Assalamua'laikum
Duk belek facebook tadi, terbaca tentang kisah 'Pengantin 30 Minit' ni 💑. Masa kursus kawen dulu pun, ustaz penceramah tu ada cerita. Ngam-ngam dia yang jadi kadi nikahkan dorang. Dorang nikah kat pejabat 🏢.
Lepas nikah, terus sebelah pompuan kira duit hantaran 💰💰💰. Tak menyempat langsung! Time baca doa, baru perasan kurang lagi RM50. Meroyanlah pengantin pompuan 😡. Doa tak abis baca lagi weyh, dah kecoh gara-gara kurang RM50.
Rupanya si lelaki ni saja tak cukupkan duit hantaran yang diminta. Nak tengok reaksi si pompuan. Baki RM50 tu sebenarnya ada dalam dompet.
Nahhh kauuu
Nahhh kauuu
Cerai terus talak tiga! Duit hantaran tu pun ditarik balik. Yelah, takkan nak derma duit camtu je ngan si pompuan. Si lelaki ni kesal sebab dalam 30 minit jadi suami dah dicaci oleh isteri 😞.
Benda ni kan boleh bawa bincang. Habiskan bacaan doa tu dulu, tak mati pun kalau kurang RM50. Ustaz tu cakap, muka si pompuan ni lawo. Tapi, tamak ❗
pssst; ada yang bercerai gara-gara ubat gigi. Yes, ni kisah benar!
dasatnyer la kan..
ReplyDeleteyang pasal ubat gigi pernah terbaca..bercerai gara2 si suami picit ubat gigi x ikut dr hujung seperti yang isteri nak..gaduh...cerai.. huhu
ha ah, nauzubillah min zalik.
DeleteMacam2 ragam. Semua kerana duit. Bahaya duit nie rupanya. Hehe
ReplyDeletesngt bahaya kalau iman rapuh
Deleteastafirullah..minta dijauhkan la
ReplyDeletenauzubillah min zalik...
DeleteHaahhahahah, please share true story pasal ubat gigi tuh. I can't even imagine that. btw, nice lah blog nih...done following. AMERZING :https://ameridzuan.blogspot.my/
ReplyDeletesi isteri marah suami sbb picit ubat gigi bukan dari hujung, si isteri ni plak jenis yg teliti camtu la. suami picit dkt area tmpt keluar ubat gigi, si isteri x setuju. gaduh punya gaduh punya gaduh last2 cerai
Delete