Assalamua'laikum
Dapat dari Whatsapp, tak salah kalau aku share di sini. Sekadar saling mengingati sesama kita terutama kaum
H A W A
"Manisnya darah haid..." - yang benar, akulah '
dia'...
#kisahbenar... darah itu keluar dari rahim wanita kemudian melalui faraj & akhirnya diratah 'dia'...
"Setiap hari masa bungkus plastik yang penuh pad dalam tong sanitary tu... bau dia tersangat busukkk... ada yang penuh pad & berketul2... ada sekali tu dalam pukul 10.10 malam saya dengaq bunyi bising dalam bilik ayaq tu... bila bukak tengok... ada 2 pad yang penuh darah kat lantai... macam ada orang keluaqkan... meremang saya masa tu... balik pun tak boleh nak tidoq sebab fikir macam macam..."
Ini pengakuan dari Aini... seorang cleaner di Langkawi.
"Kami jadi cleaner ni pun kadang tak sangka orang Islam kita pun biaq pad lagu tu... takkan depa tak tau 'benda tu' suka darah? Dulu tok saya pun cerita... ada sorang perempuan ni dia buang pad dia dalam tong sampah... pastu keluaq sat nak ambil pad baru... masa dia masuk bilik ayaq tu semula... dia tengok ada sorang perempuan tua makan2 pad dia yang penuh darah tu... lepas dia cerita kejadian tu kat mak dia... 3 hari dia demam panas... pastu meninggal... Tolonglah basuh pad"
Menurut Aini... sepanjang dia buat kerja cuci tandas... kerja yang dia paling seram nak buat adalah bungkus tong sanitary kerana dia sangat percaya 'banyak yang berkumpul' di situ...
Seram bila bercakap dengan Aini... tapi saya tak nafikan kebenarannya sebab dalam Al-Quran pun dah diterangkan...
Surah Az-Zukhruf Ayat 62:
وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
"Saya pernah tegur seorang adik yang buang pad penuh darah ni supaya basuh elok2 pad tu baru buang... pastu dia marah saya balik & cakap saya kolot"
Dalam Al-Quran dah diterangkan yang syaitan iblis ni tunggu untuk sesatkan anak cucu Adam. Ya... walaupun kita tak nampak tapi dia memang ada.
Disebabkan ramai tak tahu pantang larang ni lah, finally jadi macam macam benda pelik.
Cuba fikir...
Kenapa ibu yang berpantang tak boleh keluar rumah?
Sebab darah nifasnya sangat disukai makhluk halus...
Cuba fikir...
Kenapa kita tak boleh mandi tanpa seurat benang?
Sebab 'dia & sekutunya' mengintai kita & kalau dia dah jatuh hati tu boleh bawa sampai ke bilik...
Cuba fikir...
Kenapa anak anak kecil kena azan & iqamat sesudah lahir?
Sebab ada syaitan -
Ummu Sibyan yang tunggu untuk sesatkannya...
Cuba fikir...
Kenapa uri perlu ditanam dengan mengikut cara Islam?
Sebab uri tu keluar dari faraj seorang wanita yang punya bau hanyir yang sangat2 disukai makhluk halus... sebab tu kena hilangkan baunya & tanam sedalam-dalamnya...
Banyak kes yang saya terima di #9bulan10hari berpunca dari kecuaian & disebabkan kecuaian tulah ramai yang menyesal...
Buat semua wanita... basuhlah pad/kain yang terkena darah haid/nifas ni secuci cucinya dengan menggunakan sabun sehingga hilang bau... kemudian balutlah dengan kertas surat khabar & masukkan dalam plastik kemudian baru buang.
Rahim... faraj... semua tu 'barang' kita yang nak guna lama... uruskan benda yang ada kaitan dengannya sebaiknya...
🌹🌹🌹
Bab kebersihan ni memang aku pandang serius, sebab kalau tak jaga kebersihan dari situlah munculnya penyakit. Lagi-lagi bab cucian pad ni. Bertahun duk asrama, kalau ada mesyuarat asrama (MA) memang akan ada isu pad ni.
Kalau yang malas cuci tu, dia pi buang ja dalam mangkuk jambat tu. Tu salah 1 penyebab tandas tersumbat. Duk asrama memang tak kan lari dari masalah mangkuk jamban tu tersumbat. Haiyaaa... patutlah tiap tahun ada student yang histeria. Sebab si'dia' tu dah meleleh ayaq liuq terpikat dengan 'haruman' pad yang tak dicuci
Ada juga yang cuci sambil lewa ja. Cuci gitu-gitu, tak hilang warna tak hilang bau. Bukannya ambik masa yang lama pun nak cuci bersih, gosok dengan sabun sampai hilang warna dan bau.
Ingat:
Rahim... faraj... semua tu 'barang' kita yang nak guna lama... uruskan benda yang ada kaitan dengannya sebaiknya...
Ada aku tengok video di facebook tentang toilet di India. Ya Rabbi!!! Kotor sangat-sangat! Gigih aku tengok video tu sampai habis sebab nak tau apa alasan dorang pasal membuang taik merata tu. Hairan, kenapa dorang tak buat toilet sendiri di rumah 😷 Tandas yang disediakan pula, dorang tak bersihkan sebab konon tu keja majlis perbandaran 😪
Hadoyaiii, takkan nak harapkan pihak lain pi bersihkan? Sendiri mau guna, pandai-pandailah kasi bersih. Macam dorang kurang kesedaran tentang menjaga kebersihan ni. Rela berak secara terbuka dari bersihkan tandas tu
Bila dia tunjuk tandas pompuan pula, lega kejap sebab tengok lantai tandas tu bersih sikit dari tandas lelaki. Bersih sikettt ja la. Tetiba, mata aku fokus kat tong dalam tandas tu. Tang ni aku memang dah rasa nak muntah. Gila!!! Pad yang tak dicuci and ada darah lagi 😭😭😭 OMG!!! Trauma!
So, jagalah kebersihan tak kira kebersihan peribadi atau persekitaran. Kusyuk ke nak buat ibadah dalam keadaan yang kurang bersih? Kebersihan terjaga, sekurang-kurangnya dapat mencegah dari mendapat gangguan syaitan, terhindar dari penyakit dan keracunan makanan.
Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati 😉
Sama-samlah kita menjaga kebersihan
Allah suka orang yang bersih dan menjaga kebersihan
Semoga perkongsian ini bermanfaat 😄