Sunday, July 30, 2017

Kalau Tak Beradab, Tak Cantik Uiii

Assalamua'laikum

Semalam aku ikut my mom pegi lawat my uncle di Queen 1 (hospital). Kalau hujung minggu, panjang sikit masa melawat, dari jam 12.30 tengah hari-7.00 malam. So, gerak dari KP dalam jam 11 lebih. Dekat jam 2 petang jugalah sampai Queen 1 tu.

Wad my uncle ni di tingkat 8. Tengok di area lift, tak juga ramai sangat. Nak naik tangga? Ada nenek aku ikut, so memang tak r nak naik tangga. Ada dua lift untuk pelawat, tapi satu tu rosak pula dah. Aduhhh...

Bila lift dah sampai bawah, bagi chance orang yang dah lama tunggu lift untuk naik duluan. Time tu, hanya nenek aku golongan warga emas yang tunggu lift. Sepatutnya turn kami yang naik lift lepas tu, so ready dah tunggu depan lift. Bagi ruang sikit untuk dorang keluar dari lift.

Eh eh, tetiba ada satu group family ni pi stay depan pintu lift tu supaya dorang dapat naik lift lepas tu. Stay depan pintu lift weyh! Sampai orang yang nak keluar dari lift tu tak nampak jalan keluar!


Adab kat mana weyh? Tak nampak ka yang kami ni dah tercongok menunggu depan lift? Eh eh, boleh pula engkorang satu family berdiri depan pintu lift tu, berdiri depan kami dan tanpa segan silu pi potong turn kami untuk guna lift. Dah lah orang belum habis keluar dari lift tu, engkorang pula tak sabar nak rempuh masuk 😠

Dah namanya hospital, awat lerrr pi bawa budak-budak bawah umur. Apa engko ingat hospital tu bebas dari kuman? Lagipun budak bawah 12 tahun tak digalakkan untuk masuk di wad orang sakit. Senang dijangkiti kuman.

Sampai di tingkat 8, ehhh ada pula group tu menunggu di luar wad. Kah! Tak dapat masuk lerrr tu sebab kena jaga budak-budak di luar wad 😜 Tingkat 8, budak umur 12 tahun ke bawah tak boleh masuk 😏

Ingat, walau di mana kita berada, adab tu jangan dilupakan. Jangan sesuka hati potong turn orang lain. Sampah jangan dibuang merata. Kalau dalam train/ MRT/ LRT dan adik-beradik tu, jangan juga selfish. Utamakan orang tua, ibu mengandung. Barang engko tu jangan la letak di atas kerusi, kerusi tu tempat orang duduk. Bukan tempat letak barang! Emosi sikit lepas tengok gambar pompuan tu pi letak barang dia di atas kerusi dalam MRT. Dia ambik ruang 2 kerusi uiii letak barang dia 😒


Jaga adab sesama manusia, adab dengan alam sekitar, adab dengan makhluk Allah yang lain. Adab tu mencerminkan akhlak kita. Sama-samalah kita menjaga adab. Selfish tu boleh, tapi tengok tempat dan masa yang sesuai!

34 comments:

  1. Semianya benar. Saya ada juga jumpa suasana macam tu. Naik lift. Bukan setakat di hospital je, di mana2 je asalkan malaysia.

    Minda kita masih kelas ke tiga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adab dan akhlak ni perlu dididik dan dibiasakan dari kocik. Minda tu kita kena sama2 upgrade

      Delete
  2. Betul tu.. adab melamabang kecntikan diri kita/.. Adap with aurat sebsama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unni, ratu typo 😂

      Yup, tanpa adab nampak sangat kurang cantik dalaman kita

      Delete
  3. datang sini jenguk nour.. n baca entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecantikan akhlak tu penting. Lagi penting dari kecantikan rupa paras. Fuhh

      Delete
    2. betul, akhlak tu menggambarkan keperibadian seseorang

      Delete
  4. Kat malaysia ni, mentaliti masih lagi fikiran kelas dunia kw3..huhuhu.. Kalau kat oversea, kat jalanraya pun tak ada orang berani potong kiri, nak ambik makan betul diaorang beratur elok2,kalau kat malaysia jangan harap la, sampah pun boleh buang merata

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di jalan raya, paling bikin panas tak bagi signal 😂

      Delete
  5. bikin panas kan kalau jumpa orang macam ni... haish..kalau tak nak hormat kita org muda, at least janganlah tak beradab dengan org tua...

    ReplyDelete
  6. singgah sat sini...jl2n umah lawa dia hehe

    ReplyDelete
  7. kesedaran sivik di malaysia teramatlah kurang walaupun kita ni majoritinya beragama islam yang mementingkan adab

    ReplyDelete
  8. adab kat mana.. adab adab kat mana.. 😅

    ReplyDelete
  9. Jenis macam ini yang Mrs.A panggil mentaliti jamban.
    Teringat pula kalau pi hospital kerajaan lift tak banyak tapi yang nak naik ramai pastu ada pulak puak cenggini haish! sabar yolah

    ReplyDelete
  10. hurm, ada juga jumpa orang mcm ni,potong barisan depan lif ... adui, kesian org yang mau kluar lif, n kesian juga orang yang berbaris di depan kena over take ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn sampai ada yang tersepit di pintu lift 😪

      Delete
  11. Urm..pentingkan diri sendiri..adab pun dah tak de =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. better hidup nafsi-nafsi cenggitu. buat planet sendiri

      Delete
  12. memang ramai yang berperangai macam nie.. kite nie susah-susah bawak stroller baby nak naik lif, tetibe ade sekumpulan remaja perempuan, ketawa-ketawa terus amek turn kite naik lif.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak ajar ja dorang tu pendidikan moral 😒

      Delete
  13. ya susah juga bila orang tak tahu adab ni kan, pernah juga alami yang sama geram je dibuatnya

    ReplyDelete
  14. Adoi.. Makin teruk adab manusia sekarang.. Serius terganggu rasanya.. Apa lah salahnya ikut giliran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cepat pun, semua mau cepat. tp, sekurang2 nya jgn potong giliran 😒

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb