Tuesday, November 28, 2017

Result UPSR

Assalamua'laikum

Hai hai hai!!! Lama gila aku x jenguk blog 😥 Jangan risau, aku masih bernafas. Alhamdulillah

Ni story pasal adik sepupu aku, ES. Khamis lepas (23/11/2017) result UPSR keluar. Time percubaan, dia dapat 4A. Tapi, UPSR paling tinggi pun dia dapat 4B. SRU (sijil rendah ugama) pula dia dapat pangkat 3.

Terkujat juga aku, tapi bila fikir balik...

3 hari sebelum UPSR, my uncle (bapa si ES) meninggal dunia. Sebelum tu, dah menginap di hospital selama 2 bulan. Memang dalam seminggu tu 3-4 kali ulang alik KP ➡KK gi lawat uncle. Pernah juga critical tiba-tiba tengah malam. Kelam kabut pi hospital, baliknya sebelum Subuh. Ambik masa 2 jam lebih juga nak pi hospital kalau dari rumah.

Kenapa ulang alik? Sebab kerja. So, anak my uncle yang ketiga jaga di hospital. ES ni pula anak bongsu. Anak kedua study di Sarawak, x sempat nak tengok arwah buat kali terakhir sebab dia sampai, jenazah dah kebumi. Yang ketiga pula study di Kedah, alhamdulillah dia sempat tengok arwah buat kali terakhir.

Umur my uncle lom sampai 50 tahun lagi, tapi ajal dah seru. Ajal menjemput kita x kira usia, muda atau tua. Ada yang dijemput Ilahi time umur 9 tahun, ada yang masih diberi nafas sampai umur 99 tahun.

Ajal dan jodoh tergolong dalam perkara ghaib yang kita x ketahui. Antara jodoh dan ajal, kita x tahu yang mana satu dulu akan melamar kita. So, sama-sama kita:

1) perbaiki diri kita
2) tingkatkan ibadah
3) lakukan amalan mulia
4) jauhi yang dilarang oleh Allah



"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan  kamu ( bila sudah sampai ajal ), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."

(Surah An-Nisa': 78)




So, kepada ES...
Teruskan hidup anda dengan penuh keyakinan dan kegembiraan, tuntutlah ilmu dengan sebaiknya dan sebarkan ilmu yang dipelajari, jangan lupa untuk sentiasa doakan arwah di sana ☺




6 comments:

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb