Sunday, May 14, 2017

Hari Ini Hidup Untuk Makan

Assalamua'laikum

13/05/2017
Hari ini hidup untuk makan. Dari pagi sampai ke malam, asyik makan memenuhkan perut di rumah orang kenduri. Dekat nak puasa ni, memang akan ramai orang buat kenduri di hujung minggu 😄

pinjam gambar Roy tempek di sini

1000 am
Rumah pertama hari ni, hanya selang dua buah rumah. So, exercise jalan kaki 😏 Menu pula yang aku ingat ada nasi, ayam, sayur manis. Aku ingat sebab aku hanya makan tu saja di rumah pertama 😂 Sebab duduk dekat dapur, dekat dengan sinki jadi aku makan guna tangan. Dan aku perhati sekeliling, ohhh hanya aku yang makan guna tangan. Yang lain guna sudu ☺ Alhamdulillah, pinggan dah licin dan perut kekenyangan tapi dapat kurasakan perutku masih ada ruang untuk menyumbat kuih-muih. Makan sebiji kuih ntahakutaktahunamaapakuihtu, pastu makan lagi sebiji kuih bom. Ok, dah sudah! Perut kenyang, rehat kejap then minta izin untuk pulang ke rumah. Sebelum chow, saling bersalaman untuk eratkan ukhuwah. Manatau melekat sorang jadi mak mertua aku 😜 Ohhh ya, air yang disediakan air berperisa sarsi tapi rasa macam terlebih manis 😏 Atau kemanisan air tu dah bercampur dengan kemanisan diriku. Ecewah 😝

1400 pm
Rumah kedua pula, mama tua aku buat kenduri sempena dia nak ke tanah suci. Mama tua ni isteri kepada arwah abang sulung my mom. Sebelum makan nasi, aku sumbat dulu kuih-muih ke dalam perut. Ntah berapa biji malas aku nak kira 😝 Dah selesai baca doa, duluan kan orang tua-tua ambik makanan. Ingat wahai orang muda, sentiasa dahulukan orang tua! Mana tahu, salah sorang tu bakal mak mertua. Kah! Rumah kedua ni, aku hanya ambik nasi, ikan 2 ketul, ayam seketul, telur rebus sebiji bulat, kerabu mangga. Banyak lagi pilihan lauk yang lain, tapi jangan jadi tamak! Semua lauk nak ambik! Kang tak habis, membazir 😢 Isy isy isy... jangan jadi kawan syetonirrajim yang suka membazir! Pinggan dah licin, aku sumbat lagi perut dengan beberapa biji kuih. Ohhh, ini betul-betul kekenyangan seperti ular sawa 😂 Rumah kedua ni menyediakan air perisa oren tapi manis!

2000 pm
Kenduri di rumah sepupu my mom. Anak kepada sepupu my mom ni kawen dengan anak mama tua (rumah kedua). Kiranya mama tua dan sepupu my mom berbesan. Besan k bukan besen! Makanan kat sini aku suka 😍 Ada pilihan, kalau dah kenyang makan nasi di siang hari boleh makan soto atau bubur 😁 Memula, aku ambik bubur kacang 2 mangkuk. Semangkuk untuk my mom, semangkuk lagi untuk aku. Dah habis bubur semangkuk, aku ambik dan makan lagi soto semangkuk 🍜 Nyumnyumnyum, sodap 😍 Pastu aku minta bubur my sis. Macam tak cukup, aku tambah lagi semangkuk. Alamak, terlebih kenyang dah ni! Makanan lain aku dah tak pandang. Lagipun aku lebih suka makan bubur dan bubur tu pula dimasak cair 😍😄 Di rumah ketiga ni, aku tak minum air sebab dah terlebih kenyang! Terkenyang tanpa sengaja!


Balik rumah, layan bola Piala FA dengan bapa ⚽ TV3, Negeri Sembilan vs Pahang. TV9 pula, Terengganu vs Kedah. Tak sabar nak tunggu final nanti, Kedah vs Pahang 😁 #pulunkedahpulun Bapa berulang kali ingatkan supaya bangun jam 3 untuk call si Qayum (my adik bongsu dan satu-satunya adik lelaki) yang akan balik pada 14/05/2017 ni. Flight dari KL dalam jam 7 lebih. So, dia plan nak pi KLIA 2 dalam jam 3 pagi 🕒

Lepas bola habis, gigih aku taip entry ni tapi disebabkan terlebih kenyang aku tertidur.

14/05/2017
Aku terbangun kemudian cepat-cepat matikan suis 'tab' yang dicas. Aku cari fon bapa untuk ganti cas tapi tak jumpa. Aku tengok jam di dinding, ohhh jam 0305 am rupanya. Terus aku tidur balik sebab memang rasa kenyang dan malas. Dalam jam 5 lebih, aku terbangun sebab dah masuk Subuh. Pastu bapa tanya, ada call si Qayum tadi? Astagaaa 😱😱😱 (bukan bermaksud 'astagfirullah', tapi orang Sabah suka cakap astagaaa. Stacy time AF dulu pun selalu sebut) Kelam kabut aku call si Qayum. Call dan terus call, akhirnya panggilan yang ke-11 baru si Qayum angkat. Rupanya dia baru keluar dari toilet. Alamak, sorry Qayum 😂

Lepas bapa bercakap dengan si Qayum, nampak sinar kelegaan dan keceriaan di wajah bapa. Biasalah, satu-satunya anak lelaki dah habis study dan nak pulang ke kampung 😏 Buka mata tutup mata buka mata tutup mata, kasi exercise dulu mata 👀 Sepatutnya entry ni aku publish pada 13/05/2017, tapi disebabkan tertidur maka terpaksalah aku publish pada 14/05/2017.

Sebab tu Rasulullah SAW pesan, berhenti makan sebelum kenyang!

44 comments:

  1. tersenyum irda baca entry ni..baca dr atas sampai bawah...wahh banyaknya makan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat makan, rasa macam perut nak meletops 💣😂

      Delete
    2. hahahha memang makan day lerrr...heaven betul!

      Delete
    3. Memula memang heaven ja, akibatnya? jadi ngantuk dan sangat malas 😂

      Delete
  2. Hahahahaha.. Heavennya sehari makan free..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heaven giler 😁👍👍👍 Free, dan boleh tambah makan

      Delete
  3. Banyaknya makan.
    Jaga2 sebab makanan kita punca pelbagai penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, tulah WP 😂 Nak kena banyak senam dan minum air kosong ni

      Delete
  4. tudiaaa makan banyaknya sampai terlena.. nasib sempat call adik. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, nasib baik sempat call dan adik pun jawab call tu 😂 Yang penting, perut kenyang mata terasa ngantuk sangat

      Delete
  5. Aduiii, baca entri awak nie rasa macam akak pulak yang kekenyangan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy baca balik entry ni terasa macam nak makan lagi 😂

      Delete
  6. dah lama tak makan kenduri ..best juga marathon makan ..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tu memang best, tapi kalau terlebih makan 😂 Jadi ular sawa 🐍

      Delete
  7. Perghhhh dasyat betul makan..banyak tu nour... hehee..

    ReplyDelete
  8. dh nk puasa , rmi yg wat kduri kn..rezeki jgn ditolak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dekat nak puasa ni orang berlumba buat kenduri. Minggu depan pun ada. Dah dijemput, takkan nak tolak kan 😄

      Delete
  9. Hamboi Nour, banyaknya makan... Saya yang membacanya pun turut mengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat makanan, tu yang rasa nak ja makan semua 😂

      Delete
  10. wah enak2 makanannya tu..

    bola mestilah akak sokong pahang hehehe hogoh pahang hogoh..sapa menag pun takpekan

    betul tu kalau dah terlalu kenyang macam tu lah,mata rasa berat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menang kalah adat permainan kan kak 😄 Masalahnya, bukan sehari ja effect makan banyak tu 😂 Dalam 2-3 hari juga mata asyik ngantuk

      Delete
  11. ni sesi marathon makan ni =D alhamdulillah rezeki kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhandulillah 😄 Rezeki memang rezeki, tapi ni terlajak makan. Aduhhh 😂

      Delete
  12. t'kenyang tanpa sengaja tu, ayat dia win sgt! ha3..

    ReplyDelete
  13. Rezeki makanan ni.. haha.. memang best sesi makan-memakan ni.. fav sy :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab makan ni memang dah jadi fav kebanyakan org 😂

      Delete
  14. org melaka ckp kan kalu mcm ni gayanya 'buruk kenayan' namanya hahahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buruk kenayan 😂 Nak dekat dah dengan buruk kemenyan

      Delete
  15. Hehe..padat tu.. Penuh perut..

    Dh jd hidup utk mkn..bkn makan utk hidup..hehe

    ReplyDelete
  16. kita dah gemuk balik sebab hidup untuk makan hahaha

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  17. banyak makan = ngantuk. perkara biasa lagi-lagi weekend. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak posa ni boleh diet 😁 control pemakanan 😏

      Delete
  18. amboi knduri bnyk..hehe

    yaya jenis kuat makan jugak..mmg sush nk kontrol..
    tapi untuk yaya la kan.ad 2 cara je
    DISIPLIN & PUASA..
    itu je cara yaya boleh kontrol makan..huuuu =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dua cara tu ja yang dapat handle nafsu makan kita 😄 iman kena kuat, hati kena sado 💪

      Delete
  19. Syok baca pasal makan-makan tu... kemain kenyang dia yea. Hehehehe

    ReplyDelete
  20. Hahahha.. comel je rasa bila baca entry ini.. kenyang dengan kenduri tu best tau.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Sha 😄 Tapi kalau terlalu kenyang, mudarat juga pada fizikal & mental 😂

      Delete
  21. syooooorrgaaaa dunia ni, nour :)
    alhamdulillah.

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb