Wednesday, May 31, 2017

Kisah Solat Terawih

Assalamua'laikum

Dari kocik lagi, parents aku membiasakan kami 4 beradik untuk solat terawih secara berjemaah di masjid. Aku ni termasuk dalam golongan bebudak nakal, memang rasa malas ja nak join terawih di masjid ๐Ÿ˜‚

Bukan apa, yang jadi malas tu sebab 20 rakaat! Memang ngantuk gila jadinya. Apa taknya, selesai terawih jam10.30 malam ๐Ÿ˜’ Kadang-kadang, time sujud tu aku pejam mata kengkonon nak rehatkan mata supaya kurang mengantuk. Nasib baik tak tidur terus!

Aku selalu mengadu dengan my mom yang aku mengantuk time terawih tu. My mom cakap, "Tido la di saf belakang tu. Tiada juga yang marah". Tapiii, pandangan para nenek time tu tajam gila uollls! Seolah-olah bagi amaran kat aku, "jangan kau berani mau tido di belakang tu!" Dah time tu aku masih skola rendah, umo dalam 9-10 tahun. Takut jugalah dengan para nenek tu.

Tapi ada satu malam tu, tak tau la setan mana yang terlepas. Aku pegi garu kaki sorang nenek tu. Apalagi, terus report dengan my mom ๐Ÿ˜  Cis! Kena sebijik dengan my mom. Lepas tu memang aku diam ja la di masjid ๐Ÿ˜‚ First and last aku kacau orang time solat terawih

Kadang-kadang, aku bawa kakak atau adik aku ke tandas. Konon nak buang air kocik. Terperuklah aku dalam jamban tu 5-6 minit sambil berangan ๐Ÿ˜ Kah!

Pastu, ada satu ketika kami solat terawih di bangunan sekolah agama sebab masjid nak dibuat baru. Yeah! Yeah apanya, tak dapat aku nak lepak dalam jamban yang jauh nun di hujung pagar. Dah la gelap. Cis! ๐Ÿ˜’ Ada sorang kawan ni, time solat dia terkentut bunyi yang maha kuat. Aku dah tahan gelak time tu. Abis solat, para nenek kecoh bertanya siapa yang kentut tadi. Aku rasa time tu macam nak ketawa guling-guling ja. Sampai selesai terawih tu, kawan aku solat dengan air wudhu yang sudah terbatal gara-gara terkentut! ๐Ÿ˜œ

Aku rasa ni karma buat aku. Tak silap time tu aku dah di skola menengah. Kalau balik kampung, memang my mom angkut aku bawa pi terawih (aku budak asrama). Syiok aku ruku', tetiba terasa bahagian belakang aku dipukul guna payung. Pastu ada suara budak-budak lelaki ketawa. Cis, kuajo bebenor! Kalau aku tau siapa yang buat, siap! ๐Ÿ˜ก Dah lah berani masuk area solat pompuan.

Pastu, time solat juga pernah bebudak tu pi pasang mercun, crazy bom. Rasa macam nak sumbat ja crazy bom tu dalam bontot dorang sorang-sorang. Kot-kot time tu ada yang kena serangan jantung gara-gara terkujat, dorang tak fikir.

Tahun 2017 ni, aku semangat nak terawih. Kenapa? Sebab ada undian untuk 20 rakaat vs 8 rakaat. And yeeeha, 8 rakaat menang!

Nak kecam aku lettew gara-gara nak solat 8 rakaat ja ๐Ÿ˜‚ Ya, memang kita digalakkan untuk melakukan lebih banyak ibadah di bulan Ramadhan. Tapi, bila 20 rakaat tu ditunaikan tak ramai anak muda yang join solat. Lebih ramai yang melepak. Tapi, bila dah dikurangkan menjadi 8 rakaat, alhamdulillah aku tengok makin meriah masjid di kampung. Saf pompuan pun sampai 3 barisan. Alhandulillah, sebab tahun-tahun sebelum ni kadang satu saf pun tak penuh ๐Ÿ˜ข

Selesai solat sunat Terawih 8 rakaat, boleh menjamu perut dengan moreh yang disediakan. Tapi sebelum tu, ada tadarus Al-Quran. Siapa yang berminat, boleh join tadarus. Bapa aku cakap majority yang join tadarus ni adalah orang muda. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya takdalah dorang berjemaah melepak kan ๐Ÿ˜‰


Info:
Rasulullah mengerjakan solat sunat Terawih sebanyak 8 rakaat kerana tidak ingin memberatkan umatnya. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab, beliau menambah bilangan rakaat solat sunat Terawih menjadi 20 rakaat kerana berpendapat orang Islam pada zamannya tidak keberatan untuk menunaikan solat dengan bilangan rakaat sebanyak itu.

Jadi, boleh pilih nak 8 rakaat atau 20 rakaat. Jangan pula sampai bergaduh bermasam muka gara-gara tak sependapat.

Monday, May 29, 2017

Promosi Jubah Plain Beli 3 Percuma 1

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Assalamua'laikum

P R O M O S I  ABAYA MARIA BELI 3 PERCUMA 1 SEHINGGA 31/05/2017

๐Ÿ‘— Material: HEAVY PEACH KOSHIBO
๐Ÿ‘— WUDHU & NURSING friendly
๐Ÿ‘— POKET di sebelah kiri
๐Ÿ‘— 12 EXCLUSIVE colours

๐Ÿ‘‰ BLACK

๐Ÿ‘‰ OLIVE

๐Ÿ‘‰ PEACH

๐Ÿ‘‰ CREAM

๐Ÿ‘‰ MUSTARD

๐Ÿ‘‰ DARK BLUE

๐Ÿ‘‰ GREEN

๐Ÿ‘‰ BROWN

๐Ÿ‘‰ RED

๐Ÿ‘‰ TURQUOISE

๐Ÿ‘‰ PURPLE

๐Ÿ‘‰ DUSTY PINK

๐Ÿ‘— saiz dari S-M-L-XL-XXL!!!

*warna sedikit berbeza atas faktor pencahayaan

HARGA SEHELAI: RM75 sm, RM80 ss
FREE POSTAGE!

ig: @jubahplain

๐Ÿ“ฑ Whatsapp / Telegram: 0198934755

#jubahplainmurah
#abayamaria
#basicplainabayamaria
#jubahplainwudhuandnursingfriendly
#sayajualmurah
#abayamurahbawahrm100
#bridesmaidsdresses

Sunday, May 28, 2017

Awak Suka Saya Tak?

Assalamua'laikum


Awak Suka Saya Tak?

"Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil."


Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong, kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego?

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya... seorang hamba Allah yng penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku... sifuku... kekasihku. Kembalilah...

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini..." Hilman Yong.

"Don't worry, I won't kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadap dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha... saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes... from your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak ada selera dengan orang biadap. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong.

"Saya akui saya gembira bersama Mr.Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr.Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium... tetapi hanya di dinding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan... walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha.


Jujur aku katakan, aku tak terfikir pun nak beli novel ni! Baca sinopsis yang lain maciam tu, membuat hatiku tak tertarik pun nak beli ๐Ÿ˜œ Sinopsis dah lah macam tak best ๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž, tebal pula tu. Harga dah la mahal. RM35 sm, RM38 ss kau!!! Macam tak berbaloi ja ๐Ÿ˜’

T A P I, disebabkan penangan novel "I Love You, Stupid!" yang super duper best ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ menggagahkan juga diriku menghulur duit kepada cashier di Popular tu ๐Ÿ˜‚

Baca novel ILUS tu, pembacaan sampai ke hati weyh! Lain dari yang lain ๐Ÿ‘ Tu yang tetiba aku nak beli novel "Awak Suka Saya Tak?". Baca punya baca, dari muka surat awal hingga muka surat akhir... jalan cerita memang tak menghampakan ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘ Penceritaan yang sampai ke hati beb!

Novel hasil karya M E L U R  J E L I T A  ni memang lain dari yang lain. Kesemua novel MJ kena baca dengan mata hati dan mata akal. Baru korang akan nampak apa yang tersurat dan apa yang tersirat di sebalik penceritaannya.
Novel "Awak Suka Saya Tak?" ni aku bagi 9/10 ๐Ÿ˜ Kurang sikeeet dari novel "I Love You, Stupid!"

4 buah novel MJ yang berjaya kumiliki. Menggigil juga nak beli ๐Ÿ˜‚ Jangan terkujat, novel-novel MJ memang tebal ๐Ÿ˜ Kalau baling manusia, boleh pecah palo ๐Ÿ˜‚๐Ÿ‘













Friday, May 26, 2017

Air Tuak

Assalamua'laikum

Air tuak. First time minum time pergi Kelantan tahun 2015 tak silap aku. Masa tu tinggal kat rumah Hana Najwa. Kerabat Hana Najwa tanya, "pernah minum air tuak ka dak?" tapi dorang tanya versi klate la ๐Ÿ˜œ Sah-sah la aku tak pernah minum ๐Ÿ˜‚

Aku tau tentang kewujudan air tuak ni pun time baca novel 'I Love You, Stupid!'. Haaa, ni la salah satu kelebihan membaca. Dapat sedikit info tentang sesuatu yang kita tak tau ๐Ÿ˜‰

Aku try seteguk air tuak, perghhh manisnya ๐Ÿ˜ฑ
Dua teguk, macam rasa air tebu pon hado
Segelas, sodapnyaaa ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Dua gelas, rasa macam nak lagi
Tiga empat lima entah berapa gelas aku dah sumbat dalam perut ๐Ÿ˜‚ Tapi memang sodap ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜๐Ÿ‘ Lepas pekena air tuak entah berapa gelas, aku minum pula air kosong. Yo lahhh, air tuak manis gila. Kang kena kencing manis pula kang, naya!

Nuget try beberapa teguk terus menyerah ๐Ÿ˜‚ Tak ngam dengan tekak dia. Aku la dengan muka tak malu habiskan air dia ๐Ÿ˜œ Pastu kerabat Hana Najwa tanya lagi, "rasa apa?" Aku cakap manis-manis macam air tebu. Nuget plak cakap rasa macam air nipah/ nira. Aku bab rasa-merasa makanan ni memang fail, lagipun bab makanan aku tak cerewet. Tapi kalau memang tak sodap 99%, memang reject terusss!

Berbalik kepada air tuak,
Awasss!
Kalau lepas kau minum air tuak tu kau rasa macam mabuk-mabuk poning kepala, kepala terasa berpusing 450ยฐ haaa!!! Kau dah minum air tuak yang haram dan memabukkan. So, kalau nak try dan beli air tuak tu, kenal pasti siapa penjualnya ๐Ÿ˜‰ Pastikan halal wal toyyib k ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘

Info selanjutnya tentang air tuak ni, korang boleh la google sendiri ๐Ÿ˜œ 

Siapa pernah minum air tuak?




6 Perkara Yang Akan Terjadi Kalau THE MUMMY Muncul Di Malaysia. Yang Last Tu Macam Betul Je!

Sony Releases New Xperia Smartphone With Large 6" Screen

This Is Sonyโ€™s New Phone With The Worldโ€™s First 4K HDR Display

11 Things Desperate Malaysian Parents Do When Their Kids Canโ€™t Poop

[VIDEO] Seen This Mountain Dew Truck On The Road Before? Hereโ€™s What It Can Actually Do

Perodua Has An Enhanced Look For The Energy Efficient Bezza

Aneka Tips & Trik Di Dapur Dari Juara Masterchef Malaysia Chef Dr Ezani. Jom Tengok!

Jangan Biarkan Anak Anda Hadapi 5 Masalah Ini Di Sekolah

โ€œBila Nak Kahwin?โ€ - 5 Taktik Untuk Pastikan Soalan Tu Tak Stresskan Korang Raya Ni

Status Sebenar LoFattah & Kisah Peribadi Neelofa Lain Yang Bakal #FollowLofa Dedahkan

Wednesday, May 24, 2017

Dapat Gift dari Blogger Fieza Sani

Assalamua'laikum

02/05/2017

Dapat email dari blogger FS ๐Ÿ˜„

biar gambar yang menerangkan ๐Ÿ˜

Alhamdulillah, rezeki ๐Ÿ˜„ Tak sangka pula terselit sebagai 2 top pengomen di blog FS ๐Ÿ˜ Dapat gift pula tu ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘

Minggu ni, banyak sebab aku tak dapat nak BW. Mana yang sempat, aku singgahlah. Dengan line internet yang #%#*&%$# (Shida cakap, deras lagi air kencing mengalir ๐Ÿ˜‚), demam + selsema + batuk (mungkin perut terkujat sebab dah lama aku tak makan banyak dalam sehari ๐Ÿ˜‚ ehhh, ada kaitan ka demam dengan makan?), memang hilang mood aku nak BW ๐Ÿ˜’

Oh yaaa, sikittt I terlupa nak upload gift dari FS ๐Ÿ˜


Jeng
Jeng
Jeng







16/05/2017

Pejabat pos called suh ambik barang. Kat tempat aku ni, dorang tak antar barang ke rumah. Kita yang kena gi pejabat pos ambik barang tu ๐Ÿ˜‚


18/05/2017

Disebabkan aku domam, tertangguh-tangguhlah nak ambik barang di pejabat pos ๐Ÿ˜‚ Ni pun my mom yang ambik sebab kebetulan dia turun pekan. Dan...





Tadaaa
cantik ๐Ÿ˜ I โค Hatyai ๐Ÿ˜˜ Blogger FS baru balik bercuti di Thailand ๐Ÿ˜‰


Dalam tu, aku boleh sumbat dompet, fon ๐Ÿ“ฑ, bedak dan lipstick ๐Ÿ’„ Sebenarnya, aku sejenis manusia yang tak suka ber'handbag' kalau pegi memana ๐Ÿ˜œ Selalunya jalan-jalan bawa purse dengan fon ja. Yang lain tinggal ๐Ÿ˜ La ni, ada gift dari FS boleh lah aku sumbat bedak + lipstick.

ุดูƒุฑุง ูƒุซูŠุฑ ุนู„ู‰ ู‡ุฐู‡ ุงู„ู‡ุฏูŠุฉ. ุฌู…ูŠู„ ุฌุฏุง ๐Ÿ˜

Nanti senang-senang bolehlah korang singgah ke blog FS ๐Ÿ‘‰ http://www.fiezasani.xyz

Nak bagi aku gift? Aku terima ja tapi jangan sesekali bagi patung ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Wednesday, May 17, 2017

Bila Lecturer Tahu Nama Kau!

Assalamua'laikum

Bila lecturer tahu nama kau!

Seberapa ramai pun jumlah pelajar dalam kelas tu, seberapa banyak pun jumlah kelas yang diajar, para guru dan lecturer pasti akan ada yang ingat nama setiap pelajarnya ๐Ÿ˜๐Ÿ‘

"Bila lecturer tahu nama kau maka sengsara la kehidupan kau selama-lamanya"

Bagi aku, takdalah sengsara sangat kehidupan aku sebagai mahasiswi pabila lecturer tahu nama aku ๐Ÿ˜„ Best apa bila lecturer ingat nama kau! Lebih-lebih lagi lecturer yang ajar tu dari oversea dan kurang cakap Bahasa Melayu. 

Macam Dr Hamed, salah sorang pensyarah Usul. Aku bagi contoh Dr Hamed ๐Ÿ˜‚. Dia kenal dan tahu setiap nama pelajarnya. Fullname dia sebut weyh! Macam nama aku, Nurul Adibah. Dalam Bahasa Arab "ู†ูˆุงู„ุฃุฏูŠุจู‡", jadi sebutannya "nuradibah" tak terdengar sangat "nurul" tu ๐Ÿ˜‚

"ya Nuradibah Abdullah"
"ya Nurakmal Abdul Hamid"
"ya Nurfarhana Abdul Razak"
pelolesss lah SANGATTT! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜œ

Kami bertiga memang selalu bersama, jadi Dr Hamed mesti akan sebut nama kami berturut ๐Ÿ˜‚ Dahlah nama start huruf "N" ataupun "ู†", nama bapa pula start dengan "Abdul" ๐Ÿ˜‚ 


Dr Hamed ni dia kenal dengan pelajarnya dan tahu apa kelebihan dan kelemahan setiap pelajar. Kalau pelajar yang so-so dalam bertutur dalam Bahasa Arab, dia akan sedaya upaya berbual menggunakan perkataan Arab yang mudah dan senang untuk difahami. Takdalah sampai kau terkebil-kebil, tersengih-sengih tak faham apa yang ditanya. Sampai ke akhirnya, kau boleh bercakap Arab dengan lecturer walau tak lancar bercakap seperti air yang mengalir, tapi dah ada keberanian dan keyakinan ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘ Yeah!

Pastu, lepas Dr terangkan tentang madah yang diajar, dia secara random akan sebut nama pelajar untuk sesi soal jawab. Memang sorang pun takkan terkecuali! 

Tapi ada satu hari ni, Dr Hamed tanya something kat aku dan DikMal time dalam kelas. "Hah?" ja yang mampu aku sebut time tu sebab tak faham. DikMal pun geleng-gepeng kepala. Rupanya, Dr Hamed tanya "mana lagi sahabat kamu sorang tu (Hana Najwa)?" Dr tanya dalam Bahasa Arab 'Amiyah, manalah kami faham. Pelajar lain dalam kelas tu pun diam-diam. Samada dorang tak faham atau malas nak translate kat kami ๐Ÿ˜‚

Bahasa Arab 'Amiyah ni macam bahasa pasar, macam bahasa pertuturan kita yang tak formal. Kalau belah Utagha, lain bahasanya. Sebelah Pantai Timur, beza lagi.


Bahasa Arab fusha/fushah adalah bahasa formal, bahasa yang digunakan dalam Al-Quran. Sebab tu blur bila tetiba Dr cakap Arab 'Amiyah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜œ

Tang mana sengsaranya pabila lecturer tahu nama hang? Best wooo sebenarnya ๐Ÿ˜‰

Ada sebenarnya gambar kami bertiga dengan Dr Hamed, tapi laptop aku dah format ๐Ÿ˜ข Orang kedai tu pula tak back up file dalam tu ๐Ÿ˜ญ

Sunday, May 14, 2017

Hari Ini Hidup Untuk Makan

Assalamua'laikum

13/05/2017
Hari ini hidup untuk makan. Dari pagi sampai ke malam, asyik makan memenuhkan perut di rumah orang kenduri. Dekat nak puasa ni, memang akan ramai orang buat kenduri di hujung minggu ๐Ÿ˜„

pinjam gambar Roy tempek di sini

1000 am
Rumah pertama hari ni, hanya selang dua buah rumah. So, exercise jalan kaki ๐Ÿ˜ Menu pula yang aku ingat ada nasi, ayam, sayur manis. Aku ingat sebab aku hanya makan tu saja di rumah pertama ๐Ÿ˜‚ Sebab duduk dekat dapur, dekat dengan sinki jadi aku makan guna tangan. Dan aku perhati sekeliling, ohhh hanya aku yang makan guna tangan. Yang lain guna sudu โ˜บ Alhamdulillah, pinggan dah licin dan perut kekenyangan tapi dapat kurasakan perutku masih ada ruang untuk menyumbat kuih-muih. Makan sebiji kuih ntahakutaktahunamaapakuihtu, pastu makan lagi sebiji kuih bom. Ok, dah sudah! Perut kenyang, rehat kejap then minta izin untuk pulang ke rumah. Sebelum chow, saling bersalaman untuk eratkan ukhuwah. Manatau melekat sorang jadi mak mertua aku ๐Ÿ˜œ Ohhh ya, air yang disediakan air berperisa sarsi tapi rasa macam terlebih manis ๐Ÿ˜ Atau kemanisan air tu dah bercampur dengan kemanisan diriku. Ecewah ๐Ÿ˜

1400 pm
Rumah kedua pula, mama tua aku buat kenduri sempena dia nak ke tanah suci. Mama tua ni isteri kepada arwah abang sulung my mom. Sebelum makan nasi, aku sumbat dulu kuih-muih ke dalam perut. Ntah berapa biji malas aku nak kira ๐Ÿ˜ Dah selesai baca doa, duluan kan orang tua-tua ambik makanan. Ingat wahai orang muda, sentiasa dahulukan orang tua! Mana tahu, salah sorang tu bakal mak mertua. Kah! Rumah kedua ni, aku hanya ambik nasi, ikan 2 ketul, ayam seketul, telur rebus sebiji bulat, kerabu mangga. Banyak lagi pilihan lauk yang lain, tapi jangan jadi tamak! Semua lauk nak ambik! Kang tak habis, membazir ๐Ÿ˜ข Isy isy isy... jangan jadi kawan syetonirrajim yang suka membazir! Pinggan dah licin, aku sumbat lagi perut dengan beberapa biji kuih. Ohhh, ini betul-betul kekenyangan seperti ular sawa ๐Ÿ˜‚ Rumah kedua ni menyediakan air perisa oren tapi manis!

2000 pm
Kenduri di rumah sepupu my mom. Anak kepada sepupu my mom ni kawen dengan anak mama tua (rumah kedua). Kiranya mama tua dan sepupu my mom berbesan. Besan k bukan besen! Makanan kat sini aku suka ๐Ÿ˜ Ada pilihan, kalau dah kenyang makan nasi di siang hari boleh makan soto atau bubur ๐Ÿ˜ Memula, aku ambik bubur kacang 2 mangkuk. Semangkuk untuk my mom, semangkuk lagi untuk aku. Dah habis bubur semangkuk, aku ambik dan makan lagi soto semangkuk ๐Ÿœ Nyumnyumnyum, sodap ๐Ÿ˜ Pastu aku minta bubur my sis. Macam tak cukup, aku tambah lagi semangkuk. Alamak, terlebih kenyang dah ni! Makanan lain aku dah tak pandang. Lagipun aku lebih suka makan bubur dan bubur tu pula dimasak cair ๐Ÿ˜๐Ÿ˜„ Di rumah ketiga ni, aku tak minum air sebab dah terlebih kenyang! Terkenyang tanpa sengaja!


Balik rumah, layan bola Piala FA dengan bapa โšฝ TV3, Negeri Sembilan vs Pahang. TV9 pula, Terengganu vs Kedah. Tak sabar nak tunggu final nanti, Kedah vs Pahang ๐Ÿ˜ #pulunkedahpulun Bapa berulang kali ingatkan supaya bangun jam 3 untuk call si Qayum (my adik bongsu dan satu-satunya adik lelaki) yang akan balik pada 14/05/2017 ni. Flight dari KL dalam jam 7 lebih. So, dia plan nak pi KLIA 2 dalam jam 3 pagi ๐Ÿ•’

Lepas bola habis, gigih aku taip entry ni tapi disebabkan terlebih kenyang aku tertidur.

14/05/2017
Aku terbangun kemudian cepat-cepat matikan suis 'tab' yang dicas. Aku cari fon bapa untuk ganti cas tapi tak jumpa. Aku tengok jam di dinding, ohhh jam 0305 am rupanya. Terus aku tidur balik sebab memang rasa kenyang dan malas. Dalam jam 5 lebih, aku terbangun sebab dah masuk Subuh. Pastu bapa tanya, ada call si Qayum tadi? Astagaaa ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ (bukan bermaksud 'astagfirullah', tapi orang Sabah suka cakap astagaaa. Stacy time AF dulu pun selalu sebut) Kelam kabut aku call si Qayum. Call dan terus call, akhirnya panggilan yang ke-11 baru si Qayum angkat. Rupanya dia baru keluar dari toilet. Alamak, sorry Qayum ๐Ÿ˜‚

Lepas bapa bercakap dengan si Qayum, nampak sinar kelegaan dan keceriaan di wajah bapa. Biasalah, satu-satunya anak lelaki dah habis study dan nak pulang ke kampung ๐Ÿ˜ Buka mata tutup mata buka mata tutup mata, kasi exercise dulu mata ๐Ÿ‘€ Sepatutnya entry ni aku publish pada 13/05/2017, tapi disebabkan tertidur maka terpaksalah aku publish pada 14/05/2017.

Sebab tu Rasulullah SAW pesan, berhenti makan sebelum kenyang!

Friday, May 12, 2017

Jubah Plain Koshibo Murah

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Assalamua'laikum


๐ŸŒท KENAPA PERLU MEMILIH ABAYA MALIZA???

๐Ÿ‘— Material: heavy peach KOSHIBO

๐Ÿ‘— WUDHU & NURSING friendly

๐Ÿ‘— cutting A

๐Ÿ‘— POKET di sebelah kiri

๐Ÿ‘— setiap colour ada DUA DESIGN TANGAN (getah & zip)

๐Ÿ‘— 18 exclusive colours
*warna sedikit berbeza atas faktor pencahayaan

โžก SHOCKING PINK

โžก DEEP PLUM

โžก MEDIUM ROYAL BLUE

โžก MAROON

โžก OLIVE

โžก ROYAL BLUE

โžก DARK MAGENTA

โžก SEA GREEN

โžก DARK GREY

โžก CADET BLUE

โžก BLACK

โžก WHITE

โžก DENIM

โžก PLUM

โžก MOSS GREEN

โžก CARAMEL

โžก MINT

โžก FRENCH ROSE 

๐Ÿ‘— Size: S-5XL!!!

Harga yang kami letak sangat berpatutan:

Tangan getah: RM60 sm, RM65 ss
Tangan zip: RM65 sm, RM70 ss

Harga untuk size 3XL-5XL:
Tangan getah: RM65 sm, RM70 ss
Tangan zip: RM70 sm, RM75 ss

HARGA BORONG 5 HELAI & KE ATAS:
Tangan getah: RM55 sm, RM60 ss
Tangan zip: RM60 sm, RM65 ss

Harga untuk size 3XL-5XL:
Tangan getah: RM60 sm, RM65 ss
Tangan zip: RM65 sm, RM70 ss

HARGA BORONG 12 HELAI & KE ATAS:
Tangan getah: RM50 sm, RM55 ss
Tangan zip: RM55 sm, RM60 ss

Harga untuk size 3XL-5XL:
Tangan getah: RM55 sm, RM60 ss
Tangan zip: RM60 sm, RM65 ss

FREE POSTAGE! 

๐Ÿ“ฑ Whatsapp / Telegram: 0198934755
IG: jubahplain



#jubahplainmurah
#jubahmurah
#jubahmurahmalaysia
#abayamaliza
#basicplainabayamaliza
#jubahplainwudhuandnursingfriendly
#sayajualmurah
#abayamurahbawahrm100
#bridesmaidsdresses
 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb