Thursday, August 31, 2017

Perancangan Allah Itu Indah

Assalamua'laikum


07-07-2017


Alhamdulillah, rezeki terpilih untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 😄 Memang soalan psiko arrr kena jawab 😂 Sebelum UKCG tu, memang ramai juga yang aku contact tanya pasal tu. Acaner ujian psikometrik tu? Pelbagai mazhab jawapan juga yang aku dapat 😂

Susah benornyer kalau banyak mazhab ni. Dalam banyak-banyak mazhab tu, aku percaya dengan mazhab sorang ni. Dia cakap, untuk ujian psikometrik ni tak payah study apa-apa sebab semua jawapan tu atas diri kita sendiri. Pilih 'ya' atau 'tidak', ataupun pilih 'setuju' atau 'tidak setuju'.

So, aku pun buat rileks arrr. Masuk dewan nak exam tu, debar gila jantung aku. Uiii, ni test untuk keja uiii 😂 Lagi mendebarkan dari exam time study dulu 

Dalam 2 minggu juga arrr nak tunggu result UKCG tu. 



28-07-2017

Hari Jumaat tu aku teramat busy, so nak maghrib baru terlayan whatsapp. Time maghrib tu aku baru tau yang result UKCG dah keluar. Yeeeha!!! Kawan-kawan aku semua share dalam group yang dorang dapat email/ call/ sms dari pihak SPI. Tapi, kenapa aku tak dapat sebarang berita dari SPI? Ada yang gtau, siapa takda dapat email/ sms/ call maknanya tk lepas UKCG 😭

Perghhh, hancur berderai jo hati aku 💔. Kecewa betul aku, sakit sangat mengalahkan sakit putus bercinta. Siyesss, hari tu memang rasa macam putus asa sangat-sangat. Mau juga aku call pihak SPI, tapi agak-agak jugalah dah malam.

Bila kawan-kawan yang lain tau aku tak dapat, dorang masing-masing whatsapp personal bagi semangat. Ada yang cakap, boleh buat rayuan untuk UKCG kali ke-2.

Kecewa memang kecewa, tapi bila fikir balik, mungkin rezeki kerja buat aku lom sampai lagi 😢 Redha dengan apa yang ditetapkan Allah, perancangan Allah lebih baik. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi 😊



31-07-2017

Pagi tu, banyak pulak dah mazhab pasal rayuan UKCG. Bapa aku suh aku call pihak SPI supaya tau mazhb mana yang betul. Mula-mula tu, macam malas juga aku nak call 😂 Tapi, daripada aku tertanya-tanya, baik aku call kan 😏 Nanti tak call, terikut pula mazhab yang salah, adusss... Nak tau, surat rayuan untuk UKCG kali ke-2 aku dah siap print uiii 😂

Aku: Hello, assalamua'laikum pihak SPI. Saya Nurul Adibah, mau tanya tentang surat rayuan UKCG. Ada yang bagitau, tak payah buat rayuan. Ada pula yang gtau, kena buat surat rayuan hantar pegi SPI. Jadi yang mana satu betul?

Pihak SPI: Waa'laikumussalam, ya ya. Macam ni sebenarnya, pihak SPI takda keluarkan sebarang pernyataan untuk membuat rayuan bagi mereka yang tak lepas UKCG. Ni Nurul Adibah? Nurul Adibah binti Abdullah?

Aku: Ya saya

Pihak SPI: Bagi no IC (then, aku pun bagi no IC) Ehhh, kamu lepas UKCG. Ada ni nama kamu tersenarai untuk interview.

Aku: Haaa? Betul bah? Tapi saya teda dapat email dan sms. Call pun teda (dalam hati, dah berbunga uiii)

Pihak SPI: Ehhh, betullah kamu tersenarai interview (2× dia ulang fullname dan no IC aku)

Aku: Wahhh, alhamdulillah, terima kasih 😁

Pihak SPI: Sama-sama, nanti saya bagi surat interview untuk kamu


Nak tau bila interview? Esoknya 😂


Nangis-nangis aku call si Nuget gtau yang aku dapat interview 😂 Petang tu juga aku turun KK stay rumah Nuget 😁 Memang bersyukur gila aku terpilih untuk interview ni 😄



07-08-2017

Alhamdulillah, yeayyy! Aku pernah cakap dengan kawan-kawan, kalau aku lulus interview guru ni, tu la hadiah birthday yang paling bermakna tahun 2017 ni 😁🎉

Aku pernah post di entry ni tentang hadiah yang paling aku harapkan untuk tahun 2017 😉 Alhamdulillah, Allah perkenankan 



Masuk berita jam 5 uiii di RTM1 😁 


10-08-2017

Terkujat juga sebab ditempatkan di daerah yang aku tak terfikir pun akan dapat di sana 😂 Memula, macam stress juga sebab berjauhan dengan family and the gang. Lagipun aku tak tau sebenarnya kewujudan skola tu 😝 

Pastu, gigih aku pi search pasal skola tu. Perggghhh, skola cemerlang di pedalaman. Pengetua pun cemerlang 👍👍👍 Lagilah aku berdebar nak ngajar di skola tu 😂

Lusa, hati aku dah tenang. InsyaAllah, aku redha bertugas di skola tu. Alhamdulillah, segala urusan macam rumah sewa & pengangkutan dipermudahkan 😄 



16-08-2017

Aku lapor diri di SMK E _ _ _ _ _ _ _ . Tak sangka pula bertugas di skola menengah 😂 Takpa la, yang penting lakukan semuanya dengan ikhlas. Hati kena sado beb, sebab pelajar lagi besar dari cikgu 💪💪💪😜 Kah!




Dulu, memang aku elak keja cikgu/ guru ni. Aku lebih suka keja di office. Takda bakat aku nak ngajar anak orang 😂 Practical dulu pun di office. Manusia merancang, Allah yang menentukan. Perancangan Allah itu lebih baik 😊


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Segala yang terjadi kepada kita dalam kehidupan ini adalah ketentuan yang telah ditakdirkan cukup baik untuk setiap hamba-Nya. Allah SWT yang Maha Bijaksana lebih mengetahui sesuatu yang terbaik dan sesuai untuk setiap manusia.

31 comments:

  1. Wah. Seronoknya jadi Cikgu. TAHNIAH yer. Selamat bertugas jadi pendidik yang cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمن يا رب العالمين

      alhamdulillah, terima kasih 😄

      Delete
  2. tahniah . memang perancangan Allah itu indah belaka , dia bagi saat kita dah get ready segalanya

    ReplyDelete
  3. ya allah bestnya dapat jadi cikgu. one of my fav career tapi teda rezeki lagi mau jadi cikgu. bha good luck la r di tempat org. Semoga terus semangat & berdedikasi mengajar anak murid :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمن يا رب العالمين

      alhamdulillah, terima kasih 😄

      Delete
  4. Tahniah Nour! Selamat mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمن يا رب العالمين

      alhamdulillah, terima kasih 😄

      Delete
  5. tahniah... kerjaya cikgu sangat mulia...

    ReplyDelete
  6. Wah..wah..wah...boleh rasa kegembiraan awak tu. Tahniah dik! Semoga dapat menjalakankan amanah dengan ikhlas yer. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمن يا رب العالمين

      alhamdulillah, terima kasih 😄

      Delete
  7. tahniah dik. alhamdulillah guru kerja mulia. ikhlas kan hati dan diri, selamat bertugas ! ;)

    ReplyDelete
  8. wahh...untung lah...blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Allahmdulilah rezeki Allah tak pernah salah alamat

    ReplyDelete
  10. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete
  11. Tahniah cikgu. Dapat jugak Nurul Adibah joined mahazab guru pedalaman sekolah cermelang.

    Tahniah sekali lagi Nurul Adibah.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Tahniah ! Best baca dari awal sampai habis ;)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, dah bergelar cikgu dah

    ReplyDelete
  14. Aduh.... haruslah sedih bah bila tak dapat email utk interview. Nasib call SPI ye Nour.

    Tahniah ye Nour! Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Moga terus ikhlas berkhidmat demi mendidik anak bangsa kita

    ReplyDelete
  15. Hana dulu SPP. Penglaman yang mendebarkan sepanjang proses bergelar guru :)

    nasib da cal pasal rayuan tu kan kalau tak memang tak pergi lah inteview esok tu. huhu.apa2 pun tahniah :)

    ReplyDelete
  16. Tahniah.selamat melangkah ke alam perguruan.cabarannya hanya guru yg tahu

    ReplyDelete
  17. salam kunjung dri www.lokmanamirul.com

    ReplyDelete
  18. di Entabuan ka tu..eh betul ka aku eja tu?
    c ivonne dgn c may tu classmate aku.
    bha, selamat berKDC a cuti skola nanti.hehehe
    tmpt kami pun ada tu ustazah hazwani, kenal kali ko tu.

    ReplyDelete
  19. allahmdulilah rezeki... Tahniah akak

    ReplyDelete
  20. jom join n singgah segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb