 fake bebenor


Tapi, dengan filter juga aku yakin selfie. Uolls acanerrr? Guna filter juga???

Mehhh layan gambar, tapi jangan meluat k


bee 🎀

yang ni aku x tau nama filter tu ahahahahahahaha

yellow 

♥bleeding heart♥


Ok, tamat
Uolls ada filter apa?
Dulu2 360, tapiii tu duuuluuu






Wednesday, September 9, 2020

Allah Maha Mengetahui

 Assalamua'laikum uolls 💋


Betday tahun ni, dapat hadiah yang sangat bermakna 😍😍😍 Ni pun sebab mentua aku yang tegur 😂


Betday aku 05 Ogos. Jadi, petang tu mentua aku tegur, 'Yu, makin besar pula perut kau.' Aku ketawa2 ja la sebab makin kuat makan. Tapi, sebenarnya pelik juga sebab petang2 treadmill tapi berat makin naik 🙀🙀🙀 Pastu, sambung lagi mentuaku, 'Ntah2 mengandung kali kau'. Aku pun maciammm...

🙀🙀🙀😊😊😊


06 Ogos tu, lepas balik kijo aku singgah Guardian jap pi beli UPT yang mur2 ja. Sebab dulu awal2 kawen tu period lambat datang. Lambat dalam 8 hari camtu. Aku kawen hujung bulan 11. Haaa, start bulan 12 sampai sekarang period lambat mai padahal sebelum ni ok ja. ON TIME, lambat pun sehari dua ja. So, mentua aku perasan aku lambat period sebab kami solat berjemaah. Bila aku test subuh bulan 12 tu, naik 1 line ja. Pastu beberapa jam kemudian, kuar pula darah haid. Gitu la keadaannya sampai bulan Jun. Bulan Julai pula, lambat 10 hari. Fizikal aku pun ada perubahan. Tu aku malas beli UPT mahal2 puluh2 ringgit. 


07 Ogos, subuh tu aku try ja la UPT dengan lafaz Bismillah, kaki bgegar2 jantung bdebar2. Manatau tetiba positif. And yes, naik 2 line. Punyalaaa tekujat, tapi lom lagi gitau encik laki. Mau kasi sah dulu di klinik. Petang tu lepas skola aku balik kampung sorang. Encik laki keja belah petang, aku belah pagi. So, dia x dapat ikut balik kampung. Otw balik kampung tu, aku singgah klinik untuk scan, and yes doc cakap positif. Macam nda percaya, balik2 aku tanya tu doc

'Confirm ada ka ni doc?'

'Eya, tu na nampak kantung tapi masi kecik. betul. 1.04 cm ja. Mungkin masi awal dalam 5 minggu.'


09 Ogos tu, aku balik dari kampung.  Terus gitau khabar happy ni. Ngam lagi mentua buat makan2 sempena betday I 🙊🙊🙊 Tengkiu mother in law 💋💋💋 So, adik beradik encik laki, ipar biras semua ada and dorang pun tau dah berita happy ni 😊


15 Ogos, encik laki bawa pi klinik di Tuaran untuk scan tapi doc x jumpa kantung. Disuruh aku minum air sampai mau tkencing baru disuruh masuk balik. Tu pun doc x jumpa juga 😭😭😭 Time tu aku pikir positif ja. Mungkin sebab terlalu kecil, atau mesin tu mesin lama 😂😂😂


20 & 21 Ogos, bleeding tapi macam calitan ja. Hasil dari google, tu benda besa kalau awal2 mengandung. So, aku xda la pi klinik. Cuma kurang2 buat kerja berat, slow2 bjalan sebab aku jenis jalan laju macam kena kejar anjing 🐶🐶🐶


22 Ogos, scan lagi di klinik Tuaran tapi bukan di klinik sebelum ni. Time ni darah x juga banyak kuar. Doc scan dan x jumpa kantung tapi rahim penuh darah. Terus aku gtau aku sedang bleeding and tunjukkan gambar scan 07 Ogos tu. Doc tu tengok2 tu gambar tunggang tebalik terus doc terangkan, 'Tengok dalam gambar ni, kantung bukan bulat menunjukkan x sihat. Tunggu 2 minggu, kalau masi bleeding reda kan sahaja. Tapi Allah tau, dia x bagi ujian yang melebihi tahap kemampuan hambaNya.' Sejuk hati aku dengar kata2 doc tu. Kuar juga la air mata 😭😭😭 


24 Ogos, darah kuar macam darah haid dahhh. Tapi masa tu, x juga aku pi klinik. Hadoiii, degil betulll. Aku anggap sebab terbuat kerja berat punca bleeding time tu 😅😅😅


25 Ogos. Pagi tu aku pi keja dulu. Dalam jam 1.40 petang, aku minta izin balik awal sebab mau pi KKIA. Jam 4 petang baru aku dapat balik rumah. Dalam 2 jam  di KKIA tu, azab juga. Doc pun marah sebab x pi klinik awal2. Boleh pula lagi pi keja 😅😅😅 Masa tu la macam2 dibuat. Serammm 😫😫😫😭😭😭 Scan nampak kantung tapi 0.54 cm. Makin kecik. Jalan di bawah pun lom buka lagi. Terus doc cakap, 'saya bagi MC 3 hari. 01/09 datang balik pi klinik. Kalau rasa sakit, terus pi hospital. Jangan tahan2 k.'

Terus aku tanya, 'tunggu jatuh ka saja lagi ni doc?'

'Eya. Kamu akan rasa sakit sangat tapi x sesakit sakit bersalin. Yang ni kalu akan rasa half dari sakit bersalin.'

Lepas isyak tu, jalan bkepit sudah sebab tetiba rasa sakit perut. Mungkin sebab di KKIA tadi. Haaa, gitu dalam fikiran aku 😂 Masa mau tido tu, sakit perut yakmattt terus masuk pi tandas. Sebab dalam otak sakit peyut sebab mau eyakkk. Time mau bdiri tu, tetiba sakit yakmattt di bahagian rahim. Lagi sakit dari yang mula2 tadi. Cecepat aku duk balik di mangkuk jamban. Pahtu membuang kali ke2. Risau juga janin jatuh time membuang tu sebab aku mau juga tengok kan janin sendiri. Bila sudah ok, tetiba rasa ada pergerakan pelik di ari2. 

'Bulp' terus nampak benda warna kuning cair jatuh atas lantai. Automatik jatuh air mata 😭😭😭 Rasa sakit pun teda sudah. 


26 Ogos. Lepas subuh, temankan encik laki tanam janin. Dalam jam 7 lebih, gerak pi hospital. Jam 1 lebih baru dapat balik rumah 😭😭😭 Scan kali ke3, rahim sudah bersih x yah buat D&C. Pahtu jarum untuk kecutkan rahim. Sampai menggigil kelaparan aku di hospital tu 😅😅😅 Dari unit kecemasan ke dewan bersalin. Pastu, diturunkan balik ke unit kecemasan. Nurse pun balik2 tanya ada rasa sakit ka teda. Aku pun jujur ja la gitau x rasa sakit. Ngilu ja 😂 


Sebelum tinggalkan hospital, macam2 nasihat petua dbagi oleh nurse 😅 Senyum ja la aku 🙊 Sedih weyhhh tapi dari aku kemurungan, aku buat apa ja yang boleh buat aku happy. Yang penting, x kacau pantang aku 😉 Lepas ni, kalau bleeding cecepat aku pi klinik. Tobat dah x buat macam yang first ni 😅😅😅



Kenangan 😊


Saturday, August 1, 2020

Tips Wajah Berseri

Assalamua'laikum

Hai hello everything
Lama i x bersiaran di belog
Banyak betul aku mau membawang tapi masa x mengizinkan

Kali ni mau share tips muka berseri sejuk mata memandang


Aku suka betul tengok muka kakak yang berdiri sebelah kanan aku. Berseri betul yang bila ko pandang dia, rasa sejuk ja. Jadi, aku korek la dari kakak sebelah kiri tu.

Rupanya, tips nya adalah:
1) Jaga wuduk
2) Solat dhuha
3) Puasa sunat
4) Solat tahajud

Perghhh, salute gilerrr aku ngan kakak tu 👍👍👍 Memang x pakai bedak weyh. Jeles aku. Aku ni, pakai bedak pun nampak juga parut jerawat 💆

Aku pernah terdengar kakak ni terlajak bergurau, terus dia istighfar cepat-cepat. Satu lagi, x pernah aku dengar kakak ni stress kalau ngajar budak. Sebab amalkan solat tajahud, so tenang ja kakak ni urus budak dalam kelas. Kalau aku, jadi hulk baru bebudak tu diam

So, mari kita sama2 amalkan tips muka berseri ni. 😉😉😉





Thursday, June 11, 2020

Lirik Lagu Basyirah [Dato' Sri Siti Nurhaliza]

Assalamua'laikum

Laki aku ni minat karoksss. Tiap malam sebelum tido, memang akan karoks kejap. Time pilih lagu di youtube tu, encik laki tertekan lagu Tok Ti. Memula aku x cam wehhh sora Tok Ti tapi memang best lagu tu. Terus terpaut hati dengar lagu ni, cecepat google 😂

Lagu yang bertajuk 'Basyirah' ni didedikasikan buat semua petugas barisan hadapan yang bersusah-payah menggadai jiwa dan raga demi menghapuskan wabak COVID-19

Lagu ni berpandukan alunan taranum. Instrumental pula daripada Turki. Perghhh... yang penting lagu ni sampai ke jiwaku

Ni lirik lagu:


Tajuk Lagu : Basyirah
Penyanyi : Dato Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Hafiz Hamidun
Penulis Lirik : Fedtri Yahya


Ku membaca warkah dunia

Kisah hidup penuh rintangan
Moga Dia ampun segala
Musibah yang membangkitkan harapan

Tidak dapat aku bayangkan
Tidak dapat aku hitungkan
Airmata tanpa jeritan
Rintih hiba di malam kegelapan

Bila Dia menghadirkan
Sakit yang membelenggu
Mengajar hati ini.. menzikirkan
Luahan jiwa

Apakah mayapada
Berakhir dengan lara
Ibarat angin duka
Dari lembah yang hampa

Dalam tangis aku ratibkan
Dalam syahdu ku munajatkan
Kalam rindu dalam tasbihku
Moga detik berkah bawa mubaraknya

Hadir insan berterusan hulur firasat sejati
Perisaikan diri menjaga nyawa tak terganti
Budi yang terpuji
Kesabaran yang mulia...

Bila Dia menghadirkan
Sakit yang membelenggu
Mengajar hati ini
Menzikirkan luahan jiwa

Apakah mayapada
Berakhir dengan lara
Ibarat angin duka
Dari lembah yang hampa

Semoga kepedihan... membawa basyirah...


Siapa sudah dengar lagu baru Tok Ti ni???





Tuesday, June 9, 2020

Jom Belajar Bahasa Sabah (Bisaya) [1]

Assalamua'laikum

Memandangkan ramai kawan semenanjung dapat panggilan interim di Sabah, maka aku tetiba rajin buat entry pasal bahasa Sabah.

So, aku akan ajar kamurang bahasa kaum ku sendiri iaitu bahasa Bisaya. Kalau di Sabah, suku kaum Bisaya ni majoriti kamurang boleh jumpa di daerah Kuala Penyu dan Beaufort. Daerah lain ada juga tapi x ramai macam di dua tempat ni k

So, mari belajar 100 perkataan dulu r

BISAYA - MELAYU

1) Abai : orang Brunei
2) Adai : jangan
3) Aki : atuk
4) Along : ipar perempuan
5) Ama inang : bapa saudara
6) Ampai : letak
7) Ampuni : telur
8) Antad : dari
9) Apat : empat
10) Apun : pancing
11) Aru : ada
12) Asuh : anjing
13) Bawang : sungai
14) Bawang gayuh : sungai besar
15) Bayang : baju
16) Borigod : berdiri
17) Bio : di mana
18) Bito' : bawa
19) Bobong : bocor
20) Bolou : buta
21) Bukut : tumbuk
22) Buwayu : buaya
23) Duo : dua
24) Gakud : kaki
25) Gia' : suara
26) Giad : nangis
27) Iba' : bawah
28) Ikau : awak
29) Ina : nenek
30) Indu inang : makcik
31) Indu : mama
32) Intaid : nasi
33) Iro : mereka
34) Isa : tidak
35) Iyo : dia
36) Jelama : manusia
37) Kabang : mulut
38) Kainsan : sepupu
39) Kalabangan : kuburan
40) Kandu : kata mereka
41) Kangku : saya kata
42) Kaniab : kemarin
43) Kanyu : dia kata
44) Kapal (makapal) : tebal
45) Karabau : kerbau
46) Karau : kemarau
47) Kariam : tangan
48) Kotung : punggung
49) Kiaun : ikan
50) Keintuong : semalam
51) Kodou : keras
52) Konoon : pakaian
53) Korojo : kerja
54) Laid : lama
55) Takau : curi
56) Lobong : kuburan
57) Longoon : selsema
58) Liau : leher
59) Limoh : lima
60) Limpang : baring
61) Losok : lumpur/ becak
62) Luor/ maluor : sakit
63) Mabalut : baik
64) Malik : balik
65) Madaru : panjang
66) Madiu : mandi
67) Magayuh/ makaluh : besar
68) Magiad/ nagiad : nangis
69) Magilo : banyak
70) Magium : mencari
71) Magusai : batuk
72) Makala' : kering
73) Makatul : gatal
74) Makarati : mengerti
75) Mamadi : parang
76) Manau : tawar
77) Manginud : menunggu
78) Manu : begitu
79) Mantaie : cirit birit
80) Manti : begini
81) Manuk : ayam
82) Maparas : cantik / lawa
83) Mapatalang : menunjuk
84) Maragang : merah
85) Mararaat : semak
86) Matai : mati
87) Matarum : tajam
88) Matiodop : ngantuk
89) Matiru : kena
90) Matu : mata
91) Maya' : ikut
92) Memanau : jalan
93) Manini : kecil
94) Mianai : lelaki
95) Miki ampun : minta ampun
96) Mi impun : berkumpul
97) Minang : pakcik
98) Miso : satu
99) Modoot : gelojoh makan
100) Modop : tidur

Tapi jangan risau, sebab orang Sabah cakap Melayu / English juga. Bahasa kaum ni digunapakai bila bercakap sesama kaum. Kalau kaum Bisaya cakap Bisaya dengan kaum Bajau, nahhh pening juga tu kaum Bajau kecuali kalau dia belajar bahasa Bisaya. So, kamurang jangan risau. Datang ja Sabah, bercakap ja macam biasa. Nda payah la mau ber'bah-bah'. Bukan apa, sebab nanti kamu juga yang tersalah letak penggunaan 'bah' tu di ayat kamu. Kang kena jeling atau kena kasi ketawa ja kamu.

Ni salah satu penggunaan 'bah':

"Jom jumpa jam 4 ni"
"Bah" maksudnya ok

'Bah' ni bukan ja bermaksud ok, tapi macam-macam. Malas aku mau terangkan sekarang.

Kbye

Sis sambung tidur dulu





Friday, May 29, 2020

Syawal Potraiture 2020

Assalamua'laikum

Sudah 6 Syawal, baru mau update pasal raya 😗 Tapi, baru 6 Syawal... kiranya lom basi lagi kan kalau share pasal raya 2020 🙊

26 tahun raya dengan family. Tahun 2012, first time sambut raya di perantauan. Jadi anak perantau, hrmmm berdendang perantau lah i d negeri orang. Pastu tobat raya jauh dari family 😭😭😭 Tahun ni pulak, ehhh beraya dengan suami 🙈🙈🙈
Ada laki sudah 🙊 Nda pernah plan pun akan sambut raya 2020 dengan laki. Semua aturan Allah

Dan, sebab corona virus ni... nda panjang langkah kaki pi beraya rumah orang 😌 hashtag #kitajagakita haaa gituuu

Bahhh, layan gambar raya r (padahal sudah up di ig 😆😆😆)

1st raya 2020
time turn kami, cucu sulung tanya "ni mana keluarga?" kuangsam 😂 babu lom ada baby lagi

pandai kan kami bersusun? yang x pakai spek di hujung

Loving our matching raya outfit 😍

yang lelaki semua mata 4 kecuali bebudak

maka, bersusun la cucu untuk pemberian duit raya

satu-satunya adik ipar yang belum kawen, maka ada peruntukan duit raya untuk dia 😆

family in law
tema: biru campur-campur gitu

Sebelum Zohor, kami laki bini gerak balik ke kampung aku pula. Sebab PKP, maka perjalanan yang sepatutnya ambik masa dalam 3 jam gitu menjadi 2 jam lebih ja 😏😏😏

Raya day 2 in dusty pink

Belah family aku, lom ada cucu cicit lagi

4 beradik

ni pun 4 beradik juga, ehhh 😌😌😌

Happy families!
Ameeen Ya Rabbal A'lamin
Ameeen Ya Allah Ya Mujib

So, raya 2020 kamurang camna?






 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb