Wednesday, July 19, 2017

'Manisnya Darah Haidmu'

Assalamua'laikum

Dapat dari Whatsapp, tak salah kalau aku share di sini. Sekadar saling mengingati sesama kita terutama kaum H A W A

"Manisnya darah haid..." - yang benar, akulah 'dia'...

#kisahbenar... darah itu keluar dari rahim wanita kemudian melalui faraj & akhirnya diratah 'dia'...

"Setiap hari masa bungkus plastik yang penuh pad dalam tong sanitary tu... bau dia tersangat busukkk... ada yang penuh pad & berketul2... ada sekali tu dalam pukul 10.10 malam saya dengaq bunyi bising dalam bilik ayaq tu... bila bukak tengok... ada 2 pad yang penuh darah kat lantai... macam ada orang keluaqkan... meremang saya masa tu... balik pun tak boleh nak tidoq sebab fikir macam macam..."

Ini pengakuan dari Aini... seorang cleaner di Langkawi.

"Kami jadi cleaner ni pun kadang tak sangka orang Islam kita pun biaq pad lagu tu... takkan depa tak tau 'benda tu' suka darah? Dulu tok saya pun cerita... ada sorang perempuan ni dia buang pad dia dalam tong sampah... pastu keluaq sat nak ambil pad baru... masa dia masuk bilik ayaq tu semula... dia tengok ada sorang perempuan tua makan2 pad dia yang penuh darah tu... lepas dia cerita kejadian tu kat mak dia... 3 hari dia demam panas... pastu meninggal... Tolonglah basuh pad"

Menurut Aini... sepanjang dia buat kerja cuci tandas... kerja yang dia paling seram nak buat adalah bungkus tong sanitary kerana dia sangat percaya 'banyak yang berkumpul' di situ...

Seram bila bercakap dengan Aini... tapi saya tak nafikan kebenarannya sebab dalam Al-Quran pun dah diterangkan...

Surah Az-Zukhruf Ayat 62:

وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. 

"Saya pernah tegur seorang adik yang buang pad penuh darah ni supaya basuh elok2 pad tu baru buang... pastu dia marah saya balik & cakap saya kolot"

Dalam Al-Quran dah diterangkan yang syaitan iblis ni tunggu untuk sesatkan anak cucu Adam. Ya... walaupun kita tak nampak tapi dia memang ada.

Disebabkan ramai tak tahu pantang larang ni lah, finally jadi macam macam benda pelik.

Cuba fikir...
Kenapa ibu yang berpantang tak boleh keluar rumah?
Sebab darah nifasnya sangat disukai makhluk halus...

Cuba fikir...
Kenapa kita tak boleh mandi tanpa seurat benang?
Sebab 'dia & sekutunya' mengintai kita & kalau dia dah jatuh hati tu boleh bawa sampai ke bilik...

Cuba fikir...
Kenapa anak anak kecil kena azan & iqamat sesudah lahir?
Sebab ada syaitan - Ummu Sibyan yang tunggu untuk sesatkannya...

Cuba fikir...
Kenapa uri perlu ditanam dengan mengikut cara Islam?
Sebab uri tu keluar dari faraj seorang wanita yang punya bau hanyir yang sangat2 disukai makhluk halus... sebab tu kena hilangkan baunya & tanam sedalam-dalamnya...

Banyak kes yang saya terima di #9bulan10hari berpunca dari kecuaian & disebabkan kecuaian tulah ramai yang menyesal...

Buat semua wanita... basuhlah pad/kain yang terkena darah haid/nifas ni secuci cucinya dengan menggunakan sabun sehingga hilang bau... kemudian balutlah dengan kertas surat khabar & masukkan dalam plastik kemudian baru buang.

Rahim... faraj... semua tu 'barang' kita yang nak guna lama... uruskan benda yang ada kaitan dengannya sebaiknya...

🌹🌹🌹

Bab kebersihan ni memang aku pandang serius, sebab kalau tak jaga kebersihan dari situlah munculnya penyakit. Lagi-lagi bab cucian pad ni. Bertahun duk asrama, kalau ada mesyuarat asrama (MA) memang akan ada isu pad ni.

Kalau yang malas cuci tu, dia pi buang ja dalam mangkuk jambat tu. Tu salah 1 penyebab tandas tersumbat. Duk asrama memang tak kan lari dari masalah mangkuk jamban tu tersumbat. Haiyaaa... patutlah tiap tahun ada student yang histeria. Sebab si'dia' tu dah meleleh ayaq liuq terpikat dengan 'haruman' pad yang tak dicuci 

Ada juga yang cuci sambil lewa ja. Cuci gitu-gitu, tak hilang warna tak hilang bau. Bukannya ambik masa yang lama pun nak cuci bersih, gosok dengan sabun sampai hilang warna dan bau. 

Ingat:
Rahim... faraj... semua tu 'barang' kita yang nak guna lama... uruskan benda yang ada kaitan dengannya sebaiknya...

Ada aku tengok video di facebook tentang toilet di India. Ya Rabbi!!! Kotor sangat-sangat! Gigih aku tengok video tu sampai habis sebab nak tau apa alasan dorang pasal membuang taik merata tu. Hairan, kenapa dorang tak buat toilet sendiri di rumah 😷 Tandas yang disediakan pula, dorang tak bersihkan sebab konon tu keja majlis perbandaran 😪 

Hadoyaiii, takkan nak harapkan pihak lain pi bersihkan? Sendiri mau guna, pandai-pandailah kasi bersih. Macam dorang kurang kesedaran tentang menjaga kebersihan ni. Rela berak secara terbuka dari bersihkan tandas tu 


Bila dia tunjuk tandas pompuan pula, lega kejap sebab tengok lantai tandas tu bersih sikit dari tandas lelaki. Bersih sikettt ja la. Tetiba, mata aku fokus kat tong dalam tandas tu. Tang ni aku memang dah rasa nak muntah. Gila!!! Pad yang tak dicuci and ada darah lagi 😭😭😭 OMG!!! Trauma!

So, jagalah kebersihan tak kira kebersihan peribadi atau persekitaran. Kusyuk ke nak buat ibadah dalam keadaan yang kurang bersih? Kebersihan terjaga, sekurang-kurangnya dapat mencegah dari mendapat gangguan syaitan, terhindar dari penyakit dan keracunan makanan.

Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati 😉
Sama-samlah kita menjaga kebersihan
Allah suka orang yang bersih dan menjaga kebersihan

Semoga perkongsian ini bermanfaat 😄

34 comments:

  1. Nice sharing nour... Memamg patut perkara ni war2 kan pada seluruh kaum Hawa untuk peringatan bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks 😊 sebab darah kotor ni beza dengan darah biasa, tak boleh dipandang sebelah mata bab kebersihannya

      Delete
  2. Bagus info ni...semoga ada kesedaran untuk jaga kebersihan apatah lagi bab pad yang tak dibersihkan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, moga dapat membuka mata orang lain bab jaga kebersihan ni

      Delete
  3. Memang mcm tu mentaliti org kita. Bukan lama nk basuh pun. Letak sabun sikit, sental dah bersih. Lepas tu bungkus dalam surat khabar atau bungkusan elok2 dan buang dalam tong yg di sediakan. Senang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tak tau la tang mana yang buat dorang malas nak basuh bersih atau tak basuh langsung 😞

      Delete
  4. tandas dekat india memang macamtu tapi sekarang diorang dah fokus untuk tingkatkan service. itu india, non-muslim tapi yang negara kita ni sama kotor je dengan sana. pernah masuk tandas penuh dengan pad tak berbasuh busuknya ya allahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nauzubillahminzalik, moga kita tak tergolong dalam geng yang abaikan kebersihan

      Delete
  5. Perkongsian yang bagus...terima kasih...mohon share ye...

    ReplyDelete
  6. nice sharing ...

    ReplyDelete
  7. jadi tuan, air paip still jernih? x tukar colour lain? 😂 gurau tuan

    ReplyDelete
  8. Faktor kebersihan tu sangatlah penting..
    Stress kalau ter-tengok benda tu tak berbasuh kalau gi tandas awam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh trauma nampak benda tu, apalagi yg belum bcuci 😷😲

      Delete
  9. perkara basic ni.
    mesti didik anak pompuan dari kecik agar mrk x lupa.
    penting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, anak lelaki jg perlu dididik supaya dorg boleh mengingatan adik beradik pompuan dorg

      Delete
  10. Saya pernah jumpa sorang pompuan. Dia terlupa bawa pad. Atau dia terlupa hari tu hari period dia. Saya beri tau dia yg kat belakang ada tompok darah. Saya suruh dia duduk situ sementara saya belikan pad. Kebetulan dekat dgn tandas.

    Selepas beri dia pad tu, saya tinggalkan dia. Hingga sekarang tak jumpa dia. Saya memang tak ada niat nak jumpa. Bimbang dia malu kalau dia jumpa saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 👍👍👍 alhamdulillah. tuan dah bantu dia. tp yg pasti, pompuan tu bukan sy 😁 mana tau 1 hari nnt tuan & dia tjumpa tanpa sengaja 😏

      Delete
  11. Kat Asrama dulu lagilah mcm yg kita dengarkan kan Nour pasal benda ni.... Anak hakak siap basuh pakai sabun Nour...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun basuh letak sabun sikit. macam x berapa yakin kebersihan kalau basuh x guna sabun

      Delete
  12. betul tu awak.. kekadang pasal darah haid ramai yang amek sambil lewa je.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bagi dorang darah haid ni mcm darah biasa 😖

      Delete
  13. Thanks sharing :) ...mmg bab2 kebersihan wanita ni, perlu diambil perhatian oleh kaum HAWA la kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wc 😊👌 tapi kaum Adam pun titikberatkan kebersihan juga, utk mengingatkan isteri atau adik-beradik yg sambil lewa jaga kebersihan

      Delete
  14. Perkongsian yang bagus sis.. Memang betul kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuklah basuh 'pad' yang berdarah tue.. Dan akak memang penah menonton video orang yang 'membuang' kat tepi pantai... Yerrkkk..! memang takdelah akak nak singgah ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. هاهاهاهاها, tetiba tpijak pula yg dorang buang tu 😂 lagi haruuu

      Delete
  15. Perkongsian yang sangat baik dan tak ramai ingin kongsi.. LZ pun kadang2 pelik, mana adab & maruah diri wanita kalau benda sulit macam tu pun tak tahu jaga, disgusting tau bagi orang nampak. Malulah kalau luaran bukan main jaga elok2 tak mau orang nampak kekurangan tapi bab 'penjagaan' diri yang sangat dituntut dibuat sambil lewa atau tak peduli.. Really embarrassing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi ramai jaga kebersihan luaran berbanding dalaman sebab dalaman x nampak, luaran nampak 😂

      Delete
  16. Betul tu.. Mencegah lebih baik dari mengubati.. Lebih elok menjaga dengan baik.. Bukannya susah pun cuma perlu bersihkan baru buang.. Tapi anak-anak yang datang haid nie suka amik mudah lerkara ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, ada orang memang tak ambik berat terutama bab haid ni. Dorang masih tak nampak kesan buruknya

      Delete
  17. memang itu perkara paling penting utk kita jaga sbg wanita ni
    kbersihn perlu diutamakan lebih2 part tu..
    semua org perlu kesedaran
    tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome 😃

      padahal banyak seminar tentang kesedaran kebersihan ni

      Delete
  18. betul tu kena basuh bersih2...hei kotorlah kalau tak dibasuh dan dibuang macam tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tau keperibadian seseorang tu camna kan 😊

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb