Saturday, January 7, 2017

Tanda Hitam Di Dahi

Assalamua'laikum

Masa ni aku form one. Kengkawan aku busy gosip pasal tanda hitam di dahi. Yang aku dengar; yang ada tanda hitam tu jenis yang kuat sujud (solat). Tapi hanya ada pada sesetengah orang lelaki ja. 

Orang pompuan takda pun tanda tu sebab jarang sujud ( solat ) pasai ada waktu datang bulan. Aku pun dengan lurusnya percaya cerita tu 😣 

Nasib baik dalam buku 'Deme Wasap, Ambe Reply' ni ada persoalan tentang tanda hitam di dahi tu.  😉 So, tanda hitam ni bukan satu tanda yang special. Jadi orang yang takda tanda tu, tak payah nak layan kecewa k 😜

Ada kawan aku bagi idea tak cerdik suh telan pil untuk elak period kalau nak dahi hitam 😒 nyampah i
Best buku Kemah Keming UAI ni. Banyak manfaat untuk diri kita, senang nak faham apa yang disampaikan, tak boring baca sebab setiap halaman buku ni berwarna.

Tak rugi beli. Yang ruginya lepas beli terus simpan jadi pameran. Tak baca langsung!

Korang yang nak beli buku ni, bolehlah ke kedai buku yang berhampiran dengan anda. Aku takda jual buku ni!

BUKU:
Deme 'Wasap' Ambe Reply

Harga:
RM18 sm, RM20 ss




6 comments:

  1. Nanti nak cari jugalah buku ni... terus masuk list... 😆 thanks sharing...

    ReplyDelete
  2. Kita dulu pun sangka macam itu juga lah,kalau tanda dahi tu hitam,kira orang tu warak,mungkin betul kuat sujud.
    Mungkin perempuan tak ad,a,sebab jarang solat kan ada waktu cuti. Tapi nur di wajah dapat kita tengok tau. hihi

    ReplyDelete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb