Tuesday, July 11, 2017

Kau Yang Satu

Assalamua'laikum

Tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu

Kau Yang Satu | Siyesss, best siot novel ni 👍👍👍. Ulang baca berpuluh kali pon tak boring 😄

Taufik kerugian dalam pelaburan dan kes Mesra Tower sebanyak sejuta, jadi Datuk Mustaza tolong selesaikan hutang Taufik dengan syarat Taufik kena kahwin dengan pilihan dorang. Taufik yang ada girlfriend, si Isabella confirm lerrr bangkang gila-gila syarat bapa dia 😏

Salina ni gadis pilihan orang tua Taufik. Anak sorang nelayan, Sulaiman. Dia ada pilihan hati juga, si Zulkifli. Taufik memang benci bebenor dengan Salina sebab bagi dia, Salina tu macam tembok penghalang antara dia dengan Isabella.

Lepas kahwin, beria betul si Salina mau tarik perhatian si Taufik tapi tetap tak dilayan. Pastu, kawan Salina si Normah bagi idea supaya buat bodoh ja dengan Taufik. Lama-lama, bila si Salina tak peduli dan buat hal sendiri, si Taufik angau sendiri 😂 Padan muka! 😝

Bila dorang start hidup happy, hati si Isabella pula merana sebab break dengan Taufik. Lagipun si Taufik selalu bagi dia gift yang mahal-mahal, selalu bagi duit. Jadi, Isabella ni macam hilang sumber kewangan lerrr.

Pastu, Isabella tabur fitnah lerrr sampai Salina tak percaya sudah dengan si Taufik. Parents si Taufik pon macam pulaukan. Bapa si Salina ja yang percaya si Taufik tak salah. Bila si Taufik rasa dia sudah tak disayang, dia pon bawa diri 😂 Merajuk lah katakan, gittew 😜

Tapi, memang dasyat lah balasan yang si Isabella dapat. Ermmm... dasyat lagi mengerikan 😏 Tapi, memang best la novel ni. Aku bagi 8/10 😉




Sinopsis:

Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanah air. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bagaimanakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?


Penulis novel: Nia Azalea
Cetakan: Alaf 21
Harga: RM14

44 comments:

  1. Isabella mati kena bunuh..kandungannya dicederakan..perutnya dibelah dengan kekasihnya.. :)

    ReplyDelete
  2. Murah pulak novel ni ye. Siqah rasa novel sekarang semuanya dah lebih harga RM20.

    Siqah takde mood lagi nak baca novel Malay. nanti ada mood, Siqah cuba baca novel ni juga. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel ni keluaran dalam 13-14 tahun lepas. Tu yang murah 😄

      Delete
  3. Bagaimanakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

    Untuk mengetahui cerita seterusnya belilah buku ini. Harga hanya RM 14.00 sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu harga lama, harga 13-14 tahun yang lepas. Harga sekarang x tau 😂

      Delete
  4. Menarik jln Ceri. Ni ygbuat adaptaei Tu ke

    ReplyDelete
  5. Ngeri pula dgr pembalasan utk si Isabella tu. Ada adaptasi juga ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kak Ana, hujung bulan ni keluar panggung 😄

      Delete
  6. Oh! patutlah familiar je... sebab Mrs. A baru teringat iklan cerita ini kat TV
    recently.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, memula sy ingat adaptasi ke drama, rupanya filem

      Delete
  7. hehe rajin baca novel.. CT da surrender sekarang malas benar..
    baca karangan students pun pinar mata hehe..

    psst : CT da follow sini ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq follow CT 😘 sy kalau tulis karangan, berpusing otak 😂 kalau baca novel, 👍👍👍

      Delete
  8. lama nya xbaca novel. xmustahil nti masuk drama pula kan =D

    ReplyDelete
  9. Menarik la jalan cerita novel nie.. Tahniah pada awak kerana menduduki carta top commentor saya..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/07/top-commentor-jun-julai-2017.html

    ReplyDelete
  10. adaptasi to be kn? yg starring aaron aziz & izara aishah tu.

    ReplyDelete
  11. Moga tak terpengaruh dgn novel ni.. Hahaha... Menarik jugak tapinye.. adehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best novel ni, novel lama 👍 sebab novel dulu2 jarang2 citer kawen pilihan parents

      Delete
  12. wow..cam best je novel ni. tapi dah diadaptasi kan novel ni

    ReplyDelete
  13. Lhah, hehe..padanla jln citer lama, rupanya novel 13,14 tahun lepas..
    Tapi masih boleh amik pengajarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ada pengajaran di sebalik penulisan novel ni 😄👍

      Delete
  14. Saya pernah baca buku ni..memang best.

    ReplyDelete
  15. e'in dah bace novel nie.. memang best.. hihi

    ReplyDelete
  16. macam stereotype jalan citer dia kan

    ReplyDelete
  17. Pernah baca dulu. best giler citer ni. dulu sukalah baca novel. feeling2 je rasa. skrg tatawlah. haha. btw nak diadaptasi dah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel dulu2 auranya lain maciam 😉 yup, nak diadaptasi ke filem 😄

      Delete
  18. Dah jadi filem kan? Ada tengok trailer kat tv

    ReplyDelete
  19. Rasa macam penah baca dah novel nie tapi nak rewind balik la baca novel nie..

    ReplyDelete
  20. Hakak tak layan novellah Nour lagi lagi dah masuk kilauan ni hihi....malas nak membaca

    ReplyDelete
  21. Sha baca lama dah novel nie.. Memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, novel dulu-dulu memang tak menghampakan 😄👍

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb