Sunday, May 28, 2017

Awak Suka Saya Tak?

Assalamua'laikum


Awak Suka Saya Tak?

"Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil."


Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong, kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego?

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya... seorang hamba Allah yng penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku... sifuku... kekasihku. Kembalilah...

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini..." Hilman Yong.

"Don't worry, I won't kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadap dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha... saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes... from your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak ada selera dengan orang biadap. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong.

"Saya akui saya gembira bersama Mr.Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr.Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium... tetapi hanya di dinding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan... walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha.


Jujur aku katakan, aku tak terfikir pun nak beli novel ni! Baca sinopsis yang lain maciam tu, membuat hatiku tak tertarik pun nak beli 😜 Sinopsis dah lah macam tak best 👎👎👎, tebal pula tu. Harga dah la mahal. RM35 sm, RM38 ss kau!!! Macam tak berbaloi ja 😒

T A P I, disebabkan penangan novel "I Love You, Stupid!" yang super duper best 👍👍👍 menggagahkan juga diriku menghulur duit kepada cashier di Popular tu 😂

Baca novel ILUS tu, pembacaan sampai ke hati weyh! Lain dari yang lain 👍 Tu yang tetiba aku nak beli novel "Awak Suka Saya Tak?". Baca punya baca, dari muka surat awal hingga muka surat akhir... jalan cerita memang tak menghampakan 😄👍 Penceritaan yang sampai ke hati beb!

Novel hasil karya M E L U R  J E L I T A  ni memang lain dari yang lain. Kesemua novel MJ kena baca dengan mata hati dan mata akal. Baru korang akan nampak apa yang tersurat dan apa yang tersirat di sebalik penceritaannya.
Novel "Awak Suka Saya Tak?" ni aku bagi 9/10 😏 Kurang sikeeet dari novel "I Love You, Stupid!"

4 buah novel MJ yang berjaya kumiliki. Menggigil juga nak beli 😂 Jangan terkujat, novel-novel MJ memang tebal 😏 Kalau baling manusia, boleh pecah palo 😂👍













22 comments:

  1. nak pinjam tp jauh hahaha.. postage mahal :(

    ReplyDelete
  2. Tak ingatlah dah baca ke belum.. baca sinopsis macam dah baca.. tapi buku MJ memang tebal pun..

    ReplyDelete
  3. Suka awak sebab ada dalam Komuniti Sabahan Bloggers heheh..done follow ya

    ReplyDelete
  4. Part baling boleh pecah kepala tu lawak.. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah! tapi betul Nesz sebab novel ni tebal dan berat 😂

      Delete
  5. boleh pinjam kah haha...best oh ni novel

    ReplyDelete
  6. uiks, tebal giler! 1 novel amik mase berape lame utk 'khatam'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tebal camni, baca time free dalam dua hari sebab nak hayati apa yang disampaikan oleh penulis 😁

      Delete
  7. gigih baca novel tebal2..dulu saya minat baca novel tapi ntah gi mana minat tu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah kurang baca novel, sy hanya baca yang menarik perhatian ja 😂

      Delete
  8. baca buku tebal2 lagi best lambat sikit habisnya. tapi banyak idea betul penulisnya buat buku setebal itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, respect dengan penulis yang gigih hasilkan novel yang tebal dengan isinya yang penuh penghuraian. Idea mencurah-curah 👍👍👍

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb