Sunday, April 30, 2017

Triple Tap

Assalamua'laikum

Sejak akhir-akhir ni, memang aku asyik layan cerita Cina. Macam time kocik-kocik dulu. Zaman sebelum layan drama dan filem Korea 😜

T R I P L E  T A P 🔫

Entah berapa kali aku tengok cerita ni. Jalan cerita tak jugalah best sangat, tapi tetap nak layan 😂

Cerita ni bermula dengan investment banking hotshot, Ken join shooting competition 🔫. Jerry, seorang polis pun join juga dan dapat tempat kedua. Kalah kepada Ken. On the way pulang dari competition tu, Ken nampak satu van yang bawa bon telah dirompak 🚃. Masa tu, polis belum sampai di tempat rompakan sebab ada satu tempat berlaku runtuhan 👮. 

Kesemua manusia dalam van tu ditembak mati. Seorang anggota polis, Billy dari tempat runtuhan ke tempat rompakan juga telah ditembak oleh perompak. Dengan kepakarannya, Ken berjaya membunuh perompak dalam 3-4 orang macam tu. Hanya ada seorang yang terlepas dan berjaya melarikan diri. Lepas Ken selesai buat panggilan kecemasan, barulah muncul polis dalam 2-3 orang. Ken ditahan sebab memiliki senjata api.
Tapi, lepas tu Ken dilepaskan sebab dia dari shooting competition dan Jerry jadi saksi. Ken bagi bayangan wajah perompak yang berjaya melarikan diri. Ken terpaksa dilindungi polis sebab perompak tu pernah datang ke rumah menyerangnya. 
Pompuan ni cintakan Ken

Tapi, Ken ada girlfriend cantik 💗
Rupanyaaa...

Perompak tu adalah kawan Ken. Bila rompakan tu dah tak terkawal, Ken terpaksa bunuh perompak yang lain. Mereka rancang nak bunuh Billy yang koma di hospital kerana...

Ken terpaksa bunuh kawannya sebab asyik berperangai menyakitkan palo otak XD Jerry berjumpa bertentang mata dengan Ken untuk berbincang mengenai rompakan tu, Ken pula dengan hati terbuka menceritakan tentang bagaimana rompakan tu berlaku. Lepas tu, Jerry cari jalan bagaimana nak tangkap Ken atas jenayah yang dilakukan. Ken balik ke rumah dan berbincang dengan girlfriendnya untuk pindah ke Thailand (tak silap aku).
Jerry, dalam Polis Story dia bawa watak jahat 

Girlfriend Ken cakap, dia kena ke hospital untuk menjaga Billy yang telah sedar dari koma. Malam tu, Ken secara senyap ke hospital untuk bunuh Billy sebab Billy satu-satunya saksi rompakan tersebut dan dia tahu Ken dan perompak tu bekerjasama. Padahal sebenarnya, Billy telah mati sebab time rompakan tu Ken tembak otak Billy. Perlahan-lahan, otaknya mati akibat kesan tembakan.

Jerry cakap dengan girlfriend Ken; untuk pastikan Ken terlibat dalam rompakan tu, hanya perlu bagitau Ken yang Billy telah sedarkan diri. Kesian juga tengok girlfriend dia, dalam tak sedar rupanya orang yang disayangi adalah penjenayah.

T R I P L E  T A P ni aku bagi 7/10 XD




[VIDEO] Bachelor Pad: Perlukah Anda Jujur Dalam Relationship Cinta Anda?

13 Best Tailors In KL And PJ For Suits With A Perfect Fit

Nak Dapatkan Onion Rings Yang Rangup Dan Penuh 'Flavour' Ada Caranya. Cuba Resipi Ini!

Swap Your 3G SIM For A Maxis 4G SIM To Win RM1,000,000 Before 21 May 2017

4 Malaysian Women With Stunning Youthful Skin. 1 Beauty Secret. Want To Find Out?

Friday, April 28, 2017

Mad Detective

Assalamua'laikum


Bila tengok tajuk, rasa macam best ja jalan cerita. Terus hati confuse nak tengok Cina TV2 atau TV3. 'Once Upon A time In China' pun best juga 😍 Tapi, 'Mad Detective' ni buat aku curious 😏 Last2 aku layan TV2 😂

Kisahnya tentang Tn Bun yang menyiasat dengan cara tersendiri. Ada satu kes di mana mayat ditemui dalam bagasi. Jadi, dia sumbat badan dia dalam bagasi dan minta tolong Ho Ka-On golekkan bagasi tu di tangga. Entah berapa tingkat, aku lupa nak kira 😂 Keluar dari bagasi tu, Tn Bun dah tau siapa pembunuhnya.
Ho Ka-On

Pastu, Tn Bun dipaksa bersara sebab potong sebelah telinganya dan hadiahkan telinga tu kepada bos 😂👂Lepas 5 tahun bersara, Ho Ka-On minta tolong Tn Bun untuk menyiasat kes Wong Kwok-Chu, anggota polis yang hilang selepas mengejar pencuri. Terdapat kes rompakan, dan dipercayai mangsa telah ditembak menggunakan pistol Wong Kwok-Chu.

Jadi, Tn Bun syak Ko Chi-Wai yang bunuh Wong Kwok-Chu sebab malam tu dorang berdua yang bertugas dan kejar pencuri tu. Tn Bun seorang yang special, sebab dia dapat supernatural gift yang mana dia boleh nampak hidden ghost dalam diri seseorang. Dalam diri Ko Chi Wai, Tn Bun nampak ada 7 roh 😱

Aku perhati gaya Tn Bun menyiasat, dia akan lakon semula cara pembunuhan. Dari situ, dia akan tahu apa yang telah berlaku 😏
Tn Bun

Entah berapa kali Tn Bun order makanan ni sebab nak dapat petunjuk 😂 

Tn Bun tinggal dengan 'isteri fantasi'. Bila Ho Ka-On terjumpa dengan bekas isteri Tn Bun, start situ dia dah ragu-ragu dengan Tn Bun. Ho Ka-On pergi jumpa Ko Chi-Wai dan ada benda yang buat dia berfikiran negatif pada Tn Bun 😢 Tn Bun nampak dalam diri Ho Ka-On ada roh budak yang penakut, ragu-ragu.
Ko Chi-Wai yang pandu kereta, di belakang tu adalah 7 roh dalam badannya. Dan roh pompuan tu yang ketua. Budak sebelah Ko Chi-Wai adalah roh dalam badan Ho Ka-On.

Tapi, memang aku geram gila dengan si Ho Ka-On ni. Langsung tak percaya dengan kata-kata Tn Bun. Isteri fantasi Tn Bun sebenarnya tak benarkan Tn Bun untuk tolong kes ni, sebab dia macam dapat agak yang Tn Bun akan mati 😢

Ending, semua mati kecuali Ho Ka-On. Roh pompuan yang jadi ketua roh dalam badan Ko Chi-Wai mengawal pemikiran Ho Ka-On lepas kejadian tu. Bila ending macam tu, rasa macam membazir layan 😂 Tapi kalau tak layan, tak lah tau jalan cerita macam mana kan 😉 Mad Detective ni aku bagi 5/10 😁

Habis cerita tu, cepat-cepat aku tukar TV3 layan Once Upon A Time In China. Ini lagi syiok!

Monday, April 24, 2017

Bersin Speaker

Assalamua'laikum


Aku tak tahulah kenapa, kalau aku bersin memang kuat 😱😢 Even aku tutup mulut, tetap juga bunyi bersin versi speaker 📢📢📢

Pernah sekali time kelas Usul Fiqh, Dr Hadi sedang memberi penerangan. Tetiba, aku rasa nak bersin. Cecepat aku tutup mulut untuk elak 'bersin speaker'. Tapi mengecewakan...

Makin menunduk aku tengok buku 😂

Dr Hadi yang kusyuk menerangkan di depan kelas, tetiba stop. Aku berhenti menulis dan angkat kepala. Rupanya, Dr Hadi tak dapat nak tahan gelak lepas aku bersin tu 😭😭😭

"Orang Sabah memang bersin kuat eh?"

Malunya!!! Tersengih jual gigi ja la aku 😂

Kawan aku pernah tanya, "Dib, macam mana kalau ang bersin time atas pentas (konvo) nanti?" Nasib baik aku bersin sebelum naik pentas 😒
saja tempek gambar konvo dolu-dolu 😉





Siapa pernah 'bersin speaker' di kelas atau tempat umum?





Saturday, April 22, 2017

Apa Kata Anda?

Assalamua'laikum

Saja letak 😏

Stress si Shida oleh aku 😂 Kah!

Korang suka reply whatsapp/ mesej/ telegram atau apa saja secara ringkas macam aku atau panjang-panjang macam Shida?

Dan korang suka direply ringkas atau panjang? 

Kenapa? 😏

Oh ya, tengok penggunaan 'bah' tu di mana 😉




Friday, April 21, 2017

5 Waktu Tidur Yang Dilarang

Assalamua'laikum

Tidur merupakan salah satu dari hobi aku. Siapa tak suka tidur kan 😉 Walaupun tidur tu ibadah, tapi perlu elakkan dari tidur dalam waktu yang dilarang.


1) Tidur selepas makan.
= Nak jadi ular sawa? 🐍

2) Tidur sepanjang hari.
= Umpama hidup untuk tidur 😂

3) Tidur selepas solat Subuh dan awal pagi.
= Dah kusyuk tidur, manalah ada masa nak buka pintu untuk rezeki masuk 😒 Tu yang rezeki lari

4) Tidur pada waktu Asar.
= Masa form 1, aku pernah tertidur lepas Asar. Sekolah menengah aku merupakan sekolah berasrama penuh. Masa tu, aku duk katil atas. Bangun dari tidur, rasa pelik sebab bilik sunyi dan gelap. Hanya ada cahaya lampu koridor 💡

Tetiba, terdengar suara orang mengaji dari masjid sekolah. "Ohhh, Subuh dah" dalam fikiran aku. Tapi, kenapa tiada satu orang pun yang kejutkan aku? Cepat-cepat aku pakai telekung nak pergi masjid. Tak turun kang dianggap escape, pastu didenda 😒

Bilik aku di tingkat tiga, P-3-7. Otw nak pergi tangga, secara tiba-tiba sel-sel otak aku berhubung. Rupa-rupanya, bukan waktu Subuh tapi dah nak masuk Isyak. Kelam-kabut aku pergi balik ke bilik untuk menyarung pakaian prep malam (baju kurung atau jubah). Tudung aku tak jumpa sebab gelap, hanya mengharapkan sinaran lampu koridor. Nak pasang lampu, kang kantoi pula dengan warden. Rembat ja tudung yang ada disangkut di katil 😂

Masa tu, aku hanya fikir nak cepat chow dari asrama tu. Seram rasanya bila hanya kau sorang saja di sana 😨 Nasib baik gate asrama tak kunci. Sampai kat masjid, aku tengok diri aku rupanya pakai tudung sekolah. Siap ada lencana lagi 😂 Nakal-nakal aku pun lencana tetap lekat di tudung 😏

Malam tu, aku tanya dengan orang bilik kenapa tak kejut aku untuk turun ke masjid dan prep. Dorang cakap, dorang tak perasan kewujudan aku sedang tidur di katil 😭 Dorang ingat aku dah turun!

Sejak dari tu, aku akan elakkan dari tidur selepas Asar ❌

5) Tidur sebelum solat Isyak.

Thursday, April 20, 2017

Pulangkan!

Assalamua'laikum

Bercuti ke luar negara dengan pakej promosi 😉 Tempah sebelum 01 Mei 2017 😱
👉 Klik sini 👈

Ingat lagi dengan cerita seram 'Pontianak Harum Sundal Malam'? Meriam bila jadi pontianak selalu sebut 'pulangkan, pulangkan'. Biar dah jadi pontianak, tetap memburu si pencuri yang mengambil hak milik dia. 


Ni kesemua novel Siti Rosmizah 📖. Semua novel dia aku dah baca 😍 Sebab terlalu best, aku beli setiap novel Siti Rosmizah. Alhamdulillah, semua dah dalam simpanan kecuali novel 'Lafazkan Kalimah Cintamu'. 

Tapi dah masuk setahun lebih, hanya ada 2 novel Siti Rosmizah dengan aku. Mana pergi yang lain? 😡 Dah pinjam, tak reti nak pulangkan semula!

hakak Meriam merayu pulangkan novel NourAdieb 😢

Apa, taknak pulangkan??? 😠😠😠

hakak Meriam dah murka ni!!!

gedebush gedabash 👊👊👊 hambek ni tumbukan padu dari hakak meriam 😏 dah tahu pinjam barang orang, pandailah pulangkan kembali pada tuannya! 

Kepada sesiapa yang ada hobi suka pinjam barang orang tapi tak pulangkan semula kepada tuannya, mohon bawa-bawalah sedar diri tu k 😒 Jangan terus jadikan hak milik sendiri. Tak tenteram hidup kau 7 keturunan dihantui hakak Meriam 😡

Tuesday, April 18, 2017

Cinta Kau Dan Aku

Assalamua'laikum

Cinta Kau Dan Aku 💘 Siapakah 'kau'? Dan siapakah 'aku'?

Cinta Kau dan Aku merupakan novel kedua novelis Siti Rosmizah selepas novel 'Andai Itu Takdirnya' 📖. Duk hostel dulu-dulu, manada tv nak layan. Godek-godek youtube, jumpa pula drama 'Cinta Kau dan Aku' ni. Try la tengok 1-2 episode, eh eh macam best ja macam syiok ja 😄

Kalau tengok kat drama, tak banyaklah yang sweet. Yang banyaknya kisah brutal 😂👊 Drama dan novel aku bagi 7/10 😏 Terus cecepat aku pegi popular beli novel 😜

Farisya ni minat sangat keja jadi driver. Dia lebih gemar berseluar jeans dan memakai t-shirt 👕, pastu sarung baju kemeja di bahagian luar tanpa dibutang. Topi oren kesayangan sentiasa di kepala.

Jodoh Farish Farisya ni bermula tatkala Farish tak sengaja terlanggar Farisha depan pintu lif. Sebab nak cepat, Farish tak sempat nak minta maaf. Tu yang buat Farisya naik angin selamba dia masuk bilik CEO cari Farish. Cakap punya cakap Farish terima Farisya jadi driver 😄.

Sampailah satu hari ni, sepatutnya Farisya nikah dengan Zack Kapcai tapi Farish ambil alih tempat Zack. Maka, bergelarlah mereka suami isteri 💑. Tak lama dorang kawen, muncul pula Farah (adik Farish 👧) dan Suraya (bekas tunang Farish 👩).

Macam nak tampar-tampar ja Suraya tu 👩✋ Dah dia yang tinggalkan Farish demi lelaki lain, lepas tu muncul balik musnahkan rumahtangga orang 💔😠 Sama juga macam Farah, nama ja adik-beradik tapi sanggup fitnah kakak ipar sendiri kerana dendam 😡

Macam-macam dibuat supaya Farish Farisya berpisah hinggalah rancangan mereka berjaya 😢 Malam tu, Farish Farisya gaduh depan Farah dan Suraya sampai buat Farisya mengamuk gila-gila. Farisya tertumpahkan air atas peha Suraya tak silap aku. Menggediklah Suraya kononnya kepanasan.

"Air tak panas mana, tapi gatal yang lebih"

Part ni aku suka Farisya cakap macamtu. Cecepat dia pegi dapur ambil air panas mendidih nak siram Suraya. Terus Farish tolak Farisya sampai jatuh terhentak kuat dan air tu tumpah di area betis Farisya.

Saat tu, hati Farisya dah retak sejuta, pedih seperti dihiris sembilu terus keluar dari rumah tu dengan kaki yang melecur 🏠. Farisya bawa diri pi kedai burger Zack 🍔. Sebab Suraya dan Farah tau Farisya akan lari pi sana, dorang upah kawan Zack untuk bagi pil tidur 💊. Bila Farish cari Farisya di kedai burger Zack tu, dia nampaklah dorang berdua tidur sama-sama. Padahal kalau tengok, nampak sangat dorang diperangkap 😢

Esoknya, kelam kabut Farisya balik rumah 🏠. Tak sempat masuk rumah, dapat surat cinta yang ditinggalkan oleh Farish 📝. Farish ceraikan Farisya dengan talak 1. Cecepat Farisya pegi KLIA untuk memujuk Farish.
ni scene lepas baca surat berserta lafaz cerai Farish

Penat aku taip 😂 Bacalah sendiri novel tu, tak pun layan drama tu 😏 Kalau dalam drama, aku suka part Farisya tampar Suraya. Pastu dia nak tumbuk Farish.

"Tapi satu aje yang aku bersyukur sangat sekarang ni, sebab aku tak ada zuriat dengan kau. Memang wajarlah Tuhan tak berikan aku anak dengan kau sebab perempuan macam kau sememangnya tidak layak untuk mengandung zuriat aku"

Gila kejam ayat Farish ni 👆, padahal dia tak tahu pun yang Farisya keguguran pada hari yang sama dia diceraikan. Keguguran kerana hentakan yang kuat dan pil tidur yang berlebihan. Siapa punya angkara? Haaa, siapa?!!!
yang ni time kebenaran terbongkar. Farish nak nikah dengan Suraya, Farisya nak nikah dengan Cikgu Zul 


Sinopsis di novel:

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati tulus yang abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang".

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Harga:
RM19.90 sm
RM22.90 ss





Monday, April 17, 2017

The Black Eyed Child

Assalamua'laikum

Anak matanya hitam 👀 Kisah 'The Black Eyed Child" tidak asing lagi dalam kalangan penggemar cerita horror 👻 Adakah kisah ini satu realiti atau hanya sekadar cerita rekaan sahaja?

Bagi aku, kisah mata hitam ini sememangnya wujud. Bukan dalam kalangan kanak-kanak, tetapi salah seekor kucing yang kami pelihara 🐱.


Kami namakannya 'Si Mata' kerana kelainan pada matanya 🐱 Memang sejak kecil lagi matanya macam tu. Bawa check pi klinik, doc bagitau masalah selaput mata bla bla bla. Aku tak ingat dah penerangan doc tu 😜


Kerana kelainan yang dimilik Si Mata, dia selalu dibuli kucing lain di rumah ni. Kalau kucing jiran sebelah datang rumah, memang Si Mata ni lah jadi mangsa belasah 😠. Luka sana sini 😢


Si Mata kalau dari jarak jauh, dia tak nampak. Hanya guna deria hidu & dengar 👃👂 Selalu mengalah dengan kucing lain. Tapi dia pun ada had marah 😂 Kalau dah tak dapat tahan marah, memang dikejarnya musuh sampai dapat 😏


Bila dah selalu bergusti 👊, mulalah mengancit (kencing) sana-sini. Tabah ja la nak bersihkan rumah tu 🏠 Tapi sekarang, jarang-jarang dah bergusti. Nasib baikkk... tak lah penat nak bersihkan bekas dia mengancit tu 😷


Si Mata sekarang ni sudah join golongan pipi pau 😂 Lemak naik pi peyut & pipi 😍 Si Mata ni, kalau kau panggil dengan nama lain dia tak menyahut. Kena lagau (panggil) "Mataaa" dengan versi tersendiri baru dia akan bagi reaksi dan membalas dengan "mengiau". Yolah mengiau. Kalau tetiba dia menyahut "apa?" memang tobat aku nak pelihara kucing 😂

Friday, April 14, 2017

Legendary Assassin

Assalamua'laikum

Setiap hari Khamis malam Jumaat, jam 10 malam akan ada cerita Cina di TV2 dan TV3 🕙📺. Selalunya aku layan yang TV3 punya. Minggu ni, cerita 'Flash Point' di TV3. Aku layanlah dengan parents sebab watak utama si pelakon IP Man tu, eh eh ada juga pelakon Rob-B-Hood yang dengan Jackie Chan tu 😉


Macam nda berapa menarik minat aku, aku info TV2. Tengok tajuk 'Legendary Assassin'. Aku terbayang sudah cerita cina tentang sejarah dulu-dulu 😜 Terus aku tukar siaran tengok TV2 😁 Tinggal aku dengan bapa ja yang layan. Mama pula surrender nda tahan mengantuk 💤💤💤

Sekali tengok, aikkk ini cina moden pula punya cerita 😂 Pakai kot segala. Tapi sebab Wu Jing yang berlakon, aku rasa cerita tu best 😍


First time tengok cerita yang Wu Jing berlakon, dia bawa watak jahat. Kenapalah orang cute jadi jahat 😂 Nda sudah aku ingat tajuk cerita tu. Sebab dia cute la aku layan cerita 'Legendary Assassin' ni 😏 Lagi satu, yang unik di celah-celah Cantonese terselit Mandarin 😁

Dalam dunia sebenar pun, nda semestinya muka bengis ja yang jahatkan 😉.

Alkisahnya tentang 'Legendary Assassin' ni:

Bo (Wu Jing) pergi ke satu pulau untuk mencari Tuan Ma. Bila sudah jumpa, mestilah ada adegan bertumbuk bergusti 👊 Last-last, Tuan Ma tumpas dan Bo terus penggal kepala Tuan Ma sumbat dalam beg yang dia bawa.

Cepat-cepatlah si Bo ni pegi jeti mau naik feri untuk chow dari pulau tu. Tapi teda sudah feri time tu. Jadi, si Bo ni kena naik feri yang hari esok punya 🚢. Dia jalan-jalan di pulau tu sambil bawa beg yang ada isi kepala Tuan Ma 😂

Pastu, dia ternampaklah si Hiu Wor (Celina Jade) ni atas pokok mau pujuk kucingnya supaya turun. Eh eh, tergelincir pulak dari pokok tu 😂 Jatuh atas belakang Bo pula tu 😠

Hiu Wor bawa Bo pi satu kedai makan 🍜 Di radio time tu, berita tentang rompakan. 3 perompak tu duduk makan sekali di kedai makan tempat dorang. Si Hiu Wor ni keja polis, jadi dia semangat mau tangkap 3 perompak tu. Semua perompak tu tumpas di tangan si Bo.

Hiu Wor ni suh si Bo pegi balai polis untuk bagi keterangan. Ada sorang polis ni nama Tarzan, punya main jealous dengan si Bo. Nda dia suka langsung dengan si Bo. Lagipun Tarzan ni suka tarik perhatian Hiu Wor, padahal Hiu Wor sudah jatuh hati dengan si Bo 😝

Si Bo teda tempat menginap untuk malam tu. Jadi, dia duk di balai polis tu sebelum dapat tempat untuk bermalam. Ngam-ngam birthday si Hiu Wor. Si Tarzan belikan kek dan dorang celebrate ramai-ramai di balai tu 🎂 Si Bo tenung ja si Hiu Wor yang happy time tu. I is jealous k!

Pengikut Tuan Ma sibuk cari kepala Tuan Ma. Sana-sini dorang cari si Bo. Esok pagi, ramai polis pegi pulau tu sebab ada kejadian di balai polis tempat si Hiu Wor bertugas. Terbongkar habis tentang kes Tuan Ma. Si Tarzan ni memang syak si Bo ada kaitan dengan kematian Tuan Ma.

Bo sudah sampai di jeti dan lepas dari pemeriksaan polis. Tapi tiba-tiba dia ditahan sebab Tarzan gitau ketua polis yang dia syak si Bo. Adalah adegan polis berlari ke jeti untuk dapatkan si Bo tapi si Bo rileks ja 👮. 

Aku yang kacut parut (kecut perut) tengok si Hiu Wor check beg si Bo. Sekali buka, isinya hanya bola bowling tu 😂 Jadi, dapatlah si Bo naik feri tu. Pengikut Tuan Ma sudah siap menunggu Bo di jeti seberang untuk ambil balik kepala Tuan Ma tapi nda berjaya. Bo dapat lepaskan diri. 
Cute kan si Bo 😍 Time ni dia cerita dengan 'kawan' yang dia happy dengan percutian di pulau dan dia dapat dengar lagu 'Happy Birthday'


Hiu Wor dijadikan tebusan untuk dapatkan Bo. Bini Tuan Ma mau balas dendam untuk lakinya 💑
Bo kena lawan beratus orang untuk selamatkan Hiu Wor. Bertumbuk bergusti sampailah akhirnya Bo macam nyawa-nyawa ikan sudah 👊. Lutut dia sudah cedera teruk, jadi nda dapat berdiri dengan betul. 

Time ni hujan, tu darah dari lutut si Bo


1) Kenapa Bo bunuh da  penggal kepala Tuan Ma?
2) Di mana Bo tapuk (sorok) kepala Tuan Ma?
3) Kenapa dia happy dengar lagu 'Birthday'?
4) Apa pengakhiran cerita ni?






Tuesday, April 11, 2017

Belajar Bahasa Sabah

Assalamua'laikum

Godek-godek facebook Nuget tadi, tetiba aku nampak ni 😂


Terus ter'throwback' zaman ILS 😂. Students ILS ni takdalah ramai sangat macam students biasa. Aku pula time tu dapat kelas Majmu'ah 1 (group 1). Jadi, setiap ostat ostajah yang ngajar akan tanya asal usul setiap pelajar termasuk aku.

Apa maksud ILS? Boleh baca di sini 😄 👉 Banyak makna untuk perkataan ini

Ada satu ketika, dapat ostat ganti yang ajar nahu tak silap aku. Ostat tu dari China, tapi boleh cakap Melayu sikit-sikit. Bila ostat tu tau aku dari Sabah, dia berkeras suh aku ajar dia bahasa Sabah 😂

Pastu aku pi berdiri depan whiteboard macam patung. Sebab sel-sel otak aku tak berhubung time tu, jadi macam blur 😜 Bila ostat tu nampak aku kaku ja, terus dia tulis di whiteboard dan suh translate;

"Saya suka baca buku di rumah"

Walaweyh, nak translate macam mana lagi? Dah memang di Sabah ni cakap Bahasa Melayu 😂 Kalau bahasa pasar Sabah pun, itu-itu juga. Sama ja.

Takkan nak translate ke bahasa setiap kaum di Sabah ni? Matilanak 😂 Pastu aku terfikir. Why not aku translate pi bahasa kaum aku iaitu "Bisaya".

Saya 👉 oku
Suka 👉 suka
Baca 👉 baca
Buku 👉 buk
Di rumah 👉 de walai

Tapi tangan aku kaku, tak gerak pun nak tulis di whiteboard tu 😂 Kah! Last2 ostat suh duduk balik.

Maaf lah ostat. Saya tau sikit-sikit ja bahasa Bisaya ni 😂 Sebab kebanyakan kawan-kawan skola saya dulu kaum Brunei, Bajau, Kedayan. Kalau saya cakap Bisaya dengan dorang, dorang pun bakakai nak cari maksud 😂

Faham ke idok bakakai tu? Ibarat ayam mengakai tanah untuk cari cacing, macam tu jugalah korang mengakai kamus untuk cari maksud 😜






Monday, April 10, 2017

Alhamdulillah, Jodoh Kita Bersama

Assalamua'laikum

Lepas seminggu temankan adik aku, barulah dapat balik rumah di kampung 🏠 Genap seminggu jugalah Apai tak balik rumah 🐱😢

Kisah Apai hilang di sini 👉 Apai, pulanglah

Pagi tadi dalam jam 9 lebih 🕘, kakak aku teruskan misi mencari Apai. Sampai ke jalan besar dicarinya si Apai. Risik-risik di gerai bakso 🍜, ada sorang makcik tu gtau macam ada nampak kucing oren putih serupa Apai di belakang gerai 👩.

"Apai, Apai". Kucing tu faham namanya diseru, menandakan dirinya adalah si Apai yang hilang 😂 Tapi, Apai tak mau datang dekat. Macam takut-takut 😢

Sampai di rumah, terpaksa kurung dalam sangkar supaya Apai dapat biasakan balik keadaan sekeliling rumah. Lagipun macam dah jadi liar sikit 😱. Asyik nak mengamuk ja dalam sangkar tu. Seminggu hilang, banyak kutu yang bermaharajalela di sekitar telinga Apai 😢

Bila bagi makan, gelojoh sangat macam dah berhari tak makan. Sodih kejap dengan keadaan si Apai yang kelaparan 😢


Memula, kurung di belakang rumah. Pastu, bawa masuk sangkar ke dalam rumah. Senang nak perhati Apai 😏 Ni first time dalam hidup Apai, kami kurung dia dalam sangkar. Malam kang baru bebaskan dia dalam rumah.

Alhamdulillah, syukur Ya Rabb masih panjangkan jodoh kami sekeluarga dengan Apai 😄 




Ohhh ya, buat masa ni aku tak dapat nak tinggalkan komen untuk blog yang guna 'komen Google+' tu. Ada sesetengah GA juga yang aku tak dapat nak join sebab denda ni 😒






Sunday, April 9, 2017

Semusim Rindu, Kisah Kehidupan Seorang Anak Yatim Yang Dibuang Saudara Sendiri

Assalamua'laikum


"Selagi rindu mengusik kalbu, kutahu kau dambakan diriku" 😘

Semusim Rindu, 'baby pertama' yang dihasilkan oleh novelis Aleya Aneesa 📖. Aku baca novel ni tak silap aku time form 1. Gila best weyh jalan cerita novel ni 😱. Cerita tentang kehidupan seorang anak yatim yang dibuang oleh saudara sendiri.

Macam-macam perisa ada bila baca novel ni. Ada yang manis, masam, pahit, tawar. Alahhh, biasalah ragam kehidupan kan 😉. Macam kehidupan kita juga. Janganlah kau nak temberang kononnya kehidupan kau satu perisa ja 😝. Asyik-asyik yang manis ja. Asyik-asyik yang pahit ja. 

Ini kisah tentang Hajar Adira, seorang anak yatim piatu yang dibuang dan disisihkan oleh Mak Longnya yang kejam gila macam mama si Bawang Merah 😠. Yang lagi sadis, harta Hajar Adira ni pun Mak Long kebas 👩. Heiheihei Mak Long, cer Mak Long tanya dengan Encik Google tak pun dengan ostat ostajah apa hukumnya mengambil dan menggunapakai harta anak yatim tanpa pengetahuan dan keizinan anak yatim tu. Aku yang baca ni pun rasa nak cekik-cekik ja Mak Long tu. Grrr

Ikhman pun satu, ego tak bertempat 👨. Kerana membiarkan diri dikuasai ego, haaa hambik kau! 😭Melalak melolong hidup tak tentu arah mencari bini yang membawa diri ke negara Maiko ( kalau baca blog En Adam, korang tahu la siapa Maiko & di mana negaranya ) 🌄 Sorry En Adam, saya sangkutkan nama Maiko kat sini.

Pertemuan pertama Ikhman dengan Hajar Adira ni tak seindah yang disangkakan. Time tu Hajar terpaksa ganti kawannya bekerja tak silap aku sebagai pelayan di sebuah restoran. Pakaian pula baju sendat dan skirt pendek. Ikhman ni dicabar oleh kawan-kawannya untuk pegang tangan Hajar. Disebabkan terkujat dan merasakan perlakuan Ikhman melampau & biadap, automatik Hajar bagi makan tamparan wanita dia ngam-ngam di pipi Ikhman 👋. Ikhman ni rasa terhina dan sentiasa cari peluang untuk balas dendam. 

Tanpa disangka, sepupu Ikhman si Azim pun jatuh minat dengan si Hajar ni 👨❤. Bila dah selalu intai si Hajar ni, eh eh terjatuh cinta pulak si Ikhman 💗. Ikhman ni dah runsing camna cara supaya dapat bernikah dengan Hajar. Last2 berjodoh juga mereka 💑. Kebahagian perkahwinan Hajar & Ikhman dilanda ombak badai 💔. Biasalah, "kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari". Si Ikhman dengan his mom termakan juga akhirnya hasutan si Mak Long ni 👿. Memacam difitnahnya si Hajar ni, sampaikan si Hajar dihukum gantung tak bertali! Bukan hanya Ikhman & his mom ja yang percaya fitnah tu, tapi ayah Hajar sendiri percaya bulat-bulat fitnah yang dilemparkan kepada Hajar 👴. Bila dah takda sorang pun yang percaya pada dirinya, takda yang nak dengar luahannya, untuk apa lagi Hajar berada dekat dengan mereka 👸🏃? Lebih baik membawa diri merawat hati yang dah hancur berderai... Sebelum Hajar pergi, dia ada pesan "bila kebenaran dah terbongkar, jangan cari dia!" U see, macam tu lah pengakhirannya bila hati yang sado dah bertukar menjadi hati tisu 💪💪💪💘💘💘💔💔💔.

Kenapa Mak Long benci sangat dengan Hajar Adira?
Apakah kesudahan mahligai cinta Ikhman dan Hajar? 👫
Ke manakah Hajar Adira membawa diri? 😢

Kalau nak tahu, bacalah novel SEMUSIM RINDU ni 📖😉. Ohhh ya, novel ni juga bakal diadaptasi ke drama 😱. Aku tak sabar nak tengok, sebab novel ni novel lama dan jalan cerita pun menarik. Bila baca dalam novel, banyak sangat pengajaran yang terselit. Lagi satu, kalau novel terbitan Alaf21, kat belakang tu mesti ada apa-apa info yang menarik yang berkait tentang isi dalam novel tu. Macam novel Semusim Rindu ni, tak silap aku ada info tentang harta anak yatim di muka surat belakang 😏. 

Ni pula sinopsis di belakang novel:

Di sebalik senyumannya ☺, ada tangisan yang panjang 😢. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah 💊💔. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada ❌. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta 💘! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut untuk dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri 🏃. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga 🌷, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Adakah Ikhman tahu maksudnya?

Novel ni aku bagi 10/10, best sangat-sangat! 

Hajar Adira yang didera oleh Mak Long time kocik 😡

Penulis: Aleya Aneesa
Harga: RM18
460 muka surat

Sejak menjak novel Semusim Rindu ni akan diadaptasi ke drama, rajinlah aku godek-godek FB novelist Aleya Aneesa ni. Ada satu video tu tunjuk camna Mak Long belasah si Hajar time kocik-kocik dulu 👊👊👊. Panas hati weyh kalau tengok, real giler!

Bila dah baby pertama ni best, aku yakin & percaya yang baby kedua juga pasti lebih best. Baby kedua juga dah berjaya kubaca & milikinya, tapi sayangnya kerana baby pertama hancus ditelan anai-anai dan baby kedua pula hilang dirampok si peminjam. Cis!!!




Saturday, April 8, 2017

CLEARANCE: Plain Koshibo Aisha RM55

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'laikum

🌷 Abaya Aisha clearance till clear! Tampil menarik & elegant dengan ABAYA AISYA 😘

- Material: heavy peach koshibo
- wudhu & nursing friendly ( zip sorok di tangan & dada)
✔lembut
✔jatuh beralun
✔x panas
✔mudah gosok
✔susah kedut

*warna sedikit berbeza atas faktor pencahayaan

available:  size S (5) M (3) L (3)

Sold Out!

available:  size S (3) & M (1)

available:  size S (6) & M (1)

available:  size M (2) L (6) XL (6) XXL (2) 

available:  size M (10) & XXL (2)



Order now!

💰 Normal Price: RM85 sm, RM90 ss
💰 NOW: RM55 sm, RM60 ss

Free Postage! 

Boleh godek-godek jubah di ➡ jubahplain


📱 Whatsapp / Telegram: 0198934755

#jubahplainmurah
#abayaaisya
#basicplainabayaaisya
#jubahplainwudhuandnursingfriendly
#sayajualmurah
 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb