Wednesday, May 31, 2017

Kisah Solat Terawih

Assalamua'laikum

Dari kocik lagi, parents aku membiasakan kami 4 beradik untuk solat terawih secara berjemaah di masjid. Aku ni termasuk dalam golongan bebudak nakal, memang rasa malas ja nak join terawih di masjid 😂

Bukan apa, yang jadi malas tu sebab 20 rakaat! Memang ngantuk gila jadinya. Apa taknya, selesai terawih jam10.30 malam 😒 Kadang-kadang, time sujud tu aku pejam mata kengkonon nak rehatkan mata supaya kurang mengantuk. Nasib baik tak tidur terus!

Aku selalu mengadu dengan my mom yang aku mengantuk time terawih tu. My mom cakap, "Tido la di saf belakang tu. Tiada juga yang marah". Tapiii, pandangan para nenek time tu tajam gila uollls! Seolah-olah bagi amaran kat aku, "jangan kau berani mau tido di belakang tu!" Dah time tu aku masih skola rendah, umo dalam 9-10 tahun. Takut jugalah dengan para nenek tu.

Tapi ada satu malam tu, tak tau la setan mana yang terlepas. Aku pegi garu kaki sorang nenek tu. Apalagi, terus report dengan my mom 😠 Cis! Kena sebijik dengan my mom. Lepas tu memang aku diam ja la di masjid 😂 First and last aku kacau orang time solat terawih

Kadang-kadang, aku bawa kakak atau adik aku ke tandas. Konon nak buang air kocik. Terperuklah aku dalam jamban tu 5-6 minit sambil berangan 😏 Kah!

Pastu, ada satu ketika kami solat terawih di bangunan sekolah agama sebab masjid nak dibuat baru. Yeah! Yeah apanya, tak dapat aku nak lepak dalam jamban yang jauh nun di hujung pagar. Dah la gelap. Cis! 😒 Ada sorang kawan ni, time solat dia terkentut bunyi yang maha kuat. Aku dah tahan gelak time tu. Abis solat, para nenek kecoh bertanya siapa yang kentut tadi. Aku rasa time tu macam nak ketawa guling-guling ja. Sampai selesai terawih tu, kawan aku solat dengan air wudhu yang sudah terbatal gara-gara terkentut! 😜

Aku rasa ni karma buat aku. Tak silap time tu aku dah di skola menengah. Kalau balik kampung, memang my mom angkut aku bawa pi terawih (aku budak asrama). Syiok aku ruku', tetiba terasa bahagian belakang aku dipukul guna payung. Pastu ada suara budak-budak lelaki ketawa. Cis, kuajo bebenor! Kalau aku tau siapa yang buat, siap! 😡 Dah lah berani masuk area solat pompuan.

Pastu, time solat juga pernah bebudak tu pi pasang mercun, crazy bom. Rasa macam nak sumbat ja crazy bom tu dalam bontot dorang sorang-sorang. Kot-kot time tu ada yang kena serangan jantung gara-gara terkujat, dorang tak fikir.

Tahun 2017 ni, aku semangat nak terawih. Kenapa? Sebab ada undian untuk 20 rakaat vs 8 rakaat. And yeeeha, 8 rakaat menang!

Nak kecam aku lettew gara-gara nak solat 8 rakaat ja 😂 Ya, memang kita digalakkan untuk melakukan lebih banyak ibadah di bulan Ramadhan. Tapi, bila 20 rakaat tu ditunaikan tak ramai anak muda yang join solat. Lebih ramai yang melepak. Tapi, bila dah dikurangkan menjadi 8 rakaat, alhamdulillah aku tengok makin meriah masjid di kampung. Saf pompuan pun sampai 3 barisan. Alhandulillah, sebab tahun-tahun sebelum ni kadang satu saf pun tak penuh 😢

Selesai solat sunat Terawih 8 rakaat, boleh menjamu perut dengan moreh yang disediakan. Tapi sebelum tu, ada tadarus Al-Quran. Siapa yang berminat, boleh join tadarus. Bapa aku cakap majority yang join tadarus ni adalah orang muda. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya takdalah dorang berjemaah melepak kan 😉


Info:
Rasulullah mengerjakan solat sunat Terawih sebanyak 8 rakaat kerana tidak ingin memberatkan umatnya. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab, beliau menambah bilangan rakaat solat sunat Terawih menjadi 20 rakaat kerana berpendapat orang Islam pada zamannya tidak keberatan untuk menunaikan solat dengan bilangan rakaat sebanyak itu.

Jadi, boleh pilih nak 8 rakaat atau 20 rakaat. Jangan pula sampai bergaduh bermasam muka gara-gara tak sependapat.

44 comments:

  1. tak kisahlah 20 atau 8, janji ikhlas. tempat akak buat 8, tapi ada tazkirah..rilekslah sikit

    ReplyDelete
  2. Hehehe... tak boleh nak join terawih.. Anak kecik agik.. Solat kat umah jerk la buat masa ni yg mampu..

    ReplyDelete
  3. If I need to pick, akan pilih 8 jugak.. haha

    ReplyDelete
  4. Nakalnyaaaaa..
    siap garu2 kaki tu. heeeee
    akak mmg kecik2 tak pernah ke masjid for taraweh, not custom in my family.
    even bila dah tua2 ni... ada lah sesekali pegi.
    now lagi lah since ada problem with lutut..
    kat rumah je lah yg termampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kami baru pindah kampung time tu, semangat my parents biasakan kami solat terawih 😄

      Delete
  5. Alahai, macam sama jea dengan kisah akak masa kecik dulu, cuma tak berani nak kaco org solat sebab dah diberi amaran awal-awal... Bila diingat balik, memang geleng kepala dan rasa lucu pulak... =)

    ReplyDelete
  6. Wkmsalam.
    Kat tempat pakcik solat tarawih 20 rakaat.

    ReplyDelete
  7. hahaha nakal juga ya nour masa kecil2 dulu..

    ya lah akak pun buat 8 rakaat je, tapi tak ke masjid pun cuma solat sendiri dirumah, risau nak bawa anak2 takut mengganggu jemaah yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam x larat nak ke masjid, sy pun buat kat rumah ja 😄

      Delete
  8. Comel nya cerita and peliknya why you garu kaki that nenek? kan dah kena karma. haha. dari cerita nampak dah boleh tahan jugak loyar buruk masa kecik dulu.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun x tau apa motif pi garu kaki nenek tu 😂

      Delete
    2. Haahhahahaa.. Kelakarlah part pergi garu kaki nenek tu... Pastu, tahu plak rasa bersalah bila kena marah.. Hahaha.. Tapi tu lah kan, kenangan di zaman kanak-kanak..fun sangat. bila dah besar ni nak buat mcm tu dah tak boleh dah ..

      Delete
    3. Nakal jugak awak ni ya... Hehehe

      Delete
    4. kalau time besar buat camtu, cari nahas namanya 😂😂😂

      Delete
  9. kalau dulu kat tempat BV, 8 boleh, 20 pun boleh. tapi bila part 8 tu dah banyak yg keluar. ada yg sambung. :D

    bila rajin dan tak berapa penat boleh la 20 tu kan :D

    lawak je bila baca kisah nie. XD
    teringat jugak masa kecik2 rajin pergi terawih ngn kengkawan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy duk jauh dengan kawan2 😭 takda yang seumur pun datang pi terawih 😂 semua adik2

      Delete
  10. hahahhahaa nakalllnyaaaaaaa diaaaaa

    ReplyDelete
  11. Mrs. A time kecik-kecik pun selalu ke masjid solat sunat tarawih berjemaah kat kampung Mrs. A 10 rakaat 3 witir.

    Bila dah besar jarang berkesempatan bertarawih di masjid. Buat kat rumah aje sekeluarga

    ReplyDelete
  12. besa ju pilih 8 rakaat shja xD

    ReplyDelete
  13. sebelum ni memang kat surau akak buat 20 rakaat? wah hebat. tapi nasib baik skrng ada pilihan 8 rakaat je kan hehe. saya pun slalu solat 8 je

    lawak entri ni, paling tak tahan part garu kaki nenek tu xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni 20 rakaat, sekarang dah 8 rakaat. pastu ada sesi tadarus 😉

      Delete
  14. Nakal jugak Nour ni yer...

    Saya pun pilih yang 8 jugak... dah tua tak larat nak ikut 20...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nakal2 pun, malu juga bila ingat balik kenakalan tu 😂

      Delete
  15. amboi nakalnya...hahahahahaha da kenapa garu kaki??

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, tahniah diucapkan pada sis kerana menjadi top commentor bulan Mei-Jun 2017 dalam jurnal saya...

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/06/top-commentor-mei-jun-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa'laikumussalam, wahhh alhamdulillah 😄😁😍😘👍

      Delete
  17. Hehehe part garu kaki nenek tu kelakar :D

    ReplyDelete
  18. tergelak aida baca story KENTUT tu ha ha ha :)
    notty sungguh!

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb