Wednesday, May 17, 2017

Bila Lecturer Tahu Nama Kau!

Assalamua'laikum

Bila lecturer tahu nama kau!

Seberapa ramai pun jumlah pelajar dalam kelas tu, seberapa banyak pun jumlah kelas yang diajar, para guru dan lecturer pasti akan ada yang ingat nama setiap pelajarnya 😏👏

"Bila lecturer tahu nama kau maka sengsara la kehidupan kau selama-lamanya"

Bagi aku, takdalah sengsara sangat kehidupan aku sebagai mahasiswi pabila lecturer tahu nama aku 😄 Best apa bila lecturer ingat nama kau! Lebih-lebih lagi lecturer yang ajar tu dari oversea dan kurang cakap Bahasa Melayu. 

Macam Dr Hamed, salah sorang pensyarah Usul. Aku bagi contoh Dr Hamed 😂. Dia kenal dan tahu setiap nama pelajarnya. Fullname dia sebut weyh! Macam nama aku, Nurul Adibah. Dalam Bahasa Arab "نوالأديبه", jadi sebutannya "nuradibah" tak terdengar sangat "nurul" tu 😂

"ya Nuradibah Abdullah"
"ya Nurakmal Abdul Hamid"
"ya Nurfarhana Abdul Razak"
pelolesss lah SANGATTT! 😂😜

Kami bertiga memang selalu bersama, jadi Dr Hamed mesti akan sebut nama kami berturut 😂 Dahlah nama start huruf "N" ataupun "ن", nama bapa pula start dengan "Abdul" 😂 


Dr Hamed ni dia kenal dengan pelajarnya dan tahu apa kelebihan dan kelemahan setiap pelajar. Kalau pelajar yang so-so dalam bertutur dalam Bahasa Arab, dia akan sedaya upaya berbual menggunakan perkataan Arab yang mudah dan senang untuk difahami. Takdalah sampai kau terkebil-kebil, tersengih-sengih tak faham apa yang ditanya. Sampai ke akhirnya, kau boleh bercakap Arab dengan lecturer walau tak lancar bercakap seperti air yang mengalir, tapi dah ada keberanian dan keyakinan 😄👏 Yeah!

Pastu, lepas Dr terangkan tentang madah yang diajar, dia secara random akan sebut nama pelajar untuk sesi soal jawab. Memang sorang pun takkan terkecuali! 

Tapi ada satu hari ni, Dr Hamed tanya something kat aku dan DikMal time dalam kelas. "Hah?" ja yang mampu aku sebut time tu sebab tak faham. DikMal pun geleng-gepeng kepala. Rupanya, Dr Hamed tanya "mana lagi sahabat kamu sorang tu (Hana Najwa)?" Dr tanya dalam Bahasa Arab 'Amiyah, manalah kami faham. Pelajar lain dalam kelas tu pun diam-diam. Samada dorang tak faham atau malas nak translate kat kami 😂

Bahasa Arab 'Amiyah ni macam bahasa pasar, macam bahasa pertuturan kita yang tak formal. Kalau belah Utagha, lain bahasanya. Sebelah Pantai Timur, beza lagi.


Bahasa Arab fusha/fushah adalah bahasa formal, bahasa yang digunakan dalam Al-Quran. Sebab tu blur bila tetiba Dr cakap Arab 'Amiyah 😂😜

Tang mana sengsaranya pabila lecturer tahu nama hang? Best wooo sebenarnya 😉

Ada sebenarnya gambar kami bertiga dengan Dr Hamed, tapi laptop aku dah format 😢 Orang kedai tu pula tak back up file dalam tu 😭

62 comments:

  1. Haha kelakarlaa quote tuh. Tapi, memangpun bahagialaa kalau lecturer kenal nama. Kalau sebab baiklaa kan, kalau sebab nakal sgt bahayalaa. Haha

    Bagusnyaa lecturer tu. Respect sangat kalau lecturer yang sangat mengenali student. Dahlaa siap boleh tahu kelebihan kelemahan. memang guru yang memberi inspirasi betul. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kami bertiga nakallah lecturer tu boleh kenal 😂 Betul, sy suka lecturer/guru yang macam tu. Dia mendekati dan memahami pelajarnya supaya dapat membantu 😄

      Delete
  2. betul, kadang - kadang seronok gak bila pensyarah tahu nama kita, popular sekejap dalam kelas tu haha, lebih haru bila pensyarah ingat nama kita saja tapi nama pelajar lain dia tak ingat pula, mmg jenuh asyik kena panggil je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bestnya kalau lecturer tu tahu semua nama kan 😄 Jadi, kalau ada sesi soal jawab semua kena. Takdalah asyik nama tuuu ja yang kena sebut, kena panggil 😂

      Delete
  3. teringat masa zaman belajar dulu..lecturer dari oversea juga..tp masalah bila dia ingat nama kita tu setiap kali dia soal,nama kita yang naik dulu..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahaha, yang tu masalah juga tu. Kot2 kita lom sedia, dah kena suh jawab soalan 😂

      Delete
  4. Best bila lecturer tahu nama kita, dan lagi best masih akan ingat walau dah abis study 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bahagia sangat rasanya pabila lecturer masih ingat nama kita walau dah abis study 😄

      Delete
  5. Femes rupanya nurul adibah ni. Seronok pula ada lecturer mcm tu kan. Rindu pula zaman belajar dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat kak Ana 😄 Mengantuk pun tak, sebab seringkali ada sesi soal jawab. Tak fokus, siap! 😏

      Delete
  6. sebab tahu nama kita kena fokus lebihkan, bila ditanya nanti boleh jawab. itu yang bagus kalau lecturer tahu nama kitakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Memang fokus berabis dalam kelas. Tak dapat jawab, abis! 😂

      Delete
  7. kalau lecturer dah tahu nama, memang abes laa kena panggil selalu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Dr Hamed ni, dia panggil semua 👍 Tu yang best, adil semua kena 😁

      Delete
  8. Ada pelbagai dialek rupanya BA ni ye.
    Kita kena belajar yang rasmilah. BA Al-Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, macam kita di Malaysia ni juga WP 😄 BA di Malaysia memang belajar BA rasmi 😉

      Delete
  9. best nya blajar bahasa arab =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best belajar BA, tapi masuk bab nahu... habisss. Poning 😂 Nahu ni macam grammar la

      Delete
  10. Wah, bestnya dapat belajar bahasa Arab, dan bahasa Arab nie ada pelbagai dialek jugak sama mcam bahasa Melayu kita.. Teringin nak belajar bahasa Arab tapi masih belum berkesempatan lagi.. =) Masa sekolah dulu, cikgu bahasa Inggeris akak selalu panggil nama akak dan sorang lagi kawan sekelas sebab kitorang berdua antara yang boleh faham bahasa Inggeris dengan baik.. hihi memang letih jugak sebab kalu tak nama kawan, nama akak akan dipanggil untuk membaca perenggan dalam buku teks.... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu macam kurang best sikit 😂 Kalau semua nama yang dipanggil baru best 👍👍👍 Kalau skola, selalu juga nama dipanggil untuk membaca sebab suara kuat 😝

      Delete
  11. habis la sikit2 nama kita yang dia petik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua nama dipetik ok la, rasa best juga 😄

      Delete
  12. hahaha. kan! bahaya je rasa. kalau class tak ramai lagi rasa kowt ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau class tak ramai, lagilah memudahkan lecturer tu 😂

      Delete
  13. uiks, bnyk jugak kategori bahasa arab ni, ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, berselirat juga telinga kalau dengar 😂

      Delete
  14. hahahaha~ nasib ko la dik.. kakak dah lepas dah azab tu.. nama kakak SITI RABIAH ADNAN tapi kat kolej lecturer panggil ATIE.. haa.. belum dia panggil nama, dia pandang pon kakak dah serem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah dipandang pun rasa seram, apatah lagi nak dipanggil. Mesti ada rasa nak terkucil tu 😂

      Delete
  15. dah rasa dulu... mg hazab tp best kalu dpt markah lbh hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat markah lebih tu memang best r 😁👍

      Delete
  16. Ok tu nama d kenali, bukan senang lecture nak knl nama studentnya smua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rasa bangga juga bila dikenali sebab student u/ kolej ramai berbanding budak skola

      Delete
  17. Comey j 3 org ni..kiranya mcm bff la ni kan..

    Tq for sharing lya baru tahu kwujudan bahasa arab 'amiyah n fusha ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, BFF 😄 Tapi ada lagi BFF yang lain, cuma sem tu selalu bertiga 😊

      Delete
  18. kalau lect tau nama trus takut kite hehe kot kena tanya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memula, memang rasa takut+nervous juga tapi lama2 dah biasa 😄

      Delete
  19. bila lecturer tahu nama, memang kena targetlah lepas tu hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  20. dulu kemain takut kena panggil dengan lecturer..rasa nak sembunyi je..Habislah kalau dia dah tau nama kita..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memula memang macam tu 😂 Rasa macam nak escape kelas ja 😂

      Delete
  21. susah jugak sebab kalau ngantuk sikit je lecturer sebut nama.. "Sal, tido ke?". Aduh..tebal muka! Tapi tu semua kenangan je sekarang. As for you, enjoy while it last dear ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy elak ngantuk, nak fokus. Nanti lect tanya tak dapat jawab, habis 😂😂😂

      Delete
  22. Emmm..

    Macam saya dulu lah tu..haha

    ReplyDelete
  23. salam..
    bagusnya..bljr bhsa arab..
    yaya ni..dlu sek.agma ada mtapljran ni tapi fail da la klao time peksa..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumussalam Yaya 😊 Sy dulu memang failed ja Arab ni 😂. Sekarang ni, ok sikit tapi kena usaha lagi 😃

      Delete
  24. Masa belajar dulu pun saya suka kalau lecturer tahu nama saya. Masa saya mengajar di kolej dulu saya suka hafal dan kenalpasti anak murid saya. Rasanya cara macam tu senang nak communicate dan rasa lebih dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rasa dekat ja kalau saling tahu nama ni. Memudahkan lagi nak communicate 😄

      Delete
  25. Mmg habislah kalau lectr tahu nma kita. Hee..

    Bestnya n untung dpt bljr bhsa arab. Akk last bljr arab mase form 3. Dah x ingat dah. Sobss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun dah ada yang lupa2 dah 😂 Abis blaja ni takda dah kawan nak study/ takallam Arab

      Delete
  26. Hahaha.. Lecturer ke cikgu ke.. kalau dah kenal memang sellaulah dia sebut nama kita.. Tapi seronok sebenarnya bila cikgu/lecterur kenal kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sha, best sebab rasa macam diambil berat 😄 Lagipun memudahkan komunikasi 😉

      Delete
  27. ada baik buruk nyer kalau lecturer tau nama kita.
    hi hi hi aida dulu akan tarik perhatian certain lecturer aje, nour :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah! Samalah Aida. Tapi best kalau lecturer tahu nama kita

      Delete
  28. Saya rasa tiada masalah atau isu pon sekiranya pensyarah tahu nama anak muridnya. Lagi bangga sebab mereka kenal kita. Bermaksud, dia sangat prihatin dan menitik beratkan soal anak murid. Baguslah gitu, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, terselit juga rasa bangga pabila ada lecturer tahu & kenal sy

      Delete
  29. wahhh..bagusnya pandai cakap arab..kalau bagi saya, mmg terkebil2 la jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sy pun masih terkebil juga kengkadang 😂

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb